I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Mandi Bunga Percepat Jodoh

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada pingu ijo :

ust,
kalo amalan mandi bunga utk permudahkan urusan jodoh mcm mane pulak…mohon ust beri penjelasan jika ade kelapangan..terima kasih

Ustaz Love tak ingat sama ada pernah buat entry khusus pasal mandi bunga atau tak.. mungkin ada Ustaz Love selitkan kat entry2 mistik pasal saka rasanya..

Berkenaan mandi bunga ni, ia merupakan satu upacara yg popular di kalangan orang Melayu.. Ustaz Love tak pasti plak kaum2 lain ada ke tak upacara mandi bunga ni..

Upacara mandi bunga ini bukanlah suatu upacara menyiram pokok bunga.. nak siram pokok bunga, tak perlukan apa2 upacara.. siram je dengan air paip.. jangan siram dengan air kopi dah le.. Mandi bunga adalah satu upacara yg mana beberapa jenis bungan (biasanya 7 jenis) dimasukkan ke dalam air mandian dan disiram ke badan seseorang.. maksudnya mandi la.

Menurut Dr. Amran Kasimin (pengamal perubatan Islam), amalan mandi bunga ini bertujuan untuk membuang sial, menghindarkan daripada gangguan makhluk halus (jin.. bukan makhluk semut ke, anai2 ke), menaikkan aura seri dan mendatangkan tuah.. hampir kesemua konsep ini wujud dalam agama Hindu.. jadi, tak mustahil amalan mandi bunga ini juga berasal daripada amalan agama Hindu.

Dalam Islam, tiada istilah sial, tuah (anak bertuah tu maksudnya lain.. hang tuah pun tak masuk dlm konsep ni.. ia lebih kepada maksud ‘ong’ dalam kepercayaan masyarakat Cina.. lawannya adalah ‘choy’ iaitu sial.. betulkan Ustaz Love kalau tersilap) seri, aura, jurus api syurga meragut lalang dsb.. Sebab semua ini berlawanan dengan konsep qada’ dan qadar, iaitu ketentuan Allah sama ada yg baik mahupun yg buruk.

Kebiasaannya, konsep mandi bunga untuk tujuan mempercepatkan jodoh ini dikaitkan dengan sial sang empunya badan, sehingga menyebabkan jodohnya ‘berat’ (walaupun mungkin tubuhnya kerempeng). Ini satu konsep yg salah dan menyalahi akidah kita. Sbb soal jodoh itu ditentukan oleh Allah.. lambat atau cepat pun Allah yg tentukan. Bukanlah disebabkan sial ke, suwey ke ataupun apa jua nama sekalipun.. Melainkan sekiranya seseorang itu disihir sehingga orang nampak beliau mcm hodoh, buruk, ketiak masam dsb, maka dibenarkan mandi bunga ini untuk tujuan rawatan.. dan bukannya untuk tujuan mempercepatkan jodoh.

Sebab itu, dalam hal ini, niat itu perlu dijaga.. Asalnya tiada masalah untuk mandi bunga.. sbb dalam fiqh sendiri menceritakan keharusan mandi wajib dengan menggunakan air yg bercampur dengan bunga.. mandilah nak mandi air bunga tahi ayam ke, bunga tahi kambing ke.. cuma kena jaga keyakinan kita.. bahawa mandi itu bukanlah apa2, sekadar nak mewangikan tubuh.. dan bukanlah untuk tujuan bagi nampak hensem ke, bagi nampak cantik ke, bagi cepat datang jodoh ke dsb.

Berubah je niat, maka jarum syaitan akan berjaya ditusuk.. Syaitan akan mendatangkan kebaikan2 hasil mandi bunga sehingga kita percaya yg mandi bunga itu memang boleh cepatkan jodoh.. lalu kita pun menjaja kisah ini seantero alam.. dan ramai yg meyakininya.. akhirnya, bukan setakat kita yg sesat, bahkan kita menyesatkan pula orang lain.

Jadi, untuk lebih selamat, tak payah la mandi2 bunga ni.. mandi je guna sabun ke, guna klorox ke.. nak bagi wangi pun boleh, nak bagi putih pun boleh. Apatah lagi bagi bakal2 pengantin yg menggunakan khidmat mak andam.. biasanya mak andam akan bagi mandi bunga berserta jampi serapah..

Tepek je muka dengan bedak banyak2.. naik la seri muka tu nanti.. jangan plak tiap2 hari mandi bunga, tapi 24 jam berkemban dalam rumah dengan ketiak bau bawang.. rambut serabai.. maka takde la maknanya mandi bunga tu.. serupa mcm tak mandi je gayanya.. kihkih..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 Comments

Add a Comment
    1. mandi bunga untuk merehatkan dan mewangikan badan itu takde masalah.. yg penting, kena jaga niat supaya tak salah keyakinan 😉

  1. Salam. Ustaz, saye pernah amalkan “Aura Seri”. Niat di hati semoga mandian aromaterapi ini akan menaikkan seri wajah dan mendekatkan jodoh..Mengikut fahaman saye berdasarkan entry di atas, maka berdosa ler hukumnye bile buat camtu eks?

    1. Salam zus..

      Niat seperti itu lebih mendekati kepada syirik dan khurafat.. kena bertaubat dan betulkan kembali keyakinan bahawa soal jodoh itu bukan ditentukan oleh produk2 kecantikan, sebaliknya ia perkara ghaib yg telah ditentukan Allah..

        1. apa yg penting, ada keinginan untuk tahu.. insyaAllah, Allah akan menambahkan lagi pengetahuan kita 😉

    1. niat kena betul, cara pun kena betul.. kalau salah satunya tak betul, maka akan jadi tak betul 😉

  2. ustad, yg sekarang ada mcm2 pusat rawatan islam tu darul tu la darul ni la (saje xnk mention nama) tu mcm mana plak ye ustad. pas tu mcm plak dgn org yg bleh nampak benda halus ni kire mcm mana ye..dia bleh nampak la apa ada kt kite jd dia bleh tlg rawat kan. yg tu plak camne ye ustad.

    ke ustad dah cite..sori la ustad sy dah byk termiss kelas blog ustad heee

  3. terima kasih atas penjelasan..
    kdg2 ade yg buat sbb nak jage ati org2 sekeliling yg duk sajes mcm2..

    1. yg terbaik adalah memberitahu kepada mereka2 yg bagi cadangan2 mengarut tu bahawa ia bertentangan dengan akidah.. sekurang2nya, jika beliau tak bleh terima pun, beliau serik dah nak suggest cadangan mengarut yg lain.. takut kena tazkirah 😀

  4. Assalam… ustaz, saya nk tanya pndpt ustaz. Saya sdh bercerai dn ingin brkawin lg demi masa tua. Mslhnya saya ada yg x kena dgn diri saya. Hati saya dingin utk lelaki sdgkn niat saya utk mncari jodoh demi masa tua saya. Sy jg brmimpi binatang bisa, ular tedung. Saya ingin mncuba mndi bunga… adakh niat saya salah?

  5. salam ustaz. kalau mandi air garam bukit macam mn ye? saya menjual garam bukit himalaya aura rezeki yang dah diruqyahkan. dan pengguna garam ini perlu mndi 21 hari berturut turut untuk besarkan aura diri. apa pndpt ustaz?

  6. Assalamualaikum ustaz. Bagaimana dengan mandi garam bukit pulak ya. Niat nak sihatkan badan dan hindarkan penyakit sahaja. Soal jodoh @ seri wajah tak kisah sangat wlpn smpai skrg masih belum ada jodoh.

    1. Niat nak sihatkan badan dan hindarkan penyakit itu juga masih ada unsur2 pergantungan kepada benda, sebab khasiat itu tidak dapat dibuktikan. Kalau bunga yang berbau wangi, mungkin boleh kita niatkan mandi bunga itu untuk mewangikan tubuh, itu memang jelas. Bab menyihatkan badan dan menghindar penyakit, belum tentu berlaku. Maka, mandi sajalah air garam bukit itu tanpa ada apa2 niat dan pergantungan selain daripada Allah.

  7. salam ustaz. Nak tanya sikit. bab mandi bunga ni memang lah bukan di sebabkan mandi bunga tu boleh dapat jodoh kan ustaz. semua tu dari Allah. TP kan mgkin sesuatu perkara yg berlaku dalam alam ghaib yang kita tak nampak yg menghalang (asbab) penjodohan tu.. bukan kah sesuatu perkara tu ada asbab nya. seperti mandi dengan 7 jenis bunga dan di campurkan dengan 7 kolah air masjid. Saya pergi ambil air di 7 masjid tok imam kat situ siap ambilkan air dalam kolam lagi. apa pendapat ustaz???

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme