I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Orang Miskin Wajib Zakat

Salam…

Ustaz Love menyambung pertanyaan sutera sebelum ni.. sebab ada 2 soalan, jadi Ustaz Love bahagi2kan supaya entry tak jadi panjang sangat.

kalau org miskin, tidak berkemampuan, tak pernah solat, tak pernah puasa..mereka pun wajib bayar zakat ka? sbb ada terjadi di persekitaran saya..mereka tak byr zakat dgn alasan mereka org susah..tp menurut pndgn saya, mereka tak susah..mereka yg sengaja menyusahkan diri..mereka mampu bekerja cuma ada sedikit malas berusaha yg saya lihat then mereka tak pernah puasa dan solat apatah lagi soal nk bersedekah…so apa pandangan ustaz?

Kita semua sedia maklum, zakat fitrah difahami juga dengan zakat badan.. zakat kepala ke.. zakat ketiak ke.. tak kira la apa juga namanya, jika ia membawa maksud zakat fitrah, maka wajib la dibayar.. Walaupun seseorang itu termasuk dalam asnaf zakat, beliau wajib juga membayar zakat fitrah sekiranya menepati syarat wajib zakat. Amil pun kena bayar zakat gak, jangan dalam sibuk2 mengutip zakat, sampai terlupa nak bayar zakat sendiri.

Jadi, seorang yg miskin juga wajib bayar zakat fitrah untuk diri dan keluarganya, sekiranya beliau ada duit lebih pada malam raya (daripada maghrib) sampai ke pagi raya (sebelum solat sunat Raya).. mana la tau, malam raya tu tiba2 ada duit jatuh dari langit dan melebihi keperluan untuk mereka anak beranak, maka wajiblah membayar zakat fitrah.

Kadang2 kita tak dapat nak menilai kemampuan seseorang.. ada kemungkinan kita nampak kereta besar, rumah besar, tapi rupa2nya beliau kerja driver dan tolong jaga rumah bos.. Sebab orang Melayu ni, masih ada yg mengamalkan konsep “biar papa asal bergaya”. Nampak mcm kaya, tapi sebenarnya kayap.

Jika benar beliau tak mampu nak bayar zakat, maka tak wajib la membayarnya. Hanya beliau saja yg tahu sama ada beliau betul2 tak mampu, ataupun buat2 tak mampu.

Dalam bab rukun Islam, ianya punya hukum yg tertentu.. Kalau tak solat, tidaklah ianya menyebabkan puasa itu terbatal ke, tak sah ke.. begitu juga kalau tak puasa, tidaklah menggugurkan kewajipan menunaikan zakat fitrah. Tapi, kebiasaannya, kalau solat pun dah tak mampu nak jaga, memang rukun2 yg lain tu susah nak buat. Kalau puasa tapi tak solat, biasanya puasanya itu penuh dengan pelanggaran hawa nafsu.. puasa, tapi tgk cerita lucah la, mengumpat la, ringan2 la.. Sebab tu ramai yg lebih ghairah menghabiskan duit nak menyambut raya, tapi berlengah2 nak menunaikan zakat fitrah sampai kadang2 tak sempat nak bayar.

Istilah orang susah ni kadang2 susah kita nak fahami.. duit berkepuk2 dalam bank pun, bleh kata orang susah lagi.. Kete ada 2 3 bijik, tapi masih lagi turun naik baitulmal nak mohon bantuan. Hanya mereka sendiri yg mengetahui apa maknanya kesusahan mereka itu.. adakah mereka buat2 susah, atau sengaja nak nampak susah ataupun memang betul2 susah.

p/s: Zakat fitrah ni bukannya banyak mana pun.. RM7 sorang.. Kalau kerja kat KFC part-time pun bleh dapat jumlah tu dalam sejam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments

Add a Comment
  1. owhh..macam tu..kiranya wajib bayar jugak la kan kalau orang tu tak solat, tak puasa sekalipun kan..dan kalau ada sedikit rezeki pun, tunaikan zakat tu kan…hmm, susah jugak nak nasihat, kalau dah org tuanya cakap anaknya tu mampu..tak puasa tak solat so tak perlu bayar zakat..terkejut jugak saya bila dgr..

    saya punya alasan kenapa saya rasa mereka perlu tunaikan zakat tu..tapi saya tak nak sebutkan di sini dibimbangi membuka aib individu berkaitan..

    so beliau akan bertanya masalah tu di mahkamah syariah, tapi saya sengaja tanya awal kat ustaz sebab nak tahu pandangan pelbagai pihak..terima kasih ustaz atas penjelasan dan pandangan yg diberi 🙂

    1. Dalam ketiga2 rukun (antara solat, zakat dan puasa), solat itu yg lebih utama dijaga (bukan menafikan rukun2 yg lain).. jadi, nasihatkanlah beliau jaga solat, insyaAllah ibadah2 lain beliau akan jaga.

      p/s: beliau nak tanya apa kat mahkamah syariah? beliau dah kena tangkap sbb tak puasa ke? mungkin maksud beliau, nak tanya kat jabatan agama kot? semoga beliau bertanya kepada yg sepatutnya (pegawai agama jabatan agama) dan bukan yg tak sepatutnya (tukang kebun / makcik cleaner jabatan agama).. 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme