I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Peluang Beramal Buat Nuffnanger Dan Churper

Salam…

Untuk pengetahuan semua (kalau ada yg tak tahu lagi), pihak Nuffnang dan Churpchurp dengan kerjasama pihak MilkADeal telah melancarkan kempen TLC Promise Me Season 2. Kempen ini adalah bertujuan untuk membantu mengumpulkan dana bagi disumbangkan kepada Rumah Aman bagi menaiktaraf bekalan elektif dan sistem perkilatan (ntah apa2 Ustaz Love terjemah.. kihkih.. maksudnya sistem pengaliran kilat rasanya – lightning breaker system) yang menelan belanja RM20k. Sistem ini sangat penting untuk mencegah kebakaran (yg biasa berlaku di rumah2 anak yatim dan asrama2 yg berpunca daripada litar pintas).

Jadi, bagi sesiapa yang berhajat untuk menyumbang sebahagian pendapatan hasil pengiklanan Nuffnang / Churp2, boleh la mengikuti langkah2 berikut :

– Log in ke akaun Nuffnang dan pergi kat link ni : http://www.nuffnang.com.my/tlc-2011/
– Pilih amaun yg kita nak dermakan daripada hasil pendapatan Nuffnang (bermula daripada RM 1, RM 5 atau RM 10)
– Tekan butang submit.. selesai!

Semoga dengan sumbangan yg sedikit, tapi bila dikumpulkan banyak2 akan mencukupkan dana yang diperlukan.. Yang penting, insyaAllah ada bahagian buat kita di akhirat nanti.. insyaAllah πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 Comments

Add a Comment
  1. nak tanya, macam mana dengan hukum kita dapat duit dari nuffnang eh. saya pun sudah sekali cash out duit namun was was. ye la, kita tak tahu iklan yang keluar mungkin gambar perempuan yang tidak menutup aurat untuk menarik orang. kita tak boleh pantau setiap masa kan.

    so ustaz tak rasa pendapatan dikira syubhah?

    1. Ustaz Love dah jawab isu iklan nuffnang ni di sini :

      http://ustazlove.com/blog/2011/01/soal-jawab-hukum-pendapatan-hasil-nuffnang/

      berkenaan dengan gambar wanita yg tak menutup aurat itu, kita punya pilihan untuk membuang atau meletakkannya.. Ustaz Love sendiri dah banyak kali letak dan buang iklan nuffnang dan iklan2 lain bila iklan itu tak sesuai. Bahkan Ustaz Love pernah menghantar e-mail menyuruh pihak Nuffnang menarik kembali iklan BE yg memaparkan wanita berbikini.. alhamdulillah, mereka memahaminya..

      jika kita ingin berpegang kepada pendapat yg lebih longgar pun tiada masalah.. sbb ada pendapat yg mengatakan bahawa jika gambar yg terpapar itu gambar wanita bukan Islam, maka tiada masalah sbb wanita bukan islam tidak tertakluk dengan taklif aurat.. asalkan jangan sampai seksi sehingga menimbulkan keghairahan..

      pada pandangan Ustaz Love, sekiranya timbul iklan2 wanita yg tak menutup aurat, maka buanglah dulu iklan nuffnang.. kalau kita sendiri tak mampu nak pantau, adalah lebih baik tak payah ada iklan.. blog pun bleh jadi semakin ringan.. kihkih πŸ˜€

    1. Waalaikumussalam..

      Sponsored post tu Ustaz Love pun tak pernah dapat lagi.. kalau dapat yg tu, mungkin pendapatan bleh ribu2 sebulan mcm redmummy..

        1. kihkih.. pernah dengar tak kalau kita buat satu kebaikan, akan dibalas 10 kali ganda? Sedekah je RM10 tu.. mana tau, tak sampai sebulan dah bleh dapat RM100 πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme