I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Kekasih Bertaubat Selepas Terlanjur

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada seorang anonymous :

assalamualaikum..ustaz love sy nk mntk pndpt…ape yang harus di lakukan oleh perempuan apabila mndpt tahu bakal tunang nye pernah terlanjur dgn bekas kekasih nye dulu..?selain daripada melakukan solat sunat istikharah..
adakah memaafkan kesalahan yang pernah dilakukan oleh nye merupakan salah satu jalan untuk menyelamatkan hubungan ini?
dan lelaki tersebut mengaku dah bertaubat..jadi ape yang harus di lakukan oleh perempuan itu?

Waalaikumussalam..

Sebelum Ustaz Love menjawab persoalan ini, adalah baiknya sekiranya saudari atau para pembaca blog Ustaz Love yang belum membaca artikel berkenaan zina dan terlanjur ni, untuk membacanya di sini :

http://ustazlove.com/blog/tag/zina/

Sebenarnya, pasangan yang pernah berzina, tidak melakukan kesalahan terhadap pasangan barunya.. sebaliknya, salah beliau hanyalah kesalahan pada Allah.. sbb bab zina dan hukumannya adalah termasuk dalam hak Allah (haqqullah) dan bukan hak manusia (haqqul ‘ibad). Sebab itu, hukuman bagi kesalahan zina ini adalah hukum hudud, dan bukannya hukuman denda ke, hukuman kentut di muka ke..

Bagi mereka2 yg melakukan kesalahan ini, hendaklah bertaubat kepada Allah s.w.t. Cukup sekadar itu.. tak perlu nak minta maaf pada pasangan zina ke, kepada ketua kampung ke, kepada tok imam masjid ke.. sbb kesalahan zina, hanya Allah saja yang layak mengampunkannya.. sekalipun seseorang itu telah menyatakan taubat dan kekesalan, pemerintah masih lagi wajib melaksanakan hudud, sbb ianya hak Allah.

Berbeza dengan hukuman qisas (bunuh balas).. Ianya merupakan hak Allah dan juga hak manusia.. jika warisnya sudi memaafkan kesalahannya, maka dia tak dikenakan hukuman qisas, cuma diwajibkan membayar diat (denda tertentu) kepada warisnya.

Jadi, sekiranya pasangan saudari itu pernah berzina, dan telah bertaubat, maka beliau insyaAllah akan diampunkan. Ia tiada kaitan pun dengan saudari.. sbb perbuatan zinanya itu adalah kisah silamnya, dan bukannya sewaktu beliau menjadi suami kepada saudari. Dan saudari sendiri tiada apa yg perlu nak dimaafkan, sbb beliau tak melakukan apa2 salah pun pada saudari.

Kadang2, kita mencari pasangan yg nampak mcm sempurna, tapi hakikatnya beliau saja yg mengetahuinya.. ada kemungkinan beliau itu lagi jahat daripada orang yang pernah melakukan kejahatan dan bertaubat. Sebab seseorang yg bertaubat itu adalah seumpama bayi yang baru lahir (bukanlah maksudnya beliau itu boleh dibogelkan dan disusukan).. maksudnya, seorang yg bertaubat itu adalah suci daripada dosa. Maka, seorang penzina yang telah bertaubat itu, sudah tentunya lebih mulia daripada mereka2 yang langsung tak ingat nak bertaubat.. tau buat je..

Apa pun, istikharah adalah jalan yang terbaik.. sekiranya Allah menunjukkan jalan dan menggerakkan hati saudari untuk menerima lelaki itu, maka terimalah beliau seikhlasnya. Usah dikenangkan kisah lalu.. kerana kita perlu sentiasa memandang ke hadapan semasa memandu.. sekali sekala je kita kena tengok cermin pandang belakang, terutama semasa nak memotong dan membelok. Dan bukanlah sepanjang masa kita dok tengok belakang, yg akhirnya boleh menyebabkan kita terlanggar kereta di hadapan.

Semoga Allah memberikan panduan dan petunjuk yang terbaik kepada saudari dan memberikan kebahagian atas segala keputusan yang saudari ambil.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 Comments

Add a Comment
  1. Sebab seseorang yg bertaubat itu adalah seumpama bayi yang baru lahir (bukanlah maksudnya beliau itu boleh dibogelkan dan disusukan)..

    Huhu..tergelak beso saya bace.. πŸ˜€

      1. Ok la..tu yang tak cepat boring bc blog ustaz..dlm berdakwah boleh guna sense of humor menarik readers, itu la kelembutan dan kebijaksaan dlm berdakwah..

        (Readers makin banyak..iklan pon banyak kat sini..huhu.raksasa pon ada..ini plk peluang πŸ™‚ )

        1. Hehe.. Ustaz Love memang suka testing2 iklan ni.. ni pun dah kira sikit.. kalau masa mula2 berblogging dulu, penuh dengan iklan.. sampai tenggelam entry.. πŸ˜€

  2. salam ustz nk tanya sikit apa hukumnya melancap….
    terutama bg lelaki…dn kalau smpai thap ketagih, kemaruk melancap thap gaban …bagaimna cara2 nk mengubatinya
    harap2 ustz dpt mmbuat satu entry berkenaan isu ini,,,plizzzz
    …..bujang sangap…….

    1. Salam anon..

      melancap hukumnya haram.. insyaAllah, nnt Ustaz Love buatkan entry pasal tu πŸ˜‰

  3. salam ustz sy nk tanya sikit …apa hukumnya melancap
    kalau da smpai thap ketagih gila melancap
    bagaimana nk mengubatinya…

    harap ustaz dpt buat satu entry berkenaan isu ini..
    plizzzzz

  4. Salam ustaz nak tanya tentang keterlanjuran. saya mempunyai sesorang kekasih. kami bercinta selama 2 tahun.saya dengan kekasih saya memang sudah terlanjur dan saya sangat sayangkan kekasih saya sehingga berjanji takkan pernah curang dengan orang lain. Masa’alah saya disini ialah apabila saya berada di luar negeri (menyambung pelajaran), kekasih saya pula tinggal disini. pada suatu hari tu saya ada bertemu dengan kekasih lama saya sehinggakan saya terlanjur dengan si dia tanpa saya sedari. selepas kejadian itu saya benar-benar menyesal dan selalu susah hati. saya tidak tahu apa patut saya lakukan?. saya menyintai kekasih saya tetapi saya merasa berdosa terhadapnya dan tidak sanggup untuk berhadapan dengannya kerana saya telah terlanjur dengan orang lain. Apa yang patut saya lakukan?patutkah saya berterus-terang padanya?dia pernah mengatakan pada saya bahawa jika saya berlaku curang dia terpaksa meninggalkan saya tapi saya tidak sanggup melepaskannya. adakah perkara yang sama akan di lakukannya?terima kasih.

  5. Salam.. ustaz, terima kasih di atas entry ini..sekiranya masa lalu kekasih kita yg pernah terlanjur sering menghantui fikiran kita apa yg harus dilakukan?? Sebab saya rasa tertipu, setelah sy sudah sygkan dia baru dia beritahu yg dia pernah terlanjur dgn kekasihnya dulu..dan disebabkan perkara tersebut ia mmpengaruhi jiwa sy..sy sering menangis sendiri, rasa nak marah je kdg2 bila dgn dia rasa badmood.. smpai dia pon pelik knapa sy selalu naik angin tiba2..tapi sy xpernah ceritakan rasa kecewa sy pd dia..walaupun sy sering berdoa beristigfar tiap kali teringatkan perkara tersebut sy masih xdpt lupakan saat pertama kali dia ceritakan semua kebenaran tu..dan sy jgk rasa sedih sbb sehingga skrg dia masih belom bertaubat dgn dosanya..sbb sy pernah sy tanyakan kpd dia mcmana cara nak solat sunat taubat..dia cuma ckp “xtaw, xpenah buat..” sy hanya berharap dan berdoa agar dia bertaubat..sbb mgkin dgn dia bertaubat hati sy sedikit tenang..Sy xpernah suruh dia bertaubat sbb sy nak dia sedar sendiri dgn kesalahannya bukan disebabkan suruhan sy dan sy jgk xnak dia rasa rendah diri dgn teguran sy..smmngnya sy sygkan dia, dia yg paling sabar melayan sy yg bnyk kerenah slama ini dan sangat setia, sampaikan xpernah terlintas di pikiran sy pon kesetiaan dan ksh syg yg seorang lelaki mmpu buat utk seorg perempuan..krn perkara tersebut sy sykan dia dan susah utk buang dia..tapi sukar utk sy terima kenangan silam dia, walaupun sudah berkali sy cuba..Alhamdulillah selama bersama sy, dia masih menjaga adab pergaulan dgn sy..kerana katanya dia terlanjur dahulu pun disebabkan ajakan teman wanitanya..kira pengalaman first time dia..tapi sy masih sukar nak terima sbb sy rasakan tak adil bg sy..sy mengaku sy bukanlah alim, jahil jgk sy ni tapi untuk mencari bakal suami sy harapkan yg masih suci..kami merancang utk hidup bersama, tapi sy takut seandainya satu hari nnt saat sy dan dia berumah tangga perkara ini yg kami gaduhkan..smpai bila sy mmpu tahan sendiri..sy harapkan ustaz dpt memberi panduan atau doa2 utk sy melupakan perkara ini..ustaz boleh emailkan kpd sy..sy berharap sgt..sudah lama sy menanggung rasa kecewa ini..t.kasih.

    1. Mungkin saudara boleh baca entry ini dulu :

      Untuk makluman saudara, untuk bertaubat tak semestinya kena melakukan solat taubat.. kerana syarat2 taubat itu tak termasuk solat taubat..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme