I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Kepentingan Kad Kredit

Salam…

Ini adalah entry berbayar.. Ustaz Love dapat bayaran RM 0.40 bagi setiap orang yang melihat promosi iklan kad kredit HSBC Amanah yang Ustaz Love paparkan dalam entry dan blog ni.. kihkih

Dah lama Ustaz Love tak buat entry promosi iklan ni.. sebabnya, dah bersepah2 iklan yg ada kat blog Ustaz Love yang kadang2 menyebabkan loading page menjadi lambat.. sampaikan ada 2 3 orang yg menegur blog Ustaz Love ni tak nampak tulisan.. sbbnya background asal memang gelap.. tapi itu semua disebabkan page tak habis loading.. jadi background putih tu tak keluar lagi.. jadi, kena sabar menunggu bila masuk blog Ustaz Love ni.. hehe

Tapi Ustaz Love bukanlah nak promo apa pun.. sbb Ustaz Love tak pandai sangat bab perbankan ni.. cuma nak cerita sikit pasal kepentingan kad kredit ni..

Masa mula2 Ustaz Love kerja 10 tahun lepas, teringin gak nak pakai kad kredit.. tapi masa tu keje sambilan je.. gaji memang tak layak la nak memohon kad kredit.. dan pada masa tu, kad kredit masih lagi dipelopori oleh bank2 konvensional.. Bank Islam cuma ada kat ATM je.. kihkih

Makin lama, bank Islam pun dah semakin canggih.. dah rebranding banyak kali.. akhirnya Bank Islam pun ada gak mempromosikan kad kredit.. Perbankan Islam yg lain seperti Bank Rakyat pun ada.. bahkan, sekarang ni, bank konvensional pun dah split dengan menawarkan perbankan Islam.. termasuklah HSBC, Maybank dsb.

Bila dah ada perbankan Islam, maka pilihlah perbankan Islam.. kerana perbankan Islam ini lebih stabil.. walaupun kadar interest (disebut cas perkhidmatan) agak tinggi berbanding bank konvensional (terutama berkaitan pinjaman, peribadi ke, perumahan ke dsb), namun kadarnya adalah stabil dan tak berubah.. berbanding bank konvensional yang menawarkan kadar asal yg murah, tapi boleh naik sehingga berkali ganda bergantung pada BLR..

Amacam.. ada gaya pegawai bank tak? kihkih.. Ini Ustaz Love tulis berdasarkan pemahaman sendiri je.. kalau ada yg silap harap dibetulkan.

Jadi, takde masalah nak gunakan kad kredit ini.. kalau boleh elakkan, baik la elakkan..sbb kad kredit ni adalah kad hutang.. orang takkan kaya dengan pakai kad kredit, tapi hanya org kaya je yg layak pakai kad kredit..

Namun begitu, dalam masa2 kecemasan, kad kredit ini memang diperlukan. Terutama bila poket tengah kering ke, nak bayar sesuatu yang tak dijangka ke.. itu lebih mudah berbanding nak menebalkan muka meminjam dengan saudara mara atau kawan2.. Kadang2, kita tak berkira pun bila nak tolong member atau sedara mara, tapi bila tiba hari ‘hujan’ kita, jangan kata member, sedara mara pun bleh mengaku tak kenal.. takut kita nak mintak tolong diorang..

Jadi, bagi sesiapa yg punya kelayakan, boleh la apply kad kredit.. pastikan ia adalah kad kredit perbankan Islam.. dan simpan saja buat perhiasan.. sama juga keadaannya mcm payung, bukanlah kita bawak masa hari hujan je, tapi kena jugak standby dalam kereta sekalipun bukan musim hujan.. mana la tau, tiba2 hujan.. senang kita nak guna..

Jangan la tak hujan pun, kita dok kelek ke hulu ke hilir payung tu.. terutamanya bagi lelaki.. nanti orang panggil lelaki jambu.. kihkih 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 Comments

Add a Comment
    1. Ustaz Love ada terbaca kedua2 bank di atas, bila nak kutip bayaran, gaya mintaknya macam ah long.. tapi Bank Islam pun sama gak (menurut pembacaan Ustaz Love la).. tapi kalau bayar tepat pada masanya, takde masalah kot 😉

  1. salam ust..
    btol ust,kad kredit byk membantu..sy mmg disiplinkan diri tidak menggunakan kad kredit slalu takde imejensi..cthnye bile dah nyawa2 ikan je belen duit kat bank,leh la gune kad kredit utk myk kete..
    ari tu tetibe kete buat hal,cash pulak yilek pochik..kad kredit la penyelamat doniya..alhamdulillah,takat ni takde la digunakan utk ke arah pembaziran lg..harap2 smpi bebila la mcm tu..erk,beli hpon gune kad kredit bukan pembaziran kan..kui4x

    1. salam pingu ijo..

      kalau beli henset guna kredit kad, maka ia menggalakkan pembelian secara riba.. kecuali kalau pembelian yg menawarkan zero interest.. gunakan kredit kad untuk keperluan, bukan untuk memenuhi kehendak 😉

  2. erk,time tu takde cash..ujung bulan…henpon mati lemas dlm lubang toilet dan byk hal2 imejensi dlm keluarga…tp bulan seterus2 nya sy byr cpt2 nak elak riba..(menjwb lak die tu)

    1. inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun..

      kalau dalam keadaan memerlukan, takpe.. mohon ampunlah pada Allah sbb kita terpaksa melibatkan diri dalam urusniaga riba.. insyaAllah 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme