I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Saka Harimau

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan mistik daripada wan :

dan saya nk minta ustaz comment tentang entry mistik saya. dan ustaz, minta jelaskan tentang saka. adakah betul saka harimau ini dijamu juga dengan menggunakan ayat al-quran dan dipanggil pun dgn ayat al-quran? minta tlg sgt ustaz jelaskan kerana ada beberapa isu penting yg harus dirungkaikan oleh saya selaku seseorang yg dianggap mewarisi saka.

dan bgmn mahu memperbetulkan pdgn org tua saya bahawasanya harimau ni adalah saka bukannya harimau sbnr. kerana sgt tidak logik harimau betul boleh hidup beratus tahun dan diwarisi turun temurun. malah saya sendiri pernah melihat harimau ini setelah membaca ayat AL QURAN yg diberikan oleh ibu saya katanya untuk perlindungan diri.

Ustaz Love ingin minta maaf sbb tak meletakkan apa2 backlink dan juga tak dapat untuk menjawabnya melalui e-mail sebab Ustaz Love rasa, ada sesuatu yang dapat dikongsikan. Bukanlah Ustaz Love nak berkongsi cara2 nak mendapatkan saka harimau, ataupun cara2 nak hari2 mau, cuma Ustaz Love cuba nak jelaskan (setakat pengetahuan dan pemahaman Ustaz Love) situasi2 tersirat yang terkandung dalam isu saka harimau ni.

Sebelum tu, bagi sesiapa yg baru kali pertama atau baru lagi mengikuti penulisan Ustaz Love di blog ni, Ustaz Love sebenarnya pernah buat entry bersiri tentang saka ni.. boleh tengok kat sini :

http://ustazlove.com/blog/category/saka/

Berkenaan saka harimau ini, Ustaz Love sebenarnya tak berapa tahu sangat.. sebab Ustaz Love sendiri tak pernah membelanya.. kalau sangkar kucing tu, ada la kat rumah. Dan Ustaz Love juga bukanlah pengamal perubatan Islam (walaupun pernah menjadi ghost buster suatu ketika dulu) mahupun seorang bomoh, dukun, pawang dsb. Pengetahuan Ustaz Love adalah berdasarkan pengalaman dan pengamatan.

Dakwaan saka harimau ni makan ayat al-Quran merupakan satu bentuk khurafat terhadap Kalam Allah (al-Quran). Al-Quran adalah makanan rohani manusia.. sedangkan secara jasmaninya, manusia memerlukan makanan asasi seperti nasik, ayam, daging, susu, kicap, budu dsb.. membaca al-Quran tak menjadikan manusia kenyang.. itu sudah sunnatullah.. melainkan dengan izin Allah, berlaku perkara2 di luar kebiasaan, maka yg itu bukanlah fokus perbincangan sekarang.

Sedangkan al-Quran yang diturunkan khusus untuk manusia pun tidak menjadi makanan asasi manusia, apatah lagi jin dan haiwan. Jin2 Islam makanannya adalah tulang2 yg haiwan itu disembelih mengikut syariat.. sedangkan jin2 kafir, makanannya adalah asap, sesuai dengan kejadian jin yg diciptakan daripada api.. berbeza dengan manusia yg berasal daripada tanah, maka makanannya juga adalah daripada tanah (tumbuh2an, haiwan dsb).

Jadi, bagi Ustaz Love, amalan membaca ayat2 tertentu yg diyakini sebagai makanan saka harimau, merupakan satu perbuatan khurafat.. walaupun ianya nampak mcm Islamik (sbb baca ayat2 al-Quran), namun ianya adalah perbuatan bid’ah (rekaan) dan khurafat yg boleh merosakkan akidah.. dan memang itu tujuan syaitan pun..

Syaitan takkan suruh umat Islam bakar al-Quran ke, berak atas al-Quran ke, sbb benda tu memang jelas dilarang.. tapi syaitan perlahan2 akan gunakan unsur2 agama untuk menyesatkan orang dalam beragama.. iaitu melalui perbuatan bid’ah ini.. orang nampak mcm baik, tapi hakikatnya telah merosakkan akidah.

Baca ayat2 tertentu untuk kebal, untuk jadi ayat pengasih, untuk jadi kuat dsb.. ini merupakan cara syaitan menyesatkan manusia.. kadang2 kita tertanya, kalau tak betul amalan tersebut, kenapa ia ‘menjadi’? Baca ayat tertentu, orang tetak dengan pisau pun tak lut dsb.. Maka, jawapan Ustaz Love, di sinilah terletaknya kepentingan niat. Jika niat baca al-Quran untuk kebaikan (pahala) insyaAllah, akan dapat pahala (yg mana kita tak nampak di dunia ini). Jika niat bacaan itu untuk mendapat sesuatu daripada dunia (nak cantik, nak kuat dsb), jika diizinkan Allah, ianya boleh berlaku.. ini yg dinamakan istidraj.. dikabulkan niat itu dengan tujuan untuk menyesatkan lagi mereka2 ini. Allah itu adalah atas sangkaan hambanya..

Begitulah juga amalan bacaan ayat tertentu daripada al-Quran dengan tujuan menjadi makanan saka harimau (jin) ini, maka ianya termasuk dalam perkara khurafat dan perbuatan bid’ah yg melibatkan ayat suci al-Quran.

Nasihat Ustaz Love, berhentilah melakukan amalan membaca ayat2 tertentu yg memunculkan saka harimau itu.. mudah saja nak bagitau orang tua tentang harimau yg saka ini.. jika benarlah itu harimau yg sebenar (bukan jin) dah lama kita kena ngap.. dan harimau juga berbau hamis kerana tak mandi mcm kita. Dan reka la apa2 pun idea yg menunjukkan harimau betul adalah berbeza dengan harimau saka (jin).

Harimau juga adalah makhluk Allah yg pendek umurnya.. dan tak boleh diwarisi.. sbb harimau bukanlah haiwan peliharaan.. kalau bela kucing, memang takde masalah nak diwariskan.. cuma, kucing yg pernah bertuan, biasanya susah nak menerima tuan yg baru.. sbb dah menumpahkan kasih sayang tak berbelah bagi kepada tuan pertamanya.

Jadi, nasihat Ustaz Love, berjumpalah dengan mereka2 yg pandai dalam bab ni (pengamal perubatan Islam) supaya benda buruk (saka) ini tidak terus diwariskan kepada anak cucu.. Buanglah amalan2 khurafat dan kembalilah kepada ajaran Islam yg sebenarnya.. insyaAllah, hati akan tenang, jiwa akan senang.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 Comments

Add a Comment
  1. ust,
    kalo amalan mandi bunga utk permudahkan urusan jodoh mcm mane pulak…mohon ust beri penjelasan jika ade kelapangan..terima kasih

  2. salam eid 1432 ustaz.
    ari baru jer borak2 dengan adik psl saka – saka ni.
    totally insane la sebab percaya selain dari Allah…
    dah jatuh syirikkan?!
    same goes to ygmain nombor ekor,jumpa bomoh,tilik nasib.
    just to pounder la ustaz,org2 sebegini..
    amal ibadatnya mcmana yer?!
    sebab dah jatuh syirik tu…
    then takkan la dah taubat pastu buat balik,buat balik,pastu taubat?!
    Allah Maha Mengetahui semuanya.

    1. Salam sidratul muntaha..

      Isu syirik ni sebenarnya isu yg sangat besar.. insyaAllah, nanti Ustaz Love buatkan entry pasal ni..

  3. mcm2 mistik dlm masyarakat…tapi kalau kat negeri me (kelantan), memang bomoh ni sgt common utk ubat apa2 penyakit—wpun ada jugak bomoh yg mcm tipu…

    1. masyarakat dulu2, memang suka gi bomoh ni.. sbb mudah, takyah nak protokol2.. lagipun bayaran ikut ikhlas nak bagi berapa.. amalan ni terbawak2 sampai skrg walaupun ada klinik kerajaan yg cuma kena bayar RM1 je.. tapi menunggunya sampai 3 jam la πŸ˜‰

  4. salam.
    Ustaz, saya nak tanyer..amalan ayat pengasih tue salah ker? sebab saye ade amalkan surah yusuf ayat-4 dan doa pengasih untuk dekat pada org yg tersayang. Lagipun doa itu diperolehi dari buku pengamal perubatan islam.boleh
    tolong jelaskan boleh tak?takut2 kalo saye berdosa- sedangkan niat saye supaya Allah makbulkan doa saye melalui doa2 itu…

    1. salam zus..

      Ustaz Love nak cerita salah ke betul, tak boleh nak cerita pendek2.. takut nanti silap faham.. insyaAllah, nanti Ustaz Love buatkan entry πŸ˜‰

  5. setahu kakjem org kerinci ni mmg terkenal dgn saka harimaunya…..tapi bapa kakjem org kerinci x de pula tanda2 ada saka harimau,tapi umurnya panjang smpai skrg dh 98 tahun….

    1. kerinchi / kelinchi tu bukan ke maksudnya harimau dalam bahasa Jawa? Ustaz Love tak berapa tahu sangat.. tapi soal umur ni, memang takde kaitan dengan saka.. Allah dah tentukan sejak azali lagi πŸ˜‰

      1. setahu kakjem kelinci tu arnab….x tau lah pulak klau ada bhs jowonyo kata harimau…..tapi rasanya bukan kot ..sbbnya ipar kakjem pun ada org jawa totok gak…

        1. haaa.. betul la tu.. Ustaz Love baru teringat.. ada satu sinetron sebut arnab tu kelinci.. hehe πŸ˜€

          1. Salam Ustaz..
            saya ni xtau nk cerite mcm mana..sy baru je terjaga dari tido..baru je lelapkan mata, tiba2 sy rasa mcm ade sesuatu dtg serang dalam bentuk mimpi..seperti cahaya putih..dlm mimpi tersebut sy baca ayat kursi sehingga apabila saya sedar, saya masih menyambung ayat kursi dalam mimpi td.kesanya nerasa lenguh dan xdpt nk sambung tidur… adakah sekadar mimpi atau ianye terdapat maksud yang tersirat…

          2. Salam saifull..

            Kebiasaannya, tanda2 mcm tu menunjukkan adanya gangguan jin.. umpama mimpi dalam mimpi.. jadi, selepas ni amalkan sebelum tido, baca 3 Qul dan tiup pada tapak tangan, kemudian sapukan ke seluruh tubuhn badan.. juga bacalah ayat al-Kursi sebelum tido.. semoga Allah memelihara kita daripada gangguan makhluk2 yg berniat jahat πŸ˜‰

          3. terima kasih ustaz..
            alhamdulillah selepas sy membaca ayat Al Kursi dan 3 kul, barulah sy dpt lelapkan mata..keluarga sy juga pernah terkena gangguan jin ini..
            Ustaz..mcm mn pula dengan mimpi yang memberi alamat..sy pernah mimpi mengalami eksiden..pd hari yang sama itu juga saya eksiden betul2 seperti dalam mimpi tu..huhu..

          4. alhamdulillah.. kalau boleh, amalkan juga doa2 al-ma’thuraat dan manzil.. iaitu himpunan ayat2 amalan seharian. boleh cari di kedai2 buku agama.. insyaAllah, dengan amal, kita akan mendekatkan diri dengan Allah.. bila dekat dengan Allah, syaitan pun susah nak masuk jarum..

            bab mimpi tu, Ustaz Love sendiri tak dapat nak pastikan.. kerana mimpi ini ada kalanya benar, tapi kebanyakannya cuma permainan syaitan. Pada pandangan Ustaz Love, ia cuma kebetulan, pagi tu mimpi eksiden, petang tu plak eksiden. Jangan terlalu fokus sangat pada mimpi.. serahkan saja pada Allah.. sebab semuanya berlaku dengan izin Allah πŸ˜‰

          5. btul laa tu.. kelinci tu arnab.. sbb ada tgk sinetron aritu, hikk..
            *ntah apa laa jenis saka sy ada ni.. yg pasti x saka rimau.. rasa2 cmtu laa πŸ™‚

          6. aikk.. peminat sinetron gak ke? kihkih..

            itu, kalau bukan saka harimau, mungkin saka hari2mau tu.. πŸ˜€

  6. assalamu alaikum selamat pagi ustaz. di sini saya pun teringin nak memberitahu sbb. selama2 ni saya berobat nak buag saka saya. tapi tu lah sbb nye saya ni satu hal juga sbb masa yng tak mngcukupi. dan ada kah apa2 ayat yng boleh menguat kan diri kita ini untuk tidak terikut dngan semua 2?

    1. waalaikumussalam..

      persoalan ni, ada baiknya Ustaz Love jelaskan dalam entry.. insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba jawabkan πŸ˜‰

  7. keturunan saya ada mempunyai saka.orang tua saya masih berpegang reguh pada amalan menjaga saka yang diwarisi.semua keluarga menurut.tetapi saya menentangnya.bagi saya saka ini usah dimanja dan diada-adakan permintaan mau pun kehendaknya.lama kelamaan ia akan terbiasa dan mengada-ngada.setiap tahun ibu akan menjamu benda itu makan sekeluarga.pulut kuning dan telur.kebiasaannya kalau tak dibuat keluarga saya akan berpecah,huru hara,berkelahi….setakat ini saya tak nampak lagi keburukannya.cuma kalau tidak dijamu saja dia akan mengharuk.kelebihannya,bila ada orang yang berniat jahat keatas keluarga kami niat atau perbuatan itu tak kesampaian.contoh,kalau seseorang yang ingin menghantar tuju2,sihir dan sebagainya tidak berjaya.setiap ahli keluarga ada keistimewaan masing-masing.macam saya,saya dapat rasa niat orang itu baik atau tidak.kalau orang itu ada memakai susuk,pemanis,penunduk ke,saya dapat rasa.dalam keluarga lak kalau kami bersembahyang…sembahyangnya khusuk sangat.sampai rasa aman tenteram.dan kami kenal apa yang dimaksudkan dengan aman dan tenteram.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme