I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Berhubung Dengan Roh Melalui Mimpi

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada puan lyliese :

Ustaz, adakah org yg sudah meninggal boleh menghubungi kita melalui mimpi?Dlm mimpi itu dia seolah2 berpesan supaya sy menjaga dan memerhatikan anak2 perempuannya.Kebetulan, sy memang rapat dgn anak2 prmpnnya itu.Arwah bapa mereka byk berjasa pd sy sekeluarga.Terima kasih ustaz..

Menjawab persoalan ini, sebenarnya kita kena kembali kepada asas kematian itu sendiri.. bila dah mati, takde dah hubungan dengan dunia ini.. kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh.. Jika kita teliti, ketiga2 ini merupakan amalan yg dilakukan di dunia yg menjadi manfaat kepada si mati.. baik sedekahnya semasa di dunia, atau ilmu yg diajarkannya yg memberi manfaat kepadanya (pahala berterusan) apabila disebar2kan.. begitu juga dengan anak yg soleh yg mendoakannya..

Sedangkan daripada alam kubur, tiadalah apa2 manfaat atau mudarat yg boleh diberikan kepada orang hidup.. sama ada nak bagi mudarat ke (dgn menjadi hantu pocong dsb) atau memberikan manfaat (spt tolong carikan emas bawah tanah nak bagi anak cucu ke dsb), maka ianya tidak akan berlaku sama sekali.

Jika ada pun yg menyerupainya (sama ada sebagai hantu ke, sebagai orang soleh berjanggut putih pakai telekung ke.. ada ke? kihkih), maka ia adalah permainan jin dan syaitan.. tak perlu nak ambil berat sangat pasal mimpi2 ni.. kalau ikut kaedah bahasa, sebenarnya perbuatan yg disuruh kita melakukannya semasa dalam mimpi itu dinamakan redundant (kalau tak silap la).. iaitu mengulangi benda yg kita dah buat pun..

Pesan suruh baca al-Quran la (padahal memang kita baca tiap2 hari pun).. suruh kita solat la (padahal kita solat bukan sbb disuruh oleh sesiapa, tetapi demi mematuhi suruhan Allah).. suruh kita jaga anak perempuannya (padahal memang kita dah jaga pun).. maka, pesanan2 sebegini sebenarnya takde manfaat pun.. kalau kita lihat secara zahir, memang nampak bermanfaat.. tapi bila diteliti secara halus, ia boleh mengandungi unsur2 yg menyebabkan kita syirik (contohnya kita melakukan solat sbb takut arwah ayah kita muncul dlm mimpi banyak2 kali suruh solat.. sedangkan solat itu kena dilakukan semata2 kerana Allah, bukan kerana suruhan ‘roh’ dsb).

Kalau berjumpa dalam mimpi itu pun tak mungkin, apatah lagi jika bertemu dalam keadaan jaga..

Terbuktilah juga bahawa keyakinan Ummu Jah bahawa beliau berjimak dgn roh Abuya merupakan satu tipudaya semata2.. sesiapa yg mempercayainya, maka nilailah kembali akidah mereka (Tiba2 masuk cerita Ummu Jah.. kihkih) πŸ˜‰

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

65 Comments

Add a Comment
  1. ohh..selama ni jaja mimpi arwah abah datang pakai pagoda dan bergombang(pakaian rutin ketika hidup) tu cuma mainan juga ye ustaz..

    sebab..kalau siang hari sy terasa rindu sgt2..mlm tu mesti mimpi.

    1. mungkin disebabkan terlalu rindu, sampai termimpi2.. mcm tu jugak kalau terlalu takut, terlalu gembira.. tapi mimpi itu tiada kaitan dgn roh orang yg meninggal.. πŸ˜‰

  2. rasanya most yg mimpikan org mati sbb kita terlalu rindu or teringat kan dia kan…mcm me selalu mimpi arwah ayah me ie mcm teringat balik kenangan dulu2 tapi dlm bentuk mimpi…

    1. memang benar.. sbb otak kita menyimpan memori.. bila2 masa kita teringat, memori tu akan dibuka kembali.. sama mcm fungsi cpu pada komputer πŸ˜‰

  3. Terima kasih ustaz..bila sedar tu, terasa sedih sgt2 sbb tidak berpeluang berjumpa arwah ketika hidup dan semasa arwah meninggal. Hanya mampu membacakan Al-Fatihah dan surah Yasin dr jauh..mgkn juga kerana sy mengingati budi2 arwah dulu..moga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..insyallah..AMIN..

    1. Jadilah anak yg soleh / solehah yg sentiasa mendoakan ibu bapanya.. itulah harta yg tak ternilai harganya πŸ˜‰

  4. Salam … rupanya kalau kita mimpi orang mati ni.. tak ada makna lah ya…. kalau orang tidur jarang bermimpi tu makna nya tak terlampau apa apa lah ya ustaz….. tak ada terlalu sedih, gembira, rindu yg nak dibawa dalam mimpi.

    1. Salam zaza..

      maknanya terlampau teringat la tu.. kadang2, kalau terlalu bencikan seseorang pun, bleh terbawak2 dlm mimpi gak πŸ˜€

  5. saya rasa ustaz kurang buat research. jawapan ustaz terlalu mudah tanpa dikuatkan apa2 hujah dan dalil. benar, mimpi itu dirisaukan mgkin akibat gangguan jin dan syaitan. tetapi perlu diingat juga bukan semua itu adalah mainan tido atau dari syaitan.

    β€œMimpi yang baik adalah dari Allah. Sedangkan mimpi yang menakutkan berasal dari syaitan. Barangsiapa mimpi yang tidak menyenangkan maka hendaklah dia meludah ke sebelah kirinya tiga kali dan berlindung diri kepada Allah dari syaitan, maka mimpi tersebut tidak akan membahayakannya” ( Bukhari dan Muslim)

    ulama juga telah menggariskan mimpi itu kepada 3
    – mimpi baik dan benar dari Allah
    – mimpi dari syaitan
    – akibat terlalu berfikir atau mainan tidur

    berbalik kepada soalan bolehkah bermimpi dengan ruh yg sudah mati. jawapannya ada ulama yg mengtakan boleh bertemu roh yg hidup dan yg telah mati melalui MIMPI. (bukan secara nyata.)
    ada dari kalangan ulama2 generasi salaf yg mengatakan boleh. segalanya juga hanya dengan izin Allah. mereka berpegang dalil surah az-zumar ayat 42.

    begitu juga ulama lain contohnya spt ibnu qayyim didalam kitabnya ar-ruh.
    {boleh lihat disini http://www.eramuslim.com/ustadz-menjawab/roh.htm }

    malah jika diikutkan banyak kisah2 dizaman nabi,sahabat dan tabien dimana ruh bertemu didalam mimpi. diantara yg paling terkenal adlalah riwayat dari para sahabat berkenaan org yg telah mati tetapi rupanya dia masih ada berhutang , yg mana suatu ketika salah seorang ahli keluarga simati bermimpi didatangi ruh simati tersebut didalam mimpinya meminta utk melangsaikan hutang2nya terhadap sipolan sipolan dan ternyata ianya benar.

    walau bagaimanapun, kita sbg org biasa yg lemah imannya dinasihatkan berhati2 dan merujuk kepada para ulama jika bermimpi ruh yg sudah mati dikhuatiri gangguan syaitan. cuma perbincangan ini luas kerana ingin perjelaskan tentang bukan semua mimpi bertemu org yg sudah mati itu adalh satu kisah bohong. masih ada ruang dikalangan ulama perjelaskan isu ini.. just berkongsi sedikit.wallahu a’lam

    1. alhamdulillah.. terima kasih atas perkongsian itu..

      akhirnya, kesimpulan yg dibuat oleh saudara itu juga adalah menjawab kepada segala persoalannya.. Ustaz Love menjawab di sini bukanlah secara semberono (tanpa dalil dan hujjah), sebaliknya Ustaz Love mengekstrak (bukan sekadar copy paste) hukum daripada dalil dan hujjah agar sesuai dengan pemahaman masyarakat.

      oleh kerana mimpi itu tidak boleh disandarkan sebagai hujjah (untuk menyatakan bahawa si mati itu tersiksa dalam kubur, bahagia dsb), maka tiada salahnya menolak tafsiran mimpi itu.. apatah lagi mimpi orang awam yg kebanyakannya dipengaruhi oleh sikap dan kepercayaan mereka.

      Dalam hal ini, yg dibahaskan bukanlah persoalan mimpi.. sbb persoalan mimpi itu adalah disepakati berdasarkan hadis2 yg menyatakan tentang mimpi yg benar itu merupakan 1/46 daripada kenabian (boleh rujuk entry2 Ustaz Love berkaitan mimpi spt di sini http://ustazlove.com/blog/2011/10/soal-jawab-mimpi-dibelit-ular-hitam/ ).. yg menjadi persoalan di sini adalah mimpi bertemu roh..

      Roh orang yg mati tidak mungkin akan kembali.. tetapi roh orang yg hidup ada kemungkinan untuk pergi ke mana2 semasa jasadnya tidur..

      WA

      1. Siap kata roh org dah mati tidak boleh berjumpa dengan org hidup? Abis tu nabi dan org soleh, yg dah mati pernah berjumpa org hidup dalm mimpi ? adakah itu tidak benar? Jangan semborono menggunakan title USTAZ klu ilmu tak cukup, jawapan yang tidak memuaskan itu yg diber ustaz.

        1. tiada masalah nak berhujjah.. cuma jangan gunakan kaedah membunuh karakter (character assasination).. kalau saudara rasa saudara ada hujjah yg kuat, maka sila la kemukakan.. boleh kita bahaskan πŸ˜‰

        2. Kt org Islam…Boleh tak bercakap n menegus dgn cara yg lebih murni…Jgn hanya nak perlekeh org mcm tu je…Ustz Love tak pernah melatah pun bila menerima teguran…

  6. Assalammualaikum…
    Sy nak tanya kalu kta selalu mimpi orang yang sma plak apa maksudnya ye? Dh bertahun2 org tu asyk ada dlm mimpi sy.. Bukanlah mimpi yg sma tp yg pasti wajah dia pasti akan ada.. Sy xrapat dengan orang tu cma pernah rapat masa zaman kanak2 sahaja.. Xde mimpi yg buruk smua mimpi biasa je.

    1. Waalaikumussalam…

      Wallahu A’lam.. Ustaz Love tak pandai dalam bab menta’bir mimpi ni.. bagi Ustaz Love, adalah lebih baik menganggap mimpi itu sebagai mainan tidur.. kerana hakikatnya, kita tak mampu nak pastikan kebenaran sesuatu mimpi itu, sehinggalah ia menjadi kenyataan di alam realiti πŸ˜‰

  7. Salam.. Kaedah yg diguna utk mpercayai kbenaran dr mmpi itu tlalu byk.. Sbg seorang muslim.. Byk2 kan bsedekah kpd saudara Islam yg tlh dulu pergi dr kita..

    1. Salam..

      Untuk percaya, tak memerlukan apa2 kaedah.. untuk membuktikan kebenaran melalui mimpi itu yang memang tak dapat kita nak tahu, melainkan perkara yg dimimpikan itu telah benar2 berlaku πŸ˜‰

  8. Salam ustaz, saya ingin bertanya kepada ustaz berkenaan mimpi….jika dlm mimpi tu…arwah bapa dtg dan mengatakan apa yg dibuat tu salah dan berdosa dan arwah juga menyuruh bersolat dan jgn tinggalkn bagaimana pula…?? dan mimpi tu terus-terusan dlm setiap kali tidur….bila terjaga seperti berbekas dlm hati…seolah2 diri sedang diperhatikan….mohon penjelasan daripada ustaz love….

    1. Salam Izzara..

      Seperti yang Ustaz Love jelaskan sebelum ini, Ustaz Love tak pandai nak tafsir mimpi.. namun, jika mimpi itu ada kebenarannya (contohnya mimpi arwah bapa mengatakan perbuatan kita meminum arak itu berdosa), kemungkinan ada kebenarannya.. namun sebenarnya tak perlu kehadiran mimpi memberitahu akan perbuatan dosa tersebut, sbb memang kita pun tahu ia berdosa untuk dilakukan. Mungkin juga itu peringatan daripada Allah untuk mengejutkan kita daripada terus terlalai..

      Apa pun, bukan persoalan mimpi itu yg patut kita ambil berat.. sebaliknya amal perbuatan kita itu yang kena diteliti πŸ˜‰

  9. salam….
    da 2X saya dpt mimpi yg sama, gigit saya terkancing n d cengkam smpai bertaburan n hancur smpai berdarah2, subahanaALLAH x bole saya bayangkn bertapa sakitnye n seksanye sya, dlm mimpi sya hanye ada mak, suami n ank lelaki saya tp mimpi sya yg kedua kalinye ni ckup2 menyeksakn, sya seolah2 d beri azap yg berg2 seksa sekali n dgn mulut yg d cengkam, gigit smpai hancur n bertaburan penuh dgn darah, sya sempat meminth ampun da maaf dr mak n suami tiba2 nyawa saya d sentap(cabut), sya x bole nk byangkn bertakpa sakit n seksanye saya ms 2 , x terkata dgn kata2 sakitnye itu smpai tercampak saya ke lantai spt d langar sesuatu yg berg2 teramat besar sekali…..Ya Allah berg2 sakit sekali ble nyawa sya nk d cabut & apa ble suami saya dakap saya dgn suara tangisan ank tiba2 nyawa sya d lepaskn semula , bdn sya terasa spt d hempap batu yg teramat besar sekali dgn mulut sya bg2 sakit sekali…..terus mata sya terbuka n sya tersedar dr mimpi, sya pandang jam menujukn pukul 3am…… bdn, mulut n gigit saya sakit sngt spt ianye benar2 berlaku pd diri saya……….Allhuakhbar!!!

    JIKA BENAR ALLAH NK PERINGATKN AKN SESUATU PD SAYA , DGN ATI TERBUKA N IKHLAS SAYA MENERIMANYE, tp saya x sangup mati dlm keadan spt 2, azam, seksa n sakit yg teramat snggt!!
    *adakah nie ats dosa2 yg pernah saya buat dulu? adakah ALLAH masih blum terima taubat saya tau ada sesuatu yg ALLAH nk bg tahu pd saya?

    tolong tafsirkn mimpi saya nie….supaya ati saya tenang, jiwa saya tenteram,…….!! terima kasih :'(

    1. salam puan Mala..

      Ustaz Love tak mampu nak tafsirkan makna mimpi puan. Mungkin juga mimpi itu satu petanda, dan mungkin juga ia sekadar mainan tidur. Ustaz Love cadangkan agar puan amalkan adab2 tidur dan banyakkan berdoa semoga Allah memelihara tidur puan daripada gangguan mimpi2 sebegini. Juga muhasabah diri atas segala kesilapan dan terus-menerus bertaubat serta beristighfar, semoga Allah ampunkan segala dosa kita. Kemudian perbanyakkan melakukan amalan kebaikan spt sedekah, puasa dsb.

      Mati itu memang pasti akan datang.. ia tak tertakluk pada kesediaan kita untuk menghadapinya.. jadi, sebelum sampai waktunya, banyakkanlah amal kebaikan.. semoga Allah menerima kebaikan yg kita lakukan dan menyelamatkan kita daripada azabNya di akhirat nanti.

      WA

  10. sy mimpi nenek suruh saya makan nasi. tapi baru semalam sy dn mk hantar nenek ke rumah mak cik. adakah kerana sy terlalu berfikir atau lemah semangat?

  11. aku ni xpndai mano sal mimpi tp gak btl kata ustaz love.. Kalu mimpi sal org mati tu.. Kita yg slalu duk rindu2 hak3 lupakan la…

    1. kalaulah orang mati itu boleh balik ke dunia (sama ada rohnya saja atau bersekali dengan jasad), nescaya orang tak takut untuk mati.. manakala org hidup akan mati ketakutan πŸ˜€

  12. salam…
    saya ada beberapa soalan…
    saya ada bermimpi mengubati mak saya yg sakit angin ahmar…tapi di alam nyata skrg mak saya tak sakit angin ahmar,cuma ada sakit kencing manis darah tinggi….

    dalam mimpi tu saya mengubati mak saya..
    saya sapu ubat seperi minyak angin di badan mak saya…
    selepas itu saya baca bismillah…
    selepas baca bismilah,mak saya terus baik….

    apakah maksud mimpi itu….adakah 1 hari nnti mak saya akan sakit angin ahmar…?
    harap ustaz dapat menjawab…

  13. saya ada satu mimpi..saya berjumpa dengan seorang ustaz lalu mencium tangan nya..boleh mintak pencerahan dalam mimpi saya???terima kasih

  14. salam…hai ustad… saya ingin bertanya…selama ini saya tidak pasti kemana harus saya tujukan soalan ini..mungkin kerana malu… sebagai fitrah manusia, kita dilahirkan ke dunia dgn pelbagai cara kehidupan dan takdir masing2 yang telah tercatat utk setiap hamba..tetapi setiap tidur saya akan mengalami pelbagai jenis2 mimpi yang pelik dan unik. tetapi ada satu jenis mimpi yang saya tak dapat nak terima, saya telah bermimpi lebih dari 6 kali, di dalam mimpi tersebut perilaku dan bentuk serta jiwa saya adalah seorang lelaki, sedangkan hakikatnya saya adalah seorang wanita…bantulah saya untuk tenang dari memikirkan perkara tersebut ustad…terima kasih…as salam..

    1. kembalikan saja segala2nya kepada Allah.. insyaAllah hati akan tenang. Jangan ambil berat sangat pasal mimpi, sebab kebanyakan mimpi itu merupakan perhiasan atau mainan tidur.

  15. Ustaz saya harap ustaz bukan golongan wahabi..

    Jawapan ustaz tidak betul, dan tidak tepat

    firman Allah dalam ayat 169 yang bermaksud :

    “Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, sedangkan mereka itu tetap hidup di sisi Tuham mereka dengan diberi rezeki”

  16. Ustaz saya selalu mimpi aruah mak saya dah bermacam – macam dah saya lihat salah satu mimpi tu mak balik rumah dalam keadaan tak bermaya dan tidak terurus ,tubuh badan semakin kurus…

  17. salam ustaz…saya ingin tahu,dengan doa saya kepada ALLAH setiap hari berdoa agar di suatu hari di izinkan ALLAH saya dan arwah tunang akan bertemu kembali dan bersatu semula.saya terlalu menyayangi arwah tunang dan kalau di ikut lagi berapa bulan je lagi hendak melangsungkan perkahwinan,tapi ALLAH lebih meyayangi dia.

    1. Jika sayang, belajarlah untuk melepaskan. Jika tunang itu boleh berkata2 kepada saudari, nescaya beliau akan menyuruh saudari meneruskan hidup ini dengan orang lain. Beri peluang untuk diri sendiri dan jangan menutup hati untuk orang lain. InsyaAllah, pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebalik semua yg berlaku.

  18. Salam ustaz..nak tanya…datuk sy br ninggal 25 hari yg lepas..sblm meninggal dia ada berpesan wang simpanan dia dkeluarkan ttp jgn dibetikan kpd nenek…duit tsebuttelah dberikan oleh makcik kpd nenek saya..semenjak dia meninggal…saya kerap bermimpi dia marah2 dan inginkan saya membeli barangan utk dia…apakah makna mimpi tersbut??

    1. Maknanya mimpi itu mungkin gangguan syaitan. Orang dah meninggal mana ada apa2 keperluan lagi untuk dunia ni..

  19. asalamualaikum ustat sy ibu ruma tanga sy selalu berat untuk melaku ka solat gimana solosi nya

  20. Askum ustaz,

    anak saya baru pergi meninggal kan saya dan bertemu maha pencipta.Sebagai ibu saya amat merindui aruah anak saya itu,dan teringin sangat mendengar suaranya,ingin melihat wajahnya…saya selalu berzikir membaca alfatihah dan bermohon agar semua pahala bacaan saya disedekah kan untuk dia.Apakah ada cara lain untuk saya dapat berjumpa dengan dia walau hanya dalam mimpi saja??

    Sekian.

  21. Hmm patut baca entry ni tak sedap . huraian dari fahaman sendiri . kaji balik bro , perdalamkan lg ilmu . cuba cari buku alam roh . ni main sedap fahaman je bedal . jadi mengarut entry ni .

  22. Sy rs mgkn ada kebenaran roh org mati blh bjumpa dgn roh org hidup ttpi melalui mimpi shj..bbrp thn dulu ketika ayah sahabat baik sy meninggal dunia, sy tlh bmimpikan arwah ayah shbt sy tsbt. Arwah berpesan kpd sy didlm mmpi spy menyuruh anaknya utk mmblikan roti oat utk beliau.sbaik shj sy mkabarkan kt sahabat saya..beliau menangis dan bgtau yg ayahnya ketika hidup mmg gemar sgt makan roti oat. Sdgkn sy mmg xmngetahui kgmrn arwah..krn sy bljr jauh stelah tmat spm dan hny skali skala bjmpa dgn sahabat sy & keluarganya. Wallahualam

    1. Setakat nak tahu makanan kegemaran beliau, tak perlu sampai bermimpi. Orang2 terdekat beliau pun tahu.. bahkan jin yang mendampingi beliau (qarin) juga tahu. Ini bukan dalil bahawa roh itu boleh sesuka hati nak masuk dalam alam mimpi orang yang hidup.

  23. Asalamualaikum semua,cuma ingin berkongsi, sebelum ini saya akui saya tidak berminat langsung akan perkara sperti mimpi dsb. Cuma lebih kurang 3 bulan sebelum kematian anak saya, saya ada bermimpi selepas zohor hari cuti, bermimpi anak saya meninggal akibat kemalangan dan sahabat2 beliau datang memberitahu, apabila tersedar basah bantal kerana saya menangis, saya beritahu isteri lalu dijawab mimpi disiang hari ganguan syaitan dan kata orang tua tua mimpi sesaorang meninggal bermakna umur panjang,hingga bila saya ulangi tentang perkara itu isteri mengata saya mengarut, malangnya pada 23042015 terjadi seperti ulangan apa yang telah mimpikan. Apa yg saya nyatakan bukan rekaan etc. Benar2 terjadi ada kah ini kebetulan , Allahhuakhbar

  24. Assalamualaikum, menyentuh pasal kematian, roh dan mimpi, bapa saya yang saya kasihi baru saha meninggal dunia 1 julai 2017 yang lalu bersamaan 14 ramadhan. menyentuh tentang mimpi, pada 29 januari 2015 saya pernah bermimpi tentang kematian, iaitu dalam mimpi tersebut, saya tgh menunggu ketibaan kereta jenazah sampai ke rumah…dlm mimpi tu jugak, ada besen berisi air keruh dan kain putih tumpah…saya tolong mop kan….bapa saudara saya juga dalam mimpi tu sebuk menguruskan jenazah…tetapi siapa yang meninggal saya tk pasti, lantaran itu, saya terus telefon ibu dan arwah bapa yang masih hidup ketika itu…ape yg terjadi bulan 7 ari tu saya betul2 tak sangka bahawa rupanya ayah saya yang akan pergi….subhanallah…saya mengucap panjang dan menangis…sbb ALLAH dah beri saya satu petunjuk untuk bersiap sedia hadapi suatu kematian….bapa saudara saya juga seperti dalam mimpi yg betul2 menguruskan hal urusan jenazah ayah saya.

  25. Salam.ustad tlng cari hadis tntang mimpi yg benar.sb sy mimpi rasul peluk ANAK sy sambil tangan rasul letak atas bahu ANAK sy

    1. Mimpi Rasul hanya dapat dipastikan kebenarannya oleh orang yang pernah melihat Rasul (sahabat), atau mengetahuinya melalui hadis2 yg menerangkan rupa paras Rasul.

  26. Salam ustad.anak sy kerap mimpi sheikh besar2 Selepas kejadian mimpi rasul.ank sy tu akn dtakdirkn dpt nur.iaitu cahaya yg hilang semasa d lahirkn dl.sheikh tu pesan suruh Ank sy byk selawat.dan dia di ajar kalimah istigfar besar dlm mimpinya

    1. Jangan terlalu percaya pada mimpi. Ada sesetengah gangguan jin, hadir melalui mimpi dan menawarkan perjanjian berbentuk amalan tertentu yg diberikan. Jika orang itu beramal dengan amalan yg diberikan beliau, maka itu menjadi syarat persetujuan untuk jin itu berdamping dengannya.

    2. Jgn tanya persoalan berkenaan alam roh atau mimpi dkt org yang tak ada ilmu tinggi.sebaiknya tanyalah kepada ustaz2seperti ustaz azhar idrus ke,ustaz harun din ke atau syeikh yang ada tarekat seperti syeikh fuad as sofa,syeikh tarekat2 yang muktabar

  27. assalammualaikum ustaz,saya ingin bertanya, saya ada mimpi abg kndung saya mengulangi kesilapan lalu nya yg teruk dan lain2 . tapi seblum saya tdur ,saya ada membaca surah2 dan menyebut nama penuh nya supaya diberikan hidayah oleh allah ..selepas mimpi tu saya terjaga dalam pukul 6 pagi .. apa maksud nya ustaz ..

  28. Assalamualaikum ustaz,kawan sy baru kematian ibu..dlm 3hari ini dia sering btanya kpada sy adakah ibu dia tak rindukan dia dan kluarga?sy tanya knapa tanya soalan begitu..dia kata selalunya klu org yg mniggal dunia..dia akn dtg dlm mimpi..sejak ibu dia mniggal sehingga skarang takde 1mimpi pun yg dtg ustaz..btul ke?

  29. Salam ustaz..bgaimana jika kte brmmpi kdua ibubapa kte y sudh mninggal dtg kerumh kte n ingin mngambil brang dye…walhal kte xambil pon brng dye…rupenye brg y nk diambil 2 adlh dri kte…sblm sy brmmpi..kucing y sy bela mmbuat bising n mnggngu sy tdo shingga sy trsedar…ble sy tdo blik…bru mmpi 2 dtg

  30. Assalamualaikum ustaz.. Arwah Yang masuk dalam mimpi tu boleh bercakap ke? And kalau dia bercakap.. Itu ialah dorang ke? Saya mimpi nenek tp dia x bercakap and dia datang sekejap sangat.. Jadi apakah kesimpulan πŸ˜…

  31. Maaf saya koreksi .. walaupun Anda ustadz saya meragukan jawaban Anda , menurut saya jawaban Anda itu bukan berdasarkan hadist/dalil yg sohih…tapi berdasarkan pendapat Anda sendiri ?

    Yang saya tau Allah pernah berfirman Dalam surah Az-Zumar ayat 42 Allah berfirman :

    β€œAllah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berpikir.”

    Jadi bukan tidak mungkin orang mati (roh) dapat bertemu/menemui kita di alam mimpi

    Mimpi itu di bagi 3 :
    1.mimpi buruk (yang datang nya dari setan)
    2.mimpi biasa (tanpa makna yang biasa nya saat bangun kita lupa dengan mimpi kita)
    3.mimpi yang datang nya dari Allah , untuk memberi kabar baik (ini termasuk mimpi bertemu orang yang sudah meninggal,atas izin Allah roh orang mati bisa bertemu kita di alam mimpi , baik untuk memberi kabar atau amanah atau memberitahukan amalan yg ia perbuat semasa di dunia, sepanjang tidak bertentangan dengan perintah Allah)

    Ketahuilah mimpi bertemu dengan (roh) orang yang sudah meninggal itu benar atau tidak nya cukup mudah? Jika Kita bisa ingat dengan isi mimpi nya maka itu benar, Kalo org yg meninggal sudah menemui kita lewat mimpi (untuk memberi kabar atau semacamnya), berbeda dengan mimpi biasa yang langsung/mudah di lupa kan.

    Pada zaman nabi saw saja sudah di ceritakan soal sahabat yang mati syahid menemui prajurit nabi saw lewat mimpi untuk memberitahukan kalau baju zirah nya telah di curi . (Searching aja Google)

    Alangkah baik nya setelah mimpi bertemu dengan orang yang meninggal kita langsung menuju doa kan nya.

    Wallahu alam

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme