I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Ikutilah Jalan Orang Yang Berjaya

Salam…

Alhamdulillah.. Ustaz Love dah semakin nak pulih daripada sindrom kemalasan yang melanda diri sejak beberapa hari yang lalu.. Terima kasih kepada rakan2 blogger yang sudi memberikan cadangan, nasihat dan maklumbalas. Walaupun belum pulih sepenuhnya, namun Ustaz Love sendiri kena berusaha.. Segalanya bermula dengan usaha sendiri, dan diiringi oleh doa..

Kali ni, Ustaz Love nak cerita sikit pasal satu perkara.. Ada Ustaz Love jadikan salah satu tajuk iklan di atas.. Iaitu bagaimana cara nak berjaya dengan kaedah mengikut orang2 yang telah berjaya..

Untuk berjaya dalam apa jua perkara, bukanlah sesuatu perkara yg mudah.. sbb kejayaan itu bukan kita sendiri yg tentukan.. sebaliknya, kita cuma mampu berusaha.. Kalau tak berjaya, usaha lagi.. gagal lagi, usaha lagi.. gagal lagi, usaha lagi.. sampai la kita dah tiada lagi (atas dunia ini).

Ustaz Love sangat tertarik membaca kisah2 kejayaan mereka2 yang telah menempa nama ketika ini.. seperti Mark Zuckerberg (pengasas Facebook) yang suatu ketika dulu, terpaksa meminjam duit daripada member sebab nak sewa hosting.. akhirnya, Facebook sekarang ni dah bernilai berbillion dollar (ke baru ratus juta dollar?)..

Begitu juga dengan Tan Sri Mokhtar al-Bukhary.. bermula dengan menjual daging.. akhirnya mempunyai kekayaan yang bernilai billion ringgit..

Sama halnya dengan Mydin.. bermula dengan mengayuh basikal ulang-alik ke Singapura untuk ambil stok barang.. skrg ni dah menguasai empayar perniagaan runcit di Malaysia..

Itu baru kejayaan mereka.. tetapi di sebalik kejayaan mereka, kita sendiri tak tahu, berapa banyak kali mereka telah jatuh.. dan bangun balik.. jatuh balik.. bangun balik.. baru la berjaya macam sekarang..

Sebab itu pujangga ada mengatakan, seorang yang berjaya itu bukanlah seorang yang tak pernah gagal, sebaliknya seorang yang berjaya itu adalah seorang yang bangun kembali setelah kegagalannya..

Namun, kaedah pintas untuk berjaya itu tetap ada.. sama juga macam jalan raya.. terpulang pada kita nak ikut highway ke, atau nak ikut jalan lama yang jauh jarak perjalanannya.. kalau nak ikut highway, kena keluarkan sedikit modal untuk bayar tol.. kalau nak ikut jalan lama, perlukan sedikit kesabaran dan minyak yang mencukupi dalam perjalanan.

Jika kita mengikuti jalan yg dilalui oleh orang yg berjaya, insyaAllah, walaupun tak sampai ke tahap kejayaan orang yg kita ikuti itu, namun kita akan tetap sampai ke destinasinya.. iaitu destinasi kejayaan. Tanpa perlu menempuhi kesusahan yg agak rumit disebabkan kita tak mengetahui akan rintangan yg berada di hadapan.

Kalau kita nak ikut cara sendiri pun takde masalah.. cuma ditakuti kita sibuk dengan proses trial and error, usia kita habis di situ saja.. sedangkan perjalanan pun belum bermula..

Begitulah juga situasinya bila kita beramal dengan agama ini.. ikutilah perjalanan yg telah dilalui oleh para Nabi dan sahabat Baginda.. kerana mereka2 ini adalah orang yang telah diiktiraf kejayaan mereka di dunia dan di akhirat.. Ikutilah saja sunnah dan jalan yg mereka lalui.. insyaAllah, kita juga akan selamat sampai ke tempat yang nak ditujui (syurga).

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Comments

Add a Comment
    1. tepat sekali.. kerana Rasulullah s.a.w. dan para sahabat bukan setakat menunjukkan cara mencapai akhirat, bahkan cara mencapai kejayaan dunia juga.. πŸ˜‰

  1. betul ustaz, kadang2 cemburu lihat kejayaan orang, yatie ni jenis yang, bukan tak percaya diri, tapi kurang keyakinan…tapi InsyaAllah, akan selalu musabah diri, minta2 ada keberanian Amin

  2. Assalammualaikum… ustaz..

    Entry kali ni santai tp berisi hehhe…. Insya Allah kita akan ikut mereka2 yg telah berjaya di dunia dan akhirat seprti Para nabi kita dan juga para sahbat2. baginda … Kita kena yakin yang kita akn berjaya stu hari nnt Insya Allah Mohon Allah permudahknanya Amin … Syukran Jazilan Ya ustaz atas pengkongsian ini… πŸ™‚

    1. benar.. sbb agama ini adalah dengan mengikut (ittiba’).. maka ikutlah Nabi s.a.w. dan para sahabat πŸ˜‰

  3. Insya’Allah..jalan para Nabi dan sahabat Baginda adalah sebaik2 jalan untuk semua umat manusia.

    Tapi kan ustaz..kat dunia ni dlm usaha mencari rezeki, cari kejayaan, dan kebahagiaan ni, kadang2 boleh buat kita putus asa gak kalau asyik gagal n tak jadi..huhu.
    itula lemahnya..

    1. sebab itu kita kena selalu baca kisah2 orang yg berjaya.. supaya menjadi motivasi buat diri kita.. sbb kalau kita asyik gagal je, percayalah, mereka2 yg telah berjaya itu mungkin berpuluh kali ganda lagi kegagalan mereka hadapi berbanding kita.. hingga akhirnya mereka berjaya juga..

      berapa ribu biji mentol yg telah pecah sebelum Thomas Alva Edison berjaya menciptanya.. berapa ratus syarikat yg menolak proposal Col. Sanders untuk mengkomersialkan rempah KFC, sebelum ia berjaya dipasarkan di seluruh dunia.. πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme