Mat Saleh Memang Suka La Idea Mengarut Macam Ni!!

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga!!

Khas Untuk Para Gamers!!

Soal Jawab : Make-Up Dan Wuduk

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Princess Momoy berkenaan isu wuduk dan make-up :

ustaz momoy ada request.
nak minta ustaz buat entry pasal make up dan solat
momoy bersihkan dengan selengkapnya (termasuk buang false lashes) bila nak ambil wuduk dan bersolat

tapi beberapa kali momoy terserempak dengan wanita bertudung yang ambil wuduk tanpa bersihkan make up dan eye lashes dia. Sah ke wuduk tanpa bersih make up. sebab bukan dahi wajib sentuh tempat kita sujud kan.
thx ustaaz dan
selamat hari raya

Sebelum Ustaz Love menjawab persoalan ni, ingin Ustaz Love jelaskan yang Ustaz Love tak pernah pakai make-up atau eye lashes sepanjang hidup ini.. Jadi takde la pengalaman berhadapan dengan situasi sebegitu.. Gincu bibir pun tak pernah pakai gak.. kihkih..

Jadi, jawapan Ustaz Love adalah berdasarkan pengamatan Ustaz Love terhadap make-up itu sendiri.. termasuk bulu mata palsu. Ustaz Love nak selit sikit bab tabarruj ni.. walaupun ianya agak kontroversi, tapi Ustaz Love kena nyatakan juga yang benar, walaupun sakit pahit hendak menjelaskannya.

Tabarruj ini adalah berhias secara berlebih2an, seperti yang dinyatakan oleh Allah, seumpama golongan Jahiliyyah terdahulu. Bibir merah, pipi merah, hidung merah dsb termasuk dalam kategori tabarruj juga. Cuma, ada kelonggaran sekiranya mudarat lebih besar jika tak memakainya (muka nampak mcm hantu mak limah ke, pucat semacam ke, bibir hitam mcm perokok ke dsb).. namun, dilarang melampaui batas hingga bibir tu merah menyala ditonyoh lipstik, pipi itu merah macam ayam BBQ, kelopak mata berkaler2 dsb.. Namun, jika meninggalkannya, itulah yg terbaik.

Juga pemakaian bulu mata palsu ini termasuk juga dalam perkara yg dilarang dalam agama.. sama mcm rambut palsu, misai palsu, janggut palsu, bulu ketiak palsu dan segala kepalsuan yang lain. Jika kita memahami asas hukum ini, insyaAllah, kita tak susah payah dah nak cari pasal hukum2 yang mendatang ni.

Masuk bab wuduk ini, antara syarat sah wuduk itu adalah membersihkan anggota wuduk daripada perkara2 yg boleh menghalang air daripada sampai ke kulit. Anggota wuduk itu adalah muka, kedua belah tangan sampai siku, sebahagian rambut belah depan dan kedua belah kaki sampai buku lali. Jadi, kalau pakai pewarna kat bulu ketiak, masih sah wuduk.. sbb ketiak bukan termasuk dlm anggota wuduk.

Oleh kerana mekap ini hanya pada muka, maka fokusnya pada air yg sampai pada muka. Jika beliau memakai bedak biasa, yang mana kalau kena air, bedak tu akan tanggal, maka tiada masalah. Sebaliknya, jika pakai bedak luar biasa (bedak yg water proof.. tak telap air), maka wuduknya itu tak sah.. kerana air tak mengenai kulitnya.

Begitu juga gincu.. juga pewarna kelopak mata, celak, maskara dsb.. jika tak telap air, maka wuduk itu tak sah.

Sama juga keadaannya bagi yg memakai bulu mata palsu.. Ustaz Love difahamkan, kalau nak pasang bebulu itu, kena letak gam khas (rasanya bukan gam gajah).. maka, gam itu pun kena dibersihkan dulu sebelum berwuduk.

Bila wuduk dah tak sah, maka tak timbul persoalan dahi nak kena menyentuh tempat sujud.. sbb kalau wuduk tak sah, solat pun tak sah.

Maka itu, bagi sesiapa yang masih belum mampu nak meninggalkan mekap tebal ni, kena habiskan sikit masa untuk cuci mekap tu.. jangan plak combine waktu solat disebabkan malas nak cuci mekap, pastu nak pakai balik. Mekap sikit2 cukup la.. kalau dah cantik tu, tak pakai mekap pun nampak cantik.. kihkih

Cuci bersih2 mekap tu supaya tiada apa yang menghalang air daripada sampai ke kulit.. Kalau tak, wuduk tak sah, solat pun tak sah.. Jadi, toksah (tak payah – bahasa utara) la mekap tebal2 sangat.. sapu je bedak baby kat muka banyak2.. bak kata Ahmad Nisfu : “Takpa.. sekarang tak cantik.. balik nanti aku pakai bedak banyak2, baru taww”.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

66 Comments

Add a Comment
  1. salam.

    boleh explain pula pasal celak?

    memakai celak tu sunnah. tapi kalau berlebihan?
    macam mana baru ia jadi berlebihan?
    ada yang kata, bahagian tipis pada kelopak mata tu tak tergolong dalam bahagian sah wudhu’. betul ke?

    serius perlukan bantuan dalam hal ni.
    salam.

    1. salam..

      dalam hadis dinyatakan bahawa pemakaian celak adalah untuk tujuan kesihatan.. maka ianya harus dipakai, dan sunnah dipakai pada waktu siang mahupun malam (berdasarkan hadis Nabi s.a.w. yg memakai celak sebelum tidur dan ketika berpuasa). dan bahan celak itu adalah sejenis batu galian warna hitam yang disebut ismid.. bahan ini adalah bahan telap air (kalau menangis, bleh nampak air mata hitam).

      berbeza dengan sesetengah celak, ada yg jenis tak telap air.. ia lebih kekal.. basuh dengan air pun tak hilang.. kena cuci dengan cecair khas.. yg jenis inilah yg menyebabkan wuduk tak sah..

      kelopak bahagian dalam mata tak termasuk dengan bahagian yg mesti kena air.. namun, bahagian belah luar, ianya wajib kena air.. jadi, berhati2 ketika bercelak..

      WA

    1. Salam Melati..

      terima kasih kembali.. dan selamat hari raya, maaf zahir dan batin.. taqabbalallahu minna wa minkum ;)

  2. kihkihkih…sib baik x pakai gam gajah kan……,dlm bab ni kakjem x terasa ok sbb kakjem simple mimpel je..hihihi(almaklumlah org cantik x pakai makeup pun tetap cantik..hihihi..makna nama pun dah cantik…)

    1. kalau ada kebaikan, maka sila la kongsi2kan.. boleh la Ustaz Love dapat barang secangkir dua bekalan untuk dibawa ke akhirat nanti ;)

  3. salam ustaz love
    banyak2 berterima kasih pada ustaz sebab sudi buat posting nih
    sekarang rasa ragu-ragu dah hilang.
    so practice macam biasa. cuci make up sebersihnya dan make up balik after solat.

    1. salam momoy..

      memang kena rajin sikit la.. jangan plak habiskan banyak masa kat depan cermin je.. nanti apa plak kata bos ;)

  4. pertanyaan ni keluar sebab bayk jumpa girls yang solat dengan make up (terutama yang pakai tudung)
    kata mereka di Indonesia mmg solat pakai make up is ok. tu yang buat momoy jadi confuse.

    sekarang dengan segala penerangan ustaz ni momoy faham. thx again ye ustaz

    1. takde masalah nak solat pakai make-up.. ambil wuduk, lepas tu make-up.. lepas tu solat la.. yg jadi masalah bila make-up dulu, lepas tu nak amik wuduk tak bersihkan make-up tu ;)

      1. terima kasih ust atas penjelasan..
        sy pon takde la spesies bermekap tebal sgt..cume blusher skit,lipgloss dan eye liner..slalu yg jd tanda tanya tu adalah eye liner..ade yg bg berpendpt,eye liner tu takyah cuci asalkan pakai yg bukan waterproof..tp kalo kene air,mata jd burung hantu lak..lebam semcm..baik la dicuci bersih2 dlu….tp bile dh bace penjelasan ni,pahamlah sy kini..

      2. bahan2 dlm make-up skrg ada yg mngandungi alkohol ustaz..boleh ke lepas ambil wuduk then make-up? spatot kena solat dulu baru pakai make-up kan? hehe. sbb slalu tgk ingredients dia kat blakang bekas make-up.. check ada alkohol ke x.. btol ke cara sy ni ustaz?tq

          1. btol ke ni ustaz? boleh bg bukti apa2 tak pasal ni? sbb masa sekolah dulu ustazah yg ckp xboleh pakai yg mngandungi alkohol kalau nk solat..mcm minyak wangi tu. minyak atar atau pati minyak wangi non-alcohol tu dibolehkan plk..tq

        1. alkohol yg haram dalam minuman..Setahu sy alkohol dalam minyak wangi tu x same ngn dalam minuman.. sbb yg dlm myak wangi tu dibuat scare chemical n bukn ley minum pun..
          wallahualam

          1. memang pun.. Ustaz Love ada bagi link website mufti tentang alkohol kat komen kat atas ;)

  5. Tq ustaz untuk fatwa penggunaan alkohol semasa solat tu.. baru la jelas skrg ni.. sbb sblum ni ramai student tahfiz pompuan (family) yg tegur jgn berbedak lagi sebelom solat sbb ada alkohol dlm bedak.. mgkin dorg belaja mcm tu kot kat maahad. Wallahu A’lam.. anyway, tq ustaz.

    1. Salam Nys..

      takde masalah nak mekap lepas wuduk.. tapi takut nanti lepas solat pun kena touch-up gak sbb kat belah dahi dah hilang bedaknya.. hehe :D

  6. salam ustz.. kalau saya ambil wuduk kemudian make up dan solat boleh ke? sah ke solat saya beserta dgn make up tu???

          1. salam, cmne kalu pakai ‘ter’guna foundation yang macam ada ‘blink2’/glitter tu…sebab bila saya tgok2 btul kulit muka nampak mcm ada ‘blink2′ kat kulit..huhu masa beli tak perasan lak foundation tu mcm tu…m,sah ke mandi wajib saya..sebb saya perasan selepas mandi wajib.. sebelum tu ada dah cuci dengan pencuci muka.. blink2 tu macam payah nak tanggal…halus2… m, risaunyeee

          2. blink2 itu menghalang air sampai ke kulit, maka tak sah mandi wajib, tak sah wuduk dan tak sah solat..

            WA

  7. Assalamualaikum Ustaz.
    Kalau contohnya, saya ambil wuduk tanpa make-up, kemudian lepas habis ambil wuduk tu baru saya pasang make-up and then, kerjakan solat.
    Boleh ka mcm tu, Ustaz?

    Terima kasih & assalamualaikum.

  8. salam ustaz.. nk tny.. mcmane plak kalo kita solat jika kita memakai minyak wangi yang beralkohol (bau nya tahan lama)..apakah hukum nya ustaz??

  9. ustaz, kalau kita dah wuduk lepas tu pakai make-up siap2 dan solat boleh ke? musykil sbb ade org buat mcm tu

  10. Hi ustaz, nak tanya pulak, ada yang kata lepas ambik wudhuk boleh makan, lepas tu kumur mulut je boleh sholat balik, betul ke?

  11. aslm uztaz ,,saya nk tnya kalau kita pkai sesuatu makeup yang berkilat lps tu amek wudhu masih ada lgi ,,sah ke wudhuk tu

    1. kalau yg berkilat itu, sama ada jenis serbuk kilat atau jenis berminyak, jika masih ada selepas wudhuk bermakna air tak sampai ke kulit muka.. jadi tak sah wuduk tersebut.

      WA

      1. salam ustaz..berkaitan dgn glitter atau serbuk pengilat….kalau dah bersihkan tp x hilang jugak..maksudnye pakai eye liner yg ade glitter..lps tu dah bersihkan seyakin-yakin nye…then mandi wajib..lps tu tgk esok nye masih ade lg..ape hukum mandi wajib tersebut ustaz?

  12. Alhamdulillah..kemusykilan saya terjawab sudah. Selama ni saya gi keja sume cakap mcm mayat sebab pikirkan solat lah saya tak kosa nak bermekap hehehe

  13. Assalamualaikum.. lepas berwudhu, bleh ke pakai lotion dan solat? sebab saya klu tak pakai, kering kulit. tp selama ni saya solat dulu, baru pakai lotion..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


+ one = 8

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2014 Frontier Theme

Switch to our mobile site