I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Sambungan Review Filem Kanchana

Salam…

Ustaz Love pun tak tahu, hantu apakah yg merasuk diri ini.. sampai nak buat entry yg sama.. minat sangat ke? obses ke dengan cerita Tamil? kihkih.. Ustaz Love pun tak tahu nak tafsirkan perasaan ini..

Ada yang minta sambung review, Ustaz Love takde masalah nak buat.. sebab tak semua orang melanggan Astro.. dan tak semua orang melanggan Astro First..

Jadi, biarlah Ustaz Love cerita kat sini.. kalau nak merasainya, kena la tengok sendiri.. kalau nak mengalaminya, sila la terbang ke India.. kihkih

Cerita itu bermula (mcm yg Ustaz Love cerita).. watak Raghavan (hero) telah bermain kriket di sebuah tanah kosong.. dan hantu tu ikut beliau balik ke rumah.. Beliau merupakan seorang yg sangat penakut.. anak buah dia cerita hantu pun, beliau punya takut, dan lari melompat atas pinggang mak dia (didukung.. bayangkan makcik yg tua, dukung ke, gendong budak besar.. alaa.. yg mcm mak2 selalu gendong anak kat pinggang masa memasak tu.. mcm tu la gayanya).. tido pun dengan mak.. nak kencing pun, mak temankan sampai masuk dalam bilik air sekali.. begitulah penakutnya Raghavan.

Kisah gangguannya bermula bila mak dia dengar bunyi suara menangis.. lepas tu, masa melakukan pooja (sembahan tuhan mereka) kat kuil, tok sami bagi limau suh kakak ipar dia letak bawah bantal masa tido.. hantu tu pun cekik kakak dia suh buang limau tu.. baru hantu tu lepaskan..

Esoknya, kakak ipar dengan mak dia gi jumpa tok sami nak sahkan ada hantu ke tak kat rumah beliau.. tok sami bagitau, kena letak kelapa kat kolam (lukisan yg selalu masa deepavali tu, penganut hindu suka buat tabur2 beras tu).. kalau kelapa tu berpusing, 50% sah ada hantu.. lepas tu bagi lembu makan kat dalam rumah.. kalau lembu tu tak makan, sebaliknya terus lari.. maka 75% sah ada hantu.. kalau nak pastikan 100%, kena tutup lampu, pasang pelita dan titikkan darah.. hantu tu akan datang sendiri jilat darah tu..

Sebelum upacara ni dilakukan, mak dengan kakak ipar dia dah buat helah.. kakak ipar dia ada adik perempuan yg bercinta dengan Raghavan dan bercuti kat rumah tu.. jadi dia bagitau ayahnya kat kampung tengah sakit tenat dan suh Raghavan bawak anak2 buah sekali dengan adik dia balik kampung.. Saja tak nak Raghavan tau, sbb dia tu penakut.

Masa upacara dilakukan tu la, banyak betul aksi kelakar.. seram pun ada.. kakak ipar dia yg begitu hormatkan mak mertua (selalu sentuh kaki), punya takut masa tu sampai lempang mak mertua 2 3 kali.. sbb mak mertua dia terhegeh2 nak cucuk jari nak titik darah.. sbbnya sangat bahaya kalau berada berdekatan.. Ustaz Love menangis tengok babak ni.. kelakarnya bila seorang yang tengah ketakutan, sanggup buat apa saja nak selamatkan diri..

Diorang panggil sami untuk halau hantu (sami ni sami palsu).. dia kata dah halau.. jadi bila Raghavan balik, ingat semua dah settle.. rupanya hantu tu ada lagi.. Raghavan kena rasuk.. berperwatakan wanita.. masa ni memang banyak babak kelakar.. sbb hantu yg merasuk badan Raghavan ada 3 hantu..

Akhirnya, mak dia pujuk bawak gi masjid.. kat masjid, Bhai tengah merawat orang.. hantu tu lari kejap.. Bila Bhai tu datang rumah nak halau hantu tu, maka hantu tu berjaya halau 2 orang pembantu Bhai tu.. sbb dia ugut cederakan ahli keluarga diorang.. Bhai tu ugut nak simbah air jampi, hantu tu pun merayu.. bagi peluang nak selesaikan kerja dia..

Bhai tu suruh keluar jugak.. lepas tu interview hantu tu.. rupa2nya hantu tu adalah pondan, seorang Bhai dan budak terencat akal.. pondan tu nama dia Kanchana.. dia lelaki, tapi ayah dia malu dengan dia.. halau dia keluar rumah.. Bhai tu la yg jaga dia.. Bhai tu jugak jaga seorang budak terencat akal.. Kanchana nak jadi doktor, tapi tak mampu.. lalu beliau cari seorang yg sama jenis dengannya untuk jadi anak angkatnya, dan disekolahkannya sampai belajar perubatan kat luar negara..

Dia simpan duit dan beli tanah untuk menunaikan hasrat anak angkatnya tu untuk membina hospital percuma.. tapi wakil rakyat rampas tanah tu.. lalu wakil rakyat tu bunuh Kanchana, Bhai dan kanak2 terencat akal.. lalu ditanam di tanahnya itu.. sbb tu ada 3 hantu.. gunakan tubuh Raghavan nak balas dendam..

Bhai yang merawat kerasukan tu suruh hantu masuk dlm balang.. dan kurungnya dan buang ke laut.. lalu diberikan tangkal kepada Raghavan.. kalau Raghavan bukak tangkal tu, hantu tu akan terlepas dan kembali merasuknya.. Raghavan kesiankan hantu tu, lalu dia pun bukak tangkal tu.. Akhirnya hantu tu berjaya membalas dendam membunuh wakil rakyat.. dan Raghavan bantu bukakan hospital atas tanah tu..

Begitulah lebih kurang kisahnya.. part yg Ustaz Love suka sangat part masa dia menari mula2 cerita tu.. memang cantik gerakan dia.. kelakar pun ada.. 2x Ustaz Love tengok.. kihkih..

Entry ni sebenarnya takde apa2 manfaat pun.. saja je Ustaz Love terasa nak berkongsi keseronokan cerita ni.. tapi, kalau dilihat dari sudut positif, terlalu banyak pengajarannya.. Ustaz Love pun tak mampu nak menaip di sini.. Kang tak pasal2 siap sebuah novel hantu plak.. kihkih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

25 Comments

Add a Comment
      1. ooo jd betul la, sbb kawan sy indian gak lepas puas berubat dgn sami dia..dia pergi masjid. kire cite yg ustad tgk ni ada kena mengena ngan realiti dorg la kan.

        1. memang real.. sbb tu kita tengok pun dapat merasai.. contohnya masa Raghavan kena rasuk dan bertukar2 watak.. kejap jadi mcm pondan, kejap jadi kasar, kejap jadi mcm budak2.. semua tu Ustaz Love pernah tengok sendiri masa merawat pesakit kena rasuk ni..

          Lepas tu, walaupun Raghavan mcm dah ok, tapi badan dia rasa sakit2 mcm kena pukul.. dan lemah badan.. itu tandanya beliau baru lepas kena rasuk.. sbb org kena rasuk ni, bila dah sedar, badan akan rasa sakit2 mcm kena pukul.. tapi belum tentu jin yg merasuknya itu dah keluar.. kalau dah keluar pun, potensi untuk masuk balik adalah besar.. sbb bila jin dah pernah masuk dlm badan, ia meninggalkan kesan jejak yg mana membolehkan jin itu masuk kembali..

          Masa Bhai tu merawat, hantu tu cuba nak tawar menawar (bagi peluang nak bunuh wakil rakyat), tapi Bhai tu takde tolak ansur dengan jin dan syaitan.. mcm tu jugak kebiasaan mu’allij (perawat) buat..

          wahh.. ni dah masuk cerita mistik dah ni.. kihkih

          1. ustad nye promot telah menyebabkan saya buat julung2 kali nye beria2 gigih melanggan astro first. membuat kan ahli famli sy tercengang2 sbb sy yg bayar bil dan sy la paling kedekut nak langgan channel tetiber nak langgan astro 1st plak dah tu cite tamil lak tu mmg dorg pandang sy mcm sy plak yg mistik kihkihkih…

            tp cite tu mmg bes ustad, sy tgk dgn ahli fmli sy depa pun suka (tak pasal2 hari ni dpt tgk movie sama2 1 famli) dah lama x tgk sama2 sbb taste tak sama. tibe cite tamil ni buat 1 fmli layan mebi sbb depa nak tau apa bes nye cite ni sampai sy yg berkira bil astro beria2 nak tgk kihkihkih…sy ckp ngan mak saya pengaruh ustad wawawawa ampunnnnnn….

    1. kalau Ustaz Love cerita kang, nanti jadi mcm racist plak.. tapi mmg ada segelintir yg berperangai mcm wakil rakyat tu.. sesuka hati je buat tanah orang mcm tanah sendiri πŸ˜‰

  1. selalunya citer tamil mg dari skrip smpai kekemasan dlm filem sgt baik.
    moral2 cerita dia pun sgt kuat.
    dan jugak kalau bab keagamaan.
    jarang jumpa citer tamil perolok2 agama org lain.
    tak mcm hindustan…
    apetah lagi citer melayu.
    am I right ustaz?!
    agama dan hiburan mmg bukan sembarangan jdi bahan mainan dlm movie mereka.
    tamil yer bukan hindustan.
    arap2 juga pembuat filem tempatan ada kesedaran yg tinggi tentang ini.
    tak tertengok lagi citer ni sbb aku pun penakut.
    huhuhuh…
    *kat kg dulu ade kubur indian dgn kirstian belah jirat cina.
    klu tolong mak bpk petik kelapa sawit,blik lewat sikit nak senja..
    mesti ternmpk mcm “cepet” melintas kat tanah kubur tu.
    ish ish ish
    dulu la masa tanah kebun masih semak lagi.
    la ni tak thulah..

    1. Tak dapat dinafikan industri perfileman di India antara yang termaju di dunia.. dalam sebulan, beribu2 filem dihasilkan.. berbanding Malaysia, setahun pun berapa kerat je filem.. sbb itu garapannya lebih kemas.. tapi, memang tak bleh ubah trademark diorang.. mesti ada masuk bab pooja dan berhala.. berbanding cerita Melayu yg kadang2 langsung takde sentuh pasal solat.. πŸ˜‰

      p/s: cepet tu apa? πŸ˜€

        1. Ustaz Love mcm pernah dengar istilah tu.. kalau wujud, mungkin ianya jin atau syaitan.. mereka akan bebas berkeliaran sebaik masuk waktu maghrib πŸ˜‰

          1. huhuuhu.yup totally agree.
            time maghrib jer nmpk benda tu.
            dah beso2 ni takde plak nmpk.
            maybe Allah takmo bgi tekanan sgt kot?!
            cukup2lah dia bgi tekanan hidup.
            huhuhuh..
            amin.

          2. mcm dlm skrip Kanchana tu “kalau takut, bayang2 pun dikatakan hantu”.. kihkih.. mungkin sbb bila dah besar ni dah semakin berani, maka syaitan pun menjadi takut πŸ˜€

    1. sesiapa yg takde feel tgk cerita tamil, bermakna beliau belum lagi dapat menghayati sepenuhnya dunia perfileman.. kihkih πŸ˜€

    1. chandramukhi dah tengok dua2 versi.. tamil dan hindustan.. tapi versi tamil lagi seram dan kelakar.. sbb ada rajnikandh.. kihkih πŸ˜€

  2. salam ustaz,

    sedap pula baca review citer kanchana ni..huhu..ada lg ke tak dlm astro first ni..nk tengok juga.

    sy suker je layan citer tamil, especially realiti masyarakat diorg, yg susah2 tu mmg btul2 sedih..thumbs up to tamil film (tp tang rajnikan merapu bleh tahan gak..hehe..)

    1. salam mila..

      Dah habis dah tayangan kat astro first.. skrg ni tgh ada tayangan filem Mankatha (citer pasal polis jahat rasanya.. tak amik port sangat.. tapi tau gak tajuk dia.. kihkih).. mungkin bleh beli channel Tamil Thangathirai.. lagi bersepah2 citer box-office tamil.. kihkih

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme