I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Antara Ibu Dan Isteri

Salam..

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Mama Zharfan.. Ustaz Love copy paste daripada blog beliau :

Kewajipan seorang anak lelaki dalam mentaati orang tuanya telah dijelaskan dalam sirah Rasulullah yang menceritakan tentang seorang sahabat yang bernama Al-Khomah Menangislah ibunya. Ibunya dengan penuh rasa kasih sayang telah mengampunkan segala dosa Al-Khomah. Sejurus selepas itu, barulah Al-Khomah dapat mengucap Syahadah dan menghembuskan nafas yang terakhir. Dalam kisah ini, Rasulullah telah berpesan, ” Siapa yang utamakan isteri dari ibunya, maka ia akan terkena laknat Allah dan tidak diterima ibadat fardhu atau sunatnya.”

Untuk artikel penuh, boleh baca di blog beliau.. spt yg Ustaz Love link kan kat atas..

Pertamanya, sebelum Ustaz Love mengulas mengenai ranking ibu dan isteri, Ustaz Love nak jelaskan sikit pasal hadis Alqomah yang dikatakan seorang sahabat Nabi s.a.w. yang susah nak mengucap dan payah nak meninggal.. sbb derhaka dengan ibunya.. kisah ini sangat masyhur ‘ala al-alsinah (masyhur diperkatakan) kerana ada sebuah hadis menceritakan perkara tersebut..

وعن عبد الله بن أبي أوفى ، رضي الله عنه ، قال : كنا عند النبي صَلى الله عَلَيه وسَلَّم فأتاه آت ، فقال : شاب يجود بنفسه ، قيل له : قل : لا إله إلا اللّه. فلم يستطع. فقال : كان يصلي ؟ قال : نعم. فنهض رسول الله صَلى الله عَلَيه وسَلَّم ونهضنا معه فدخل على الشاب ، فقال له : قل : لا إله إلا اللّه , فقال : لا أستطيع ، قال : لم ؟ قال : كان يعق والدته. فقال النبي صَلى الله عَلَيه وسَلَّم : أحية والدته ؟ قالوا : نعم ، قال : ادعوها , فجاءت ، فقال : هذا ابنك ؟ فقال : نعم , فقال لها : أرأيت لو أججت نار ضخمة ، فقيل لك : إن شفعت له خلينا عنه وإلا حرقناه بهذه النار أكنت تشفعين له ؟ قال : يا رسول الله صَلى الله عَلَيه وسَلَّم ، إذًا أشفع ، قال : فأشهدي الله وأشهديني أنك قد رضيت عنه ، قال : اللهم إني أشهدك وأشهد رسولك أني قد رضيت عن ابني , فقال له رسول الله صَلى الله عَلَيه وسَلَّم : يا غلام ، قل : لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، وأشهد أن محمدًا عبده ورسوله , فقالها ، فقال رسول الله صَلى الله عَلَيه وسَلَّم : الحمد للّه الذي ما أنقذه بي من النار

Dari Abdullah bin Abi Aufa, ia berkata: Kami pernah berada bersama  Nabi s.a.w. lalu datanglah seseorang, ia  berkata, “Ada seorang pemuda yang nafasnya hampir putus, lalu  dikatakan kepadanya, ucapkanlah Laa ilaaha illallah, akan tetapi ia  tidak sanggup mengucapkannya.” Baginda bertanya kepada orang itu,” Apakah anak muda itu masih menunaikan solat?” Jawab orang itu,”Ya.” Lalu Rasulullah s.a.w. bangkit berdiri dan kami pun berdiri  bersama Baginda, kemudian Baginda masuk menemui anak muda itu, beliau  bersabda kepadanya,”Ucapkan Laa ilaaha illallah.” Anak muda itu  menjawab, “Saya tidak sanggup.” Baginda bertanya, “Kenapa?” Dijawab oleh orang lain, “Dia telah derhaka kepada ibunya.” Lalu Nabi s.a.w. bertanya, “Apakah ibunya masih hidup?”  Mereka menjawab, “Ya”. Baginda bersabda, “Panggillah ibunya kemari,” Lalu datanglah ibunya, maka Baginda bersabda, “Ini anakmu?” Jawabnya, “Ya.” Baginda bersabda lagi kepadanya, “Bagaimana  pandanganmu kalau sekiranya dibuat api unggun yang besar lalu  dikatakan kepadamu: Jika engkau memberikan syafa’atmu  (mengampunkan) kepadanya nescaya akan kami lepaskan  dia, dan jika tidak pasti kami akan membakarnya dengan api, apakah engkau  mahu memberikan syafa’at kepadanya?” Perempuan itu menjawab, “Kalau begitu, aku akan memberikan syafa’at kepadanya.” Baginda bersabda,” Maka Jadikanlah Allah sebagai saksinya dan  jadikanlah aku sebagai saksinya sesungguhnya engkau telah meridhai anakmu.” Perempuan itu berkata, “Ya Allah sesungguhnya aku  menjadikan Engkau sebagai saksi dan aku menjadikan RasulMu sebagai saksi sesungguhnya aku telah meredhai anakku”. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda kepada anak muda itu, “Wahai anak muda ucapkanlah Laa ilaaha illallah wahdahu laa syarikalahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuluhu.” Lalu anak muda itupun dapat mengucapkannya. Maka bersabda Rasulullah s.a.w. “Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan dirinya  dari api neraka, lantaran diriku.”

Hadis ini diriwayatkan Imam Ahmad dan at-Thabrani.. tetapi di dalam rantaian perawinya ada seorang perawi bernama Faid bin Abdurrahman. Ustaz Love tak nak panjang lebar mensyarahkan (cewahh) hadis ni.. pendek kata, hadis ini bukanlah hadis.. malah Imam Abu Hatim mengatakan bahawa dalam rantaian perawi hadis ini terdapat Daud bin Ibrahim dan beliau adalah pendusta.. pendek kata (berapa kali pendek daa.. dah jadi kontot kata plak) hadis ini tidak boleh dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w.

Bahkan cerita ini jelas menjatuhkan martabat sahabat Nabi s.a.w.. sedangkan dalam hadis itu, takde plak disebutkan nama Alqomah.. dan para sahabat Nabi s.a.w. adalah mereka2 yg Allah telah redha kepada mereka dunia dan akhirat. Ini sama la kesnya dengan hadis Tsa’labah yg kononnya seorang yg miskin, kemudian diberi kekayaan.. sehingga akhirnya Allah tak redha zakatnya diterima.. ini antara hadis2 yang tiada asasnya dan tidak boleh digunakan sebagai hujjah.

Berbalik kepada kes ranking antara ibu dan isteri, maka bagi seorang lelaki, ibunya masih lagi di ranking yg pertama.. selepas itu adalah isterinya.. ini kerana ketaatan seorang lelaki itu tetap pada ibunya, sbb tiada istilah taat kepada isteri (kalau ada, maka isteri itu sebenarnya ratu kawalan (queen-control)).. Namun dalam pada masa yg sama, seorang lelaki juga wajib menyayangi dan tidak menyakiti hati isterinya.

Seorang lelaki kena bertindak bijak apabila berlakunya pertembungan antara permintaan ibu dan juga isteri.. Umpama menarik rambut dari dalam tepung.. rambut tak putus, lepas tu tepung boleh dibuat cekodok.. tengok keutamaannya di mana.. contohnya, jika isteri dah nak bersalin, kemudian mak pulak suruh gi kedai beli tepung, maka wajib mendahulukan isteri yg nak bersalin itu.. walaupun permintaan mak suruh gi kedai itu bukanlah suatu perkara maksiat, tetapi keutamaan perlu diberikan kepada isteri.. kerana isteri itu sedang bertarung nyawa.. sedangkan nak beli tepung tu, bila2 pun boleh beli.

Tidak wajar bagi seorang lelaki mendahulukan ibunya, sehingga mengabaikan keluarganya (isteri dan anak2nya).. sanggup balik kampung tiap2 hari nak jenguk ibu, sehinggakan takde duit nak bagi makan anak bini.. ini suatu amalan yang kurang bijak.. nak kata bongok tu, macam kasar sangat.. tapi lebih kurang macam tu la..

Dalam hal ini, isteri kena banyak bertolak ansur.. kadang2 kesian gak kat suami yang terpaksa memilih (terutama bagi ibu mertua yg tak sukakan menantu.. ada je benda yg tak kena).. dan suami juga, kena bersikap adil terhadap kedua2 belah pihak.. jangan sebab dengar hasutan ibu, maka tanpa usul periksa sang isteri disalahkan..

Susah sebenarnya nak jaga hati wanita ini.. kalau Laut Cina Selatan itu dapat diukur kedalamannya, dalamnya hati wanita ini tiada siapa dapat menduganya.. kihkih

Jangan fokus sangat pasal ranking ni.. yg lebih patut seorang lelaki itu fokuskan adalah bagaimana beliau nak berlaku adil terhadap isterinya dan juga terhadap ibunya.. fikirkanlah situasi menang-menang.. bukan situasi kalah-menang 😉

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 Comments

Add a Comment
  1. salam. amboi ustaz,tepung boleh buat cekodok nmpak. haha. apa2 pun lelaki kne pndai ambil hati dua2.isteri dan ibu yg memahami akan bantu anak@suami tu. hati wanita mgkin sensitif tp insyaAllah bahagia menanti bg yg ikhlas hatinya. 🙂

    1. salam cikzsmile..

      lelaki kena jaga hati isteri dan pandai ambil hati ibu.. supaya masing2 tak terasa kekurangan kasih sayang 😀

    1. suami kena ada penilaian sendiri.. kalau isteri tak nak tolak ansur dan jika diukur dari sudut logik dan ilmu, perkara itu betul, maka suami kena ambil perhatian juga.. kalau isteri yg mengada2 tak nak tolak ansur, tolak je masuk kubur.. kihkih.. Ustaz Love bergurau je..

      apapun, keputusan akhir memang terletak di tangan suami.. jangan bias kepada mana2 pihak.. hormat tetap kena hormat isteri.. taat, tetap kena taat ibu.. soal buat keputusan mana yg terbaik, maka fikirlah gunakan ilmu dan akal 😉

  2. Salam ustaz…

    Tergelak bc n3 ustaz yg tang ‘bongok’ tu, tp isinya mendalam…. Tk ustaz…..

  3. suka artikel nie..coz sumtimes wife asyik nak ikutkan kehendak dia sampai si suami mengenepikan ibu sndiri… mula lar nak kata sayang bini..then..mak x sayang ker?? huhuh

    1. gitulah gayanya bila seorang isteri itu perasan yg suaminya itu hak mutlak beliau.. sedangkan dunia ini semuanya pinjaman semata2 😉

  4. Salam… sebagai isteri kena bertolak ansur dengan suami… jangan sampai kerana kita(isteri) membiarkan suami menderhakai ibunya…. seumpama kita membiarkan suami masuk neraka dan jangan sampai kita(isteri) mengheret suami ke neraka… Itu namanya sayang suami untuk dunia sahaja…… Sebaiknya ambil tepung buat cekodok makan bersama suami dan ibu mertua tadi….Semoga Allah melindungi kita daripada segala kesulitan

  5. Salam, ustaz.
    seronok bila bc post ni tp baca punya baca terkena lak btg hidung sendiri.
    suami sy mmg anak mak. kalo boleh tiap2 minggu nak balik kg jupe mak dia.nak balik kg sy hrp time raya je la.nak2 pulak sejak kedua2 org tua sy meninggal, lg liat la nak blik jengah adik2 sy kat sana.
    dah dekat 2 thn dia tak keja lps kena penyakit kulit. alasannya x leh kena panas matahari. nnti jd balik. tiap kali blik kg sy yg tanggung duit minyak n tol.bkn nak berkira tp gaji sy bkn besar mana pun. anak 2 org dh sekolah.
    kalo asyik blik kg confirm la duit gj sy abis so dia mintak duit dgn mak bapak dia.mak bapak dia pun tak kisah dia tak keja.pening saya dgn perangai diaorg ni.
    cuma yg menghairankan sy seblm ni dia tak mcm tu.rajin keja.hujung minggu rajin wat part time.balik kg pun time ada cuti pjg tp msk pertengahan thn 2010 dia mula menunjukkan perubahan.dr seorg yg penyabar n penyayng jd seorg yg pemarah.sejak dia terkena penyakit kulit perangai dia semakin berubah.
    sy dah jupe mcm2 ustaz dan amalkan zikir tp sekejap je elok.lps 2 dia buat balik perangai dia.
    hrp ustaz dpt bg nasihat

      1. Assalamualaikum….

        Ustaz… sy nk tanye.. mcmnne kalo mak mertua slalu mintak duit atau pun di belikan lauk.. sedangkan suami sy dh bagi duit tiap2 bulan.. n ade adik ipar dan suami yang duduk bersama mak mertua…. bukan sy lokek… tp slalunye suami xde duit n mintak duit sy untuk bg pada mak… dan kdg2 duit untuk belanja sy juga xdiberi…. mcm mane tu ustaz….

  6. salam ustaz,
    saya skunk dlm delema,
    sy bru je blik dduk ngn mak mntua sya xsmpai 1 bulan, tp sya dh rsa xslesa, sblum ni sya dduk ngn mak sya dri dlm pntg smpi 7 bln, mak sya yg jga ank sya, tp sjk sy duk ngn mak mntua sya, sya sdih sgt, ank sya dia concer, smpi kn sy nk brmnja ngn ank sya, dia mcm xbg,ank sya dh duk ngn dia 1 ari, tima sya dh blik kja ptg, bg la pluang dgn ank sya plk, tp x, tiap kali ank sya nk dtg kt sya dia trik kaki ank sya n pluk2 dpn sya, bila sya nk suap ank sya mkn, dia rgut sudu kt tngn sya, dia yg suapkn….bila sya nk pluk dkung ank sya, dia suh sya lpas biar ank main kt bwh…trsiksa btin keibuan sya ustaz….mcm mna sya nk mnggani?

  7. Salam Ustaz, macam mana kalau ibu suruh kita balik kampung tetapi isteri enggan ikut walaupun dah ckp elok2? Adakan kita perlu meninggalkan shj isteri dan balik sorang2? Ataupun bagi alasan/tipu ibu supaya xperlu balik kampung.Tolong jwpannya..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme