I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Perangi Murtad Selamatkan Akidah

Salam..

Kalau ada sesiapa yang perasan banner iklan kat belah kiri blog ni (maunya tak perasan.. iklan besar gedabak mcm tu.. kihkih), maka boleh la klik iklan tu.. iklan tu bukanlah iklan yg kalau klik, Ustaz Love dapat hasil.. tapi iklan tu menuju ke facebook yang mempromosi perhimpunan yang bakal diadakan tak lama lagi.. iaitu Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah.. Banyak maklumat2 terkini berkaitan isu murtad boleh dibaca di sana.

Ustaz Love mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan perhimpunan halal ini (sbb dah dapat permit polis.. kihkih). Tetapi, bukan itu yg kita nak fokuskan.. sebaliknya fokus tertumpu pada menyuarakan hasrat rakyat yang beragama Islam, agar agama Islam yg dicintai ini tidak dinodai oleh pergerakan dakwah agama2 lain. Ia menyalahi perlembagaan Malaysia yang melarang penganut agama lain menyebarkan dakyah mereka kepada orang Islam.

Juga ia demi menunjukkan keprihatinan kita terhadap isu murtad yang semakin menjadi2 sejak akhir2 ini.. antara kes terbaru adalah berkenaan Hajah Sitt Al-Wuzara yang menghina Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. di Facebook sehingga mendapat campurtangan kerajaan (itu pun bila nama YDP Agong dikutuk dan dihina oleh beliau).

Jadi, bagi sesiapa yang punya kelapangan masa, sama2 la kita menuju ke Stadium Shah Alam pada 22 Oktober 2011. Solat Zohor di Masjid Shah Alam, kemudian terus bergerak ke Stadium. Ustaz Love pun berazam nak pergi gak (kalau tak sampai pun, bleh dapat pahala sbb ada niat nak pergi).

Jangan melihat isu murtad ini dari sudut politik dsb, sebaliknya lihatlah ia sebagai isu Muslim dan Islam itu sendiri. Semoga ada resolusi terbaik yg dapat dihasilkan daripada perhimpunan ini nanti.

p/s : bagi sesiapa yang tak dapat baca blog Ustaz Love sbb terhalang dgn banner iklan tersebut, boleh klik [c l o s e] kat atas banner tu..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
  1. sambil berebiz kita mengajar org tak gitu..
    walauoun saya suka dgn quote

    God is not for sale

  2. Ikutkan hati nak je audra sertai Kempen ni Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah …. Tp auda akan tetap sokong Himpunan ni juga… Semoga Allah bersama AKlina atas Perhimpunan yg baik ni… Inysa Allah .. 🙂

    1. Harap2 perhimpunan hari ni berjalan dengan lancar.. Ustaz Love pun tak dapat nak hadir sbb berada di luar kawasan liputan..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme