I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Review Filem : Kanchana

Salam…

Tak pernah seumur hidup Ustaz Love buat review filem Tamil ni.. tapi Ustaz Love memang tak dapat nak menahan perasaan untuk buat review gak cerita ni yang tengah hangat ditayangkan di Astro First.. cerita ni, walaupun cerita Tamil (mcm cerita Hindustan gak, wajib ada berhala), tapi cara pembawakan cerita dan karakternya memang menjadi dan tak kaku..

Walaupun ianya merupakan sebuah filem komedi seram, tapi kalau part2 komedi itu, memang lawak sungguh2.. kalau part seram, memang seram sungguh2.. Itulah antara kelebihan filem ni…

Ianya bermula dengan seorang lelaki (hero filem ni) bernama Raghavan.. beliau seorang yang suka bermain kriket dan pandai berlawan.. tapi beliau juga seorang yang penakut (takut hantu). Ini disebabkan maknya selalu mengusiknya dengan cerita2 hantu sejak daripada kecik untuk membolehkan beliau makan sampai habis dan tidur.. Tapi akibatnya, sampai dah tua pun masih lagi tido dengan mak dia.. kihkih

Kisah hantunya bermula bila beliau bermain kriket di kawasan tanah kosong yang di bawahnya ada tertanam mayat.. dan sewaktu beliau memacakkan kayu (permainan kriket kan ada 3 kayu yg dipacak kat tanah belakang orang yg pukul bola tu) dan kayu tu terkena mayat tersebut.. Bila beliau bawak balik ke rumah, maka hantu tu pun mengikut la..

Hantu dia bukan macam hantu Korea yg suka merangkak tu.. ataupun hantu Melayu yg suka pakai telekung.. tapi hantu dia ni memang sangat menakutkan.. sbb kita tak jangka kemunculannya.. Muncul tiba2..

Ustaz Love nak cerita detail, macam tak best plak.. nanti orang dah tau klimaksnya, dah rasa mcm tak best nak tengok.. Ustaz Love lebih mencadangkan supaya tengok filem ni sementara masih ditayangkan.. inilah antara filem Tamil yang sungguh menarik hati Ustaz Love.. penuh dengan elemen lucu, seram, aksi, lawak, dendam dsb.. dan yang penting, banyak nilai2 kemasyarakatan yg kita boleh pelajarinya..

Antaranya, jangan momokkan anak2 dengan cerita hantu.. ini menyebabkan anak2 menjadi penakut.. penakut sehingga boleh merosakkan akidah dan kepercayaan mereka dengan anggapan hantu itu lebih berkuasa dsb.

Walaupun filem ini dibarisi pelakon yg kurang dikenali (takde pun Rajnikandh), tapi semua pelakonnya berjaya membawakan watak masing2.. terutama Raghavan, kakak iparnya, ibunya dan abangnya.. Ustaz Love bagi 5 bintang untuk filem ni..

Kejap lagi rasanya nak tengok lagi.. rasa mcm tak puas tengok walaupun berdurasi 3 jam.. kihkih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 Comments

Add a Comment
    1. cuba try tengok kat youtube.. kot2 ada yg dah upload.. kalau takde terjemahan, paham2 je la.. kihkih

  1. sya ske baca entry ustaz love…btw ustaz love ni mst suami n ayah yg penyayang kn..huhu

    seronok la wife n ank2 ustaz love dpt ustaz..hehehe

    1. tak boleh nak jangka perwatakan seseorang melalui penulisannya.. sbb manusia boleh menulis apa saja.. tetapi bila masuk bab amal, ramai yg kecundang 😉

    1. hantu dia memang seram.. tapi takut dgn air Yasin.. kihkih.. tapi secara keseluruhan, memang terbaik la.. part sedih, memang sedih nak mengalir air hidung.. part lawak, memang gelak sampai menangis.. kihkih 😀

    1. Ustaz Love layan cerita Tamil sejak kecik lagi.. tapi sepatah pun tak bleh cakap Tamil.. kihkih

    1. cerita hantu ni memang sesuai untuk orang2 penakut.. sbb hero dia pun seorang yg penakut.. kihkih

    1. hehe.. insyaAllah, jap lagi Ustaz Love buat entry review lain.. tengah2 malam baru ada feel seram.. kihkih

  2. yezza!!!! memang sgt best! part klakar dia smpi tergolek beta gelak…. hahahah… mak kata dia gelak smpi nk terkencing lagi… mmg best la crita nih… heheh… tgk jgn x tgk!

    1. dah habis dah dia punya siri tayangan.. tunggu la kot masuk kat astro saluran tamil plak.. hehe 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme