I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Selamat Hari Deepavali

Salam…

Ustaz Love kembali dengan kontroversi.. jika sebelum ni, Ustaz Love terlalu ghairah mempengaruhi pemikiran masyarakat blog dgn entry pasal Kanchana, kali ni Ustaz Love mengucapkan pula ucapan Selamat Hari Deepavali? Jangan.. jangan.. tolong jangan fitnah Ustaz Love.. walaupun kulit Ustaz Love tak secerah Hrithik Roshan, tapi Ustaz Love masih lagi seorang Melayu asli yg berkulit sawo matang dan ganteng.. Jangan kata ini la akibatnya Ustaz Love suka sangat tengok filem Tamil.. akhirnya menyambut perayaan agama Hindu plak..

Jangan silap faham.. bersangka baik tu kan lebih mudah daripada bersangka buruk.. Sebab bersangka baik hanya memerlukan kita untuk melihat apa yg zahir saja, sedangkan sangka buruk itu bakal menjebakkan kita dalam aktiviti terlampau seperti mengintip dalam spender orang lain dsb.

Sebenarnya, isu yg Ustaz Love nak bawa kat sini adalah ucapan selamat bagi perayaan2 orang bukan Islam.. adakah ianya dibenarkan dalam agama?

Ustaz Love masih ingat lagi jaman kecik2 dulu.. tiap2 kali raya Deepavali, Ustaz Love akan gi makan maruku kat umah jiran belakang rumah.. sambil2 layan movie Tamil.. kihkih.. hidup berjiran yg penuh dengan keriangan.. sbb dah macam 1 Malaysia (walaupun jaman tu, takde sapa pun yg bayangkan DS Najib akan naik sebagai PM dan mempopularkan 1Malaysia ni).. India tu selalu pinjam lesung batu drp arwah mak Ustaz Love.. pastu selalu melepak bergossip bawah pokok sambil makan buah mempelam cicah colek (kuah rojak).. Kadang2 anak dia ditinggalkan kat rumah Ustaz Love (kalau ada kecemasan)..

Kalau time puasa, beliau pun akan sama2 berpuasa (tak makan depan2.. belakang2 tu tak pasti plak).. pastu bertukar juadah berbuka.. bila raya, beliau siap pakai baju kurung datang beraya.. kihkih..

Dalam suasana hidup masyarakat berbilang kaum ini, hari perayaan merupakan hari kegembiraan yg kita nak kongsi dengan orang terdekat.. tak kira la adik beradik ke, jiran tetangga ke.. kita pun akan terasa ‘sesuatu’ jika jiran kita tak datang kalau kita jemput dia masa open house.. begitulah juga jiran kita itu akan merasai ‘sesuatu’ jika beliau mengadakan keraian, dan kita dijemput, tapi kita tak datang.

Apatah lagi rakan sekerja yg tiap2 hari berjumpa.. bila kita nak sambut raya, dia ucapkan selamat hari raya.. siap bagi kad lagi.. bos yg bukan Islam pun siap bagi duit raya, semata2 nak meraikan pekerjanya yg beragama Islam.. tapi bila tiba giliran mereka, kita senyap membisu.. sedangkan mereka juga menunggu2 bilakah masanya kita nak ucapkan tahniah buat mereka..

Kadang2 benda kecik mcm ni boleh menimbulkan fitnah dan merenggangkan perhubungan.. Situasi ini amat tidak sesuai dengan matlamat dakwah, yg mana kita mengecilkan hati seorang yg dah rapat dgn kita (tapi kita belum lagi berdakwah ajak masuk Islam). Disebabkan satu kesilapan (yg boleh dielakkan), telah merenggangkan perhubungan yg menyebabkan matlamat dakwah itu semakin sukar dicapai.

Tak dapat dinafikan, ulamak berkhilaf dalam isu ini.. Ada yang mengharamkan secara mutlak sebarang ucapan atau penghargaan bagi meraikan perayaan orang bukan Islam. Ada juga yang mengharuskan dengan syarat. Marilah kita sama2 merujuk kepada keputusan muzakarah fatwa kebangsaan bagi perkara ini :

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

    1. Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
    2. Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
    3. Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

Boleh faham kan? Kiranya, tiadalah masalah kita nak mengucapkan Happy Deepavali ke, Merry Christmas ke.. tapi setakat itu je la.. jangan la lebey2 plak siap masuk koir untuk menyanyi lagu2 Carol (koir lagu2 ketuhanan Kristian) atau siap duduk dlm kuil sebelah tok sami.. ataupun tolong pasangkan pelita ke, buatkan kolam ke (kolam tu lukisan yg tabur beras berwarna), pakai pottu ke (nandek kat dahi).. itu memang tak boleh.. Entry ini hanya menjelaskan keharusan memberi ucapan tahniah pada mereka2 yg merayakan perayaan bukan Islam, tetapi bukan pada mengharuskan kongsi raya.. Jangan silap paham ye..

Jika kita diundang untuk datang jamuan raya sekalipun, datanglah dengan niat untuk ziarah.. dan bukannya dgn niat nak sama2 meraikan perayaan tersebut..

Dan kena juga menjaga niat kita.. agar ucapan itu bukanlah bertujuan meraikan agama dan kepercayaan mereka, sebaliknya sekadar ucapan atas dasar sosial dan persahabatan, contohnya.. Mana tahu, beliau bagi stok maruku.. bleh makan time layan blogging.. kihkih.

Kalau nak dalil yg lebih jelas, boleh rujuk di sini.. apa pun, bagi Ustaz Love, kalau dapat keluar daripada khilaf ulamak, maka itulah yg terbaik.. jika tiada keperluan, tak perlu la gatal2 tangan nak hantar sms kat DS S. Samy Vellu ke nak ucap Happy Deepavali.. buang kredit je.. kihkih

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 Comments

Add a Comment
  1. ustad sy hanya wish pada org yg selalu wish kat saya kire sy membalas wish je dan rakan kerja yg jemput dtg open house dia, siap pastikan menu2 dia halal, rumah dia plak betul2 depan surau kt taman perumahan tu.

    dan sy lg beberapa rakan dtg untuk jaga hati dia n famly sbb tgk juadah byk tp yg dtg x ramai.

    bila dia start keje dia ckp dia kecik hati ramai x dtg rumah dia, kalo isu makanan dia mmg dah pastikan makanan kat rumah dia halal dan bersih. penat fmly dia masak tp tak ramai dtg.

    kalo sbb niat mcm tu x per ke ustad? ni cite thn lepas.

    1. inilah antara maksud yg Ustaz Love jelaskan dalam entry.. beliau jemput kawan2 datang dgn harapan yg tinggi, tapi kita kecewakan dgn alasan tak sepatutnya.. sekalipun kita ragu2 dgn makanan yg disediakan, takde masalah nak datang.. sekadar duduk borak2.. Ustaz Love jaman budak2 dulu rajin gi umah Cina masa CNY.. saje je jalan2 depan umah Cina, kot2 dapat angpow ke.. kihkih.. dan ternyata, mereka akan panggil makan.. tapi tak hidang la makanan yg diorg masak.. diorg cuma bagi air tin dgn buah.. lepas tu bagi angpow.. πŸ˜€

  2. saya suka entry ustaz ni. Lebih terang dan jelas . Jadi tak adalah rasa takut -takut nak ucapkan selamat pada mereka asalkan niat kita tidak bercanggah. Hanya atas dasar kemasyarakatan ..

    1. Ustaz Love pun sekadar tolong sampaikan keputusan muzakarah fatwa kebangsaan.. bukanlah pendapat Ustaz Love sendiri πŸ˜‰

  3. salam Ustaz..
    terima kasih..dah terang lagi bersuluh
    yang penting adalah hati kita..jangan jadikan
    islam itu terlalu extreme sampai nak ucap
    pun tak boleh kan..?apa padangan kaum dan
    agama lain..jadi penerangan ini membantu..

    1. Salam bro zul..

      Jika boleh dielakkan, maka elakkanlah.. tetapi jagalah hubungan antara kaum dan agama.. sbb hubungan yg dibina sekian lama, boleh runtuh sekelip mata.. πŸ˜‰

  4. menarik penjelasan ustaz..

    cuma saya nak tau bagaimana pula dengan hadis ni β€œSesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka”

    walaupun kita tak ikut, tiru gaya mereka, tapi ada orang kata, kalau kita ikut meraikan perayaan mereka, seolah-olah kita mengiktiraf kepercayaan mereka..cmne tu ustaz..mohon pencerahan.tq

    1. dalam entry di atas dah dijelaskan, bahawa yg dibenarkan cuma sekadar mengucapkan tahniah atas dasar kemasyarakatan.. dan bukannya meraikan perayaan mereka.. di sini, niat memainkan peranan yg sangat penting πŸ˜‰

      1. Alhamdulillah..baru faham dgn jelas..
        Suka baca penerangan ustaz sbb rasa mcm riang ria je baca..huhu..(duk sebelah tok sami tu..ape kes plk tok sami ckp nnt..kihkih)

        1. alhamdulillah.. kefahaman tu Allah yg bagi.. Ustaz Love cuma menyampaikan saja..

          bagus la boleh baca riang ria.. sbb entry Ustaz Love tak sesuai dibaca dengan nada serius.. nnt banyak timbul salah faham.. kihkih πŸ˜€

  5. Tp ustaz boleh ke ckp merry christmas kalo kita dh tahu mksdnya? bukn ke melalui perktaan pun kira dh mcm mengiktiraf je? walaupn x berniat.sama mcm klo bercerai x de niat pun tp dh ckp .so jtuh la talak tu kan? mohon penjelsn ustaz..keliru kott =.= byk sngt khilafnya.sy pon xtau mne nk ikut.ini betul itu salah ini salah itu betul.Allahu rabbi.

    1. semuanya dah dijelaskan dalam fatwa jakim itu.. tetapi, sebagai langkah berhati2 lebih baik tidak mengucapkannya. Cuma, apabila kita mengetahui adanya pendapat yg membolehkan, maka tak sewajarnya kita menuduh orang yg mengucapkan selamat dan tahniah kepada non-muslim pada hari perayaannya itu sebagai sesat dan kafir. Berlapang dada atas perkara khilaf itu akan mewujudkan kesatuan, berbanding berkeras yg akan menyebabkan perpecahan πŸ˜‰

      1. mknanya kalo berlaku khilaf kita x bleh bertegas dlm satu pihak la kan? orait..lain kli akn lebih hati2..thnkss ats penjlsn ustaz love.Jazakallah ^^

        1. benar.. khilaf ini adalah petanda tidak putusnya sesuatu hukum itu. Ia berbeza dengan hukum yg telah putus (qat’ie) seperti hukum haramnya minum arak dan makan daging babi (yg dijelaskan secara khusus dalam al-Quran). Dan kita berpegang pada pendapat yg dikeluarkan oleh mujtahid berdasarkan ilmu mereka.. himpunan pendapat terbanyak yg diterima pakai (dipanggil jumhur) itulah yg selamat dipilih. Tetapi tidaklah kita meremehkan atau menyalahkan pendapat lain selagi masih lagi berada dalam batasan yg diterima oleh mazhab ASWJ.

          WA

  6. salam ustaz, saya ada kemuskilan disini.saya bekerja dan mencari rezeki di dalam syarikat yg dimonopoli oleh kaum india, bila tiba jamuan syarikat dan majlis sambutan depavalli, kami diwajibkan mengikut tema tetapi sekadar memeriahkan majlis tanpa niat terpesong,kami diwajibkan mengenakan pakaian traditional mengikuti tema.bagi muslim kami akan mengenakan saree tetapi masih menjaga aurat kami cuma dari segi perhiasan.kami mengenakan nandek @ Pottu dan perhiasan lain.apakah hukumnya ustaz..

    1. nandek haram dipakai.. sbb ia perhiasan keagamaan.. gantikan saja dengan meletakkan subang di hidung πŸ˜€

      1. Salam…saya ada nandek original betul2 kat tengah dahi di antara 2 kening. Iaitu tahi lalat mati…itu satu kelebihan kan ustaz Love…m…saya memang meminati semua kaum yg ada d malaysia ni…saya sayang malaysia

  7. Assalam Ustaz,

    Bagaimana pula seorang muslim membantu buat “kolam” dengan hanya untuk perhiasan di office.

    1. Matlamat itu tak menghalalkan cara. Rakan Muslim boleh bantu dengan cara lain seperti tolong buatkan air ke, sapu sampah ke, susun meja ke..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme