I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Musuh Kecik Itu Lebih Menyakitkan Dan Menyusahkan

Salam…

Sepanjang malam Ustaz Love tak dapat nak tido sangat.. gangguan nyamuk yg mendengung di cuping telinga sungguh mengancam jiwa.. sesekali kedengaran bunyi laungan sang katak memanggil2 sang hujan.. suasana sungguh hening sekali..

Intro novel plak.. kihkih.. Sebenarnya, Ustaz Love cuba nak menulis entry sejak pagi tadi lagi.. tapi semua entry sekerat jalan.. save as draft.. idea tak mari..

Sangat menyedihkan bila semangat nak menulis, idea plak takde.. tengah banyak idea, semangat nak menulis plak takde.. Tapi takpe la.. janji tulis gak.. pelan2 kayuh..

Tajuk entry ni Ustaz Love dapat masa bangun tido (takde kaitan dgn petunjuk mimpi.. sbb masa tu dah terjaga.. tiba2 ada mentol atas kepala). Jadi, Ustaz Love cuba nak kembangkan idea ni.. tapi, yg terkembang2 hanyalah hidung Ustaz Love semata2..

Musuh kecik kita selalu memandangnya sebagai remeh.. manakala musuh yg besar, kita selalu berhati2 dan berwaspada kerana kita tahu sangat kemampuannya untuk menjahanamkan kita. Tetapi, hakikatnya tidak begitu. Yang kecik inilah yg selalunya berbahaya.. berbanding yg besar..

Contohnya, cili padi vs cili besar.. cili padi lebih pedas walaupun saiznya lebih kecil.. begitu juga ular tedung vs ular sawa.. ular tedung lebih berbahaya kerana bisanya adalah bersifat membunuh, berbanding bisa ular sawa yg bersifat melemahkan.. walaupun ular sawa itu lebih besar dari segi saiznya.. begitu juga nyamuk aedes vs lintah.. kedua2nya menghisap darah, tetapi nyamuk aedes adalah penyebar virus denggi yg sangat berbahaya, berbanding lintah yg lepas hisap darah, nak jalan pun dah tak larat.

Jika dilihat dari sudut falsafah kehidupan, kekalahan orang besar terhadap orang yg lebih kecil itu adalah sebagai petanda suatu kehinaan buatnya.. Umpamanya kisah Namrud yg mati dikalahkan oleh seekor nyamuk yg masuk ke dalam lobang hidungnya.. Tentera Bergajah Abrahah, yang dikalahkan oleh burung2 kecil yg membawa batu2 daripada api neraka.. Allah tak hantar malaikat yg saiznya lebih besar untuk menghancurkan mereka2 ini, sebaliknya menghantar makhluk yg dianggap lemah untuk mengalahkannya.

Masa kecik2 dulu, kita selalu baca kisah gajah vs semut.. walaupun gajah besar, tapi bila semut2 dah merayap masuk kat telinga dia.. maka akhirnya dia mengaku kalah.. sbb tak sanggup menahan gigitan semut.

Begitulah juga kehidupan manusia.. tak semestinya setiap masa manusia itu bertemu buku dan ruas.. ada kalanya, asbab seekor lalat yg dok menghurung lubang hidungnya pun boleh menyebabkan pekerjaannya terbengkalai sepanjang hari..

p/s: gangguan nyamuk yg kecik itu telah berjaya membuatkan Ustaz Love bermata panda.. walaupun badan Ustaz Love lebih besar berbanding beliau.. tapi kalau beliau menjelma jadi nyamuk sebesar badan manusia, mau Ustaz Love terpingsan 18x.. kihkih πŸ˜€

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

Add a Comment
  1. excellence. hal lain plak ustaz..kalau nak setelkan masalah..setelkan yg kecik dulu kn…bila dh okay br pelan2 setelkan yg besar..sbb kalau yg kecik tak disetelkan nnt lama2 ia akan melarat menjadi yg besar..

    1. betul tu cikgu.. luka yg kecik, kalau tak dirawat, akan melarat menjadi busuk dan bernanah.. silap2 boleh kena potong anggota yg luka tu πŸ˜‰

    1. sebab tu ada pepatah mengatakan : “kecil2 cili padi”.. kira kalau dalam permainan bolasepak, org2 bertubuh kecil tu (mcm Roberto Carlos) digambarkan sebagai kecil2 cili padi.. walaupun kecik, tapi sungguh berbahaya πŸ˜‰

  2. Assalamualaikum ustaz…

    Saya ada satu soalan. Apa kah hukum memberi makanan yag tidak halal atau diragui halalnya kepada orang bukan islam?

    Situasinya begini… Saya sering mendapat hadiah2 hamper berbentuk barangan makanan. Masalahnya kebanyakkan barangan makanan itu adalah dari luar negara yang tidak mempunyai logo halal sama sekali. Dan kebetulan… jiran sebelah saya adalah orang bukan islam. Jadi boleh tak saya memberi barangan makanan tersebut untuk dimakan oleh mereka sekeluarga.

    Adakah dengan membuangnya adalah lebih bagus daripda kita memberi makanan yang tidak halal kepada orang lain, walaupun orang itu bukan orang islam? Selama ini saya hanya buang sahaja sebab saya takut untuk memberi makan makanan tidak halal ini kepada orang lain. walaupun orang itu bukan islam.

    Sekian…

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme