I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Berhati-hatilah Wahai Churpers

Salam…

Agak lama rasanya Ustaz Love tak buat entry berkaitan iklan dan pengiklanan ni.. Walaupun iklan kat blog Ustaz Love semakin berkembang biak, tapi rasanya itu bukanlah fokus utama Ustaz Love dalam berblogging ni..

Apabila timbul sesuatu isu, maka Ustaz Love terpaksa juga menyuarakan pendapat.. semoga kalau tak banyak pun, ada la sikit orang akan ambil perhatian. Sebelum ni, antara isu2 yg pernah Ustaz Love bentangkan (dah mcm bentang tesis plak.. kihkih) adalah isu iklan arak, yoga dsb di nuffnang, banner hari krismas di heartbeat dsb.. tak ingat plak.. kalau nak baca, bleh search kat sebelah kanan tu..

Kali ni isunya lebih kurang sama.. tapi melibatkan Churpchurp.. syarikat pengiklanan yg ada kaitan dengan Nuffnang..

Sejak kebelakangan ini, Ustaz Love selalu menerima kempen2 pengiklanan dan perlukan Ustaz Love untuk submit draft sebelum iklan itu diluluskan dan dipaparkan untuk menjana pendapatan (dah rupa ayat skim cepat kaya plak.. kihkih).. Biasanya Ustaz Love baca sepintas lalu saja.. lepas tu terus reka ayat yang akan diiklankan di twitter oleh Churpchurp.. lepas tu submit.. tunggu je duit hasilnya masuk dlm akaun..

Tapi mujurlah kali ni, Ustaz Love sempat meneliti dulu kempen iklan yg ditawarkan.. Mulanya Churpchurp menawarkan kempen Never Say Never To NEVERLAND!.. Walaupun awal2 lagi beliau dah letakkan amaran : “**This is a campaign for a club that serves alcohol and is meant only for non-muslims above 18 years of age** “, namun jika sesiapa yg tak menelitinya, mungkin akan terus submit.. dan hasil pendapatan akan bercampur baur menjadi syubhah. Adalah lebih baik supaya tidak tawarkan terus kempen ni kepada Muslim Churpers, seperti yg dilakukan oleh Nuffnang.. tambahan pula di setting akaun Churpchurp ada fungsi untuk menghalang iklan2 berkaitan arak dan tembakau ini daripada dipaparkan atau ditawarkan.

Kemudian tak sampai sehari, dapat pula tawaran kempen iklanΒ Save your energy to rock with the celebs! yang mana ditaja oleh Guinness.. Akhirnya, Ustaz Love membuat tindakan menghantar satu e-mail bantahan kepada pihak Churpchurp berkenaan perkara ini.

Jadi, Ustaz Love harap agar kita sama2 dapat meneliti apa jua jenis iklan yg ditawarkan.. semoga ia tak melanggar batasan yg ditetapkan syarak..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Comments

Add a Comment
  1. yerr..pernah dapat kempen macam ni dulu.. tapi bila tgk amaran tu tak buat pun.. setakat hari ni, xda lg terima iklan2 mcm tu lepas kejadian sblum ni..

  2. astagfirullah…

    saya baca sepintas lalu je… dua2 iklan tu sy submit n dah publish pun.. sungguh tak perasan… camna nak buat ye ustaz?

    1. mungkin boleh hantar ticket ke churp2 untuk menarik balik iklan tu daripada dipublish.. sementara tu, banyakkan istighfar dan memohon ampun pada Allah.. tak sengaja dan tak tahu, takde masalah πŸ˜‰

  3. macammana nak semak ni ustaz love?
    lady buta kayu sal iklan2 nuffnang ni..
    x pernah alert..
    nak check pun x tahu..

    p/s : ustaz kalau berkesempatan jwb kat blog lady yer.. tkt lady x terbaca jwpn ustaz love berkenaan dgn ini.

    1. gi kat churpchurp.com.. login.. lepas tu klik dashboard.. pastu tengok kat social seeding.. kalau ada kempen yg ditawarkan, maka akan ada kat situ πŸ˜‰

  4. haah… ada task tentang arak.. warning dier macam xkeras je… apapun chrup-chrup nie ke untungan base on PPC pay per click kan… xsilap :p the point sbnrnye… chrup dgn nuff kan “adik beradik” nuff ada sediakan kita untuk pilih ”no” untuk iklan berunsur arak tembakau cuma pihak chrup2 x filter mengikut setting yang kite set pada profil nuff nape ye.. :$ hehe selit kat blog ustaz πŸ˜€

    1. Ustaz Love pun tak tahu kenapa.. mungkin sebab company ni masih baru lagi kot.. e-mail Ustaz Love pun tak berbalas lagi sampai ke hari ni.. kalau nuffnang, laju je dibalas πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme