I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Tak Dapat Pahala Jumaat

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Kamarul :

Salam

Tapi kn ustaz, saya ada terbace la dalil ke, hadis ke ape.. Lupe. Bunyi mcm ni…

“Bila khatib dah naik ke mimbar, para maialikat menutup buku catatan kehadiran ke masjid & malaikut turut mendengar khutbah”

Jadi yg dtg selepas khatib dah naik ke mimbar, tetap sah jumaat, cuma pahala jumaat tu tak dapat.

Komen la ustaz

Itu memang hadis sahih riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim..

إذا كان يوم الجمعة قام على كل باب من أبواب المسجد ملائكة يكتبون الناس : الأول فالأول ، فالمهجر إلى الجمعة كالمهدي بدنة ، ثم الذي يليه كالمهدي بقرة ، ثم الذي يليه كالمهدي كبشا ، حتى ذكر الدجاجة والبيضة ، فإذا جلس الإمام طويت الصحف واستمعوا الخطبة

Apabila tiba hari Jumaat maka di setiap pintu masjid akan ada malaikat yang mencatat (pahala kedatangan solat Jumaat), yang awal akan mendapat pahala yang berganda, apabila Imam telah duduk (atas minbar) mereka menutup buku catatan dan mendengar khutbah; dan perumpamaan mereka yang paling awal datang seperti dia menghadiahkan (menyembelih) seekor unta, yang datang kemudian dari itu seumpama dia menghadiahkan lembu, yang kemudian dari itu seumpama dia menghadiahkan bebiri, yang datang kemudian dari itu seumpama mengahadiahkan ayam, dan yang datang terkemudian lagi seumpama menghadiahkan telur. Maka apabila Imam telah duduk (atas minbar) ditutup buku catitan dan mereka (Malaikat) mendengar khutbah”

Persoalan dapat tak dapat pahala Jumaat itu, Ustaz Love tak dapat nak nyatakan dengan pasti. Yang pastinya, solat Jumaat itu sah dari sudut fiqhnya sekalipun tak sempat nak dengar keseluruhan khutbah.

Jika seseorang itu sampai ketika imam sudah memulakan solat tetapi belum bangun daripada rukuk rakaat pertama, dan beliau sempat rukuk bersama imam, maka dia dikira mendapat rakaat tersebut.. dan tidak perlu menambah apa2 rakaat.

Jika seseorang itu sampai ketika rakaat ke 2, dan sempat rukuk bersama imam, maka dia mendapat 1 rakaat.. bila imam dah beri salam, beliau kena bangun dan tambah 1 rakaat.

Jika tak sempat rukuk bersama imam pada rakaat ke 2, maka beliau kena berniat solat Zohor dan selepas imam memberi salam, beliau kena bangun melakukan solat 4 rakaat (solat Zohor).

Kalau beliau menggantikan rakaat yg kurang, maka tak perlu la nak baca kuat2.. dah la datang solat lambat, perasan plak jadi imam baca kuat2.. kihkih

Secara asasnya, jika seseorang itu tak mendengar khutbah, maka sudah tentulah pahalanya berkurangan.. kerana ibadah Jumaat itu terdiri daripada khutbah Jumaat dan solat Jumaat. Jadi, kalau sempat solat Jumaat bersama Imam, insyaAllah dapatlah sebahagian pahala Jumaat itu.. tetapi tak dapat la pahala khutbah Jumaat.. kalau sempat dengar sikit, maka dapatlah pahala sikit.

Malah, dengan niat pun sebenarnya dah menghasilkan pahala (niat nak datang awal ke masjid dengar khutbah, tapi tersangkut dalam jem dsb), maka pahala itu sebenarnya dah dapat disebabkan ada niat (tetapi niat je tak cukup untuk melepaskan kewajipan solat Jumaat kalau sekadar niat nak gi masjid, tapi tak pergi). Sbb itu dalam bab ni, hanya Allah saja yg akan menentukan ganjaran.. Malaikat tolong catit kedatangan saja.. sapa yg datang awal, sapa yg datang no 2.. sapa yg no 3.. tetapi yg akan memberi ganjaran pahala itu nanti hanyalah Allah s.w.t.

Mcm punch card juga.. bezanya, kalau punch card warna hitam, sama je.. tak kira la dia datang awal sejam ke, datang lagi seminit nak habis waktu punch awal ke (warna merah).. dikira datang awal.. sedangkan, dalam punch card solat Jumaat, yg paling awal akan dapat ganjaran yg paling besar daripada Allah (diumpamakan dengan hadiah unta, lembu, kambing, ayam dan telur). Yg cuma sama mungkin dari sudut warna merahnya.. iaitu sape yg datang lepas waktu punch awal, maka punch kad dia akan merah (dikira lambat).. tak kira la lewat seminit ke, lewat sejam ke..

Jadi, untuk menentukan dapat atau tak dapat pahala Jumaat, bukan kerja kita. Kerja kita adalah pergi solat Jumaat.. tak kira la masih awal lagi ke, dah terlalu lewat ke.. janji pergi.. insyaAllah, setiap usaha ke arah kebaikan dan amal ibadah, pasti akan diberi ganjaran oleh Allah s.w.t.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

Add a Comment
  1. wahh…. msk jugak entry soalan sy ni hehe. Tq ustaz. Nantikan soalan sy seterusnya. Tgh mengarang lg :p

    1. insyaAllah.. Ustaz Love akan cuba jawab semua pertanyaan sekadar termampu.. kalau panjang, Ustaz Love jawab dalam entry.. ada juga yg Ustaz Love jawab kat komen je 😉

  2. salam ustaz ada satu soklan…
    jika jemaah2 yg solat meletakkan kenderaan mereka di tempat yang salah sehingga menyusahkan dan menimbulkan kemarahan pengguna jalan yang lain (yang bukan solat bersama) ape hukum yer…

    1. salam kim..

      jika dilakukan dengan sengaja, maka haram hukumnya.. sbb dikira menyakiti atau mengganggu orang lain..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme