I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Kemahiran Pelbagai Fungsi

Salam…

Ustaz Love selak2 kembali album.. album lama kat laptop.. tengok2 gambar masa remaja dulu.. kihkih.. terjumpa la satu gambar.. Ustaz Love amik gambar ni kat Zoo Negara beberapa tahun lepas.. Ustaz Love memang suka amik gambar.. tapi tak berapa suka bergambar.. tapi kalau dah masuk dlm gambar, memang mcm2 aksi dilakukan.. kihkih..

Sebenarnya, gambar ini mempunyai banyak tafsiran.. satu gambar boleh ditafsirkan dengan pelbagai keadaan.. walaupun hakikatnya kadang2 tak seperti yang ditafsirkan..

Burung ini adalah burung merpati.. merpati selalu dikaitkan dengan percintaan.. seperti merpati dua sejoli.. tapi itu bukanlah fokus perbincangan kali ni.. cuma sayapnya yang Ustaz Love nak fokuskan..

Burung dicipta dengan sayap.. supaya ia boleh terbang dan mencari makanan.. tetapi, ibu ayam (sejenis haiwan.. bukan ‘ibu ayam’) juga mempunyai sayap.. walaupun bukan bertujuan untuk terbang, tapi dengan sayapnya itu beliau boleh melindungi anak2nya daripada kesejukan malam.. juga menjadi perisai daripada gangguan binatang lain..

Bila seekor burung itu dikurung, maka akan kuranglah satu fungsi anggotanya iaitu sayap.. beliau dah tak bebas terbang ke sana sini.. walaupun beliau diberikan makanan, tapi apalah maknanya ada sayap.. setakat berlegar2 dalam sangkar.. tak mampu untuk terbang dengan bebasnya..

Manusia juga mempunyai fungsi tersendiri.. ada orang yg punya tangan, tapi tangannya setakat untuk makan dan basuh berak je.. mungkin kakinya lebih berfungsi daripada tangannya.. spt pemain bola sepak.. dengan kemahiran yg ada pada kakinya, maka beliau mampu mendapatkan gaji berjuta2 dollar sebulan.. sedangkan kaki itu cuma digunakan untuk beberapa perlawanan..

Ada juga manusia yang tangannya lebih berfungsi daripada kaki.. contohnya mcm arkitek.. lukisan tangannya mampu menghasilkan sebuah bangunan yang bernilai jutaan ringggit.. walaupun mungkin setahun sekali je dia melukis..

Ada juga manusia yg mulutnya lebih bernilai daripada kaki dan tangannya.. spt penyanyi.. lagu nyanyiannya menghasilkan pendapatan yg banyak, walaupun mungkin setakat satu album je yg dirakamkan..

Tapi, bila penyanyi itu sakit mulut, maka beliau terpaksa menggunakan bakatnya yg lain untuk mencari pendapatan.. bila pemain bola itu putus kaki, mungkin beliau terpaksa mencari pendapatan dengan tangannya.. jika arkitek itu kehilangan tangan, mungkin beliau kena mencari pekerjaan yg menggunakan mulut atau kakinya..

Jadi, janganlah bergantung semata2 dengan kemahiran asas yg kita ada.. sebaiknya latihlah diri dengan kemahiran yang lain.. agar kita dapat berfungsi dengan lebih baik..

p/s: boleh faham tak entry ni? Ustaz Love pun tak berapa nak faham.. tapi takpe la.. janji boleh kembali menulis.. kihkih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments

Add a Comment
  1. bole paham maksud tersirat kot..mgkin kene jugak ade mutiskilling…bekap plan kalo de pape terjadik..kalo salah tekan buzer cpt2

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme