I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Hilang Arah Kerana Hilang Dara

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada seseorang bergelar ‘innocent girl’ :

salam ustaz, saya seorang gadis yg baru sahaja tamat persekolahan, kerana buta dek cinta, sy terlanjur dgn kekasih saya, saya fikirkan dia akan bertanggungjawap keatas saya, tapi hati saya hancur apabila kekasih saya curang. saya tak sanggup berkongsi kasih, walaupun hakikatnya, saya lebih perlukan dia, kerana kegadisan sy sudah dia ambil. jadi saya lepaskan dia demi perempuan itu. ustaz, saya bingung. kadang kadang, saya rasa seperti hilang arah bila fikir mengenai status saya yang sudah tiada dara. ustaz, berhak kah saya menuntut agar bekas kekasih sy bertanggungjawap ke atas saya? ataupun saya hanya perlu banyak berdoa pada Allah dan serahkan segalanya pada-Nya?

Ustaz Love baru je tengok satu movie bertajuk ‘Trust’ yang menceritakan tentang satu kisah percintaan internet seorang remaja sehingga menyebabkan beliau dirogol oleh lelaki tua yg menyamar sbg remaja untuk memerangkapnya. Tapi dia dok ingat yg lelaki tua tu cintakan dia, sehingga sanggup menengking mak ayah dia (biasa la cerita omputih.. cerita melayu banyak dah yg memaparkan watak anak2 yg suka menengking mak ayah ni).. sehinggalah akhirnya beliau mendapati bahawa lelaki itu telah merogol ramai lagi kanak2 dan remaja.. baru la beliau sedar yg beliau itu telah dipergunakan.. sekian..

Ustaz Love tak sempat melalui percintaan remaja macam ni.. sbb jaman Ustaz Love dulu berbeza dengan jaman sekarang.. jaman dulu2, nak berkenalan pun guna orang tengah.. guna surat.. nak bertentang mata pun malu2 meow.. apatah lagi kalau member dapat tau, mau kena bahan sampai habis sekolah.. kihkih.. Kalau cikgu tau plak, memang kena la tindakan tatatertib.. itu belum kalau mak ayah tau.. mau kena pulas telinga sampai terkencing..

Zaman sekarang ni sungguh menakutkan.. sekolah tak habis lagi pun, sibuk nak kenalkan ‘future husband’ la, bakal tunang la.. update kat status facebook, buat blog cerita kisah percintaan.. letak gambar bersama kekasih dsb.. langsung tak takut cikgu tahu ke, mak ayah tau ke.. mungkin juga mak ayah tu jenis open-minded, sokong segala apa kehendak anak.. anak2 plak “harus pejam mata dan cuba apa saja”.. patutnya mak ayah kena pantau anak2.. jangan buat tak tahu atau kata tak tahu.. ambik kursus mendalami ilmu blog dan facebook (ada ke? kihkih).. kena pantau dengan siapa anak2 berkawan, apa yang ditulis dsb.. Prinsip kerahsiaan tak laku untuk hubungan ibu bapa dan anak2.. kerana ibu bapa berhak tahu semua perkara tentang anak2.. senang nak kawal dan nak elak sekiranya nampak anak2 condong ke arah perkara2 yg tak baik..

Berbalik pada persoalan saudari, seperti yg Ustaz Love telah nyatakan sebelum ini (boleh cuba tgk entry2 berkaitan zina : http://ustazlove.com/blog/tag/zina), kesalahan dan dosa zina ini masing2 kena menanggungnya.. tidaklah wajar dikatakan lelaki kena bertanggungjawab sbb ‘merosakkan’ wanita, sedangkan masa ‘sedap2’ berzina tu, kedua2nya memperolehi kenikmatan zina.. sbb itu dalam hukum hudud, lelaki dan perempuan yg berzina, kedua2nya kena hukum.. berbeza situasinya kalau wanita itu dirogol..

Dalam kes saudari ini, walaupun ada ruang dlm undang2 negara untuk mensabitkan lelaki itu dengan rogol (sbb melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur 18 tahun dikira rogol.. harap Mama Zharfan dapat betulkan kalau tersilap fakta ni), tetapi saudari sendiri lebih mengetahui yg perbuatan itu dilakukan dengan kerelaan dan suka sama suka.

Yg menjadi masalahnya, bila lelaki itu telah curang (ada pempuan lain).. maknanya, kalau lelaki tu tak curang, saudari takde la nak tension2 sangat sampai mcm ni, ye tak? Sedangkan sama ada lelaki itu curang atau tak, saudari sepatutnya bertaubat dan menyesal atas perbuatan zina itu.

Buat masa ini, yg pertama sekali saudari kena lakukan adalah bertaubat pada Allah kerana melakukan dosa zina.. sbb zina ini adalah dosa besar.. dan takkan diampunkan melainkan dengan taubat nasuha.. dan banyakkanlah amal ibadah dengan mendekatkan diri pada Allah.. insyaAllah, hati saudari akan kembali tenang.

Lupakan saja kisah yg lalu.. simpan kemas2 dalam lipatan rahsia.. dan teruskan hidup macam biasa.. Jangan sedih tentang dara itu.. kerana ianya bukanlah seperti anggota hidung yg boleh nampak jelas kalau terkoyak ke, tercedera ke.. anggaplah ia sebagai pengajaran dan pelajaran hidup yang berguna buat saudari.

Tak perlu kejarkan lelaki sebegitu.. perjalanan saudari masih jauh lagi.. usia muda2 ni, timbalah ilmu sebanyak mungkin.. insyaAllah, dengan ilmu itu, Allah akan tingkatkan darjat saudari di sisiNya.. bila Allah dah sukakan kita, maka Allah akan sediakan seseorang yg terbaik buat kita.. mungkin pada masa akan datang, saudari akan bertemu jodoh dengan lelaki yang lebih sesuai dan lebih hensem.. lagi hensem daripada Ustaz Love.. kihkih..

Tanamkan azam yg kuat dalam diri.. bahawa saudari nak berubah menjadi lebih baik.. insyaAllah, Allah akan memudahkan perjalanan hidup saudari untuk bertemu dengan kehidupan yg lebih baik..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Comments

Add a Comment
    1. endingnya, keluarga mangsa meneruskan kehidupan seperti biasa setelah menerima hakikat.. dan perogol itu masih bebas (rupanya, pedophilia (org yg melakukan seks dgn kanak2) itu seorang pensyarah U.. memang sukar nak mengetahui identitinya, kerana beliau bukan mcm penjenayah biasa.. beliau adalah family man). Tapi Ustaz Love tertarik dengan kata2 pakar psikiatri hospital yg menasihatkan bapa mangsa.. maksudnya lebih kurang : “Jangan terlalu memikirkan untuk mencari salah siapa, sebaliknya apa yg lebih penting adalah berada di sisi mangsa untuk membantunya bangun kembali drp peristiwa hitam itu”.. insyaAllah dengan sokongan keluarga, maka mangsa akan pulih drp trauma dan mampu meneruskan kehidupan seperti biasa 😉

  1. ramainya gadis2 hilang dara zmn moden ni
    yep, kalau bwh 18, memang dikira rogol tak kisahlah suka sama suka or paksa..cuma nak kena buat report polis dan melalui prosedur siasatan utk kumpul bahan bukti etc…

    1. betapa ramainya gadis yg kehilangan dara, ramai lagi pemuda yg dah kehilangan teruna.. kihkih..

      terima kasih mama atas bantuan pengesahan fakta itu 😉

    1. ini baru kes2 kehilangan dara.. belum masuk kes2 kehilangan akidah (murtad) lagi.. ini kita baca kisah orang, belum lagi kalau kita dengar kisah ahli keluarga sendiri.. sbb tu kita kena sedih dan berdoa semoga Allah menyelamatkan kita dan keluarga kita, serta menyelamatkan mereka dan keluarga mereka daripada ujian dan musibah ini..

  2. Salam, ustaz..
    Sy berada dlm situasi yg lebih kurg dgn gadis di atas..slps sekian lama menutup pintu hati, ada seorang lelaki yg baik akhlaknya (setakat yang saya kenal) dan ikhlas ingin mengambil sy sebagai isteri namun dia langsung tak tahu tentang kisah silam sy..Dia begitu bersungguh2 sehingga berjumpa keluarga sy..Sy ingin skali memberi peluang kepada diri ini utk mengecapi bahagia dalam redha Allah (taknak lagi macam dulu), tp dlm masa yg sama sy terfikir adakah adil untuk lelaki itu bersama dengan seorang yg tak sempurna seperti saya….hati sy berbelah-bahagi walaupun sy sayangkan dia…apa pendapat ustaz? apa yg patut saya lakukan?… :'(

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme