Salam…
Ustaz Love menerima pertanyaan daripada pingu ijo :
“ust..mohon komen..sy dpt drpd seorg shabat yg share di fesbuk beliau..terima kasih
Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012… 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20… Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur… Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah? ” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: ” Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus “, kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”. (Al Hadis)
Wallahualam samada benar atau tidak.Minta pada mana2 yg alim hadis dpt
merungkai persoalan samada benar atau tidak.“
Ustaz Love amik masa sket untuk mengkaji hadis di atas (cewahh) sbb Ustaz Love bukanlah alim hadis.. alim hadas pun bukan.. cuma berpandukan kepada kajian ulamak2 yg alim saja.
Persoalannya pertama, benarkah hadis itu seperti yg digambarkan? Atau adakah ianya betul2 hadis? Ataupun main petik je nama rawi (periwayat) hadis?
Menurut hasil dapatan Ustaz Love (jika salah, harap dapat betulkan), hadis di atas sebenarnya diriwayatkan oleh Nu’aim bin Hammad di dalam kitabnya al-Fitan, tetapi tidak dapat ditemui dalam mana2 kitab hadis akan kewujudannya. Bab ni, insyaAllah Ustaz Love akan cuba ulas kemudian.
Sebelum itu, marilah kita meneliti matan (teks) hadis tersebut :
إذا كانت صيحة في رمضان ؛ فإنه يكون معمعة في شوال ، وتميز القبائل في ذي القعدة ، وتسفك الدماء في ذي الحجة . والمحرم ما المحرم ؟ ( يقولها ثلاثا ) ، هيهات هيهات ! يقتل الناس فيها هرجا هرجا . قلنا : وما الصيحة يا رسول الله صلى الله عليه وسلم ؟ قال : هدة في النصف من رمضان ليلة جمعة ؛ فتكون هدة توقظ النائم ، وتقعد القائم ، وتخرج العواتق من خدورهن في ليلة جمعة ، في سنة كثيرة الزلازل . فإذا صليتم الفجر من يوم الجمعة ؛ فادخلوا بيوتكم ، وأغلقوا أبوابكم ، وسدوا كواكم ، ودثروا أنفسكم ، وسدوا آذانكم ، فإذا أحسستم بالصيحة ؛ فخروا لله سجدا ، وقولوا : سبحان القدوس ، سبحان القدوس ، ربنا القدوس ؛ فإنه من فعل ذلك ؛ نجا ، ومن لم يفعل ذلك ؛ هلك
Terjemahan hadis yg disebarkan itu pun sebenarnya tak lengkap.. tapi takpe la.. kita fokus je pada status hadis itu.. Syeikh Al-Albani memasukkan hadis ini dalam kitabnya, al-Silsilah ad-Dhaifah, dan mengatakan bahawa hadis ini adalah hadis palsu.
Manakala di dalam kitab Majmuk Fatawa ibn Baz, Syeikh ibn Baz menyatakan bahawa hadis ini “tiada asal padanya dari sudut kesahihannya, bahkan ianya adalah bathil dan tipu semata2″.
Bermakna, hadis ini adalah hadis palsu.. Jadi, bagi sesiapa yang tengah galak copy paste hadis ni, maka ingatlah akan amaran Nabi s.a.w. “Sesiapa yang menipu ke atasku (menggunakan nama Nabi s.a.w. untuk menyebarkan kepalsuan) dengan sengaja, maka dia telah menempah tempatnya di neraka”.. wal ‘iyazu billah.
Jadi, tak perlu la nak fikir tahun 2012 ke, tahun 2020 ke, akan berlakunya kiamat besar (kiamat dunia), sebaliknya kita kena lebih risau memikirkan kiamat kecil (kematian kita) yang tentunya lebih dekat dengan kita.. tak perlu nak tunggu tahun depan ke, 10 tahun lagi ke, entah2 kejap lagi dah kiok.. inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun..
Tapi Ustaz Love pun pelik gak la kan.. sesuka hati je orang dok sebar2 kajian NASA la, kajian CIA la.. tapi sumbernya takde plak dinyatakan.. sebaliknya nak kuatkan pandangan tu, dibawakan plak hadis2 yang entah dari mana mereka dapat.. sepatutnya, kajian2 sains itulah yg memperkuatkan keyakinan kita kepada ayat2 Allah dan hadis2 Nabi s.a.w., dan bukannya kita menggunakan ayat2 al-Quran mahupun hadis dengan tujuan nak menguatkan pandangan kita.. itu yg jadi banyak sangat salah tafsir dan salah faham terhadap al-Quran dan Hadis.. maksud sebenar lain, kita tafsir ikut lain.. semata2 nak sesuaikan dengan selera kita.
Itu belum masuk cerita suara Ya’juj Ma’juj la, Dajjal la.. Dabbatul Ardh la.. naik pening Ustaz Love membacanya dengan didatangkan kajian2 yg takde asasnya..
Persoalannya, kenapa nak takut sangat dunia nak kiamat? Kenapa tak takut kalau2 belum kiamat, kita dah kiamat (mati) dulu? Sebab kiamat dunia itu pasti, dan kematian kita juga pasti.. cuma bila masanya, memang kita tak tahu. Tapi, bila dah sampai waktunya, takkan dilewatkan atau dicepatkan walau sesaat.
Jadi, sediakan la bekalan sebelum kita menempuh waktu kematian (kiamat kita sendiri).. kerana kiamat kita sendiri adalah lebih dekat berbanding kiamat dunia ini.
WA


![Validate my RSS feed [Valid RSS]](http://ustazlove.com/blog/wp-content/uploads/2012/04/valid-rss-rogers.png)
Mama Zharfan
01/10/2011 at 6:59 pm
2 perenggan terakhir entry ustaz love ni sgt2 mendlm mesej nya…syukran wabarakallah fiik wa fiina
Ustaz Love
01/10/2011 at 10:37 pm
begitulah hakikatnya.. afwan ya mama
XY
11/10/2011 at 9:19 pm
agree..
Ustaz Love
13/10/2011 at 9:57 pm
macihh
Kamarul
01/10/2011 at 7:56 pm
Setuju ustaz. Kebiasaan kita nmpk yg jauh je, yg dekat kita tak nmpk. Sedangkan kematian itu lebih hampir dengar kita…
Ustaz Love
01/10/2011 at 10:37 pm
kebiasaannya manusia suka melihat bulu hidung orang lain terkeluar dan menggelakkannya.. sedangkan bulu hidung sendiri terkeluar, kita memang tak nampak.. walaupun hidung kita lebih dekat dengan mata kita berbanding hidung orang lain
pingu ijo
01/10/2011 at 8:35 pm
terima kasih ust..nak mohon izin share,bole..kite wajib beramal ibadat,tp mgkin bukan dengan cara taksub ngan berita2 sebegini..
Ustaz Love
01/10/2011 at 10:35 pm
terima kasih kembali.. insyaAllah, takde masalah nak share.. dialu2kan..
kalau nak bagi targhib (galakan) untuk ibadah, ada baiknya kita baca hadis2 tentang kelebihan amal.. begitu juga kalau nak bagi tarhib (ancaman), dalam al-Quran dan hadis pun ada menceritakan bab2 ancaman ni.. tak perlu nak advance sampai masuk bab pelik2 mcm ni
hidayati
01/10/2011 at 10:44 pm
Assalamualaikum Ustaz. Saya setuju ngan n3 ustaz ni. Penyebaran hadis2 yang meragukan sangat berleluasa sekarang ni. Samalah ceritanya dengan “surat berantai” yang sangat famous masa saya kecil2 dulu. Kalau dulu nak kena fotokopi & sebarkan. Sape2 yang tak buat begitu akan ditimpa petaka. Saya tak pernah layan surat2 berantai tu.., selamat juga saya sampai sekarang. Bukan takabur, cuma tak kuasa melayan risalah2 yang tak pasti lagi kebenarannya. Sekarang ni pulak zaman copy paste, lagi galak lah mereka. Wallahualam.
Ustaz Love
01/10/2011 at 11:08 pm
waalaikumussalam hidayati…
masyarakat kita memang suka benda2 gempak ni.. asal nampak pelik sikit, kalau boleh dia la yg nak jadi org pertama yg tolong sebarkan.. niatnya untuk dapat kebaikan, tapi caranya memang tak betul.. sbb itu Allah suruh kita siasat dulu sebelum sebar apa2 berita.. takut2 ianya merupakan fitnah dan dusta
haryzkhairuddin
02/10/2011 at 12:00 am
assalamualaikum…
utk apa dikaji bila terjadinya kiamat kalau kita boleh persiapkan awal2 diri kita utk hadapinya? adakah sbb nk keja senang atau ada sebab lain… kalau Allah dah jelas2 kata itu salah satu rahsia Dia, kenapa kita beria2 nak tau jugak kan? betul tak ustaz?
ok. tu je yg nak komen. yg penting tak perlu la kita nak kaji bila terjadinya kiamat. sama macam malam al-qadr. sama masa Allah takkan lambatkan @ cepatkan walau sesaat.
Ustaz Love
02/10/2011 at 12:06 am
waalaikumussalam..
persoalan kiamat ni, Allah suruh kita beriman saja.. iaitu beriman dengan apa yg Allah dan RasulNya beritahu tentang kiamat.. dan tidak membuat teori2 sendiri sehingga sanggup mencedok sumber2 kitab agama lain mahupun memalsukan hadis2..
Kiamat itu pasti akan datang.. tak perlu kita mencarinya.. sama juga dengan kematian.. soal bila ia akan tiba, itu tak penting.. yg penting, adakah kita telah bersedia seandainya ‘masa itu’ tiba
pensil magik
02/10/2011 at 12:53 am
Assalamualaikum ustaz,
saya pun pernah terbaca tentang hadis ini (daripada fb kawan) . terus saya copy paste ke wall saya, tujuan saya untuk kebaikan tapi bak kata ustaz cara nya salah.. istighfar byk2 bila ustaz nyatakntan tentang amaran Nabi SAW tu..takutnya .. moga2 kita sentiasa beramal untuk bekalan kita sebelum kita bertemuNya.. tu yang lebih utamakan .. terima kasih atas entry ini ustaz
Ustaz Love
02/10/2011 at 1:20 am
Waalaikumussalam..
Jangan risau.. boleh share entry ni kat wall fb.. counter balik yg kita dah terbuat salah tu.. sesungguhnya kebaikan itu akan menghapuskan keburukan
Siti Bayu Ramli
02/10/2011 at 8:48 am
naseb bek … ct hampir2 TER percaye ….
Ustaz Love
02/10/2011 at 4:40 pm
sbb tu kena siasat dulu sebelum menerima apa2 perkhabaran
Siti Bayu Ramli
02/10/2011 at 8:50 am
mohon copy n paste . HEHE
Ustaz Love
02/10/2011 at 4:39 pm
insyaAllah.. sila2
Khairul
02/10/2011 at 10:57 am
Bagaimana pula ya dengan mereka yang percaya pada teori kospirasi Dajjal pula ya… kadang2 orang yang pandai agama dan lebih educated pun pecaya benda ni. Saya nak pecaya tak pecaya sama banyak… tapi buat apa nak beratkan otak pikirkan benda tu sampai tak leh tido malam… Dari habis masa kat situ baik isi masa tu dengan benda yang lagi berfaedah…
Sekian…
Ustaz Love
02/10/2011 at 4:38 pm
sama saja situasinya.. bila terlalu obses dengan sesuatu benda pelik, ilmunya itu tak mampu nak menjadikan matanya celik.. sbb itu, jauhilah taksub dan taqlid membuta tuli
haryzkhairuddin
02/10/2011 at 5:35 pm
salam alaik. betul tu ustaz. apa yg penting kuatkan akar kita. barulah hidup segar pokok dia. kuatkan dulu akidah kita ikut ajaran n cara yg betul. barulah boleh nilai mana yg benar mana yg salah. wallahu a’lam.
Ustaz Love
02/10/2011 at 8:02 pm
salam..
begitulah kira2nya.. bila keadaan cerah, baru boleh beza mana satu ular dan mana satu tali.. kalau suasana gelap gelita, mungkin terambil ular dengan anggapan ianya tali
farhan
04/10/2011 at 3:27 am
kematian itu pasti..takut pikir pasal mati..adakah amalan kita mencukupi..
Ustaz Love
04/10/2011 at 1:55 pm
jangan takut untuk mati.. sebaliknya bersedialah untuk menghadapi kematian.. ada kalangan ulamak2 kita terdahulu yg siap prepare keranda sendiri.. dan selalu baring dalam keranda tu dgn tujuan mengingatkan mereka tentang kematian.. ada bran? hehe
herzee joe zain
10/10/2011 at 11:57 am
itulah kebanyakkan kita dah terlalu taksub dengan ideologi ldeologi yang menyesatkan dan sanggup melemparkan fitnah tanpa memeriksa sahih ataupun ianya benar, sedangkan al quran ada jawapan bagi segala persoalan> tak gitu ustaz
Ustaz Love
10/10/2011 at 7:55 pm
gandingan al-Quran dan as-sunnah serta tafsiran ulamak tidak boleh dipisahkan.. sbb tak semua orang boleh faham bahasa Arab, apatah lagi bahasa al-Quran yang tinggi balaghah (sasteranya)
azaim
10/10/2011 at 9:23 pm
minta share ye
Ustaz Love
10/10/2011 at 9:46 pm
insyaAllah, boleh.. takde masalah
rahmat
11/10/2011 at 9:38 pm
terima kasih beri penjelasan sye dah semangat tuk hadapi hary2 dgn lebyh yakin dah ,,,penuh dgn ibadat
Ustaz Love
11/10/2011 at 10:53 pm
jangan lemah semangat.. Ustaz Love doakan Rahmat dipanjangkan umur dengan ibadah, dan hidup dipenuhi dengan rahmat dan keberkatan Allah.. insyaAllah, amin
Mummy Yana
13/10/2011 at 9:49 pm
terima kasih ustaz…… menitik ayaq mata baca nukilan ustaz…
Ustaz Love
13/10/2011 at 9:59 pm
jangan menangis.. lebih baik simpan tangisan itu masa solat taubat nanti.. semoga Allah ampunkan dosa kita.. jangan lupa doakan Ustaz Love sekali
Wan Muhammad Fakhri
14/10/2011 at 12:55 pm
Ustaz Love, jiwangnyer nama :3
Ustaz Love
14/10/2011 at 1:54 pm
Ustaz Love memang jiwang orangnya.. maklum la, sezaman dengan zaman Rock Kapak.. kihkih
Jay
18/12/2011 at 11:29 am
entry yg sngt bgus. 1st time ni baca blog ustaz dah tertarik.. hehe.
mohon share ya ustaz
amat
06/01/2012 at 12:21 pm
assalamualaikum.. ustaz.. mohon doakan sama2 supaya tanah melayu ini tidak di timpa musibah.. hadis itu ada benarnya.. jika ustaz kata itu hadis palsu.. insyaAllah jika panjang umur kita untuk bertemu ramadan tahun 2012 ini.. maka kita akan tahu kesahihannya.. wallahu alam.. maaf jika ana tersalah kata.. benar atau tidak.. ia tetap menyuruh kita supaya bersedia dan bertaubat pada Allah Yang satu.. salam ukhwah..
Mouse
06/01/2012 at 1:16 pm
nak ready untuk kiamat ngan mati, ready la. sapa pun tak marah.
tapi, mana bleh ko nak kata benar atau tidak hadis tu, tak pe. hadis palsu tetap palsu. banyak lagi yg ko bleh amik jadi panduan.
Ustaz Love
07/01/2012 at 8:59 pm
betul2
Ustaz Love
07/01/2012 at 9:01 pm
waalaikumussalam..
kita hanya mampu berdoa.. tapi apabila maksiat dah berleluasa, doa pun tak mampu nak tolak bala.. maka, kena la berganding bahu buat amar makruf nahi munkar..
nak tahu sahih tak sahih sesuatu hadis, ada disiplin ilmunya.. bukan ikut kepala sendiri
Soal Jawab : 2012 kiamat? | Suhaizat Dot Com - Sekadar Perkongsian Biasa
26/01/2012 at 1:01 am
[...] more: http://ustazlove.com/blog/2011/10/soal-jawab-2012-dunia-berakhir/#ixzz1kUSCdG9W Allah Maha Pemurah & Penyayang Tweet (function(d, s, id) { var js, fjs = [...]
mazidah
31/01/2012 at 7:52 am
he3..syukran ustaz..wakaka..^___^v..
Ustaz Love
01/02/2012 at 12:54 am
afwan
cairelcontena
23/04/2012 at 11:22 am
penerangan hadis ini adalah “huru hara di pertengahan bulan ramadhan”. bukan diertikan sebagai kiamat pada tahun 2012. ketahuilah bahawa “KIAMAT 2012″ tu sebenarnya statement dari puak2 kafir yang sengaja nak menyesatkan aqidah orang islam.
hadis ini walaupun dho’if, tetapi masih terdapat hadis lain yang berkait dengan hadis yang satu ini. kaji lah dengan lebih mendalam tentang hadis dan hadis2 sebegini. bukan tujuan untuk menakut2kan. tetapi sebagai peringatan kepada kita untuk menyambut kedatangan imam mahdi kelak yang sememangnya kedatangannya adalah benar dan pasti.
belajarlah dari kesilapan dahulu apabila tentera tartar menyerang baghdad.
Ustaz Love
23/04/2012 at 11:48 am
ini bukan persoalan hadis dhaif, tetapi hadis maudhuk (palsu).. dan takde kaitan dgn tentera tartar
dedeq
12/07/2012 at 4:22 am
huk2