I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Gambar Anda Bukan Milik Anda Lagi

Salam…

Bukan lagi kejutan bila mana barang milik peribadi kita dicuri dan digunakan macam barang sendiri.. sama juga dengan situasi gambar.. sangat memainkan peranan waktu proses peminangan orang dulu2.. tengok kat gambar je.. sbb yg uruskan proses merisik tu adalah ahli keluarga.. yg lelaki tu tak ikut sekali sbb takut dikatakan gelojoh.. walaupun hakikatnya, lelaki itu yg patut datang tengok bakal isteri.. sbb yg nak kahwin tu adalah beliau, bukan mak ayah beliau..

Begitu juga dalam bab2 yg agak mistik.. seperti ilmu sihir, pengasih, tuju2 dsb.. dilakukan juga dengan perantaraan gambar.. cucuk je kat gambar, tuan punya gambar akan terasa kesakitan.. walaupun sebenarnya, tuan gambar tu tak duduk pun dalam gambar tersebut.. inilah permainan jin dan syaitan.. tetapi sebenarnya, ada yg lebih teruk daripada permainan jin ini..

KUALA LUMPUR: Seorang wanita bukan saja menjadi mangsa penyalahgunaan gambar profil yang menawarkan perkhidmatan pelacuran di facebook (FB) malah dia turut diugut individu tidak bertanggungjawab jika membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam, 8 Oktober lalu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lina, 43, sedang melayari laman sembang sosial, facebook sebelum menemui sebuah profil menggunakan gambar diri dan suaminya tanpa kebenaran.

Katanya, pemilik profil berkenaan itu turut memberikan nama baru untuk pasangan berkenaan.

“Saya menerima kejutan yang lebih hebat selepas menemui gambar peribadi yang digunakan sebagai umpan atau promosi perempuan jalang untuk kegiatan pelacuran melalui laman sembang sosial itu,” katanya.

Menurutnya, apabila dia dan suaminya menghantar pesanan ringkas kepada pemilik akaun profil berkenaan untuk mengeluarkan gambar, mereka hanya menerima mesej berbentuk ugutan.

Beliau berkata, pemilik berkenaan mendakwa tidak akan mengeluarkan gambar mangsa dan suaminya sebaliknya akan menyebarkan lagi gambar terbabit secara meluas di facebook.

“Seperti yang didakwa, suspek terbabit membuka akaun facebook baru menggunakan nama lain tetapi menyalahgunakan gambar saya dan suami.

“Malah maklumat peribadi dalam akaun berkenaan menyerupai identiti suami saya, kami bukan saja diaibkan tetapi identiti peribadi kami digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Sumber

Perbuatan ini sebenarnya lebih jahat daripada perbuatan sihir menggunakan jin dan syaitan.. Kalau gambar tu dicuri daripada facebook untuk disihir, maka yg terlibat hanyalah tukang sihir dan yg disihir.. bila dah berubat nanti (dengan izin Allah) akan sembuh..

Tapi, kalau perbuatan penyalahgunaan gambar orang lain ini, kesannya bukan saja terhadap pemilik gambar, bahkan kepada ahli keluarga, sedara mara termasuklah adik beradik dan anak beranak mereka.. Semuanya bakal menanggung malu akibat perbuatan orang lain yang tak bertanggungjawab.

Kadang2, kita tak mampu nak halang perbuatan orang lain.. Tetapi kita boleh mencegah perkara itu daripada berlaku kepada diri kita.. Jadi, mungkin slow2 kita dah boleh keluarkan gambar2 kita daripada facebook.. terutama gambar2 seksi dan tak menutup aurat.. takut2 nanti, ada orang call mintak servis plak nanti..

Itu belum masuk bab super-impose (guna image editor).. kepala orang lain, pasang kat badan orang lain.. elok2 je gambar kepala bertudung, dipasangkan kat badan yg terdedah..

Tapi, Ustaz Love tak kisah sangat pasal super-impose tu.. sbb agak mustahil nak letak muka Ustaz Love yg berjanggut ini di badan wanita.. macam ada yg tak kena je.. kihkih

Apa pun, berhati2lah.. kerana sebaik saja gambar kita terlepas di internet, ia bukan lagi menjadi kepunyaan kita.. kerana orang boleh save gambar tu, dan mengaku itu gambar dia.. Akhirnya, orang lain buang tahi, kita plak yg susah payah nak tolong mencucinya.. 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 Comments

Add a Comment
  1. salam ustaz….

    hmm kalau dl mencuri hanya pada brg2 fizikal shj, skang ni brg2 maya pon ada org curi…. so berhati2 lah…. (ingatan buat diri sendiri jugak) hehehehe

  2. salam ustaz love, ada gak terpikiaq pasai isu godam gambar kat fb nie..

    Dah terbukti ada kes bnyak berlaku kan..

    sy pun jarang nak upload gambar nie, alhamdulillah dikurniakan wajah tak cun gila..hehe

    apa-apa pun peribahasa yanglast tu sempoiiiiii

    hahahha

    1. kadang2 kita tak tahu pandangan orang lain.. kita rasa mcm tak cun, tapi orang lain rasa cun.. kita cuma mampu mengawal tindakan kita, tetapi kita tak mampu nak kawal tindakan orang lain.. jadi, cun tak cun bukan persoalannya.. apa yg penting, kena berhati2.. don’t talk to strangers.. kihkih 😀

  3. setuju! dah terjadi kat saya sbb tu saya dah tak berani nak upload gambar dah. mana yg ada tu slow2 sy delete. jenuh gak baru perasan beratus rupa nya slama ni sy upload tu blm kire yg dlm album member depa tag kite tuh. jenuh gak nak cari tu.

  4. Erk.. Takutnya baca. klw jd kt diri sdiri cmnelah agaknya.. skg ni gmbr dlm simpanan sdiri blhlah dikawal. gambar kita yg dlm simpanan kwn. erkk..

    1. belum tentu lagi.. kalau akaun kena hack ataupun laptop kena curi.. ataupun henset hilang, maka kemungkinan besar gambar2 itu akan disebarkan kepada orang yg tak sepatutnya.. Ustaz Love teringat lagi ada satu masa, Ustaz Love nak format laptop.. Ustaz Love hantar kat kedai cina kat Low Yatt.. sebelum format, dia siap tanya, ada movie lucah tak dalam hard disk? Dia bleh bagi harga kurang.. Ustaz Love tenung lama je kat dia sambil urut2 janggut.. terus dia tak tanya dah..

      Itu bagi yg bersopan santun (sbb bertanya dulu.. kihkih).. bagi yg jenis curi senyap2? sbb itu kena berhati2.. 😉

      1. Ustaz, maksud saya bukan situasi camtu.

        Situasinya klw kita gi kenduri kawen cthnya, adalah gambar kita sekeping 2 yang ada kat kamera kawan. Pernah je ada gambar candid kawan gi tag kat fb. Seb baek dpt mintak dia delete. Hehe..

        1. kalau mcm tu, kita kena kawal gambar kita.. hanya kawan2 tertentu (yg kita percaya) je yg boleh amik.. jangan la asal nak amik gambar je, kita pun nak interframe.. kihkih 😀

  5. Assalammualaikum wbt … Ustaz…

    Ustaz pe khbr bersama kelaurga tersayang….

    Huhuhu satu tajuk dan msg yg harus disebarkan kepada sesipa yg suka2 je masuk kan gmbr dalam FB or blog..tp audra kat FB xada la…tp gmbar anak Buah tersayang je … so kena privacy je ka ustaz… blog plak?… ada satu dua je gmbr so kena baung je la…. Huhuhuhu mmg bahaya kejadian yg mcm ni kan ustaz… Audra ada juga tgur rakan2 kat FB agar gmbr2 merka better jgn letak nnt kena curi plak susah nnt … Mohon Allah kjauhkan Amin… 🙂 …

    1. Waalaikumussalam Audra..

      Kalau ikutkan, memang kita nak tayang gambar anak buah, apatah gambar anak sendiri.. tapi itu juga boleh disalahgunakan.. ada kes orang mengaku itu gambar anaknya, padahal gambar tu milik orang lain.. tapi setakat kes mengaku2 mcm tu je la.. berbeza dengan gambar wanita ni.. mcm2 cara boleh dieksploitasi 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme