I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Kelab Taat Suami Kembali Dengan Kelucahan Melampau

Salam…

Sebelum Ustaz Love meneruskan entry ni, ada baiknya sama2 kita baca petikan daripada bahagian belakang seks muka buku (dah macam tajuk lirik lagu plak.. kihkih) yg Ustaz Love amik kat website Berita Harian Online :

Kalau dulu, mereke menimbulkan kontroversi melalui istilah, kini mereka cuba untuk menunjukkan kehadiran mereka sekali lagi dengan menerbitkan buku seks ala Kamasutra atau Permata Yang Hilang..

Mereka2 ini ternyata dah sakit otak.. sehingga sampai ke tahap berfikir serta berkhayal benda yang tak waras. Dah gaya macam burung plak.. terbang2 pastu menjunam celup kepala dalam air tangkap ikan.. pastu terbang2 lagi.. kihkih..

Dah tiba masanya pihak jabatan agama mengambil tindakan.. bukan setakat mengharamkan buku tersebut.. Mungkin mereka2 ini semakin berani disebabkan Akta ISA telah dimansuhkan.. kalau tak, cekup bawak masuk dalam je.. Dan pihak tertinggi pula perlu memikirkan cara bagaimana nak ekstradisi Ummu Jah bawak balik ke Malaysia.. dan ambil tindakan kepada beliau (gam mulut beliau ke).. sbb beliaulah dalang sebenar kekarutan dalam masyarakat.

Waktu Abuya masih hidup (tgh sakit mulut), Ummu Jah gak yg jadi jurucakap.. takkan Abuya dah meninggal pun, beliau masih tak nak lepaskan jawatan ‘jurucakap’ tu?

Sedarlah wahai bekas pengikut al-Arqam yg masih taksub.. khususnya kepada ahli2 Kelab Taat Suami.. berfikirlah dengan waras.. kalau betul nak belajar seks dalam Islam, dah cukup dah belajar bab munakahat dalam kitab fiqh.. tak perlu nak tambahkan unsur mengarut seks dengan roh secara serentak beramai2.. lepas tu nak kaitkan seks cara mengarut ni dengan matlamat melawan Yahudi.. apa ni? Ustaz Love nak gelak pun tak lepas.. nak nangis pun tak keluar air mata.. apa kaitan seks dengan Yahudi? Nak tembak Yahudi guna air mani ke? waduhhh…

Bila akidah (yg merupakan perkara asas itu pun) dah sesat, maka tak hairanlah buah2 akhlak yg lahir daripada akar yg tak sihat tu pun tak berapa nak menjadi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

84 Comments

Add a Comment
  1. Salam Uztaz love, ni kes baru ke apa? baru dengar hari ni. ituari ada pasal buku gak, buku yang sama ke? Ni kes sakit otak dah ni. aduh…apa nak jadi. Ramai yang akan ikut bukan sebab betul atau salah, tapi terpengaruh dengan ke-boleh-an yang dibenarkan dalam buku ni.

    1. Salam fareed..

      Ini kes terbaru ni.. diorang memang suka keluar banyak2 buku.. nampak la mcm cendekiawan sket.. kihkih πŸ˜€

  2. mereka ni jelas dah tersesat jalan ….lepas satu2 pengikut al-arqam ni nak wat kecoh….yg pelik nya pengikut2 ni tak berfikir ke sebelum nak mengikut sesuatu ajaran…lebih baik kita umat islam ni bersandar kan pada Al-quran je ….tak kan sesat sampai bila2…..nak mendalami ilmu agama memang lah bagus tp jgn melampaui batas sehingga tak dapat beza kan yg salah dan betul dan tak payah lah terlalu taqsub…..sesetengah pengikut ajaran2 cam ni terlalu taksub dgn pemimpin mereka……….sedang kan pemimpin mereka ini pun tersesat jalan…wahai sekalian saudara islam…..tak salah belajar…tp belajar lah dengan guru yang bertauliah dan disahkan tauliah nya….niat dah elok dah nak mendalami ilmu agama tp tersilap pilih guru dah bleh membawa ke neraka….

  3. ini yang tak suke dgn masayarakat melayu
    sex became taboo..
    klu nak diikutkan ustaz,klu lepak2 dgr citer mak n abah pasla kisah masyarakat keliling bab benda2 karut marut tentang sex dlm perkahwinan..
    lagilah terang2 jelas sejibik sejibun ape yg kelab taat tak tentu hala ni buat.
    aigooo..
    daripada terbit buku biul ni..cuba2lah terbitkan bedna yg berfaedah sikit….
    ni buakn setakat biul ni..bak org dulu2 kate
    loose head screw la…
    damn!
    oppss..terbabas!

    1. kihkih.. sex dah jadi matlamat hidup.. sampai orang dah mati pun dikaitkan dengan sex jugak.. πŸ˜€

  4. mengarut gile…xde keje laen ke…jbtn agama islam kene la pantau bende2 cmnih…ade mbe sy ckp ayah dia sndri+sedare2+1kampung sume ajaran sesat…mmg xpenah smbhyg xpenah puasa…ajrn sesat tuh kt selangor…dia org penang…so ayh dia salu g selangor tuh…xpenah terpk pon zmn maju cmnih ade lg ajaran sesat bodoh2 nih…

      1. duk ckp org sesat kte lg sesat…org baek x ngate org..korang lagi menambahkn dosa jew…baiki diri bnyk2

        1. benda hitam, takkan nak kata warna putih.. hanya org yg rabun atau buta warna je yg tak kisah benda tu warna apa πŸ˜‰

    1. Waalaikumussalam..

      Kita hanya mampu menyampai dan berdoa.. semoga Allah membuka hati kita dan mereka untuk menerima kebenaran πŸ˜‰

  5. Astagfirullah al’azim…ada juga dikeluarkan buku macam tu…betullah ustaz, kalau akidah rosak memang mudah tersesat, minta dijauhkan

    benar kata Rasulullah,” sebaik-baik manusia, ialah manusia yang paling baik akhlaknya”

    1. diorang ni berani2 takut je sebenarnya.. mcm Abuya dulu.. time dia bagi arahan ‘perang’ dengan Pusat Islam, beliau berada di luar negara.. sama juga kesnya dgn Ummu Jah ni.. dia keluarkan idea mengarut mcm ni bila dia ada kat luar negara..

      akidah tu adalah asas.. kalau asas pun dah rosak, mcm mana nak harapkan yg cabang2 tu jadi betul.. πŸ˜‰

    1. Ustaz Love sebenarnya sangat marah dan geram dengan Ummu Jah (sbg pereka skrip kesesatan ini) dan berasa sedih dengan pengikut2nya yang masih lagi taksub.. semoga Allah membuka hati kita dan mereka untuk menerima kebenaran πŸ˜‰

  6. Ni kes masalah akidah dan kepercayaan. Sekali dengan taksub.

    Tak cukup dengan hanya haramkan buku saja, tindakn perlu diambil kepada mereka yang berusaha menerbitkan buku ini.

    Kena hantar balik ke pusat pemulihan akidah macam ni. Bahaya sebab dari luaran nampak macam org islam biasa. Tapi dalaman…….

    1. susah bila dah taksub ni.. kira mcm penagih juga.. keluar masuk pusat serenti, macam tu la jugak gayanya.. melainkan diri sendiri yg betul2 nak berubah dan bertaubat..

      1. sy rasa ada jiran sy pon da agak tersesat dlm akidah.. ckp mngarut sgt pasal agama. selalu pakai serban dan bercelak tp xpegi masjid.. pakai niat je duk kat umah.. tatau nk bantu..tgk je. cane ye ustaz? anak2 dorg pon mls nk ckp pasal ayah dorg..xreti nk ambik tindakan bila terjadi depan mata..panas baran plk tuu..uhh

        1. suruh anak2 dia buat laporan ke pejabat agama.. insyaAllah, mereka tahu mcm mana nak bertindak πŸ˜‰

  7. at least ada gak org yg ajak isteri zaman skrg taat pada suami.. isteri bg layanan tip top mcm servis pelacur tu bukannya suruh isteri jadi pelacur atau menyamakan taraf isteri sama mcm pelacur..kita jgn mudah buat andaian sempit …

    nak harapkan menteri jaga wanita tp..jaga projek sana sini…laki dgn anak2 dia ja kaya… apa cerr….

    no komen pasal buku panduan seks sbb tak baca lagi.

    1. masalahnya bukan pada layanan isteri atau ketaatan isteri.. masalahnya pasal istilah.. kalau nak ikut, isteri Nabi dan para sahabat lagi taat kepada suami2 mereka.. tapi takde plak guna istilah layanan mcm pelacur (walaupun zaman Jahiliyyah dulu mmg ada pelacur).. jadi, tak perlu sempitkan istilah tu.. asal layanan baik, dikatakan mcm pelacur kelas pertama.. sedangkan pelacur itu adalah penzina yg tak layak dinisbahkan kepada seorang isteri yg sah digauli..

      menteri nak jaga wanita? habis tu apa gunanya ada mak ayah (bagi anak dara bujang) dan suami (bagi isteri)? kan Allah dah bagi tanggungjawab tu.. tak perlu nak pergi jauh sangat πŸ˜€

    2. Konon Promo taat suami Dan kembali kepada islam..apasal tak ambil ummul mukminin sebagai idol? Apa ingat pompuan lain yg tak bergelar pelacur tak reti bagi layanan-cow-cow-punya ke?

      Istilah pun tak reti guna, Ada hati nak ajar org taat suami cara Islam konon.

      1. ini salah satu sikap pengikut2 al-Arqam.. bila dah salah, bukan nak mintak maaf.. sebaliknya mempertahankan kesalahan mereka itu sedaya upaya πŸ˜‰

        1. salam ustaz…bagaimana nak berhubung ? ada emel atau phone ? Saya Kee dari Bangi…ada hal penting nak berbincang pasal arqam ni…saja nak meluahkan perasaan….kalau dapat berjumpa lagi bagus…Wassalam

  8. Us jangan cari kesalahan org lain je. Lihatlah diri sendiri tak takut Tuhanke kenapa org tak .suka sex Islam .sy rasa org yg xsuka sex Islam ni lebih suka sex yahudi kot.Janganlah sesatkan org nanti di akhirat akan disoal jika org
    tu tak sesat;takutlah Tuhan

    1. Ustaz Love memang suka orang provokasi mcm ni.. insyaAllah, nanti Ustaz Love buat entry pasal ni.. tajuk : “Antara Seks Islam, Seks Yahudi dan Seks Ummu Jah”.. amacam? πŸ˜‰

  9. Kamu fahamke istilah layan macam pelacur tu ni nak bagi tahu bukan jadi pelacur tapi layan seperti pelacur.sebab org ramai tahu pelacurlah yg layan terbaik sekali sampai pemimpin negara dan duniapun tersungkur kan nak cari istilah lain istilah x nampak macamlah istilah org selalu sebut mcm singa disiang hari abid di malam hari .bukan jadi singax faham lagike

    1. Kakaka….aku bengap ke ms ni hidup alam roh? Kakaka

      Apa beza istilah pelacur ngan isteri sah? Beza ke atas ranjang? Bongoksss laaa…

      Dah ko jimak ngan laki, jadik laa isteri.
      Dah ko jimak ngan pakwe, jadik laa pelacur.
      Bodowwww laaaa…

      Perlakuan jimak tu sama je. Apsal kalu pelacur, jimak jadik hebat? Apsal kalu bini, jadik tak hebat? Kakakakaka

      Bodowww laaa…patutla imagine sampai jimak berjemaah di awangan. Dah macam setan plak bila sebut gentayangan ni. Kakakaka

    2. kan Dr Rohaya tu dah tukar kepada istilah “Bidadari Istimewa”? yg nak pertahankan istilah “pelacur” lagi tu kenapa? πŸ˜€

  10. Dunia ni penuh kerosakan isteri ramai yg xtaat suami.ramai suami main dgn. Pelacur dan mcm2lagi krn manusia xtakut Allah lagi itulah KTS ditubuhkan supaya kembali dilandasan ya betul supaya manusia tidak hidup cara yahudi,manusia hidup cara Islam,Rumahtangga Islam yg Bahagia dunia dan Akhirat.dari itulaH perlu lawan sex jahudi krn sangat merosakan kita.apakah kita x nampak lagi ataupun jiwa kita dah mati itulah SEX SUCI ISLAM PERLU DI PERJUANGKAN

    1. berhentilah mengarut wahai puan.. kelab taat suami hanyalah satu lagi kekarutan bekas pengikut al-Arqam.. hakikatnya, taat atau ingkar suami itu tiada kaitan dengan seks suci mahupun pelacur kelas atasan.. ia hanyalah disebabkan kelemahan iman umat akhir zaman.. πŸ˜‰

  11. Asslammualaikum kpd 3c2 fahamke halal dan haram mana ada sama. dengan Isteri hukumnya halal dengn pelacur hukumnya haram tentulah hubungan dengan Isteri ada keindahan,keberkatan dan Rahmat disisi Tuhan.AMIN
    r

    1. Salam.

      Wakakakaka….

      Pandai plak ko jawab. Dah tu apasal at the first place ko bagi komen bodowwww????

      Apasal tak guna istilah layan laaa suami seperti hebatnya layanan bidadari syurga? Ooo….pasal ko tak nampak bidadari buat apa, tapi ko nampak pelacur buat apa kann. Kakakaka

      Sama je layanan pompuan bergelar Bini or pelacur. Beza taraf je. Apa itu pun ko susah nak faham ke? Bodowwww sangat nih. Macam mana nak layan suami hebat2 kalau hal gini pun ko confused. Pfffftttttt

      1. 32c..maaflah..
        komen anda tak pernah mencerminkan peribadi muslim..sebenanya anda pelu meletakkan perkataan bodoh itu pd anda..andai Rasulullah masih ada beginikah caramu dalam perbahasan?btol atau tidak semuany penilaian Allah..berapa kali kah anda baca buku y meneangkan pelancaran program itu?sy x pnh tau kwujudan blog2 y pmurah spt ini mberi pahala kpd mereka2 y anda kata bodoh itu?kalau lbih drpd 45 org y mbaca blog ini bygkn andai mereka mmbalikkn pndpt kamu itu..setiap kata2 adlh doa..bfkir sblom bbicara..anda x lyk mbicarakn tentang kesucian itu..krn d setiap sudut pndgn anda myokong pkra y hrm itu..wasalam

          1. macam situasi bunga silat.. yg penting bukanlah bunga tarinya, sebaliknya jurus serangannya.. dok main bunga je, memang takde hasil la πŸ˜€

  12. Kalau hebat sangat carilah cara lain untuk membendung masalah ni .Jangan cakap saja Tuhan marah org yg bercakap tapi x berbuat

  13. Awak cakap macam x beraklah patutnya org Islamxcakap mcm tu.jangan jadi bodoh sombong.awak xboleh bezake isteri dgn pelacur dan awak x boleh beZake halal dan haram berlajarlah tentang hukum Tuhan jangan cakap langgar2je.Tuhan menilai apa yg kita cakapkan.Tuhan ampunkan Kami.

    1. ko tu yg tak faham bahasa ms oii…

      sebab tu aku kata ko nih bodowww…seks islam ala ummu jah ko tuh sampai bleh umpamakan isteri taat kena layan suami macam pelacur, tu bodowwww berganda2.

      kalu ko dah boleh beza halal haram dosa pahala..tadek laa ko sokong seks islam ala ummu jah ko tu…kakakaka

      ko nak pertahankan perlakuan seks secara teknikal si pelacur ngan isteri tak sama…kot celah bedah mana tak samanya ms oiii…sama jahhhhh

      yg beza dia pelacur, dan yg bukan pelacur tu isteri. berapa kali daaa nak cerita benda sama. bodowww sungguh mu nih. kakakaka

      Tuhan nilai apa yg kita cakap. Tuhan nilai apa yg kita buat. Tuhan nilai segala2nya lahh. lagi2 laa Tuhan nilai akidah kita samada sesat atau tak. setakat hal bukan akidah tu, manusia mana yg tak berdosa. boleh je mintak ampun…sooner later masuk syurga gak.

      tapi ko?? kalau dok ikut ajaran sesat al arqam wal rufaqa’ wal global ikhwan wal sex suci islam wal ummu jah wal roh bergentayangan…mati sok masuk neraka laaa….ingat aaa…aku kata mati sok masuk neraka kalu tak bertaubat.

      selagi ko hidup ni, ada laa peluang tu. jangan ko putar kata aku jadik Tuhan lak nilai ko masuk syurga neraka…kakakakaka

  14. Soal neraka ke syurgake kamu kamu tahuke soal org sesatke kamu tahuke Hanya Allah yg tahu.nilailah diri sendiri nasib kita belum tahu jangan nilai org lain.mukmin yg baik tu dia x nampak kesalahan org lain dia hanya nampak kesalahan diri sendiri dia sangat doa dan berdoakan sekalipun org kafir dia sanggup mene.rima tenguran ini sifatlah Hamba.

    walaupun dia Tidak salah.wahai Tuhan aku perlu kepimpinanmu aku ni lemah mengharapkan redha mu terimalah daku .Amin

    1. itu la pentingnya belajar ilmu yg betul.. bukan mengikut membuta tuli.. kalau semuanya ditentukan di akhirat, nescaya orang kafir pun tak boleh dikatakan kafir.. apatah lagi nak kutuk2 seks yahudi.. sbb kan “Hanya Allah yg mengetahui”?

      hentikanlah ketaksuban ini.. Ustaz Love saja approve komen ni supaya orang lain dapat ambil iktibar, bagaimana gambaran orang yg taksub.. πŸ˜‰

  15. Org yg kita tuduh sesat tu lebih baik drp kita.kebuktiannya telah terbukti.jemaahnya terbangun dengan majunya ekonomi Islam,kebudayanya dan ada Bandar2 Islam hidup dengan kasih sayang sembahyang di awal waktu solat malam xpernah tinggal. bolehke org begini dikata sesat.kalau xtahu lebih baik diam lebih selamat ataupun tawaquf

    1. Ustaz Love takkan diam atas kesesatan jemaah al-Arqam atau apa jua nama lainnya.. Ustaz Love dengan ini mengisytiharkan perang.. insyaAllah, entry2 selepas ni, Ustaz Love akan bongkarkan sehabis2nya kesesatan mereka.. doakan kejayaan Ustaz Love πŸ˜‰

    1. takut ke? inilah hasil provokasi.. Ustaz Love sebenarnya malas nak tulis pasal al-Arqam ni.. tapi disebabkan ahli2 mereka yg syok sendiri dok terjah sini, maka sila la tunggu Ustaz Love punya pembongkaran πŸ˜‰

  16. Kamu kata jemaah ni sesatke,kamu hinake jemaah tetap membangun malah membesar lagi sampai luar negara malah masyarakat menerima jemaah ni kecuali yg berhasad dengki kamu bagaimana bolehke buat apa yg dibuat Jemaah ni. Islam bukan sekadar berkata2. Perlu dibuktikan dalam kehidupan barulah Allah dan rasul dan masyarakat menilai

    1. Jangan risau.. kejap lagi Ustaz Love akan mula bongkarkan kesesatan jemaah bekas al-Arqam.. jangan risau.. sbb sesat tak sesat ni, akan dibongkarkan dengan hujjah dan dalil.. setakat jemaah besar, rasanya jemaah sesat syiah tu lagi besar pengikutnya πŸ˜‰

      1. Nabi Muhammad ada ke buat seks dengan semua isterinya serentak? Kalau ada org boleh buat mcm tu, maksudnya dia lg hebat dari Muhammad s.a.w. !

  17. ummu jah ni sebenarnya mastermind membuatkan arqam ni sesat dgn pengakuan dapat berjumpa dgn rasullullah secara jaga.menggunakan jemaah sebagai hamba untuk mengumpulkan wang bagi kegunaan keluarga ashaari dgn menjanjikan balasan dgn belbagai cerita dongeng.ckp dgn org mcmni x guna,biar allah sendiri membalas org yg menggunakan agama utk kesenangan mereka sendiri.sama mcm yahudi,ckp la mcmanapun dgn golongan yg zalim ni.xkan berubah.

    1. Agak susah nak pulihkan Ummu Jah.. namun, peluang masih ada selagi hayat masih dikandung badan.. apa yg lebih penting, bukan nak sedarkan Ummu Jah, sebaliknya nak sedarkan pengikut2nya yang taksub membuta tuli.. agar dapat membuka mata terhadap kesesatan Ummu Jah dan meninggalkan terus pegangan akidah al-Arqam.. juga sebagai suatu langkah pencegahan kepada mereka2 yg baru2 nak berjinak dgn golongan2 ni πŸ˜‰

  18. Islam membolehkan poligami …. bahkan yahudi dan nasrani pun ada yang mengatakan poligami di bolehkan mengikut agama mereka …..
    sekular barat menentang poligami……

    sebagai muslim …. yang mana hendak diikut..???

  19. Weh apa yahudi yang nak hancurkan islam dengan cara buat leleki kahwin dngn llki tulah kamu gatas mengancak tulah lain kali jangan menyibuk dengan hal mereka aku tangkap kamu semua hah sialan kamu siapa yang ajar kamu sampai pandai mengejek orang suka hati dorang lah nak wat apa ni pulak nak masuk hal orng bodoh punya ustaz taik kucing la kalau aku nampak lagi kamu tuls aku tangkap kamu hah

    1. waduh waduh…tenang pak..tenang..

      hahahaha..ada masalah kecelaruan emosi ke ni??maaf hanya bertanya..

      lawak di tengahari πŸ™‚

  20. salam..1 skali,kite semua ni bkn la mnusia yg bijak untuk menghukum sesuatu,thap mujtahid pn xsmpai lg,,elok la kite tunding jari pd diri sndiri..bkn nk backup spe2..ni ntok smue yg ad dsni,ilmu yg kite dpt ni pn dri tuhan,ntah2 kite ni xlayak pn dpggl ustaz muallim atau ape sje,kite ni hambe tuhan.same je kite ni.xdk beze pn.i’tiqod kite ni sme,jike sme mknenye kite ni bersaudara,ble ad silap,bg teguran dgn hikmah,bkn cacian dan sling memerli.bkn kah rasul muhammad kite mengajar spye hormati org lain dan rendahkanlah dirimu,bkn itu lagi bek??apble anak2 buahnye mlakukan ksilapan,,adakah slah pemimpin??sbgai contoh,pemimpinnye seorg ulama’ dan xbuat pkare mgkar cth merokok.tp anak buahnye ramai yg merokok.salah pemimpin?kite nk caci ulama’ tu?kite nk slahkan ulama’ tu?mstilah x.jd sme la situasi spti yg dbincangkan oleh *ustaz love disini..sye mnusie lemah,hnye mampu melontarkan pndapat.tu shje.
    EKONOMI siapa pgang?adkah agme kite pgang?cre pemakaian islam cth serban jubah?adkh kite melakukan semua itu?klau ada Alhamdulillah.

    1. menerangkan dan menghukum adalah 2 perkara yg berbeza.. Nabi s.a.w. suruh sampaikan walaupun kita cuma tahu satu ayat.. tak perlu nak tunggu jadi mujtahid baru boleh sebarkan kebenaran dan mencegah kemungkaran..

      1. entah la ssah nk terangkan..sama2lh kita tunggu siapa yg akn mmbenarkn islam di akhir zaman ni..bknnya asyik mnuding jari..nanti musuh islam sndiri yg glak ketawa dngn perangai umat islam sndiri..slah-m’nyalahkn,jatuh mnjatuhkn,tnjuk perasaan..dan b’mcm2 lg..siapa yg akan selesaikn mslh dunia yg dlm k’hancuran,k’rosakan..

        1. kita xlah ckap abuya ni hebat dia mcm para nabi..tp akhir zaman mmg xperlu ada ke org bertaqwa@org beriman..yg akhir zaman tnggal org yg hidup nafsi2 je..org yg pntingkan diri..itu ke yg org mahukan…??dlm quran sndiri yg tuhan promosi ape die..??bidadari2..air sungai yg lazat2..bermula dr mna??suami yg soleh/isteri yg soleh..ape dia tu..itulah seks suci..seks yg halal…bkn nye seks haram yg dah hentam dunia skrang nie.org dh saksikan sendiri k’hancurannya.kes zina,liwat,rogol,akibat dr ape??isteri yg xtaat,suami yg xtaatkn allah dan rasulnya.dngn remaja2nya lg mat rmpit dan s’bagainya..sbenarnya rmai org xtau ramai org kecundang kerana seks..akhirnya pegi m’langgan pelacur..akibat dr itulah…

          1. ape yg abuya ni semua nya betul conto kelab taat suami(kts)wajiblh seorang isteri tu taat pd suaminya kecuali bnda yg melanggar syariat,kelab poligami..Rasulullah sendiri pon poligami..

  21. Assalam…kepada semua yg memberi comment marilah kita muhasabah diri dan tingkatkan amalan dan ketaqwaan kita perbanyakkan istiqfar.mohonlah pada Allah agar Allah tunjukkan kita jalan yg benar dan jauhi jalan yg sesat. Kerna Allah sahaja yg maha mengetahui. Semoga Allah mengampunkan dosa kita dan menjauhi kita dari kesesatan..Aminnn

    1. semoga Allah segera memberi petunjuk dan hidayahNya. Sesat dalam aqidah adalah kesesatan yang menjadikan segala amal kebaikan dan sumbangan kebajikan tiada maknanya. Apalah maknanya kehebatan ekonomi sekiranya Allah SWT sebagai Pemilik segala yg ada di dunia disyirikkan . Ya Allah tunjukkanlah hamba2Mu yg mencari redhaMu jalan yang benar ..Amin

        1. Untuk makluman ,saya adalah bekas ahl simpati al arqam..pernah terjadi(kalau ahli arqam ihklas,pasti merkea membenarkan cerita ini)..dalam jemaah mereka ni yg mereka anggap mcm zaman sahabat,boleh tukar2 isteri..dulu dizaman ‘gah’ al arqam,pernah terjadi seorang bekas ratu cantik masuk arqam,kemudian setelah suami beliau meninggal,bertukar ganti lah dia dari satu lelai ke satu lelaki dalam arqam(atas dasar pernikahan juga kononnya)..dgr khabar perempuan itu sdh jadi gila..dan lagi dizaman ‘gah’ arqam dulu,anak2 banyak jadi derhaka sbb tak dgr nasihat emak dan ayah,mereka lebih suka dan taksub dgr nasihat ‘ustaz’2 arqam..ramai juga gadis2 yg bernikah ketika itu bernikah dgn ‘ustaz’ arqam tanpa restu ibu bapa…inilah antara kesilapan2 jemaah al arqam sekarg Ihkwan global..tapi mereka ini(ahli2 arqam samada baru atau lama) tetap berdegil enggan keluar dari jemaah mereka..inilah kesan taksub yg melampau..semoga kita sentiasa diberikan petunjuk Allah swt untuk melihat kebenaranan dan terlibat pula dgn jemaah islam yg benar..aminnn.

          1. zaman sahabat mana ada kes tukar2 isteri? yg ada hanyalah sahabat lain berkahwin dengan bekas isteri atau balu sahabat lain.. jika golongan al-arqam ini bernikah dengan cara yg sah mengikut syarak, maka tiada halangan untuk mereka nikah berapa kali pun. Ustaz Love tak berapa berminat dengan cerita2 khabar angin sekalipun dalam kita memperkatakan tentang kesesatan sesebuah pertubuhan. Khabar angin biarkan saja berlalu seperti angin.. kita cuma akan mengulas apa yang kita punya pengetahuan mengenainya.

            semoga Allah memberikan kita dan mereka petunjuk yang jelas atas jalan kebenaran.. WA

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme