I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Dilema Mengahwini Ustazah Terlanjur

Salam..

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada seseorang yang menamakan dirinya dengan ‘insan TAKUT’ :

Soalan penanya terpaksa Ustaz Love delete atas sebab2 tertentu.. hanya jawapan saja yang dikekalkan.. harap maklum

Zaman sekarang ni, kalau nak berlaku maksiat memang tak kira dah ustaz ke, ustazah ke.. walaupun peristiwa hitam yg berlaku pada bakal ustazah itu mungkin terjadi waktu beliau masih muda mentah dan jahiliyyah (ayat femes ni), tapi kesannya akan diingati sampai ke mati.

Hatta seorang yg telah menjadi ustazah pun, takkan terlepas dengan godaan nafsu ni.. kalau tak caya, cuba tengok aweks2 yg pakai tudung labuh ke, yg ala2 mcm ustazah ke, lalu kat depan dia, kenyit sekali kat dia.. nescaya beliau akan kelihatan tersenyum2 simpul dan merah pipinya.. kihkih.. tapi jangan plak buat masa beliau ada dgn ayah dia.. mau kena smack-down kat situ gak..

Pertamanya, dalam menghadapi situasi mcm ni, kita kena kenalpasti diri kita sebenarnya mcm mana.. adakah kita jenis yg boleh menerima dan melupakan (forgive and forget), ataupun kita jenis orang yg tak boleh melupakan sesuatu perkara itu sampai bila2. Kalau kita jenis yg pertama, maka insyaAllah, jika kita meneruskan perhubungan itu, ia akan berjalan dengan aman dan tenteram. Sebaliknya, kalau kita jenis yang kedua, agak bermasalah sket sbb ditakuti kita akan sentiasa terkenang2 peristiwa hitam itu dan akan mengungkit2nya suatu masa nanti.

Kesilapan bakal ustazah itu adalah memberitahu tentang status dara tak dara kepada bakal suami.. sedangkan Allah telah sembunyikan aib beliau, kenapa beliau nak buka aibnya? Bukan itu caranya nak menunjukkan kejujuran.. kerana maruah wanita itu sebenarnya bukan terletak pada dara (budaya mengukur maruah dengan dara adalah daripada agama Hindu).. bila beliau dah bertaubat, maka simpanlah aibnya itu.. tak perlu nak buka pada sesiapa.. sbb perkahwinan itu adalah untuk seumur hidup.. bukan untuk malam pertama saja.. lain la kalau beliau mempunyai kecacatan spt kemaluannya ada tanduk (dalam kitab fiqh, penyakit ni dinamakan al-qarnu.. iaitu sejenis penyakit yg mana kemaluannya itu ada tulang terlebih yg menyebabkan tak boleh melakukan hubungan seks) yang menghalang perhubungannya berlaku dengan sempurna, atau ada penyakit berjangkit yg boleh membahayakan pasangan atau anak yg dilahirkan nanti (spt AIDS dan Talassemia) dsb, maka ketika itu barulah layak beliau memberitahu kecacatannya itu kepada bakal suami.

Berbalik kepada persoalan saudara tadi.. Nasihat Ustaz Love, lakukanlah solat istikharah.. mohon pertolongan Allah untuk menunjukkan mana yg terbaik.. dan jika telah diberatkan hati untuk menerima sesuatu keputusan, maka terimalah ia.. jangan teragak2 lagi..

Ustaz Love sendiri tak dapat nak jamin sama ada saudara akan bahagia jika berkahwin dengan bakal ustazah itu.. ataupun lebih bahagia sekiranya saudara meninggalkannya.. sbb perkara itu hanya Allah yang mengetahuinya.. Ustaz Love hanya mampu memberikan pandangan melalui pengalaman sahaja.

Sementara itu, saudara ambil masa bertenang.. bagitau dengan beliau yg saudara nak istikharah dulu.. kemudian jangan hubunginya sampai la saudara telah membuat keputusan.. Ini akan membantu saudara membuat keputusan yg tepat tanpa dipengaruhi oleh apa2 sentimen.

Kadang2, wanita ini suka menggunakan sentimen air mata untuk melemahkan hati sang lelaki.. akhirnya, lelaki akan berasa kesian.. lalu mengahwini wanita itu disebabkan rasa kesian.. bila dah kahwin, dah hilang rasa kesian.. maka ketika itu akan timbul pulak rasa dendam dan permusuhan.. lagi kesian kat wanita tu yg terpaksa menahan perasaan yg suami lepaskan kepada beliau..

Salah satu elemen menagih simpati dan kesian itu adalah bila bakal ustazah itu menyatakan bahawa saudara adalah penyelamat dan pembimbingnya.. sedangkan saudara ni takde apa2 ikatan pun dengan dia.. lalu saudara pun akan terkeliru dengan perasaan cinta, kesian, keciwa, merana, kanchana dsb.. sehingga akhirnya saudara terjebak dalam membuat keputusan yang bakal menyebabkan masalah yg lebih besar pada masa akan datang.

Mungkin juga akan berlaku perkara2 yg tak diingini.. sbg contoh ada seorang lelaki, bila diketahui bakal isterinya itu pernah berzina, maka dia sakit hati.. lalu dia nak puaskan hati dia, lalu dia mengajak wanita itu berzina juga.. dan wanita itu, demi membuktikan cinta, kembali melakukan perbuatan zina.. akhirnya, dendam bertukar menjadi dosa.. taubat lebur di perdu cinta (cewahh)..

Bukanlah niat Ustaz Love nak memperkecil2kan taubat yg dilakukan oleh bakal ustazah itu.. dalam hadis pun ada menyebutkan bahawa sebaik2 orang yg melakukan kesalahan adalah mereka2 yg bertaubat. Bila seseorang itu bertaubat dan Allah menerima taubatnya, insyaAllah, beliau telah bersih daripada dosa2 itu..

Yang Ustaz Love tekankan di sini adalah pada kemampuan saudara sendiri untuk menangani perkara ini.. jangan nanti keputusan saudara menyebabkan kesengsaraan pada kedua belah pihak.. tak kira la sama ada saudara mengambil keputusan untuk teruskan perkahwinan atau memutuskan perhubungan..

Sebab itu sangat penting melakukan istikharah.. dan jelas dengan hala tuju perhubungan.. kalau kita memang tak mampu, jangan dipaksa2.. kerana jika dipaksa juga, kita sebenarnya memperjudikan nasib orang lain sekali.. bagaimana nanti kalau beranak-pinak.. kesian kat anak2..

Apa pun, Ustaz Love doakan semoga Allah memberikan jalan dan keputusan yang terbaik buat saudara.. mintalah dengan Allah.. insyaAllah, Allah tidak akan menghampakan permintaan hambaNya..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

60 Comments

Add a Comment
  1. salam ustaz.
    mmg btol istikharah jalan paling sesuai buat masa skrg.

    buat INSAN TAKUT,jika anda boleh menerima dia skrg dan di masa dpn,InsyaAllah bahagia milik anda dan dia. semua manusia x tlepas melakukan dosa. pilihan di tgn anda. good luck 🙂

    1. betul.. itulah yg pertama sekali perlu dinilai.. sbb niat itu yg akan menjayakan perbuatan seterusnya 😉

  2. setuju dgn Ustazlove, sebaiknya bakal ustazah tu simpan ajer rahsia tersebut.. Insya Allah, jika dia benar ikhlas & bertaubat Allah tutup aibnya sampai bila2…

    1. Sebagai panduan juga buat mereka2 yg telah bertaubat.. tutuplah aib sendiri dan janganlah sebarkan aib orang lain 😉

  3. Solat Istiqharah dahulu baru buat keputusan. Jangan terburu buru. Fikir sebelum buat adalah lebih baik darupada buat dahulu menyesal kemudian.

    1. Prevention is better than cure (الوقاية خير من العلاج ) 😉

  4. mentaliti org melayu yg mengaku islam.
    ukurannya pad Dara,dara dan dara.
    adeh…
    sgt kasihan pada org lian yang tewas kerana teraniaya seperti rogol dan sebagainya.
    busuk la punya pemikiran camtu.
    ape ade pada dara?!
    zaman sekarang juga,jgnkan sebab lelaki.sebab naik mx pun boleh pecah juga.(rujukan case sendiri bleeding lepas terhentak bmx abang sepupu)
    sgt sakit…

    1. tak dinafikan yg ajaran agama Hindu itu masih lagi kuat bertapak dalam diri masyarakat Melayu.. pemikiran sebegini kena buang jauh2.. kalau dibandingkan seorang yg dirogol (hilang dara) dengan seorang gadis yg masih punya dara, tapi suka ‘ringan2’ dan bercumbuan, nyatalah wanita yg dirogol itu lebih suci dan bermaruah 😉

  5. Assalamualaikum… Ustaz…

    Harap ustaz tak terasa hati dengan teguran ikhlas saya ini… Saya antara peminat blog ustaz dan sering menantikan post2 ustaz untuk dibaca dan dijadikan panduan.

    Namun saya tengok blog ustaz sejak kebelakangan ini banyak menjawab persoalan mereka-mereka yang ‘terlanjur’ dan nak tak tahu mcm mana nak bertaubat… Saya faham apabila disoal ustaz berasa perlu menjawabnya. Saya suka sikap ustaz itu… Namun jika terlalu banyak entry tentang orang ingin taubat kerana terlanjur ni. Membuat blog ustaz tak ubah mcm blog2 picisan yg lain. Malah seperti majalah2 murahan yg lain yg banyak membincangkan isu orang terlanjur nak bertaubat ni.

    Pandangan saya…
    Jika ustaz ingin menjawab juga masalah mereka itu, ustaz boleh emailkan semula kepada mereka. Tidak perlu letak dalam blog ustaz yang berilmiah ini. Jika mahu cerita juga pun. Ustaz boleh ceritakan mengenai zina dan kerosakkan kepada diri kepada masyarakat atau seumpama dengannya. Tapi bukan menjawab masalah orang yg terlanjur dan nak bertaubat ini. Soalan sama… Jawapan pun sama… Cuma watak dan jalan cerita sahaja berlainan. Klise…

    Saya suka semua entry ustaz tidak kiralah apa pun… Kecuali satu jenis entry itu saja saya berasa tidak selesa membacanya.

    Maaf… Kalau terkasar bahasa. Cuma ini menegur untuk memertabatkan lagi blog-blog ilmiah yang ada.

    1. Waalaikumussalam…

      Takde masalah.. Ustaz Love terima teguran itu dengan ikhlas hati..

      Cuma, Ustaz Love menyediakan banyak medium untuk bertanyakan soalan.. ada yg bertanya melalui e-mail, ada yg bertanya di facebook.. di twitter pun ada.. di mana mereka bertanya, maka di situlah juga Ustaz Love akan menjawabnya.. kecuali ada kes2 tertentu yg Ustaz Love akan minta izin untuk menjawab di blog sebagai perkongsian.. mungkin ramai lagi yg punya masalah sebegitu, tetapi tak sanggup nak bertanya.

      InsyaAllah Ustaz Love tak jemu menjawab soalan2 yg sama.. sbb syariat agama ini pun adalah adalah sama sejak 1400 tahun dulu.. kita ambil konsep iklan la.. kenapa iklan di TV disiarkan berkali2.. sampai boleh hafal (anak Ustaz Love cukup suka iklan keropok Moni.. kihkih).. supaya ianya masuk ke dalam hati dan menimbulkan keinginan untuk membeli.. sebab itu dakwah Nabi s.a.w. pun menyeru perkara yg sama dengan Nabi2 terdahulu.. iaitu mentauhidkan Allah dan jangan menyengutukan sesuatu denganNya.. lagi dan lagi sampai la kita tiada lagi atas dunia ini..

      Kadang2 persoalan sama je.. tapi kadang2 jawapannya tu berbeza.. jika ada manfaat, ambillah.. jika tiada manfaat, buangkanlah daripada fikiran 😉

      Apa pun, terima kasih atas teguran 😉

      1. si kharil ni tak refer entry2 ustaz love sebelum ni kot?!
        rasnya bermusim saja isu2 yg ustaz jawab
        teringat lagi time kecoh isu syiah tu..
        berderet2 netry ustaz jwb tentangnya..
        nak2 plak masa tu tgh ade satu blogegr ni mengakui yg dia tu pengamal syiah.
        siap cabar la bagai..

        1. ada betulnya kata khairil.. dan tak salah juga kata sidratul muntaha.. sebenarnya, Ustaz Love menulis di blog ni pun ikut suka je.. ada jugak soalan2 yg Ustaz Love peram tak berjawab (sbb ada yg mengganggu sensitiviti sesetengah pihak dsb).. beratus jugak komen yg Ustaz Love tak approve.. lagipun, blog Ustaz Love ni tak ilmiah mana pun.. merapu je lebih 😀

  6. kanchana.. haha..kelaka la ustaz.

    taubat lebur di perdu cita..hehehe…dasatt ayat ustaz..hehe..

    ermm..komen saya..jadikanlah hati tu seikhlas mungkin.. ikhlaskanlahh. ikhlaskan..mcm mn nk tahu ikhlas??? sy pon xtahu nk explain mcm mn… individu boleh rasa sendiri.. meaning terima dia dgn adanya jika hati suka kerana Allah..bukan krn kesian, ‘geram’ atau cinta yg merapu meraban..

    ikhlaskan hati.. kerana dr situ kamu dpt menilai, hati yg ikhlas dpt menyampaikan hasrat yang murni..tp hati yg kurang ikhlas asyik dibelenggu sangsi, dan teragak2..

    ikhlaskan hati yer..mohon petunjuk drNYA..

  7. Terima Kasih ustaz ats penjelasan panjang lebar..tp saya masih belum “pulih”…Allhamdulillah..sekarang ni pon saya masih berusaha melakukan istikarah…
    sebenarnya ustaz…buat masa sekarang,saya masih cenderung untuk menerimanya dan sedang meneruskan hubungan seperti biasa kerana saya rasa saya amat berat untuk memutuskan hubungan dengan dia…kiranya kami masih couple la..persoalan yang saya nyatakan di atas adalah untuk masa akan datang kerana kami merancang untuk kahwin bila si dia tamat belajar..saya percaya jodoh ditangan tuhan,tp sy rasa saya sedang berusaha ke arah mencari jodoh dengan si dia..
    satu lg..jujurnya,saya bkn jenis menilai pada dara or xdara…sy masih boleh menerima klu bakal isteri saya tiada dara kerana sy berpendapat dara adalah untuk malam pertama sahaja..,.yang saya bimbangkan adalah tentang kehidupan saya selepas berkahwin…adalah saya mampu menerima dia seadanya dan rasa sayang terhadap diri nya yang ada dalam diri saya sekarang ni mampu kekal sehingga akhir hayat saya…

    saya rasa bersalah kerana sering terfikir tentang masalah ni..masih lagi was2…bagaimana nk terima dia tanpa berfikir lg tentang semua ni…saya ingin menerima dengan tenang..

    1. Jika saudara membaca dengan teliti, entry di atas dah menerangkan tentang situasi saudara.. walaupun saudara tak kisah pasal dara, tapi saudara masih kisahkan pasal perbuatan zina yg pernah dilakukan oleh pasangan saudara itu.. sbb itu saudara masih lagi dibayangi suatu perasaan yg sukar untuk dimengertikan.. membayangkan betapa lelaki lain telah menjamah dulu batang tubuhnya dsb.. ini membuatkan saudara rasa was2, tak waras, serabut dsb..

      Teruskan istikharah sehingga Allah berikan keputusan kepada saudara.. dan teruskan saja hidup tanpa terlalu memikirkan masalah ini.. serahkan saja pada Allah.. insyaAllah, jika ada jodoh, adalah 😉

      1. Alhamdulillah..menambahkan keyakinan saya.terima kasih ustaz..sangat menghargai jasa baik anda..

        1. alhamdulillah.. semoga Allah memudahkan urusan saudara dan menenangkan hati yang bergolak itu.. doakan Ustaz Love sekali 😉

          1. salam ustaz… Allahuakbar.. situasi yg hampir sama dengan saya.. ketika komen ini ditulis, saya juga masih belum ‘pulih’ dari memikirkan masalah ini.. alhamdulillah saya lelaki yang dibesarkan dalam suasana islam dan sentiasa menjaga batas pergaulan serta kemaluan saya..

            si dia sememangnya seorang yang cukup solehah, melabuhkan tudung, solat on time, menjaga batasan pergaulan, akhlak serta hati yang baik, disukai keluarga saya dan sangat mengharapkan perhubungan ini ke jinjang pelamin…

            namun kesilapan besar yang saya lakukan ialah baru2 ini saya bertanyakan kisah silamnya dan atas dasar kejujuran, si dia pun telah ceritakan bahawa dia pernah terlanjur (ya, saya akui saya silap) dan kini walaupun saya tak kisah tentang dara, dan kami mempunyai perasaan antara satu sama lain, ada kalanya saya masih rasa tertekan bila membayangkan kemungkinan satu hari nnt jika saya bertemu dgn bekas kekasihnya.. pasti remuk redam perasaan saya.. dan saya lebih2 lagi tertekan dan serabut bila terlintas terbayang tubuh si dia dijamah seperti yang ustaz sebut di atas itu.. Allah.. hancur luluh rasanya hati..

            insyaAllah perhubungan ini bukan atas dasar kesian sebab memang saya ada perasaan dengan dia.. dan buat masa sekarang memang saya masih terus menerus melakukan istikharah.. namun masih lagi sama berat sama ada meneruskan mahupun meninggalkannya.. apakah nasihat yang ustaz boleh berikan? saya buntu… tlg terus doakan kami..

          2. Nasihat Ustaz Love, saudara teruskan istikharah dan minta petunjuk daripada Allah.. insyaAllah, suatu hari nanti akan diberikan juga kelapangan hati dalam pilihan yang saudara buat (sama ada memilih untuk terus berhubungan atau berpisah). Buat masa ni, saudara kena perbanyakkan istighfar.. kerana bayangan2 yg datang itu merupakan bisikan syaitan. Sepatutnya tiada apa pun yang boleh membuatkan saudara buntu, kerana beliau pun dah bertaubat. Orang yg bertaubat, insyaAllah diampunkan dosanya yang lalu. Jadi, tak sepatutnya saudara menghukum beliau atas kesalahan yang telah lama beliau tinggalkan dan telah bertaubat.

            Pandanglah akhlak beliau yg ada sekarang ni.. sebab saudara nak hidup bersama beliau untuk selamanya (sampai ke syurga..insyaAllah). Jadi, saudara jangan rosakkan pemanduan menuju ke depan dengan kerapkali menyesali apa yang terjadi di belakang. Mungkin dah tiba masanya saudara melihat kebaikan2 yg ada pada beliau dan mula bersyukur dengan kebaikan itu. Zaman sekarang ni, nak cari wanita yg baik bukannya mudah..

            Jangan fikirkan apa yg belum berlaku (takut terserempak dgn bekas kekasih beliau dsb). Semua orang punya perjalanan masing2. Walaupun kita memandu di atas jalanraya yang sama, tak semestinya kita nak ambil tahu apa yg berlaku dalam kereta di belakang kita, atau kereta yg lalu di sebelah kita.. sbb kita sendiri punya banyak cerita yang perlu diselesaikan dalam kereta sendiri.

            Renungkan betul2 hasrat saudara. Jangan sampai menyakiti diri sendiri dan perasaan orang lain.

            WA

  8. seperti kata pepatah berat mata memandang,berat lagi org yg memikulnya..InsyaAllah jika saudara betul kan niat dan berserah 100% kpd Allah dgn izin Allah saudara boleh melaluinya…..wallahuA’lam….

    1. insyaAllah.. sama2 la kita berdoa.. bila kita berdoa untuk sahabat kita, Allah akan makbulkan untuk sahabat itu dan juga untuk diri kita 😉

  9. Salam…. benda macam kita bincang kat sini ada baiknya… boleh menjadi panduan kepada orang lain… yang malu nak bertanya… semoga ustaz sentiasa bahagia

    1. Salam zaza..

      Itulah antara tujuan Ustaz Love memaparkan di blog ini.. supaya mana2 yg baik, dapat disebar2kan.. mana2 yg tak betul, sama2 dapat bagi cadangan untuk membetulkan 😉

  10. Sesungguhnya Allah yg akan memberikan dan menentukannya nnt jika ikhlas utk minta dgnnya kan Ustaz …. heheh… Smga Allah berikan dia hidayah dan ptunjuk yg baik Amin … 🙂

  11. salam ustaz, saya seorang gadis yg baru sahaja tamat persekolahan, kerana buta dek cinta, sy terlanjur dgn kekasih saya, saya fikirkan dia akan bertanggungjawap keatas saya, tapi hati saya hancur apabila kekasih saya curang. saya tak sanggup berkongsi kasih, walaupun hakikatnya, saya lebih perlukan dia, kerana kegadisan sy sudah dia ambil. jadi saya lepaskan dia demi perempuan itu. ustaz, saya bingung. kadang kadang, saya rasa seperti hilang arah bila fikir mengenai status saya yang sudah tiada dara. ustaz, berhak kah saya menuntut agar bekas kekasih sy bertanggungjawap ke atas saya? ataupun saya hanya perlu banyak berdoa pada Allah dan serahkan segalanya pada-Nya?

      1. Nampaknya banyak lagi ye ustaz masalah seperti ini. Tapi apapun sy tabik dengan ustaz sbb selalu menerima persoalan dengan berbesar hati dan nak jawab dgn ikhlas. 🙂 Betul masalah seperti ni memang banyak berlaku dlm masyarakat kita pada hari ini, sbb itu la kena ambil pendekatan dengan mengulang2 penyelesaiannya supaya diingati dan terkesan dalam diri seperti iklan keropok Moni tu..huhu

        Semoga ramai lagi yg menghadapi masalah sosial di luar sana mengunjungi blog ustazLove, boleh menginsafi diri, bertaubat dan sentiasa berusaha mendekatkan diri dgn Allah SWT..
        Dan semoga Tuhan memberkati usaha ustazLove membantu mereka ni. Ameen 🙂

        1. InsyaAllah, selagi ada ruang dan peluang, Ustaz Love akan cuba membantu setakat termampu.. selebihnya, yg empunya diri kena berusaha.. sbb Allah takkan mengubah nasib seseorang melainkan org itu sendiri yg berusaha untuk mengubahnya 😉

  12. Bukan orang melayu mengatakan ukuran pada “Dara”,namun wanita yang pertama kali berkahwin oleh lelaki yang pertama kali berkahwin ada keutamaan juga buat pasangan tersebut,hal ini juga menjadikan lelaki dan wanita itu “istimewa”(bermaksud pada akhir zaman ini sukar mereka yg dapat mengekalkan “teruna” dan “dara” mereka sebelum berkahwin) kerana Ada nya “Dara” dapat meyakinkan si lelaki tentang keperibadian mulia dan menambahkan kasih sayang kepada wanita tersebut.Jangan kerana ada segelinitir manusia yang bekata “Dara itu tidak penting” maka maksiat semakin banyak terjadi..jadi berhati2lah dalam berfikir dan berkata2…takut ada mereka yang tidak dapat berfikiran dengan baik,kerana yang baik itu adalah mencegah berbanding dari merawat… wallah hu a’lam -ALQoim-

    1. Keutamaan itu terletak pada pandangan agama.. insyaAllah, Ustaz Love akan cuba ulas bab ni dalam entry 😉

  13. Assalam,
    ini apa yang ustaz tuliskan,dan ana memg sokong dgn penjelasn ustaz,malah ana penah ader satu kesah seseorng di zaman Rasulullah pernah bertnya tntng perempuan yg terlanjur;

    “Kesilapan bakal ustazah itu adalah memberitahu tentang status dara tak dara kepada bakal suami.. sedangkan Allah telah sembunyikan aib beliau, kenapa beliau nak buka aibnya? Bukan itu caranya nak menunjukkan kejujuran.. kerana maruah wanita itu sebenarnya bukan terletak pada dara (budaya mengukur maruah dengan dara adalah daripada agama Hindu).. bila beliau dah bertaubat, maka simpanlah aibnya itu.. tak perlu nak buka pada sesiapa.. sbb perkahwinan itu adalah untuk seumur hidup.. bukan untuk malam pertama saja.. lain la kalau beliau mempunyai kecacatan spt kemaluannya ada tanduk (dalam kitab fiqh, penyakit ni dinamakan al-qarnu.. iaitu sejenis penyakit yg mana kemaluannya itu ada tulang terlebih yg menyebabkan tak boleh melakukan hubungan seks) yang menghalang perhubungannya berlaku dengan sempurna, atau ada penyakit berjangkit yg boleh membahayakan pasangan atau anak yg dilahirkan nanti (spt AIDS dan Talassemia) dsb, maka ketika itu barulah layak beliau memberitahu kecacatannya itu kepada bakal suami.”

    TETAPI ana ader trima satu komen dri seseorng..

    komennya begini:

    ‘sebaik-baiknya brth kpd bakal suami. utk elakkan prslsihan slps kawin nnty. doa byk2 agar Allah bukakan pintu hati bakal suami agar terima bakal isteri seadanya..kalau bakal suami amik kptsn utk putus tunang,terima dgn hati yg redha. insya Allah, ada lg ramai lelaki yg lbh baik Allah takdirkana utk brsma…’

    apa pandngn ustaz tntng komen beliau?

    1. komen dari seseorng yang ana sndri x knal..dri grup yang ana join..kat situ ader tercetus mslh ni..dan itu pndngnnya..ana nak tau pandngan ustaz plak..ye ana tau ustaz dah bag penjelasan ustaz..tp ana nak tau utk komen tu..heee..mungkin itu pandangn peribadi beliau kali..heee

        1. momoy setuju dengan ustaz love. Sebab pernah dengar ceramah pasal isu ni di TV. Ustazah tu kata aib zaman silam tak perlu nak cerita bagai. Simpan untuk diri sendiri. Sebab maruah.

          Dah lama momoy tak komen sini. baca entry saja tapi nak komen tu jarang
          Princess MOMOY recently posted..Ramadhan tahun ini…My Profile

  14. Assalam ustaz,
    macam mana nk kemukan soalan kepada ustaz? sy cuba cari fb ustaz tp xjumpa,kalau email bleh x?

  15. assalamualaikum..
    saya harap ustaz love dapat jwp soalan saya nie..2 tahun lepas saya telah bertunang tetapi beberapa bulan kemudian bekas tunang telah memutuskan pertunangan kami kerana ada lelaki lain..saya telah bertemu dgn seorang gadis..dan kami bercadang untuk berkahwin..masalahnya sekarang bks tunang merayu dan ingin kembali kpd saya..unutk pengetahuan ustaz saya pernah terlanjur dgnnya tetapi masa yang sama saya sgt sygkan teman wanita saya yang baru ni..saya tdk tahu siapa yang patut saya pilih..
    lelaki serba salah….

  16. Assalammualaikum ustaz,, saya suka entry ustaz selalu post .. best,, kadang2 kala ustaz jawap soalan2,, ade yang wt sye tersengett,, contoh ustaz selit kan,, “padan muka hang” .. kikik tp simpat dalam aty jgn lak luah kan,, heheh 🙂
    ustaz .. saye selalu follow ustaz love ok. terima kasih ustaz kerna berkongsi,,, ilmu berkongsi pendapat semua nye,, syukran,, moga Allah memberi rahmat pada mu ustaz love sekeluarga ^_^

      1. sy harap ustaz dpt memberi nasihat & pandangan…
        sy akaui sy & bf bljr agama, n tahu agama..kami jg hubungan kami sebelum nih…jarang skali bertemu..(tp tu pun tetap salah gak..huhu)…kami da planning nk tunang..tp tiba2 fmly batal kn…atas sebab itu..kami mula bertemu dgn lebih kerap…dr dl tkt berduaan..mula keluar berduaan, berpegang tgn, berpelukan, bercumbuan, ringan2, akhir skali kami pernah bercuti bersama slama 3hari…pd ms itu kami mcm suami isteri..cuma kali masih pkai seluar…yg lain dah xde…huhuhu…ape dosa sy buat nih?? lemah nye iman kami…tp kami mmg mahu kahwin, knp fmly xbg?? kami xnk teruskan dgn dosa…sy syg dia, dia syg sy..xkn kami nk kawin lari gn wali hakim??? kami nk restu keluarga…huhuhu…bantu lh sy ustaz

        1. family baru batalkan majlis nak bertunang, bermakna saudari dengan lelaki tu pun belum bertunang lagi. Macam mana saudari boleh terfikir nak menyalahkan keluarga yang membatalkan majlis pertunangan itu kononnya menyebabkan saudari melakukan maksiat dengan lelaki itu? adakah saudari menyangka dengan bertunang, ia dah jadi tiket untuk menghalalkan perbuatan maksiat saudari itu? sepatutnya saudari mengikut kata family untuk menjauhkan diri daripada lelaki itu. Lelaki yang tidak menjaga maruah wanita bukanlah lelaki yang baik. Saudari dan lelaki itu boleh menyalahkan nafsu dan syaitan sebebas2nya, tetapi saudari jangan lupa yang semuanya itu berada di bawah kawalan saudari sendiri.

          bertaubatlah sungguh2.. itu yang patut saudari lakukan buat masa ini. soal nak kahwin ke apa ke, itu soal nombor 2.. sekurang2nya bila saudari dah bertaubat, sama ada berkahwin atau tidak, saudari telah meninggalkan perbuatan terkutuk itu. Selagi saudari tak bertaubat, selagi itulah hidup saudari akan kucar-kacir kerana Allah tidak mempedulikan doa saudari.

          WA

  17. Salam ustazlove ..ingin sy bertye , sy soeorg wanita, dn sy ,mmpye seorg shbt yg tlh terlanjur dgn bekas kksihnya ..dn bile dietelah berjmpe dgn seorg lelaki yg baik, mereka sudh pn bercdang ingin berkahwin,tetapi yg sering bermain di kepala shabt sy ni.. die takut , adakah bakal suaminya akan tahu bahawa die sudah tidak ad dara lgy selepas mereka sudah pun akad nikah .. mintk bantuan ustaz.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme