I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Muammar Ghaddafi : Pejuang Atau Pengkhianat?

Salam…

Ustaz Love mungkin agak terlambat dalam mengulas (ulas lagi.. kihkih) isu tentang pembunuhan Muammar Ghaddafi, pemimpin Libya yang menandakan juga kejatuhan rejim pimpinannya. Kebetulan, beberapa hari lalu, ada seorang member meminta bantuan Ustaz Love untuk mengesahkan tentang ‘fakta’ yang hangat berlegar2 di facebook mahupun di blog tentang kebaikan Muammar Ghaddafi terhadap negara dan rakyatnya.

Secara ikhlasnya, Ustaz Love cuma boleh mengatakan yg Ustaz Love tak dapat nak sahkan kebenaran kenyataan itu.. benarkah rakyat Libya dapat royalti minyak, harga barang dan petrol yg murah, bantuan perkahwinan dan pembelian rumah dsb.. sbb Ustaz Love bukan rakyat Libya.. Ustaz Love rakyat Malaysia yg sejati, dan tak pernah menjejakkan kaki ke Libya.. cuma kakak ipar Ustaz Love je yg kampungnya kat Baling, sekampung dengan arwah Ustaz Ibrahim Libya.. pun tak pasti apa perkaitannya dengan Libya (sbb setahu Ustaz Love, Ustaz Ibrahim dulu belajar kat Mesir).

Jika benar fakta itu, maka benarlah.. kalau salah, salahlah.. Tetapi ada yg lebih fakta daripada itu, iaitu bukti kekejaman beliau terhadap rakyatnya sendiri.. boleh baca di sini..

Seperti mana lantangnya Saddam Hussein menentang Barat, dan betapa beraninya Ahmadinejad mengutuk Amerika dan Yahudi, di sebaliknya kita juga sedia maklum akan kekejaman yg dilakukan oleh Saddam Hussein terhadap rakyat Iraq terutama yg berfahaman Syiah.. begitu juga kekejaman Ahmadinejad terhadap penduduk Iran yg berfahaman Sunni.

Ustaz Love nak menyorot kembali sejarah tentang perkembangan penulisan al-Quran.. iaitu permulaan pada meletakkan titik dan baris.. Jika kita dapat baca manuskrip al-Quran tulisan tangan zaman Nabi s.a.w. dan para sahabat (biasa ada disiarkan dlm Jejak Rasul), maka kita akan mendapati suatu bentuk tulisan yang agak sukar untuk kita membacanya.. tanpa baris, bahkan tanpa titik.. Tetapi, asbab jasa Hajjaj bin Yusuf as-Thaqafi, maka penulisan al-Quran telah dipermudahkan dengan adanya titik dan seterusnya baris.. sehinggalah akhirnya kita dapat baca al-Quran dengan titik dan baris yg sempurna.. serta tahu mana waqaf dan ibtida’ (tempat berhenti dan tempat memulakan bacaan).

Sejarah telah melakarkan kekejaman Hajjaj bin Yusuf ini.. tetapi kita juga tak menafikan akan sumbangan besarnya dalam merevolusikan penulisan al-Quran sehingga memudahkan umat Islam untuk membacanya dengan sebutan yang betul.

Begitulah hakikatnya kes Muammar Ghaddafi ini.. tidaklah dengan kebaikan yg beliau telah lakukan itu, dapat menebus kekejaman yg telah dibuat sepanjang pemerintahannya.. begitu juga tidaklah kekejaman beliau itu menyebabkan kita melupakan kebaikan dan jasanya terhadap umat Islam umumnya, dan rakyat Libya khususnya.

Jadi, untuk menentukan beliau adalah seorang pengkhianat atau pejuang agama, maka biarlah Allah saja yang menentukannya. Cukuplah dengan kematiannya, menamatkan segala penderitaan rakyat Libya.. dan kebaikan yg ditinggalkannya, akan dilestarikan (pehh.. bahasa tak ingat.. kihkih) oleh penggantinya nanti.

Walaupun Libya nun jauh di sana, tapi mereka juga saudara kita, kerana kita bersaudara atas kalimah Lailaha illallah. Maka, segala kebaikan yg mereka dapat, kita sama2 turut bersyukur dan bergembira.. segala keburukan dan musibah yg menimpa mereka, kita juga kena bersedih dan berdoa semoga Allah melenyapkan penderitaan mereka.

Apa pun, Ustaz Love doakan semoga Allah mengampunkan dosa Muammar Ghaddafi dan melihat kebaikan yg pernah beliau lakukan.. dan menempatkannya di kalangan orang2 beriman dan beramal soleh.. insyaAllah, amin.

p/s: Untuk membaca kenyataan rasmi Kesatuan Ulamak Sedunia, boleh rujuk di sini.. terjemahannya di sini..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
  1. betul apa yg ustaz tulis ni…sbb arwah terlalu lama memerintah…too much power corrupts…tapi memang byk kebaikan arwah…hanya Allah jua yg mampu membuat penilaian yg paling adil lagi sempurna..WA

    1. pemimpin biasanya diuji dengan kuasa yg ada.. tak terkecuali pemimpin2 kecil spt bos syarikat, pegawai kanan dsb yg mempunyai anak2 buah.. pandai2 la gunakan kuasa yg ada untuk kebaikan dan bukan untuk kepentingan diri sendiri 😉

    1. walaupun apa pun sumbernya (sama ada yg baik atau yg buruk), sama2 la kita doakan semoga bumi Libya kembali aman dan tak tergadai di tangan penjajah 😉

  2. beliau dah xde pon..x usah nak terus uar-uarkan keburukannya..yg penting kita tersu doakan semoga Allah ampunkan dosa2nya..dosa2 kita semua..

    alfatihah buat ruh gadafi..

    1. betul tu cikgu.. manusia mana yg tak buat silap.. mungkin sebelum beliau mati, beliau dah bertaubat.. kita ni yg masih belum selamat lagi 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme