I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Apabila Orang Berkopiah Mula Berceramah

Salam…

Ustaz Love tertarik nak mengulas suatu isu.. tapi sedaya upaya Ustaz Love cuba untuk tak mendedahkan individu terlibat.. Ustaz Love cuma nak ulas pasal isu yang ditimbulkan saja, dan bukannya siapa yang menimbulkan..

Nampak serius sket entry ni kan? Memang Ustaz Love agak serius.. sbb sedang menulis sambil menahan kentut.. jadi terbayang keseriusan di wajah dan menjangkiti penulisan entry ini.. kihkih

Isunya berkaitan liwat.. antara liwat yang dikenakan hudud, dan liwat yang tak kena hudud..

Kenapa tiba2 Ustaz Love cerita bab liwat ni? Buang tebiat ke apa? Takpe la.. Ustaz Love tak nak ulas panjang tentang isu itu.. boleh google untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Kadang2, bila dah terlalu pandai, kita selalu terlajak sampai mengeluarkan kenyataan2 yg sungguh membodohkan diri kita.. benarlah kata hukama’ (ahli hikmah), apabila seorang alim berkata2, maka akan nampak keilmuannya.. tetapi apabila seorang jahil itu berkata2, maka akan terpancarlah kebodohannya.

Ayat bodoh ni takde sapa pun suka nak dengar.. even orang bodoh sendiri pun tak sanggup mendengar kenyataan yg beliau seorang yg bodoh.. sbb bodoh itu sendiri merupakan kata2 penghinaan.. apatah lagi jika diucapkan kepada seorang yang terpelajar.. memang nak kena debik la gayanya..

Sebab itu, jika kita kurang memahami, atau kekurangan ilmu dalam sesuatu perkara, adalah lebih baik kita diam.. Bukannya menunjuk pandai.. tak kira la dalam bab apa sekalipun.. seorang jurutera, tak semestinya beliau mahir dalam ilmu biologi, walaupun masa jaman sekolah dulu, beliau masuk kelas Sains dan ada belajar biologi. Begitu juga seorang ustaz jurusan bahasa arab, tak semestinya beliau juga mahir dalam bab fiqh (melainkan beliau melanjutkan pelajaran dlm bidang fiqh).

Agak melalut intro yg Ustaz Love tulis ni.. tapi sebenarnya ada falsafah di sebaliknya.. Jangan fikir bila kita dah mula pakai kopiah dan bela janggut, maka kita dah boleh nak membuat tuduhan2 tak berasas terhadap alim ulamak.. bila kita ada software hadis, mudah2 kita menyangka yg kita dah jd ahli hadis.. bila kita belajar satu kitab Dr. Yusuf al-Qardhawi, maka kita melabel pendapat2 lain dlm kitab2 yg lain sebagai tak sahih, meragukan dsb.

Berbalik pada persoalan liwat tadi.. Hukum liwat itu adalah haram, tak kira la sama ada suami meliwat isteri ke, atau lelaki meliwat sesama lelaki.. itu perkara yg jelas (walaupun Ayatollah Khomeini menghalalkan liwat.. ini pandangan syiah yg sesat).

Tetapi, dalam hukum hudud, penafsiran liwat adalah berbeza dgn penafsiran umum.. kerana hanya lelaki yg meliwat lelaki (homoseksual / gay) saja yang dikenakan hukum hudud. Sedangkan suami yg meliwat isterinya, tidak dikenakan hukum hudud.. sebaliknya dikenakan hukum takzir.

Begitu mudah untuk difahami.. tetapi disebabkan nak jadikan ia suatu isu, maka digunakan kaedah sangkaan untuk melakukan pertuduhan.. adalah lebih baik mendapatkan penjelasan dulu sebelum mengeluarkan kenyataan.. apabila kenyataan telah dikeluarkan dan ternyata ianya tidak benar, maka ia jelas menunjukkan kebodohan orang yg mengeluarkan kenyataan itu.

Nasihat Ustaz Love, jika nak mengulas, ulaslah dalam kapasiti kepakaran kita.. ataupun sekurang2nya dapatkan dulu pandangan yg ahli, agar kenyataan yg kita keluarkan itu bertepatan dengan realiti, dan bukannya cakap2 di kedai kopi..

Susah gak bila mengulas secara umum ni.. kalau nak tahu isunya, boleh rujuk di sini.. takut nanti ada plak yg tersilap paham πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Comments

Add a Comment
  1. salam ustaz.
    betol ap yang ustaz taip tu. kih3
    sekarang nie mcm2 fitnah dan hukum cuba dikeluarkan padahal smuanya x tahu btol / tak.
    jadi diam lbh baik dan biarkan yang pakar buat keputusan πŸ™‚

    1. salam cikzsmile..

      kadang2, bukannya isu tak tahu, tapi saja je nak membangkitkan isu.. kiranya kalau dunia artis, isu2 mcm ni dipanggil sebagai kontroversi murahan supaya namanya tak tenggelam dalam ingatan peminat.. kihkih πŸ˜€

  2. hohoh…
    salam ustaz..
    even dah bagi link semuanya..
    takde ke rasa2 nanti org chop ustaz ni haluan bulan?!
    tapi pada aku…
    berbalik pada isi surat topik…
    bila org bodoh berbicara..mgm nmpk kebodohannya.
    mcm2 hal.
    eringat dulu entry lama ustaz,klu solat dgn posisi betul,takdenya dahi tu hitammmmmmmmmm…
    sekian..

    1. salam sidratul muntaha..

      Ustaz Love tak kisah pun dilabelkan bulan ke, bintang ke.. sbb hudud ini bukanlah Tentang Bulan, ataupun Mimpi Moon, sebaliknya ia hukum Allah yg perlu diperjelaskan bila ada yg cuba memesongkan πŸ˜‰

  3. Awal2 lg dah tau sape & mmg diri secara peribadi mengecam kejahilan seorang yg boleh dikatakan agak jahil murokkab bab hudud & jenayah syar’iyyah ni…seronok menghentam org lain dgn konfiden sambil merasakan diri paling cerdik & paling btul & org lain bodoh2 belaka akhirnya memakan diri… Diri si penutur dikecam hebat & dikutuk kaw2…taknak sebut tp rasanya semua maklum sape yg bercakap..

    Usah kerana ada kopiah di kepala diri mengakui sbg seorang yg kuat Islam & pejuang Islam yg paling anti-murtad sambil memaki2 golongan kafir..baca penulisan beliau dlm blog beliau cukup utk memperlihatkan betapa si penulis buan shj jahil, malah bercakap atas dasar nafsu & kejahilan yg melampau semata2 sambil gemar menuduh org itu org ini meliwat sblm yg terlibat benar2 dibuktikan bersalah oleh mahkamah..

    Nasihat sy…bertaubat lah wahai ehem2…jgn jd kuda tunggangan yg hanya diperkudakan demi kepentingan politik sampai sanggup menjual agama demi kepentingan peribadi…buanglah kopiah tu kalau masih nak truskan perangai suka tohmah & fitnah & suka bercakap dgn jahil…

    1. Ustaz Love menghormati usaha beliau dalam isu murtad.. apa pun, manusia memang tak dapat lari daripada melakukan kesilapan.. kita hanya mampu berdoa semoga Allah memelihara diri kita dan mereka daripada kesilapan2 sebegini πŸ˜‰

      1. ustaz ambe nok tanyo.. ambe ado nazar kalu buleh tinggi result exam ambe nok wi dermo ko masjid.. pahtuh result tubik ari tu tgop2 ambe ni buleh la cukup2 make.. tapi ambe nok dermo ni guno duit ptptn.. tak po ko..? kalu buleh bui penerangan etep.. terimo kasih ustaz jiwang.. hehe.. -sorry kalu soalan ambe jauh dgn tajuk diatas-

        1. insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba jawab dalam entry..

          p/s: apsal bleh jadi ustaz jiwang plak? kihkih πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme