I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Terkenang Kekasih Lama

Salam…

Ustaz Love menerima komen luahan dan pertanyaan daripada yannie :

salam..
ustaz saya nak tanya nie…saya dah lama putus cinta,,saya sering teringat,,managis,,lelaki 2 pon dah ada perempuan lain…saya tak dapat terima…saya tak tahu kenapa saya asik teringat dekat die..ramai orang kata saya terkena jampi dia..malah saya penah pergi berubat secara kampung..pak cik 2 pon cakap benda yang sama,,saya macam tak percaya..adakah ini betul dan macam nama nak menghilangkan nya?

Cinta adalah persoalan hati.. hati ini, sekalipun tak nampak parut, bila terguris, sakitnya akan terasa2 walaupun perkara itu dah lama berlaku. Sedangkan anggota zahir ini, walaupun lukanya sampai ke tua tak hilang (mcm parut eksiden kat muka Ustaz Love ni), tapi rasa kesakitan itu dah lama hilang. Sebab itu, kadang2 adalah lebih baik luka anggota zahir ni.. sbb mudah nak merawatnya.. berbanding luka di hati, kadang2 kita nampak wajahnya macam ceria, tapi di dalam hatinya, tiada siapa yang tahu.

Begitulah juga kesakitannya akibat putus cinta.. Usah ditanya Ustaz Love pernah putus cinta ke tak.. kihkih.. Tapi, memang sakitnya terasa.. Ustaz Love pernah ada seorang member yang mencintai seorang wanita.. sehingga sanggup melakukan perkara2 yang tak logik dek akal.. kalau bercerita pasal wanita tu, sampai sanggup tak tido sampai ke pagi dsb.. tapi jodoh takde.. Memang nampak kekeciwaannya.. Namun, mungkin disebabkan beliau seorang lelaki, maka beliau dapat bertahan dan sekarang ni khabarnya dah beranak pinak dah..

Jadi, persoalan putus cinta yang tak dapat dilupakan ini, bukanlah semata2 disebabkan jampi serapah ke, terkena ubat guna2 ke, apa ke.. tapi ia lebih kepada masalah psikologi. Ustaz Love cadangkan agar saudari bertemu dengan pakar psikiatri untuk menyelesaikan masalah ini. Jangan risau.. bertemu pakar psikiatri bukanlah semata2 untuk orang2 yang mengalami tekanan jiwa saja, sebaliknya mereka2 yang mengalami tekanan kerja, tekanan rumahtangga dsb pun boleh berjumpa dengan pakar psikiatri.. insyaAllah, mereka boleh membantu kita memberikan panduan dan jalan untuk mengatasi masalah tekanan yang kita hadapi, sama ada melalui khidmat nasihat mahupun pengambilan ubat2 tertentu.

Dalam pada masa yang sama, berjumpalah dengan pengamal perubatan Islam untuk melakukan perawatan secara rohani (menggunakan doa dan ayat al-Quran). Mungkin pengamal perubatan Islam itu boleh memberikan doa dan ayat2 tertentu untuk diamalkan bagi menghilangkan perasaan yang menghantui saudari selama ini.

Akhir sekali, Ustaz Love nasihatkan, dekatkanlah diri dengan Allah.. jangan tinggalkan solat fardhu.. banyakkan solat sunat, baca al-Quran, berpuasa, berzikir dan berdoa.. Bila kita dekat dengan Allah, Allah akan memberikan ketenangan kepada kita.. Bila kita jauh daripada Allah, hati tak tenang, hidup tak senang.. fikiran pun akan selalu berserabut.

Ustaz Love doakan semoga Allah memberikan ketenangan kepada saudari dan menyelesaikan masalah saudari ini secepat mungkin.. insyaAllah, amin.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Comments

Add a Comment
  1. kalau kecewa bercinta memang sakitkan, Ustaz…masa bercinta kalau boleh jangan terlalu mengharap WA

    pertanyaan untuk Ustaz hihihi
    parut kat muka berbentuk love ke?
    aaa…cerita tu kawan ustaz punya ke ustaz yang punya

      1. cinta itu dipenuhi dengan harapan.. takde harapan, takde la cinta tu.. jadi, baiklah bercinta lepas kahwin.. terus boleh realisasikan harapan.. tak perlu nak angan2 dah 😉

    1. parut love? dah macam iklan raya plak.. kihkih..

      cerita ni memang cerita member Ustaz Love.. bukan cerita Ustaz Love.. kihkih 😀

    1. bunga yg baru dah tentu tak sama dengan bunga yg lama.. kumbang yg lama juga dah tentu tak sama dengan kumbang yg baru.. masing2 ada kelebihan dan keistimewaan 😉

  2. amiin
    may be tu perasaan lelaki kot, sbb lelaki boleh bahagi 4 kasih syg nya 🙂 kalau perempuan, kasih syg hanya utk sorang lelaki lps jadi isteri lelaki tu kan…
    sekadar berkongsi pengalaman sendiri..
    my ex (kwn istimewa masa zmn uni) pernah pm kat FB (panjang lebar dia tulis…kiranya slps 15 thn dia contact me–dulu dia yg tinggalkan me),dia ckp dlm pmnya tu..dia tak leh lupakan me and sentiasa mengikuti perkembng me kat FB –me reply his pm ckp me dh ada life sendiri, me bahagia and segala yg berlaku adalah in the past and tlg jgn contact me lg..now dia dh tak contact…syukur sbb me takut mr hubby terbaca pm tu and pikir bukan2..

  3. Saya ada satu soalan pada ustaz. Takde kena mengena dengan post ustaz tu. tapi tak tahu nak tanya kat mana.

    Soalan saya:
    Adakah ia di anggap riba jika kita menjual suatu produk itu dan hasil keuntungannya adalah lebih sekali ganda dari kos produk. Contoh : kos pembuatan produk ini adalah RM50. Kita jual dengan harga RM 120. Adakah RM20 itu sudah menjadi riba?

    Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme