I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Ulasan Ringkas Isu Bangsa Mim

Salam…

Ustaz Love menerima permintaan daripada Aimman the Halia berkenaan dengan suatu isu.. Iaitu berkaitan dengan bangsa Mim yang diceritakan secara agak detail dalam beberapa laman web.. Oleh kerana ianya terlalu panjang (ada 5 siri), jadi Ustaz Love terpaksa mengambil sedikit masa untuk review.

Perlu Ustaz Love ingatkan, bahawa review Ustaz Love ini bukanlah bertujuan untuk memperlecehkan kajian mereka, sebab Ustaz Love sendiri bukanlah ahli sejarah.. cuma Ustaz Love akan memberi pandangan dari sudut agama, adakah ianya boleh diterima.. dan bukannya dari sudut sejarah.. Jadi, di sini awal2 lagi Ustaz Love akan menolak sebarang bentuk hujah yang berpandukan kitab Injil dan Taurat, ataupun kaedah2 melalui mimpi, tafsiran kesufian dan beberapa perkara lain yang bercanggah dengan syariat Islam.

Entry ni agak berat sebenarnya.. Ustaz Love sendiri agak berat untuk buat review ni.. tapi, sebab Ustaz Love dah berjanji, maka Ustaz Love kena laksanakan juga. Jadi, pada entry ini, Ustaz Love akan mengulas secara umum saja.. kerana agak tak berbaloi nak mengulas keseluruhan siri, sedangkan hakikatnya, kajian yg dikatakan kajian itu adalah sebenarnya tanpa asas yang kukuh.

Asas kepada kajian bangsa Mim ini sebenarnya bukan berpaksi pada al-Quran, sebaliknya banyak terpengaruh dengan teori kajian Barat seperti Stephen Oppenheimer.. dan juga mencampur aduk ambilannya daripada Kitab2 yang tidak ada asasnya dalam agama seperti Ramayana dan Mahabhrata (Kitab Agama Hindu), Bible, Taurat dsb.. bahkan kata2 orang tua sufi juga dijadikan asas dalam penulisan.

Jadi, di manakah asasnya untuk mempercayai teori ini? Teori bangsa yang bercampur aduk dengan kaedah kesufian yg tiada asasnya dalam syariat, berkaitan Adam sebelum Adam, kisah dongeng Azazil, kisah dewa-dewi dsb sehinggalah masuk bab bentuk zakar dsb.. semata2 nak membuktikan kewujudan bangsa Mim (dikatakan bangsa Melayu).

Ustaz Love baca teori2 ni sebenarnya pening kepala.. sbb manusia suka berteori mengikut akal masing2.. itu belum masuk lagi bab qiam dalam solat yg membentuk alif lam lam ha (Allah).. semuanya suka memandai sendiri.. rasa macam logik je, terus nak percaya dengan idea sendiri.. dan membuatkan orang lain percaya.. akhirnya, jadi la tok guru ajaran sesat.. masing2 nak ikut logik semata2..

Jadi, Ustaz Love rasa, setakat ni saja la dulu ulasan Ustaz Love berkaitan isu bangsa Mim ni.. kalau ada perkara2 berbangkit, boleh diajukan di sini.. insyaAllah, Ustaz Love akan cuba jawab satu persatu.. itu lebih baik daripada nak mengulas kajian mengarut yang panjang lebar itu. Maaf seandainya jawapan ini tak menepati kehendak soalan..

Apapun, Ustaz Love harap, bagi sesiapa yg terlalu ghairah nak mengkaji asal-usul sesuatu, atau mengkaji tentang teori2 sebegini, janganlah terlalu takjub dengan dapatan hasil sendiri.. kerana asas agama ini bukan dibina atas asal usul bangsa, kaum dsb.. janganlah sampai kita mengkaji perkara2 yg menyebabkan kita semakin jauh daripada petunjuk Allah dan RasulNya.. adalah lebih baik mengaji kitab Allah dan hadis Nabi s.a.w. daripada mengkaji teori2 yg takde asas seperti ini.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Comments

Add a Comment
  1. hurmm tu lah ustaz. jadi keliru. la sobs.. pening kepale.. bace jugak komen2 yang ade tu. jadi fenin nak mam*tut*. Apa2 pun ustaz terima kasih. buat ulasan. Sebenarnye sangat muskil bab ilmu dan betul ke pasal dewa2 tu hurmm ..

    1. sbb tu Nabi s.a.w. melarang untuk mengambil manfaat / faedah daripada kitab2 agama lain.. apa saja yang didatangkan dari kitab mereka, kita tak tolak dan kita tak terima.. kita cuma menerima apa yg dinyatakan dalam al-Quran dan Hadis serta ilmu2 yg tidak bertentangan dengan keduanya.. kalau tak, memang pening.. sampai cakap2 orang tua pun boleh diterima pakai sebagai dalil.. kihkih

    1. rasanya, isu ni isu terpencil.. tak menggugat ketenteraman awam.. jadi, tak perlu bawak ke mana2.. kihkih

        1. bangsa Mim itu dikaitkan dengan bangsa Melayu yg berasal daripada dewa dan akhirnya nanti akan menjadi bani Tamim.. Ta tu untuk Tanah.. Mim tu untuk Melayu.. Tanah Melayu… kihkih

          1. salam….

            Uztaz..saya rasa ini hal serius…boleh memesongkan akidah.kalau saya nak buat report,nak buat report kat siape ye?

          2. salam mohd..

            mungkin boleh dapatkan pandangan daripada cawangan akidah, bahagian penyelidikan JAKIM dulu.. 😉

          3. berasal dari dewa?spnjang bacaan sy xde pulak cite bangsa mim berasal dari dewa..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme