I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Tanda Amalan Diterima

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada anonymous :

ustadz, saya ade soalan nak tanye, bagaimane kita nak tau kite punye amalan kite diterima ataupun tidak?

Ustaz Love rasa dah jawab dah pertanyaan ni.. tapi tak jumpa plak nak cari.. mungkin Ustaz Love jawab kat komen.. jadi susah nak trace balik.. Tapi takde masalah.. Jawapan yang berulang2 itu lebih baik.. sbb agama ni pun adalah mengulangi perkara yang sama.. dari zaman Nabi s.a.w. sampailah hari kiamat nanti, solat Zuhur tetap 4 rakaat walaupun kita dah mengulanginya beribu2 kali.. dan bukannya mereka2 benda baru (buat solat Zuhur 5 rakaat sbb terlebih rajin ke dsb).

Setakat pengetahuan Ustaz Love, tiada tanda tertentu yang khusus bagi seseorang sekiranya amal itu telah diterima.. ini kerana, penerimaan amalan ini adalah hak milik mutlak Allah s.w.t.. hatta malaikat yang mencatat amalan baik dan buruk manusia (Raqib dan ‘Atid) pun tak tahu sama ada sesuatu amalan itu diterima ataupun ditolak.. Sbb tugas mereka adalah mencatat.. dan bukannya membuat penilaian amalan..

Ada sebuah hadis sahih riwayat Imam Muslim yang agak panjang berkaitan 3 golongan yang dibawa mengadap Allah iaitu seorang yang mati syahid, seorang alim dan seorang kaya yang dermawan.. ketiga2 mereka ini dicampak masuk ke dalam neraka dalam keadaan mukanya diheret.. semuanya disebabkan mereka ini riak dengan amalan masing2.. berjuang bermati2an supaya dikenang sebagai syuhada’, belajar dan mengajar ilmu supaya orang mengangkatnya sebagai alim dan memujinya, serta menderma harta kerana nak orang kata beliau adalah seorang yang pemurah.

Ada seorang sahabat (Ustaz Love tak ingat.. rasanya ibn Abbas) mengatakan, sekiranya beliau tahu mana satu sujudnya (solatnya) yang diterima Allah, maka ketika itu beliau redha Allah mencabut nyawanya.

Jadi, tak perlulah rasanya kita nak mencari2 tanda sama ada ianya diterima atau tak.. kerana dengan tanda2 ini, bakal menghilangkan rasa untuk berusaha menjadikan sesuatu amalan itu diterima.. Ini kerana, Allah s.w.t. telah menyatakan melalui KalamNya (al-Quran) dan lisan Nabi s.a.w. (hadis), bahawa amalan yang diterima Allah itu adalah amalan yang dilakukan ikhlas semata2 kerana Allah. Bukannya amalan yang dilakukan untuk tujuan riak dan mendapatkan pujian mahupun balasan daripada manusia.

Juga, amalan yang diterima Allah adalah amalan yang bertepatan dengan syariat yang dibawa oleh Nabi s.a.w.. Sebab itu niat kena selari dengan amalan.. kalau niat ikhlas, tapi cara tak betul, maka ianya takkan diterima.. sebagai contoh, niat nak sembelih binatang kerana Allah.. itu dah bagusnya.. tapi yg disembelihnya itu adalah seekor babi, maka cara dan pelaksanaannya itu tak betul.. sekalipun babi itu disembelih kerana Allah, ia tetap tidak boleh diterima sebagai makanan dan perbuatan itu sendiri adalah haram hukumnya.

Jika sembelih kambing, tapi diniatkan sebahagiannya untuk dimakan, dan sebahagiannya untuk jamuan kepada penunggu gua, maka kambing itu juga haram dimakan.. walaupun kaedah pelaksanaannya dah betul (kaedah sembelih, binatang yg halal), tapi niatnya tak betul.. maka kambing yg disembelih itu dianggap sebagai bangkai yg haram dimakan.

Sebab itulah, dalam penentuan sesuatu amalan itu diterima atau tak, maka aspek keikhlasan dan amalan yg bertepatan dengan syariat itu sangat perlu dititikberatkan. Masing2 menilai keikhlasan diri masing2.. kerana manusia takkan mampu untuk menilai perkara batin (contohnya keikhlasan seseorang).. manusia hanya mampu menilai yg zahir saja.. Biarkanlah penilaian tentang niat seseorang itu dinilai oleh Allah s.w.t.. Tanggungjawab kita hanyalah berusaha untuk mendapatkan keikhlasan itu dengan cara istiqamah dalam amalan.

InsyaAllah, apabila kita istiqamah melakukan sesuatu amalan, keikhlasan itu akan datang.. Jangan menilai dulu soal ikhlas ke, hipokrit ke dsb.. buat dulu.. lama2 nanti, ikhlas la.. sbb ikhlas tu bukan milik kita.. ianya pemberian Allah juga.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Comments

Add a Comment
  1. ha a..betul ustaz.. ramai org mempersoalkan tentang ikhlas. kalo nk buat kena ikhlas, selagi x ikhlas xleh buat. hehe..thanks ustaz utk penjelasan.

    yang penting kena yakin, tanam rasa hamba dan pertingkatkan amalan.. mula2 biar amalan itu sedikit tetapi istiqamah. πŸ™‚

    1. manusia menyangka bahawa ikhlas itu milik mereka.. sedangkan mereka sendiri pun tak tahu tahap keikhlasan mereka.. apa yg mampu manusia lakukan adalah berusaha untuk ikhlas dan berdoa semoga Allah mengurniakan keikhlasan kepada kita πŸ˜‰

    1. Ustaz Love dah baca dah entry tu.. insyaAllah jap lagi Ustaz Love cuba jawab dalam entry πŸ˜‰

  2. mekasih atas penjelasan Ustaz, betulkan, semuanya milik Allah, dan kita sebagai umatnya, kena selalu taat dan menjalani ajarannya, InsyaAllah….Amin

    1. nak jaga hati, kena jaga saluran2 yg menuju ke hati itu.. iaitu saluran penglihatan, pendengaran, percakapan dan pemikiran πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme