Mat Saleh Memang Suka La Idea Mengarut Macam Ni!!

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga!!

Khas Untuk Para Gamers!!

Soal Jawab : Duduk Serumah Tapi Tak Bertegur Sapa

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada zaza :

terima kasih di atas nasihat yang ustaz berikan… saya akan cuba untuk menjaga hati ibubapa saya tapi dalam masa yang sama saya kena menjaga hati suami saya….terbaru ini ibu saya menuduh suami saya ada skandal dgn adik saya pula……. dan cerita ini telah disebarkan -sebarkan….. dulu ibubapa saya duduk dgn saya di rumah saya…. sekarang ini saya duduk dgn ibu bapa saya di rumh ibubapa saya…. bagaimana saya nak menyelesaikan masalah begini…… ibu pula tak mahu bertegur sapa degan saya

Pertamanya, Ustaz Love nak tanya kenapa duduk serumah dengan ibu bapa?

Bagi pasangan yang telah berkahwin, jika tiada apa2 maslahah yg memerlukan untuk duduk sekali dengan ibu bapa mahupun mertua, maka sebaiknya pasangan itu berpindah dan duduk di rumah sendiri. Ini demi memastikan rumahtangga tiada campur tangan daripada orang tua.

Kadang2, mak ayah kita tak tahu, apa masalah dalam hubungan kita dengan pasangan. Kadang2 ada masanya suami isteri itu akan bertengkar, bergaduh dsb.. Bak kata P. Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit.. apatah lagi gusi dan lelangit.. kihkih

Bila suami isteri bertengkar (katakan ibu bapa duduk kat rumah kita), maka ibu bapa akan terasa hati.. akan dianggap kedatangan mereka menyebabkan suami isteri bertengkar.. padahal pertengkaran tu takde kaitan dengan diorang pun.. tapi itulah hati orang tua.. mudah tersentuh dan terusik..

Kalau kita duduk sekali dengan mertua di rumah mereka pula, bila kita berselisih dengan anak mereka, dah tentu mereka akan memenangkan anak mereka.. dengan anggapan mereka dah jaga daripada kecik dan dah tau luar dalam perangainya.. sedangkan kita orang yg baru masuk dlm keluarga tersebut.. sedangkan mereka sendiri tak pernah marahkan anak mereka, inikan pulak kita pandai2 nak marah2 anak kesayangan mereka..

Itu sebagai contoh je la.. bukanlah niat Ustaz Love untuk menyuruh anak2 membuang ibu bapa mereka ke rumah orang tua2 ke.. ataupun membiarkan ibu bapa di kampung tanpa perhatian.. tapi, lihatlah pada awlawiyyatnya (keutamaan).. jika ibu itu masih lagi ada bapa sebagai teman, atau adik2 dsb.. maka biarlah mereka tinggal di rumah mereka.. dan kita tinggal di rumah kita.. setiap hari telefon la tanya khabar.. seminggu sekali, balik la kampung berjumpa mereka.. dan sebulan sekali, jangan lupa bagi mereka duit dsb.. itu lebih baik daripada duduk sekali, tapi tak bertegur sapa.

Kadang2, ibu ni ada benda yg beliau tak puas hati.. tapi beliau tak sebut secara zahir.. jadi, menjadi tanggungjawab kita la untuk mencari puncanya.. tanya kat ayah apa masalah sebenarnya.. mungkin sang ayah lebih memahami isi hati ibu..

Bab ibu menyebarkan fitnah terhadap suami itu, takde apa yg boleh saudari lakukan melainkan bersabar sajalah.. suami juga kena bersabar, kerana ibu mertua itu tarafnya adalah seumpama ibu sendiri juga (walaupun tak sama).. walaupun kita berpisah dengan pasangan, mertua itu tetap menjadi mahram dengan kita buat selama2nya.

Nasihat Ustaz Love, berbincanglah baik2 dengan ibu dan ayah… lepas tu, berpindahlah.. insyaAllah, perpisahan sementara ini akan memperbaiki keadaan. Kerana kadang2 sesuatu keadaan itu tak dapat diubah melalui percakapan dsb.. tapi bila kita bagi masa, insyaAllah masa itu sendiri akan mengubah keadaan.

Kadang2 bila kita berada depan mata mak ayah ni, ada je benda yg tak kena depan mata mereka.. buat itu salah.. buat ini salah.. tapi, bila kita dah jauh dari mereka, mereka plak rindukan kita.. dan kerinduan itulah yg akan mengeratkan kembali hubungan yg telah renggang..

Apa pun tindakan yg saudari nak lakukan, jangan lupa melakukan solat istikharah.. mohon petunjuk daripada Allah, tindakan bagaimanakah yg harus saudari lakukan.. juga jangan lupa bermesyuarat dengan ibu dan ayah.. insyaAllah, Allah akan tunjukkan jalan yg terbaik buat saudari..

Buat masa ini, saudari teruskanlah dengan melayani suami sebaik mungkin, dan bertegur sapa dengan ibu.. walaupun tiada balasan darinya.. kerana tak bertegur sapa selama lebih 3 hari itu dianggap memutuskan silaturrahim.

Ustaz Love doakan semoga masalah saudari ini dapat diselesaikan dengan cara yg baik.. insyaAllah, amin ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 Comments

Add a Comment
  1. -bak kata papatah bila jauh bau wangi,bila dekat bau tahi…..WallahuA,lam…
    -klau mcm kakjem nk merajuk kat suami x nk cakap2 selama seminggu tu cam mna…..hehhehehhe

    1. kalau dekat bau wangi, orang tua2 kata jangan tegur.. kihkih..

      tak bleh kakjem.. kalau merajuk, 3 hari cukup la.. dah tua2 ni, buruk rupanya merajuk lama2 ni.. kihkih :D

  2. memang sebagai anak kita kena bersabar dan berdoa….hanya itu jalan yg terbaik ….saya pun menghadapi masalah juga dengan ibu saya…..kekadang rasa nak marah juga tp bila dah baca entry ustaz ni…..rasa insaf plak…tp saya nak tanya ustaz cam ner plak kalau ibu yg suka menghaburkan kata kesat pada anak yg baik dan tak melawan….tp yg melawan tak der lak dia nak marah…semakin anak bersabar….semakin menjadi2 sikap menghaburkan kata2 kesatnya…..memang saya tahu kita kena bersabar….tp anak juga manusia….tidak dinafikan pengorbanan ibu dan ayah memang besar tak bleh dibalas dengan apa2 sekalipun…tetapi anak2 juga punya hati dan perasaan …..dan anak2 ni manusia biasa tak lepas dari rasa marah dan kecil hati……

    1. kalau ibu cakap mcm tu, terus peluk beliau.. lama2 nanti, beliau pun tak sanggup dah nak ckp mcm tu..

      cuma anak2 yg mengalami masalah spt itu, kena banyak bersabar.. insyaAllah, Allah akan beri keberkatan yg banyak dalam kehidupan ;)

    1. kalau kena dengan mertua yg ok, memang takde masalah.. cuma sebagai langkah pencegahan, better duduk sendiri ;)

  3. memang sebaiknya diusahakan agar tdk tinggal serumah dgn ibubapa..

    mertua kakyong dia suka anak2 dok dgn dia, x pindah pun tak apa.. tp nampaknya adik2 ipar kakyong, sebaik kahwin, semuanya berpindah ke rumah sendiri, walaupun hanya rumah sewa.. rasanya setiap kita harus ade ruang utk privasi..

    kdg2 bila duduk serumah lebih byk yg nampak tak elok dimata org tua.. jd lebih baik dok asing, bior depa tak nampak hal2 yg depa anggap x elok..

    1. jika ada maslahah (mertua tak sihat ke, tinggal sorang kat kampung ke dsb), maka tiada masalah untuk menjaga di rumah sendiri.. tapi kena banyakkan sabar dan tabah hati.. juga kena jaga kelakuan agar tak mengguris hati mertua.. ini dinamakan mujahadah (pengorbanan).. jika dapat bersabar dan melayan mertua sebaiknya, insyaAllah, Allah akan berikan rahmat dan keberkatan yg besar dalam hidup kita ;)

      1. Salam…terima kasih ustaz di atas nasihat yang sangat bernas.. dulu memang saya duduk sendiri dan dah beli rumah sendiri kat seremban tapi ibu saya datang minta saya pindah kerumahnya kerana tak ada orang yang hendak menjaga dia dan ayah apabila adaik saya berpindah keluar bersama suaminya… ayah masa itu sakit pakai kerusi roda… di Kuching… atas izin suami saya balik menjaga ibubapa saya kemudian suami menyusul bersama anak2.. saya tinggalkan kerja saya dan cari kerja baru di kuching… sama seperti suami saya kena mencari kerja baru… suami saya katakan awak baliklah harta kita boleh cari tapi ibubapa kita ada 1 saja dalam dunia ini…… saya merasakan suami saya baik untuk saya tapi ibu saya tetap bencikan dia….. saya sayangkan suami saya… saya sekarang dalam usaha untuk membeli rumah lain di Kuching…

        1. Salam zaza..

          Sebaiknya, buat masa ni cari dulu rumah sewa yg berdekatan dengan rumah ibu bapa.. dalam pada masa yg sama, cubalah berbincang baik2 dengan ibu agar tak timbul pula masalah baru sekiranya saudari berpindah nanti. ;)

  4. Salam ustaz love,

    saya juga tinggal dgn mertua nak masuk 4thn. Suami saya anak lelaki sulung, dan oleh kerana rumah mertua besar dan tak ramai org (mertua + seorg anak yg belum kahwin) jadi suami membuat keputusan utk tinggal di rumah itu,sehingga adik lelaki dia pulang dari luar negara. Hubungan dengan mertua ok sahaja, cumenye mertua jenis yg sibuk dan tak ambil tahu kisah kami. kami juga jarang bercakap sbb masing2 sibuk, jadi saya kdg2 merasakan sy tak diterima dlm keluarga ini.. saya ada beritahu suami, tapi suami membantah dan suruh saya jgn ikut perasaan. saya mahu pindah, tapi suami tidak mahu.. apa yg harus saya katakan utk rasionalkan suami keperluan kami berpindah ?

    1. Salam puan momo..

      Dalam hal ini, adalah lebih baik puan bersabar dulu dan mengikuti kehendak suami.. selepas adik lelakinya pulang dari luar negara, barulah puan cuba untuk mengusulkan kembali cadangan itu ;)

  5. Salam ustaz…

    Saya pun ada masalah yg sama… mgkn dlm bulan 5 adik perempuan suami saya nak stay di rumah kami lepas tamat pengajian, untuk berapa lama sy pun tak pasti. Saya memang tak setuju sebab boleh efek privasi kami dan actually adik2nye agak malas jugak, so sy takna la jd babu dlm rmh sy sendiri. Suami sy of cos akan lg suka sbb adik2 dia depan mata dia je. Dan depa pun bermasalah dgn bapa mertua sy sbb bapa mertua sy kawen baru slps ibu mertua sy meninggal. Kalau bapa mertua sy pun depa tak hormat, mcmana depa nak hormat abg dgn sy sendiri? Saya mmg tak setuju ipar duai duduk sama2…. lebih bnyk buruk dr baiknya…

  6. assalamualaikum ustaz… nak tanya boleh..? apa dosa sang menantu apabila tidak menegur mertua..? dan lebih parah nya lagi apabila sang menantu menfitnah sang mertua dan ipar duai nya.. bahkan si anak mertua tadi tidak berbuat apa-apa.. sila jawap ast kemusykilan ini.. sekian terima kasih..
    ameera damia recently posted..Cinta Ku Hanya Milik Mu (bab 2)My Profile

  7. salam ustaz..
    sekarang saya pun menghadapi masalah yang sama, yang mana sekarang ini saya dan istri tinggal di rumah ibu bapa istri. masalah sangat sepele yg mana saya post kan status terimakasih kepada ibu saya yang berada jauh dari saya dan tak seberapa sihat. dan sekarang ibu mertua saya sudah merajuk tak nak bertegur dengan saya. walhal apa yang saya bagi kepada beliau pun telah melebihi apa yg saya beri kepada ibu saya sendiri. tapi saya tak pernah berkira pun kerana saya anggap beliau lah pengganti ibu saya yang nun jauh dan semoga Allah lah yg menjaga ibu saya… Bagaimana ustaz? ini ialah kes yang telah sekian kalinya. sekarang saya dan istri nekad untuk keluar dari rumah ini walaupun kondisi ekonomi sekarang tak seberapa kukuh… terimakasih

    1. Memandangkan masih lagi ada bapa yang boleh menjaga ibu, sebaiknya saudara dan isteri berpindah dari rumah mertua tersebut. Biar susah hidup sendiri, jangan senang tapi makan hati. Tetapi jangan lupa selalu menziarahi mereka dan bantulah mereka sekadar termampu. Soal hati kita tak mampu nak jaga semuanya, yang penting kita jaga akhlak dan kelakuan kita jangan sampai melanggar batasan syarak. Selebihnya kita berdoa semoga Allah melembutkan hati kita dan mereka. WA

Leave a Reply

Your email address will not be published.


+ 7 = ten

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2014 Frontier Theme

Switch to our mobile site