I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Takde Masa Nak Berubat

Salam..

Ustaz Love menerima komen dan pertanyaan daripada masri latarrang :

assalamu alaikum selamat pagi ustaz. di sini saya pun teringin nak memberitahu sbb. selama2 ni saya berobat nak buag saka saya. tapi tu lah sbb nye saya ni satu hal juga sbb masa yng tak mngcukupi. dan ada kah apa2 ayat yng boleh menguat kan diri kita ini untuk tidak terikut dngan semua 2?

Rasanya dah banyak Ustaz Love menulis tentang kaedah2 merawat saka ni.. ke, takde? Kadang2 Ustaz Love tak cek sangat apa yang ditulis.. main tulis je.. bila baca2 balik, baru tau yg topik tu dah pernah tulis.. tapi tak kisah la kan.. sebab bukan semua pembaca blog Ustaz Love ni sanggup nak korek2 balik entry lama..

Rasanya banyak Ustaz Love suruh berubat dengan pengamal perubatan Islam.. sbb Ustaz Love sendiri bukanlah mu’allij (perawat) walaupun pernah ada pengalaman merawat.. Jadi, Ustaz Love tak dapat nak membantu bab2 amalan tertentu untuk merawat saka ini. Cuma Ustaz Love nak sentuh bab takde masa untuk berubat, atau terlalu sibuk nak meluangkan masa untuk berubat.

Setiap orang diberikan jumlah masa yg sama.. semuanya dapat 24 jam.. tak kira la beliau buruh kasar ke, Perdana Menteri ke, baby ke, orang tua ke.. semuanya dapat jumlah masa yg sama.. takde yg dapat keistimewaan lebihan 1 jam (menjadi 25 jam sehari ke). Jadi, persoalan di sini adalah sejauh mana kita menggunakan masa itu dengan sebaiknya (memanfaatkan masa).

Ada orang yang menghabiskan masa depan komputer, depan TV, tido, bergayut kat telefon dsb.. tau2 dah tua.. maknanya, masa itu tak digunakan dengan sebaiknya.. Ada juga yang habiskan masa dengan bekerja, tau2 anak dah besar.. jadi, kerugian masa disebabkan tak manfaatkan untuk keluarga..

Jika ditanya soal masa, semua orang akan bagitau tak cukup masa.. penganggur pun akan kata tak cukup masa jugak (tak sempat nak nyanyi banyak lagu kat wakaf.. tau2 dah gelap..). Mereka yang menghadapi peperiksaan pun selalu mengadu tak cukup masa nak jawab soalan.. jadi, kebijakan seseorang mengurus masa itulah yg akan menjadikan sama ada masanya itu menjadi manfaat atau mudarat.

Sama situasinya mcm ais batu.. Jika diletakkan di atas jalan, beliau akan mencair.. kalau diletakkan dalam air sirap, maka ia akan memberikan kenikmatan kepada peminumnya.. bergantung situasi mcm mana kita uruskan masa, ia akan memberi kesan baik buruk dalam kehidupan kita.

Persoalan saka ini sama mcm penyakit jasmani juga.. kalau dibiarkan lama2, ia akan semakin melarat.. luka kalau tak diubati, akan menyebabkan luka itu membusuk dan bernanah, berulat (siap bleh ada kepompong rama2 lagi).. dan akhirnya anggota yg luka itu terpaksa dipotong untuk mengelakkan merebak ke anggota lain (walaupun asalnya luka tu kecik je).

Jadi, jangan tunggu lama2.. luangkan masa untuk berubat.. kalau tak dapat siang, pergilah berubat waktu malam.. kalau tak dapat pergi hari kerja, pergilah masa cuti.. kalau takde cuti, mintak la cuti.. jangan biarkan lama2.. sebab makin lama saka itu mendiami tubuh badan seseorang, makin kuat cengkamannya.. dan makin susah nak mengubatinya..

Buat masa ni, jagalah amal fardhu dan sunat.. insyaAllah, dengan menjaga amal, akan lebih membantu proses untuk mengubati seseorang yang menghadapi masalah saka ini.

Carilah masa.. umpama kita nak menggantung gambar kat dinding.. nak cari lobang2 untuk dipacakkan paku (supaya boleh nak gantung gambar), memang susah la nak cari.. caranya adalah, pakukan je dinding sampai berlubang.. insyaAllah, akan melekat la paku itu dalam lubang yg kita buat sendiri..

Ciptalah ruang kosong itu.. insyaAllah, kita akan menjumpai masa untuk berubat..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Comments

Add a Comment
  1. masa ada ustad tp dia mcm berat hati nak pergi. org rekemen kan dia jumpa ustad ni la ustad tu la ustazah ni la kt darul tu la darul ni la apa yg dia buat dia plak pi rekemen kan kt org lain. diri sendiri tak buat2 lg. dia mcm berat hati tu kire penghalang ke ustad?

    1. lebih kurang begitu la.. kena usaha juga.. kalau tak, memang memerlukan bantuan orang sekeliling untuk tolong.. jadi, kalau ada nampak sedara mara yg jenis mcm ni (sakit, tapi tak nak berubat), maka usahakan la pujuk atau bawak beliau untuk berubat.. atau jemput perawat datang mengubat.. sbb orang yg sakit berkaitan saka ni, kadang2 fikirannya bercelaru.. tak boleh nak memikir dengan baik

  2. hihihi..pndai pulak UL jawab ya….kakjem rasa mcm ada kena mengena ngan “sahabat” lama kakjem tu…..ishishish…kasihannn….

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme