Taksub Dengan Bola Tak Perlu Sampai Macam Ni!!

Kisah Ramadhan Yang Sungguh Menyayat Hati!!

Kenangan World Cup Yang Tak Mungkin Dilupakan!!

Soal Jawab : Menggunakan Ayat Al-Quran Sebagai Ilmu Pengasih

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada zus :

salam.
Ustaz, saya nak tanyer..amalan ayat pengasih tue salah ker? sebab saye ade amalkan surah yusuf ayat-4 dan doa pengasih untuk dekat pada org yg tersayang. Lagipun doa itu diperolehi dari buku pengamal perubatan islam.boleh
tolong jelaskan boleh tak?takut2 kalo saye berdosa- sedangkan niat saye supaya Allah makbulkan doa saye melalui doa2 itu…

Secara asasnya, al-Quran diturunkan kepada umat manusia sebagai manual panduan dalam beragama.. Dan didatangkan bersama dengan Nabi s.a.w. sebagai penunjuk ajar bagaimana nak mengaplikasikan al-Quran.. sebab itu dikatakan Nabi s.a.w. itu adalah al-Quran yang bergerak. Melihat saja pada percakapan, perbuatan dan taqrir Nabi s.a.w. (sunnah Nabi) akan memberi kefahaman kepada manusia tentang tuntutan al-Quran.

Al-Quran juga diturunkan sebagai syifa’ (penawar) bagi manusia.. penawar ini bukan semata2 bagi orang yg sakit rohani, sebaliknya sakit fizikal juga mampu dirawat dengan menggunakan ayat2 al-Quran. Bagi mereka2 yang sakit rohani, jiwa tak tenang, fikiran tak tenteram dsb, maka dengan membaca al-Quran dengan tadabbur (menghayati makna dan maksud yg terkandung dalam ayat yg dibaca) akan memberikan ketenangan jiwa dan menguraikan segala kekusutan minda.

Dan Kami turunkan daripada al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman.” (al-Israa’ : 82)

Sesungguhnya bagi setiap penyakit itu ada ubat. Maka apabila ubat itu serasi dengan penyakit, ia akan sembuh dengan izin Allah ‘Azza Wajalla” (HR. Muslim)

Ada hadis yg menceritakan tentang perubatan menggunakan ayat al-Quran ini..

Al-Fatihah itu adalah penawar semua penyakit kecuali maut” (HR. Ibn Rahwiyah)

Dan Nabi s.a.w. pernah disihir oleh seorang Yahudi. Lalu Baginda diajarkan oleh Jibril a.s. untuk membaca al-Mu’awwizatain (surah al-Falaq dan Surah an-Naas)

Bermakna, al-Quran juga harus digunakan untuk tujuan perubatan. Namun, penggunaan ayat2 al-Quran untuk tujuan pengasih, untuk tujuan kebal, untuk tujuan halimunan (invisible) dsb adalah suatu perkara yg syubhah yang boleh menjurus kepada perkara2 yg haram.

Ini kerana, sekalipun amalan yg dilakukan itu menggunakan ayat al-Quran, namun jika matlamat penggunaannya adalah syubhah / haram, maka haram jugalah perbuatan mengamalkannya. Contohnya, menggunakan ayat al-Quran dengan tujuan supaya orang tertarik nak memandang kecantikan kita, dan ghairah melihat tubuh badan kita, maka ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam yg melarang wanita cuba menarik perhatian lelaki.

Akibat yg mungkin terjadi, sekiranya amalan itu tak memberi kesan (dah berpuluh tahun amalkan ayat pengasih dari al-Quran ini, tapi sorang lelaki pun tak nak pandang.. kucing tengok pun melarikan diri ketakutan), maka keyakinan kita terhadap al-Quran akan semakin pudar.. dan akhirnya, kita akan mula mencari tok bomoh dan dukun serta mengamalkan jampi serapah yg mungkin baru beberapa minit diamalkan, dah nampak kesannya.

Ini menunjukkan jarum syaitan itu telah berjaya ditusukkan ke dalam hati kita.. bila beramal dgn ayat al-Quran dengan tujuan yg salah, maka syaitan akan masuk campur dalam urusan niat kita.. sbb terdapat unsur tak ikhlas kat situ.

Ianya berbeza jika terdapat dalil2 daripada hadis atau amalan sahabat yg beramal dengan ayat tertentu.. kerana ia lebih kepada doa.. dan ayat2 yg diamalkan serta disuruh amal itu pun mengandungi maksud doa.. berbeza dengan ayat 4 surah Yusuf yg menceritakan tentang 11 bintang, matahari dan bulan yg sujud kepada Nabi Yusuf yang merupakan suatu petanda Nabi Yusuf akan menjadi orang besar (Nabi dan pemimpin).. bukanlah bermaksud, bila kita baca ayat tu, orang akan tunduk kepada kita.

Bila kita baca dengan niat nak tundukkan orang (sedangkan ianya perbuatan yg jelas bertentangan dengan syariat), ada kemungkinan ianya ‘menjadi’.. tapi mungkin juga ianya merupakan istidraj (perkara luar biasa yg diberikan Allah dengan tujuan nak bagi kita lagi sesat).

Masa belajar dulu, ada member2 Ustaz Love sibuk dok hafal dan amal surah al-Hadid untuk jadi kebal.. lepas tu siap suruh orang terajang perut beliau nak tengok jadi ke tak.. sekali Ustaz Love terajang tepat kat pusat beliau (masa tu tengah semangat dok belajar silat gayung), terus senak perut dan menangis.. lepas tu dah tak amal dah surah tu.

Jadi, adakah surah itu yg bersalah? Ataupun kefahaman beliau tu yg tak betul?

Nasihat Ustaz Love, jika nak beramal dengan sesuatu, pastikan kesahihannya dulu.. alangkan hadis pun banyak dipalsukan, inikan pulak amalan2.. itu belum masuk lagi bab jampi serapah yg dimulakan dengan bismillah dan diakhiri dengan lailahaillallah, tapi ditengah2nya, segala lembu, kambing, ayam pun masuk skali..dah rupa mcm jampi nak masak rendang raya.

Kalau betul cintakan seseorang, selalulah berdoa kepada Allah supaya Allah tautkan hati dengannya.. kerana Allah itu adalah pemilik hati manusia.. bila2 masa boleh diterbalik2kan.. daripada benci, menjadi cinta.. daripada cinta, menjadi benci.. daripada sayang, menjadi semakin hari semakin sayang.

Jangan beramal semata2 melalui buku.. sahkan amalan itu dengan berguru. InsyaAllah, kita akan mendapat panduan yang lebih baik demi menyelamatkan amal dan akidah kita.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

29 Comments

Add a Comment
  1. Salam Ustaz…..boleh tak ustaz buat entry pasal tanggungjawab seorg bapa terhadap anak2 selepas berlakunya penceraian? sbb ramai diantara bapa2 yg selepas bercerai mengabaikan anak2 dan tidak membayar nafkah utk anak2 dgn alasan bekas isteri bekerja dan mampu menangung keperluan anak2? dan apakah zalim bekas isteri itu jika dia bermatian mendapatkan hak anak2 itu ??

  2. bagus entry ni.. tak boleh rupanya..ada suami yg baca setiap kali lepas solat kmudian hembus kat muka isteri supaya isteri tunduk hormat dan setia padanya..mcm tu lebih kurang kan ustaz dgn entry ni?

    1. soal hormat dan setia itu adalah persoalan hati.. sekiranya isteri itu adalah isteri solehah, insyaAllah, tak perlu hembus apa2 pun, beliau akan taat dan setia kepada suami. Cuma jika suami dah tak taat pada Allah (tinggal solat, tak puasa, buat maksiat dsb), mcm mana nak jadikan isteri beliau taat kepadanya? Sebab itu suami selalu meragui isteri disebabkan suami sendiri kadang2 ada buat perkara2 jahat di belakang isteri.. jadi, hatinya diselubungi prasangka yg isterinya itu tak hormat atau tak setia padanya. Hasilnya, beliau akan mencuba dengan cara paksaan melalui jampi serapah ke, hembus2 ke.. tak kira la guna ayat al-Quran mahupun jampi serapah syaitan.

      apa gunanya kalau hembus2, isteri jadi taat mcm orang bodoh? Sebaiknya, suami ini kena betulkan iman dan amal.. insyaAllah, jika beliau taat pada Allah, maka Allah akan jadikan isteri dan anak2nya taat kepadanya.. pekerja bawahannya akan patuh arahannya dsb.. tak perlu nak hembus2 ni..

      Lain situasinya kalau isteri tu disihir ke.. maka bolehla diikhtiarkan berubat menggunakan jampi ayat al-Quran dsb

      WA ;)

  3. kerana Allah itu adalah pemilik hati manusia…suke ayat ustaz nih…skang nih ramai mnusia yg da xpercaya kekuasaan ALLAH…ALLAH tu maha berkuasa…doa la byk2…cuma lambt atau cepat jek kan ustaz…=)

    1. betul tu.. cuma kadang2, manusia ni akan diuji atas keyakinannya.. untuk melihat sama ada beliau masih istiqamah dengan keyakinan itu, ataupun kalah dengan ujian ;)

  4. Tapi kan Ustaz Love , ustazah sy pernah bagi ayat ape tah (lupe lak) untuk buat mcm …contoh ble kite g temuduga, kite bace lepas tu hembus kat orang tuh,,boleh laa dlembutkan hati ke hape … xpe ke lau niat nak mempermudahkan urusan gtu ? ayat die bagi ayat alquran tapi lupe lak ape ayatnye …

  5. salam..
    ustaz saya nak tanya nie…saya dah lama putus cinta,,saya sering teringat,,managis,,lelaki 2 pon dah ada perempuan lain…saya tak dapat terima…saya tak tahu kenapa saya asik teringat dekat die..ramai orang kata saya terkena jampi dia..malah saya penah pergi berubat secara kampung..pak cik 2 pon cakap benda yang sama,,saya macam tak percaya..adakah ini betul dan macam nama nak menghilangkan nya?

  6. salam ustaz..
    cakap pasai Al Quraan ni..boleh ustaz tunjuk ajar pada saya tak tentang cara nak beli terjemahan dan al quran..saya lihat byk sgt al quraan yg dijual dipasaran dgn pelbagai versi..

    1. salam saifull..

      Untuk al-Quran terjemahan, Ustaz Love cadangkan al-Quran terjemahan Pimpinan Ar-Rahman keluaran JAKIM ;)

  7. salam…ustaz…sy de soalan nk tny…..bagaimana nk tawarkn ilmu pengasih.
    citerny begini….sy telah berkawin dan ada 3 org ank….masaalhny suami sy suka bhong dgn sy sehingga sy tau dia telah mempunyai teman wanita lain….dn mungkin dh bersama dgn wanita tersebut.malangny sy x mampu nk marah dengn dia…bagaimana ustaz…dia pun pernh berkata yg dia dh ilmu pengasih kn sy…sehingga sy nk bukak mulut jer terbantut…tlg la ustaz sy dh x tahan dengn kecurangn dia selama kami berkawin

    1. Ustaz Love nasihatkn puan berjumpa dgn mana2 pengamal perubatan Islam spt di Darul Syifa’, Bangi dsb untuk berubat..

  8. Assalamualaikum. Ustaz anak saya mengalami trauma yg teruk di sekolah berasrama penuh awal tahun ni,dia tlh didera secara ‘mental touchere” oleh beberapa org senior. Anak saya menjadi takut utk kesekolah. Saya tlh menukarkan kesekolah yg lain tp hanya datang sehari sahaja, keesokannya dia tak mahu kesekolah. Puas saya memujuknya. Anak saya berumur 13 Thn. Harap ustaz boleh membantu. Sekian . Wassalam

      1. Salam, ustaz…..saya ade kwn prmpuan yg agak liar….pada mulanya saya brkawan dgn dia sebab sepupu dia mntak tolong…dia ni suka msg dgn suami orang, skandal, abang agkat….slalu kluar naik mtor n agak sosial….saya dh kwn dgn dia dkat 2 tahun….saya cuba rapatkan diri dgn dia….salah ke cara saya ni ustaz? saya kesiankan dia….dalam diam, saya pon ada prasaan pada dia….saya risau jgk sbb dh lme kwn dgn dia….jadi saya jumpa ibubapa dia….saya pernah jgk amalkan surah yusof dan berdoa supaya Allah pelihara kehormatan dan kesucian dia jadi wanita yg solehah…mcm mne dgn surah yusof yg saya amalkan tu?

        1. apa pun, semua tu bergantung pada kehendak beliau untuk berubah.. sbb Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yg nak mengubahnya.. saudara tak sepatutnya merapatkan diri dengan beliau memandangkan saudara dengannya bukan mahram dan tiada ikatan pernikahan. Sebaiknya saudara gunakan orang tengah seperti kawan perempuan atau saudara maranya untuk membimbing beliau. Jangan nanti saudara sibuk2 nak bimbing, akhirnya saudara pula yg terjebak dengan masalah sosial beliau.

          doakan beliau selalu.. tak perlu bacakan surah yusuf ke, apa ke..

  9. Assalam ustaz, terima kasih atas perkongsian ilmu ini. sy nak tanya berkenaan produk2 kesihatan yng dibacakan ayat2 Alquran dan doa2. klau kita lihat banyak testimoni mereka, dalam tv radio surat kabar, bahkan byk ustaz2 atau pun selebriti muslim turut mempromosi produk2 tersebut. apa komen ustaz :)

    1. Komen Ustaz Love adalah seperti mana dalam entry ini.. jika sampai ke tahap membawa kepada syirik dan bid’ah yg melampau, maka ia adalah perbuatan yg haram.. tak kira la guna ayat al-Quran mahupun Hadis sekalipun.. ia dinamakan penyalahgunaan.. kalau dadah digunakan dengan betul, maka ia akan jadi ubat.. kalau salahguna, ia akan jadi mudarat..

  10. Salam ustaz, saya nak tanya boleh x saya baca surah yusuf ayat 4 dgn suarah yasin ayat 36 kepada ex bf saya? saya masih cintakan die. dan kami masih lg contak walaupun dah berpisah. jadi boleh x saya baca surah tersebut pada die?
    terima kasih ….

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Ustaz Love Menulis... © 2014 Frontier Theme

Switch to our mobile site