I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Jika Iblis Sujud Pada Adam, Manusia Di Mana Agaknya Sekarang?

Salam…

Ustaz Love tertarik nak mengulas perkara ini bila berbincang dengan beberapa member 2 3 hari lepas.. Ada member bertanya, kalau la Iblis tu patuh pada perintah Allah untuk sujud pada Adam a.s., agaknya kat mana manusia berada sekarang ni?

Ada yang mengatakan, dah semestinya manusia sekarang tengah bergumbira ria berada di syurga dengan dikelilingi bidadari yang seksi-meksi, boleh minum arak, boleh melakukan hubungan seks dengan banyak sekali (pinjam ayat Ummu Jah.. kihkih)..

Ada plak yang kata.. mungkin juga dunia ni takkan wujud.. sbb manusia dah duduk kat syurga, kenapa perlu ada dunia lagi?

Malah ada yg lebih berani menyatakan.. jika Iblis sujud kepada Adam a.s., pun takde masalah juga.. yg jadi masalahnya adalah Hawa.. sbb dia yg pujuk Adam tu makan buah larangan.. sbb tu tak bleh bagi muka sangat kat kaum Hawa ni.. nanti diorang juga yg akan buat kita tercampak dalam neraka.

Sungguh bersemangat perbincangan tersebut.. Tapi hakikatnya tidak berasas.. kerana Allah dah ceritakan perkara itu semua dalam al-Quran..

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.” (al-Baqarah : 30)

Bermakna, manusia itu memang diciptakan untuk mentadbir bumi.. hidup atas muka bumi.. menjalankan perintah Allah di atas bumi.. Jadi, tak timbul persoalan, kalau Iblis enggan sujud, manusia akan berada di syurga dsb.. Peristiwa keengganan Iblis untuk sujud (sujud di sini bukanlah bermaksud mcm kita sujud dlm solat tu.. maksudnya adalah memberikan penghormatan dengan cara tertentu) kepada Adam ini adalah asbab saja.. sama ada Iblis sujud atau tak sujud, Adam a.s. dan pasangannya Hawa akan tetap dihantar ke bumi untuk menjadi khalifah.

Jika benarlah manusia itu memang diciptakan untuk duduk dalam syurga, nescaya tiada larangan dan sekatan untuk melakukan sesuatu.. sbb syurga itu adalah tempat yg bebas.. nak makan sebanyak2nya, nak minum sebanyak2nya, nak bergembira dengan bidadari yang sangat ramai (sedangkan Adam a.s. cuma diberikan pasangannya, Hawa)..

Dan kami berfirman: “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim”.” (al-Baqarah : 35)

Ini menunjukkan bahawa Adam a.s. itu memang tinggal sementara saja di syurga.. kerana tempat manusia itu adalah di dunia.. sebelum disaring siapa yg layak untuk masuk ke syurga, dan siapa yg akan masuk neraka, berdasarkan iman dan amal masing2.

Jadi, tak perlulah kita memikir terlalu jauh. Sebab pengakhiran kita nanti, akan ditentukan oleh iman dan amal kita sendiri.. Walaupun wanita itu bisa menjadi pemangkin kebangkitan dan kejatuhan lelaki, namun semua itu bergantung atas usaha dan ikhtiar sang lelaki juga. Kalau kuat imannya, maka takkan tergoda dengan hasutan sesiapa. 😉

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Comments

Add a Comment
    1. Terima kasih Bro Kamal.. apa juga pendapat, sepatutnya diasaskan dengan dalil… apatah lagi bila melibatkan isu2 agama 😉

        1. kalau bidadari pun dah cantik, isteri kita kat syurga nanti lagi berkali ganda cantiknya daripada bidadari.. sbb isteri akan menjadi ketua bidadari.. lagi seksi.. dan tuutttt… Ustaz Love tak dapat teruskannya memandangkan kepada status blog Ustaz Love yg sesuai untuk semua peringkat umur.. kihkih 😀

  1. salam ustaz,
    semua makhluk terikat dengan af’al Allah kan ustaz? sifat makhluk tak akan lengkap tanpa sifat Allah kan ustaz? semuanya tertakluk kepada kekuasaan Allah kan ustaz? jadi apa saja yg berlaku keatas makluknya adalah dgn kehendakNya kan? Ntah betul ke tidak saya ni. So, nak tanya (kalau UAI marah dah ni…nak tanya…tanya terus je..heheheeh), adakah apa yg terjadi kepada iblis juga adalah dengan takdir Allah?
    Mohon penjelasan ustaz.
    Terima kasih.

  2. Betul tu. Kita tak boleh fikir sejauh2nya krn fikiran manusia terbatas. Sedangkan Allah Maha Tahu dr awal hingga akhir masa dan tempat Dia cipta. Walaupun kalau iblis sujud sekalipun, mungkin akan jadi perkara lain pula yg tak diduga. Itu semua dlm pengetahuan Allah dan kita sebagai manusia tidak boleh nak meramalkan sejauh itu takut2 kita sesat spt org kafir yg suka buat andaian mcm2 dgn teori karut-marut. Na’uzubillahiminzalik. Cukup kita ada Al-Qur’an utk kita kaji apa yg Allah S.W.T bagitahu kpd kita utk dijadikan panduan sepanjang hayat kita. Wallahua’lam.
    Ummar Farouk recently posted..Di Mana Allah Berada? Bagaimana Kita Hendak Tentukan?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme