I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Kedudukan Orang Syirik

Salam…

Ustaz Love menerima komen dan pertanyaan daripada Sidratul Muntaha :

salam eid 1432 ustaz.
ari baru jer borak2 dengan adik psl saka – saka ni.
totally insane la sebab percaya selain dari Allah…
dah jatuh syirikkan?!
same goes to ygmain nombor ekor,jumpa bomoh,tilik nasib.
just to pounder la ustaz,org2 sebegini..
amal ibadatnya mcmana yer?!
sebab dah jatuh syirik tu…
then takkan la dah taubat pastu buat balik,buat balik,pastu taubat?!
Allah Maha Mengetahui semuanya.

Sebelum Ustaz Love jelaskan berkenaan amalan2 yang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi syirik, adalah lebih baik jika mengetahui dulu apa yang dimaksudkan dengan syirik ini.

Syirik adalah suatu perbuatan menyengutukan Allah dengan sesuatu.. iaitu menganggap ada kuasa lain setanding / lebih daripada Allah.. atau menjadikan benda2 lain sebagai ilah (sembahan) selain Allah. Orang yg syirik ini dipanggil musyrik, dan golongan syirik dipanggil musyrikin.

Kita selalu memahami bahawa golongan musyrikin adalah golongan kafir Mekah semasa zaman Nabi s.a.w… itu adalah suatu istilah khusus. Tetapi jika difahami dalam konteks yang lebih luas, golongan musyrikin ini ada saja dalam mana2 kaum sekalipun, tak kira la kaum Melayu ke, kaum Cina ke, kaum Inggeris ke.. jika mereka mengambil selain Allah sebagai ilah (sembahan) maka termasuklah dalam golongan musyrikin.

Perbuatan syirik ini rankingnya adalah di tempat pertama dalam senarai dosa besar. Malah ianya suatu dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah s.w.t. :

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.” (an-Nisaa’ : 48)

Ulamak membahagikan syirik ini kepada syirik nyata (jali) dan syirik tersembunyi (khafi). Syirik jali ini termasuklah perbuatan2 mensyirikkan Allah dari segi i’tiqad, perbuatan dan lisan seperti memohon pertolongan jin dan syaitan, menyembah keramat kubur, menyembah berhala, percayakan kekuasaan Abuya menguasai tsunami dsb. Jika sampai ke tahap murtad, maka amalannya selepas itu tidak dikira lagi. Manakala syirik tersembunyi adalah syirik di dalam hati.. iaitu perbuatan riak (melakukan amalan kerana selain Allah).

Walaupun dalam ayat al-Quran jelas menyatakan bahawa Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yg melakukan perbuatan syirik ini, namun kita kena bersangka baik dengan Allah.. sentiasalah bertaubat kepada Allah atas segala dosa2 syirik yg pernah kita lakukan dengan harapan Allah akan mengampunkan kita. Ini kerana, ada sebahagian ulamak mentafsirkan bahawa perbuatan syirik itu tidak akan diampunkan oleh Allah sekiranya orang yg melakukan perbuatan itu mati dalam keadaan tak sempat nak bertaubat. Jika ini berlaku, maka nerakalah tempatnya..

Golongan Musyrikin Mekah (spt Abu Jahal, Abu Lahab dan segala Abu2 yg lain) dipanggil sebagai golongan yg syirik bukanlah kerana mereka tak yakin bahawa Allah itu adalah Tuhan, sebaliknya mengambil sekutu yang lain bagi Allah.. berhala2 yg ada di sekeliling kaabah pada zaman Jahiliyyah semuanya ada fungsi2 tertentu.. ada yg disembah untuk meminta hujan, ada yang disembah untuk meminta rezeki dsb.. mereka menjadikan berhala2 itu sebagai wasilah (perantaraan).. maka sebab itulah mereka dipanggil musyrik.

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?” (al-‘Ankabuut : 61)

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik).” (al-‘Ankabuut : 63)

Sama juga dengan segelintir orang Islam hari ini, walaupun mempercayai bahawa Allah yang memberikan rezeki, Allah yang menentukan jodoh, Allah yg menghidupkan dan mematikan dsb, tetapi masih lagi percaya dengan wasilah2 (perantaraan) bomoh, dukun, tangkal, jin, saka dsb. Ini jelas keyakinan yg bercampur baur, sama kaedahnya macam golongan musyrikin Mekah dulu.

Dosa syirik ini sekalipun dosa besar, ia bukan seperti murtad.. amalan2 kebaikan yg dilakukan, insyaAllah masih lagi dikira. Cuma, jika tak bertaubat daripada dosa syirik ini, maka pengamal syirik ini akan masuk neraka disebabkan dosa syiriknya itu, kerana Allah takkan mengampunkannya jika tak sempat bertaubat. Jika perbuatan syiriknya itu dilakukan sehingga menyebabkan murtad (spt mengaku sesuatu makhluk itu lebih berkuasa daripada Allah), maka amalannya selepas itu tidak dikira.. dan kena mengucap kembali.

Jadi, bagi sesiapa yang terlibat dengan jin, saka dsb, peliharalah keyakinan anda. Jangan beranggapan bahawa saka itu terlalu hebat dan berkuasa, sehingga tak nampak bahawa Allah itu lebih berkuasa. Namun, kita masih juga perlu berusaha untuk berubat membuang saka dan jin2 pendamping ni.. sbb kebanyakan bisikan mereka mengajak kepada mensyirikkan Allah s.w.t…

Mungkin pada mulanya, kita akan nampak ianya macam satu kelebihan.. boleh mengubat orang, dipandang tinggi dan berkebolehan luar biasa dsb, namun pengakhirannya sangatlah menyusahkan hidup.

Umpama gangguan nyamuk ketika nak tidur.. nyamuk tu kecik je.. kalau beliau gigit perut kita pun, takde la sampai tembus ke usus.. namun, ianya masih lagi merupakan gangguan yg boleh menyebabkan kita terganggu tido dan letih lesu keesokannya (disebabkan tak bleh nak tido).. Akhirnya kita tak bleh nak menjalani hidup yang sejahtera.. itu belum lagi masuk bab nyamuk aedes yg menyebarkan denggi..

Maka adalah lebih baik kita amik masa sikit untuk sembur Ridsect kat dalam bilik.. biarkan kejap dalam 20 minit (walaupun waktu tu kita dah mengantuk sangat.. tahan sket).. supaya bila kita masuk tido nanti, kita boleh tido tanpa gangguan.

Begitulah juga ibaratnya gangguan saka ni.. takde la besar mana pun.. cuma, selagi kita tak berubat, selagi tu la ia boleh mengganggu kehidupan dan ibadah kita. Allah telah menjadikan dunia ini sebagai darul asbab (tempat asbab).. setiap perkara yg berlaku adalah bersebab.. ini merupakan sunnatullah.. jadi, asbab untuk melepaskan diri daripada gangguan saka ini adalah dengan berubat.

Jadi, bertaubatlah sementara masih punya waktu.. Semoga Allah mengampuni kita dan memasukkan kita di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. InsyaAllah, amin

WA 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Comments

Add a Comment
    1. semoga Allah menyelamatkan kita daripada melakukan perbuatan syirik ini.. insyaAllah amin 😉

  1. merci ustaz utuk long explanation
    suddenly teringat quote dari ustaz habib masa kelas sirah nabi. betapa bongkaknya abu jahal/abu lazab bila dia suruh penggal kepalanya dalam perang yg dia kalah (cannot recall) smbil berkata:
    potong disini(merujuk leher dan kepalanya yg besar) dan tunjukkan pada Muhammad bahawa: Fir’aun aku lebih besar dari Fir’aun nya Musa.(A.S)

    merci beaucoup for long brief.next time kome datang tanya lagi…

    1. kebanyakan mereka2 yg musyrik tidak mahu masuk Islam disebabkan keegoan mereka dan takut kehilangan harta serta pangkat di dunia.. bukannya sebab tak tahu akan kebenaran ajaran Nabi s.a.w.. samalah halnya dengan Abu Jahal dan Abu Lahab 😉

      terima kasih kembali 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme