I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Nak Naik Itu Lambat, Nak Turun Memang Laju

Salam…

Ustaz Love dah tukar broadband.. baru terasa kelajuannya.. tapi masih belum berkesempatan untuk melawat blog rakan2.. masa pulak agak terbatas..

Entry ni Ustaz Love buat sbb ada kaitan dengan Alexa ranking blog Ustaz Love.. Sebenarnya, kalau dulu Ustaz Love memang agak pentingkan ranking ni.. sbb daripada ranking ni sebenarnya menjadi penanda aras kemajuan dalam berblogging.. sbb tu dulu Ustaz Love sangat ragu2 dan tergaru2 untuk berpindah ke domain sendiri.. sbb masa tu domain blogspot (ustazlove.blogspot.com) dah ranking agak tinggi.. tinggi ni bukanlah maksud juta2.. maksudnya semakin kurang angka, maka semakin tinggi la pencapaiannya.. ala2 mcm exam gak.. kalau dapat no. 1 dalam kelas, kira paling pandai la dalam kelas tu.. walaupun nombor tu tak sebanyak nombor murid2 yg tak berapa cerdik.

Sekarang ni, Ustaz Love tak kisah sangat dah pasal ranking Alexa ni.. ikut suka dia la nak naik ke nak turun ke.. Cuma ada satu falsafah di sebalik naik dan turun ranking Alexa ni..

Ustaz Love ingat lagi masa mula2 berblogging dulu, punya la susah nak naikkan ranking Alexa.. segala mak nenek widget Ustaz Love letak.. asal ada je tips nak tingkatkan ranking alexa, Ustaz Love akan cuba.. sampai entry pun tenggelam dengan widget.. Tapi, usaha keras nyata berbaloi.. Ranking blog Ustaz Love naik sikit demi sikit.. begitu jugalah saham Ustaz Love.. kihkih..

Tapi, bila sampai satu tahap, memang susah dah nak naik.. kejap naik, kejap turun.. bermakna kat situ dah ada persaingan sengit.. kalau sehari je takde entry pun, ranking boleh jatuh menjunam.. begitulah keadaannya sekarang ni..

Sama juga kalau kita nak kaitkan dalam kehidupan seharian kita.. Nak naik pangkat bukan main susah.. tapi bila ada kes, senang2 je bleh kena turun pangkat / potong gaji / tamat perkhidmatan.. Nak buat rumah juga bukan main susah.. makan tahun jugak nak siap.. tapi nak runtuhnya rumah tu, tak sampai sejam pun bleh hancur lebur..

Pepatah ada mengatakan.. Kota Rom itu tidak dibina dalam sehari.. maksudnya, nak bina tamadun bangsa itu, bukan sekelip mata je boleh ubah dan bina.. akan mengambil masa juga.. begitu juga nak membina sesuatu budaya, juga mengambil masa yg bukan sedikit.. tapi, kalau nak meruntuhkan budaya tu, sekelip mata je boleh dilakukan.

Begitulah juga hakikat iman manusia yang turun naik ini.. Nak menambahkan iman dan keyakinan, tak sedikit usaha yg kita lakukan.. dengar ceramah bertahun2, solat berjemaah berbulan2.. baca al-Quran, zikir, berdakwah dsb.. tapi, dengan satu perkataan (yg merosakkan akidah), maka ia akan meruntuhkan segala usaha yg pernah kita lakukan..

Dalam hidup ini, kita kena sentiasa bergerak ke depan.. tidak boleh berhenti di pertengahan jalan.. ambillah iktibar sebiji bola yang ditendang menaiki sebuah bukit.. bola itu tidak boleh berhenti.. ia kena bergerak walaupun sedikit demi sedikit.. kalau ia berhenti, maka ia akan mengundur dan bergolek turun lebih laju daripada masa ia bergolek naik tadi..

Maka, tak perlu hairan jika suatu masa dulu, kita merupakan seorang yg warak dan kuat beribadah.. tetapi bila tiba masanya kita diuji, perangai dan akhlak kita lebih teruk daripada orang yang langsung tak pernah beribadah.. sbb kita telah berhenti daripada amalan kita.. menyebabkan tahap iman dan amal kita jatuh menjunam sehingga mendatangkan kehairanan kepada orang2 sekeliling..

Jadi, walau malas mcm mana sekalipun, janganlah berhenti melakukan amal kebaikan.. paksakan diri untuk melakukannya walaupun dalam jumlah yg sikit.. asalkan amal kita terus bergerak.. insyaAllah, iman kita akan selamat sejahtera..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 Comments

Add a Comment
  1. Assalamualaikum, Nice entry ustaz…. betul kata ustaz tu iman manusia ni tak consistent………sebab manusia ni bukan nya malaikat….. ini ceramah ustaz Akil hayy yang saya pernah dengar…. sama samalah kita mejaga iman kita sepaya tidak mudah terpesong…. Insyaallah semoga Allah melindungi kita……

    1. Waalaikumussalam..

      Iman manusia ni memang ada masa naik dan masa turun.. sbb tu kena selalu fikir dan risau tentang iman ni.. takut2 masa iman tengah down, masa tu plak ajal pun sampai.. na’uzu billahi min zalik

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme