I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Antara Takutkan Hantu Dan Takutkan Tuhan

Salam…

Ustaz Love menerima permintaan seorang member untuk mengulas satu isu (keje dok mengulas je.. kihkih) iaitu berkenaan dengan sikap ibu bapa yang suka menakut2kan anak dengan hantu dan momok.. Sehingga anak2 lebih takutkan hantu daripada Tuhan.. dan lebih kenal hantu berbanding Tuhan. Adakah situasi ini boleh menyebabkan akidah anak2 menjadi rosak? Ataupun ibu bapa yang tak berapa kuat akidahnya telah melakukan sesuatu yg bakal merosakkan akidah anak2?

 Persoalan utama di sini adalah, benarkah takutkan hantu itu boleh dibandingkan dengan takutkan Tuhan?

Jika seseorang itu takutkan hantu, biasanya apa yg akan terjadi? Orang yg takutkan hantu dipanggil penakut (mcm Raghava Lawrence).. beliau akan takut nak keluar malam, takut nak tido sorang, takut nak masuk jamban.. dada selalu bergetar2 dan hati selalu berdebar2.. bulu2 akan menegak.. suasana jadi seram sejuk.. begitulah kebiasaan situasi takutkan hantu. Menyebabkan seseorang itu akan diam membatu dan berharap hantu itu akan pergi daripadanya.

Bagi seorang yg takutkan Tuhan, adakah situasinya sama mcm di atas? Sudah tentu tak sama.. sbb orang yang takutkan Tuhan ini, dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran adalah daripada kalangan ulamak.. mereka sangat takutkan Allah dengan cara melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Juga mereka sangat dekat dengan Allah sehingga mencapai tahap wali Allah.

Jika kita lihat pada kedua keadaan ini (takutkan hantu dan takutkan Tuhan), adakah dengan takutkan hantu, maka kita akan melakukan segala suruhan dan meninggalkan larangan hantu itu? Adakah takutkan hantu itu menyebabkan kita rasa nak dekat dengan hantu tu? Adakah kita suka hantu tu dekat2 dengan kita? Dah tentu semua tu tak pernah kita hajati.

Dalam menilai amalan orang2 tua yang suka mengusik anak2 dengan hantu2 ini, kita perlu menilai daripada pro dan kontranya.. Ada kebaikan di sebaliknya, juga ada keburukannya.. Kebaikannya mungkin anak2 akan takut nak keluar rumah disebabkan dah ditanam ideologi ‘takut hantu’ ni sejak kecil (walaupun seumur hidup tak pernah nampak hantu kecuali dalam filem). Jadi, aktiviti malam mereka akan terbatas dan memudahkan tugas ibu bapa untuk mengawal anak2.

Keburukannya juga ada.. jika anak2 itu terlalu penakut, ia boleh menghalang beliau menjalani kehidupan normal sebagai manusia. Nak ke mana2 pun kena berteman, nak keluar ke masjid solat berjemaah pun takut, nak gi solat jenazah lagi la takut.. dan takut kepada semua perkara..

Sebab itu, dalam hal ini balancing tu kena ada.. memang susah jugak kadang2 kita suruh anak tido, tapi dia sibuk nak main.. bila bagitau nak suruh hantu masuk dlm rumah, senang2 je beliau senyap dan terus tido. Dah tentu kita lebih suka menggunakan kaedah yg mudah ini.. terutama bagi mak ayah yg terlalu pemalas nak tidokan anak2 (nak dodoikan ke, bacakan buku cerita ke) kihkih..

Sebenarnya kaedah menakut2kan anak ini dah lama dah berlaku.. zaman Saidina Umar r.anhu jadi khalifah dulu, para ibu selalu menakutkan anak2 dengan menyebut nama Saidina Umar, supaya anak2 takut dan dengar cakap.

Tapi, ia bukanlah dilakukan setiap masa.. asal anak tak nak tido je, takutkan dengan hantu.. asal anak tak dengar cakap je, sebut nama hantu.. akhirnya bila besar, anak plak yang jadi hantu.. suka tengok cerita hantu (yg ni tepat kena atas batang hidung Ustaz Love yg mancung ini).. buat filem2 hantu.. berpakaian hantu (koyak rabak).. berambut hantu (panjang mengerbang) dan segala yg berkaitan dgn yang sewaktu dengannya.

Sepatutnya anak2 ini kena ditanamkan dengan iman.. baca kisah2 para Nabi s.a.w., cerita tentang kebesaran Allah, cerita tentang malaikat, tentang Kitab, tentang hari kiamat, tentang qada’ dan qadar, tentang jin, tentang syaitan, tentang syurga, tentang neraka dsb.. supaya benih iman itu tertanam dalam hati sejak kecil.. bila benih dah ditanam, maka tugas ibu bapa akan menjadi semakin mudah (walaupun akan mengambil sedikit masa, tenaga dan harta) untuk membajanya, menyiramnya, meracun lalang yg tumbuh di sekelilingnya dsb.. InsyaAllah, benih itu sedikit demi sedikit akan tumbuh subur sehingga akarnya menjadi kuat mencengkam ke dalam bumi dan tak rebah walaupun dipukul ribut.. Tapi, kalau benih pun takde, siram tiap2 hari pun takkan ada benda yg tumbuh.. mungkin lalang boleh tumbuh, sebab lalang tak memerlukan biji benih.. cuma perlukan spora (lama tak guna perkataan ni.. kihkih) untuk terbang ditiup angin lalu jatuh ke bumi dan menumbuhkan pepohon lalang.

Tanah kosong jika dibiarkan, akan ditumbuhi lalang (sekalipun takde sapa pun yg tanam lalang tu).. Jika dibiarkan, akan menjadi belukar.. lama2 akan menjadi hutan rimba dan seterusnya menjadi tempat melepak binatang berbisa.. begitulah juga hati manusia.. kalau tak ditanam dengan benih iman, maka hati akan ditumbuhi lalang kejahatan.. bermula dengan kedegilan dan kenakalan (yg kita nampak mcm so shuweett sbb budak kecik yg nakal), dan dibiarkan sehingga akhirnya menjadi kejahatan yg bermaharajalela.. masa tu, nak ubah pun dah susah.

Bagi Ustaz Love, menakut2kan anak dengan hantu ini tidaklah sampai merosakkan akidah (kecuali jika ibu bapa tu sampai mengatakan hantu itu lebih berkuasa daripada Tuhan).. tetapi cara ini adalah cara ekspress.. tahukah anda apa itu ekspress? Iaitu bas ekspress yang mengakibatkan jumlah kematian yg ramai, mee ekspress (segera) yg menyebabkan penyakit kanser dsb.. tiada masalah nak makan megi sekali sekala, asalkan ia tak dijadikan makanan ruji (makan 3x sehari).

Walaupun makan nasik itu lebih mahal (sbb nak kena ada lauk, sayur, kuah dsb), tapi nasik itu lebih menyihatkan berbanding megi.. Jadi, luangkanlah sedikit masa yang berharga itu untuk mendidik anak2 dengan akhirat. Jangan selalu2 guna kaedah ekspres (takutkan dengan hantu) sebab nak cepat dan mudah.. kerana hasilnya nanti akan menyusahkan kita dan keluarga kita sendiri.

Kalau mak ayah pun tak berapa tahu tentang itu, ambil la masa untuk belajar.. sekarang ni dunia dah tanpa sempadan.. bersepah2 ceramah Ustaz Azhar kat youtube.. pilihlah mana2 yg sesuai, sama2 la dengar seisi keluarga sebagai santapan rohani sebelum tido.. insyaAllah, ada kebaikan padanya (jangan mimpi Ustaz Azhar sudah.. kihkih) 😉

WA

Iklan :

Ticketamerica.com has concert sports and theatre seating for the spanish group aventura and bill graham as well as beaver stadium: aventura concerttickets
bill graham civic auditorium tickets
beaver stadium tickets

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

Add a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme