I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Manusia Matang Melalui Pengalaman

Salam…

Laju plak entry hari ni.. kihkih.. Idea mencurah2 tidaklah dapat ditahankan lagi.. kalau tahan2 kang, hilang plak.. Jadi, baiklah disalurkan di sini.. agar jika ada manfaat, boleh boleh dikongsi2kan.. kalau takde manfaat, boleh dibuat teguran..

Tajuk pun dah nampak macam berat je entry ni.. Tapi takde la berat mana pun.. saje je kasi tajuk skema skit.. Walaupun isinya takde la skema mana pun..

Ramai orang suka dipandang sebagai seorang yg matang.. seorang yg matang dilihat sebagai seorang yg tenang, sopan, cool bebeh, berfikiran jauh, hensem dsb.. walaupun kadang2 usianya itu bukanlah layak untuk dikatakan seorang yg matang..

Ramai juga yg tak suka bila dianggap kebudak2an.. nampak macam manja, mengada2, gediks, hingus meleleh dsb.. Oleh sebab itu, ramai yg suka berlagak matang, walaupun sebenarnya takde la matang sangat..

Matang ini boleh diukur dari 2 sudut.. iaitu matang dari segi usia dan matang dari sudut sikap serta perwatakan.. Matang dari segi usia ini, hanya orang2 yg berusia tertentu saja yg boleh dirujuk sebagai matang.. dalam Islam, akil baligh itu sudah dianggap matang.. sbb itu sebaik saja mereka baligh, maka mereka dianggap mukallaf (bertanggungjawab atas kelakuan masing2, juga dosa dan pahala).. tetapi dari sudut undang2, matang itu dikira bermula pada umur 18 tahun.. bawah 18 tahun, dianggap masih lagi bawah umur.

Matang dari sudut sikap dan perwatakan ini pula, tidak dibatasi oleh had umur.. seseorang boleh jadi matang disebabkan pengalaman hidupnya, pembelajarannya, ilmunya dsb. Ada budak yang baru umur 10 tahun, tapi pemikirannya matang macam dah berumur 30 tahun.. boleh tolong mak ayah, boleh memikir dan membantu menyelesaikan masalah keluarga dsb. Ada juga yang dah berumur 30 tahun, tapi perangai macam budak baru lepas SPM.. keje nak berjoli, tak fikir pasal keluarga dsb.

Matang dari sudut sikap dan perwatakan inilah yang ramai orang susah nak dapat.. sbb ia memerlukan usaha dan pengalaman yang tak sedikit.. walaupun seseorang itu masih muda, jika banyak bergaul dengan orang2 tua, insyaAllah, pemikirannya akan cepat matang.. sebaliknya, jika orang tua terlalu banyak bergaul dengan orang muda, orang tua itu akan bersikap kebudak2an..

Jadi, bagi para pemuda, banyakkan bergaul dengan orang tua.. agar dapat mengutip mutiara nasihat dan pengalaman mereka buat bekal menghadapi masa depan.. Manakala orang2 tua pula, luangkanlah masa untuk memberikan nasihat dan pengalaman kepada orang2 muda.. agar ilmu dan pengalaman itu dapat diwariskan dan tidak tamat sebaik tamatnya usia..

Jadilah seperti masakan sayur masak lemak.. santannya perlu menggunakan santan daripada kelapa tua.. sayurnya pula perlu menggunakan sayur muda.. bila bergabung kedua2nya, maka terhasillah sayur masak lemak yang enak dimakan begitu saja.. πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 Comments

Add a Comment
  1. betul ustazkan? pengalaman hidup memang akan mematangkan kita
    macam kat blog ustaz juga, n3-n3 ustaz, banyak mematangkan pengetahuan agama yatie, mekasih ustaz

    1. kematangan hidup banyak melalui pengalaman.. pengalaman ilmu pula banyak kepada perbahasan dan dakwah.. dengan dakwah dan perbahasan, insyaAllah ilmu kita akan semakin berkembang πŸ˜‰

  2. “seorang yg matang dilihat sebagai seorang yg tenang, sopan, cool, berfikiran jauh”—->sy mmg anggap lelaki yg matang mcm nih…sbb nmpk sgt dia sntiasa pk dulu sblm bertindak…kalau jenis yg pns baran mcm tuh kire matang ke?booo layan la…sy setuju matang dtg dpd pengalaman seseorg tuh…sgt respect +adore dkt lelaki yg matang dan bujang…=)

    1. biasanya, kalau yg jenis mcm tu, lelaki tua berkepala botak dan berperut buncit.. kihkih πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme