I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Kebolehan Manusia Melihat Makhluk Halus

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada cik Jiejah Gorjes :

ustad, yg sekarang ada mcm2 pusat rawatan islam tu darul tu la darul ni la (saje xnk mention nama) tu mcm mana plak ye ustad. pas tu mcm plak dgn org yg bleh nampak benda halus ni kire mcm mana ye..dia bleh nampak la apa ada kt kite jd dia bleh tlg rawat kan. yg tu plak camne ye ustad.

ke ustad dah cite..sori la ustad sy dah byk termiss kelas blog ustad heee

Sepanjang hidup Ustaz Love (18 tahun ni.. kihkih), Ustaz Love belum pernah lagi melihat makhluk halus (jin, syaitan mahupun jintan (jin + syaitan)).. yg biasa Ustaz Love jumpa adalah makhluk2 halus seperti semut, anai2, tungau dan yg seangkatan dengannya saja.

Namun, Ustaz Love tak menafikan adanya orang2 yang diberikan kelebihan oleh Allah untuk nampak makhluk halus ni.. Walaupun Allah menyatakan dalam al-Quran, hanya Allah saja yg mengetahui perkara2 ghaib ini, namun kita jangan silap faham.. maksud perkara ghaib ini bukanlah bermaksud perkara ghaib yg selalu kita dok faham selama ni (spt hantu raya, jin puasa dsb), tapi yg dimaksudkan perkara ghaib yg manusia tak dapat ketahui itu adalah perkara ghaib spt dosa pahala, qada’ dan qadar, syurga dan neraka, hari qiamat, persoalan roh, rupa para malaikat dalam bentuk asalnya dsb.. kita cuma diperintahkan untuk beriman dengan perkara2 ghaib ini.

Itulah yg dinamakan iman.. walaupun tak nampak, tapi kita yakin ada kewujudannya.. sbb Allah dah bagitau akan adanya perkara2 ghaib spt dosa pahala, syurga neraka dsb ini. Maknanya, dengan beriman pada perkara2 ghaib ini, menjadi tanda keimanan kita kepada Allah yg memberitahu akan perkara2 ghaib ini melalui al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w.

Dan bukanlah maksud beriman dengan perkara ghaib itu, kita beriman kepada jin dan hantu syaitan.. sebaliknya, kita beriman dan percaya pada perkhabaran yg Allah sampaikan di dalam al-Quran, berkenaan jin dan syaitan ini.

Jin dan syaitan serta makhluk halus juga adalah makhluk Allah yang menetap di muka bumi ini. Mereka juga tidak mengetahui perkara2 ghaib sama seperti kita. Dan mereka juga hidup di dunia ini, berkongsi dengan manusia. Cuma manusia tidak nampak akan kewujudan mereka, kerana telah diletakkan tabir pada pandangan manusia.

Namun, jika disingkapkan tabir oleh Allah melalui perantaraan ilmu dsb, insyaAllah, manusia itu mampu untuk melihat makhluk2 jin dan syaitan ini.

Bagi para perawat (pengamal perubatan Islam), mereka juga berkemampuan untuk melihat makhluk2 halus ini dengan ilmu yg ada pada mereka. Ilmu itu bertujuan supaya mereka dapat menggunakan kaedah yg tepat bagi merawat pesakit2 yg terkena gangguan jin dan syaitan, seperti mereka yang terkena sihir, pendamping, saka dsb. Sama halnya dengan para doktor.. dengan ilmu mereka (yg dipelajari dlm kuliah perubatan), mereka mampu untuk memberikan nasihat dan menggunakan kaedah yg terbaik bagi merawat kesakitan fizikal.. Kita yg tak pernah belajar ilmu perubatan ni, memang tak dapat la nak bagi nasihat perubatan.. habis2, kita akan cerita berdasarkan pengalaman je.. kalau tengok orang tu sakit perut, kita pun dok cerita la yg kita pun pernah sakit perut.. lepas kentut2, sakit perut pun hilang.. lalu kita pun mencadangkan supaya orang itu pun cuba kentut untuk menghilangkan sakit perut.. padahal mungkin sakit perutnya itu bukan disebabkan angin, tapi pasal gastrik ke, apendiks ke.. dah sebab kita tak pernah belajar pasal tu, memang la tak mampu nak tahu.

Begitu juga tak semua doktor itu mampu buat pembedahan.. hanya doktor bedah (surgeon) saja yg mampu membedah pesakit.. kalau setakat masalah kecil spt bisul ke, bleh la doktor tolong bedah buangkan nanah.. sbb itu benda kecik je.. Tapi kalau pembedahan membuang ketumbuhan dalam otak ke, memang pakar bedah la yg akan melakukannya.

Begitu jugalah isu2 gangguan makhluk halus ni.. tak semua ustaz ada kemampuan untuk mengubatnya.. malah ada juga di kalangan ustaz yg kena sihir, santau, kena rasuk, kena ilmu hitam dsb.. hanya mereka2 yg belajar secara khusus tentang ilmu2 perubatan berkaitan gangguan jin ini saja yg mampu untuk memberikan panduan dan kaedah yg lebih tepat untuk mengubatinya. Cuma tak kira la kaedah perubatan Islam mahupun kaedah perubatan tradisional (perbomohan), mereka tertakluk pada garis panduan yg telah ditetapkan syariat.. spt tidak melakukan perkara2 yg boleh membawa kepada perbuatan khurafat dan syirik (spt melakukan pemujaan, jamuan makan kepada jin, menurun dsb).

Mereka2 yang terlibat dalam perawatan akibat gangguan makhluk halus ni, insyaAllah, punya kemampuan untuk melihat makhluk halus. Bahkan mereka2 yang tak belajar ilmu perubatan spt ini juga kadang2 disingkapkan tabir pandangan sehingga boleh nampak makhluk2 halus ini.. tak kira la sama ada melalui mimpi, mahupun dalam keadaan jaga.. tapi, tak perlu la sampai nak buat mcm pakcik pencari (uncle seeker) yg sibuk dok cari hantu tu. Sebab itu bukan matlamat kehidupan manusia. Kalau dapat lihat, alhamdulillah, itu rejeki la tu.. tapi, sanggup ke nak terjumpa makhluk2 halus ni? Ustaz Love tak sanggup.. kihkih

Ustaz Love nak berkongsi satu pengalaman.. masa belajar dulu, Ustaz Love duduk sebilik dengan sorang junior ni. Tiap2 hujung minggu, Ustaz Love takde kat hostel, sbb Ustaz Love gi iktikaf kat masjid.. dengar ceramah dsb (program jemaah tabligh). Jadi, beliau tido sorang2 la dalam bilik tu.. Sampai la satu masa, Ustaz Love pun pelik, apsal beliau dah tak tido kat bilik.. dok tido kat bilik member je, walaupun masa tu Ustaz Love dok ada kat bilik.. Sampai la suatu hari yang hening lagi bening, beliau datang jumpa Ustaz Love yang sedang sibuk berzikir (acah je.. kihkih).. dok borak2 sampai la beliau bertanya kat Ustaz Love (UL)..

Beliau : Love.. kau tak rasa apa2 ke dok kat bilik ni?

UL : Rasa apa?

Beliau : Ye la.. rasa seram ke, takut ke.. kena kacau ke..

UL : Takde plak.. duduk bilik ni, rasa beriman je.. takde rasa seram ke apa.. kenapa?

Beliau : Kalau aku cerita, kau jangan terkentut plak (terkejut).. Ko tau sebab apa aku jarang dah melepak kat bilik ni?

UL : Entah.. aku suspek ko buat assignment dgn member.. Itu yang aku buat tak tau je..

Beliau : Assignment apanya.. Ko ingat tak hujung minggu ko selalu ghaib?

UL : Memang la.. dah aku gi markaz (pusat tabligh).. kenapa, ko nak ikut skali ke?

Beliau : Tak.. bukan macam tu.. Masa ko takde, ada sekali aku tido dalam bilik ni.. Aku bangun nak minum air, tiba2 aku nampak ada orang kat katil ko.. aku ingat ko dah balik.. tapi yg pelik, rambut ko panjang sangat.. sampai ke pinggang.. pelik gak.. sbb setahu aku rambut ko sampai bahu je..

UL : Ada orang menyamar pakai rambut palsu kot?

Beliau : Bukan la.. sebab aku dok tenung lama.. tak berani nak tegur.. tiba2 beliau gelak terkekeh2 lepas tu hilang mcm tu je..

UL : Ishh.. ko mimpi kot?

Beliau : Mimpi apanya? Lepas je beliau hilang, aku terus lari gi bilik member aku.. ko tak percaya, ko bleh tanya member aku tu..

UL : (tergamam… tiba2 rasa nak terkencing)

Begitulah serba sedikit kisahnya.. sejak itu, beliau pun dah pindah bilik.. Ustaz Love dok sorang2 je kat bilik tu.. alhamdulillah, tak pernah nampak hantu tu.. cuma ada la beberapa kali kena tindih.. terutama masa keletihan yg melampau sampai tak sempat nak baca doa tido.

Jadi, kesimpulan yg Ustaz Love dapat buat.. memang ada segelintir manusia (tak semua) dibukakan hijab pandangannya oleh Allah untuk melihat makhluk halus ini. Allah melindungi pandangan manusia daripada melihat jin dan syaitan ini (walaupun tiap2 hari kita berselisih dengan mereka), supaya kehidupan manusia lebih tenteram.. Bayangkan, tengah2 berak, kita nampak pocong dok tenung je kita melakukan aksi berak itu.. Dah tentu akan terbantut aktiviti kita.

Maka, bersyukurlah kepada Allah kerana melindungi pandangan kita daripada ternampak mereka2 ini.. Dan janganlah susah payah membuat kerja2 tak berfaedah semata2 nak membuktikan kewujudan entiti ke, apa ke.. Adalah lebih baik waktu yg ada kita habiskan dengan amal ibadah.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

31 Comments

Add a Comment
    1. masa Ustaz Love jd ghost buster dulu, rajin gak jumpa budak2 yg dirasuk, lepas tu bagitau rupa paras hantu yg diorang nampak.. yg paling Ustaz Love tak dapat lupa, ada sorang budak pempuan ni, dia cakap bahasa Indonesia.. kena rasuk dgn jin laut sbb Maghrib2 dok melepak tepi pantai.. nasib baik ada yg nampak beliau dok jalan nak masuk ke laut.. Bila ditanya, kata beliau nak bawak balik budak pempuan tu.. sbb budak pempuan tu cantik, sama mcm beliau (jin dlm badan tu).. beliau kata rupa beliau cantik, rambut panjang, gigi panjang.. bila dia cakap part gigi panjang tu, tetiba terasa meremang bulu hidung.. kihkih

  1. heheeh wpun entry seram tapi byk elemen humor hehe
    adik perempuan me jenis ada 6th sense gak, dia boleh rasa kalau kat mana2 tmpt ‘keras’ ie ada makhluk halus….me plak jenis penakut yg amat hehehe

    1. rasa tu insyaAllah ada.. semua orang ada rasa tu.. tapi kebanyakannya mainan perasaan je.. disebabkan terlalu takut, mcm2 yg dirasakan.. masa tu, tengok tali pun disangkakan ular πŸ˜€

  2. jadi kalo kite gi berjumpa dgn org yg bleh melihat ni x salah ye ustad. tujuan utk berubat camtu. kwn sy kata kalo yg ckp bayar seikhlas hati tu ye bleh caya. kalo yg jenis dah minta bayaran sampai ratus2 tu jgn la pergi.

    ustad sebut pendamping tu menarik perhatian saya la. pendamping tu apa maksud sebenar nye ye ustad?

    1. tak semestinya.. kadang2 yg menetapkan bayaran itu la yg lebih boleh dipercayai.. sbb bayaran dia itu dah tetap.. berbanding yg ikhlas2 ni, sekali bagi RM1, mau dia hantar hantu raya tolong kutipkan lagi duit.. kihkih..

      pendamping tu adalah makhluk halus yg berdamping dgn manusia.. saka pun termasuk dlm golongan pendamping ni πŸ˜‰

      1. tapi ustad kalo harga bayaran tu melampau2 tinggi nye dia cas tu camner??? seblm buat rawatan dia tak ckp..dah buat baru dia bg tau berapa tak pasal2 bayar ansuran sbb x cukup bajet huhuhuhu <– ni bkn sy ni cite kwn sy ngeee

        1. sebab tu, kena tanya dulu berapa cas.. kalau mahal sangat, cari la yg murah.. darul syifa’ la setakat ni yg paling ikhlas.. bayaran cuma masuk dlm tabung kat luar tu je.. terpulang nak bagi berapa πŸ˜‰

    1. alah bisa tegal biasa.. tapi letih la kan.. duduk pun kena berhimpit2 dengan beliau, nak tido pun sama.. takde privacy dah hidup ni kalu bleh nampak jin syaitan ni.. kihkih πŸ˜€

  3. semenjak 2 menjak ni apa2 hal kakjem dpt mimpi sbg petanda dulu..termasuklah kes UL hari tu….suspen gak lah…..
    -pd pendpt kakjem klau nk berjumpa ahli perubatan pastikan pengamalnya 100% menggunakan ayat2 suci al quran, x sedikit pun bercampur dgn mentera,kemenyan ke…sbb asap2 itu adalah makanan jin WallaHua’lam….

    1. itu tandanya maqam kakjem dah makin meningkat.. tak lama lagi jadi kasyaf la.. kihkih πŸ˜€

    1. alhamdulillah.. kalau tak nampak benda2 tu, hidup akan lebih tenteram.. kalau dok nampak je, ada baiknya pergi berubat πŸ˜‰

  4. salam ustaz..blh ke makhluk halus ni(jin,syaitan,iblis,bunian dsb..) dibunuh?saya ada terbaca dalam sebuah blog baru ni..mohon penjelasan lanjut

    1. salam karkunah..

      kenapa nak membunuh makhluk2 itu? hehe.. maaf.. Ustaz Love gurau je.. insyaAllah, nanti Ustaz Love buatkan entry pasal tu πŸ˜‰

  5. ustaz…kene tindih tu disebabkan jintan ke atau sebab lain…kadang-kadang sampai badan tak boleh nak gerak dan sakit badan bila melawan..

    1. Wallahu A’lam.. ada kemungkinan disebabkan jintan, ada kemungkinan disebabkan jantan (bagi yg dah berkahwin).. hehe πŸ˜€

  6. Assalam..erm part yang ustaz bilang pernah kena tindih tu.. ana ader smthing nak ceta.ana pernah kna,tak tau la itu maknnya kena tindih atau x..tp skali tu aja.. msa bgun pagi tu seingat ana weekend.. ana bukak mta dn pehtu of cose la nak bangun xp tak boleh.bdn pun x ley gerak.. hnya tgn kann aja yng bley gerak..msa tu ana mcm x rsa stu bdn mcm lumpuh la..ana tengok siling rumah tetiba rasa nak gapai jd ana angkat tgn kanan..pehtu ana kerling sblah kann ana,ana nmpak tgn kann ana eok aja kat tepi dl msa yng ana nmpak tgn kann ana tgh duk tergapai2 siling kt ats…pehtu ana sebut”Allah”(terkejut keadaan tu) terus hilang.satu perkr ana sedar msa ana terngun secra mengejut tu,ana mcm lemas..hurm..

      1. kalau ikut pandangan sains, situasi mcm ni dinamakan lumpuh sementara.. ia mungkin disebabkan postur tidur yang tak betul, tertindih tangan dsb sehingga menghalang perjalanan darah..

        namun, kemungkinan itu merupakan gangguan jin tetap ada.. sbb mereka boleh melalui tubuh manusia melalui salur darah.. jadi, mungkin ada kaitan dgn salur darah tersumbat masa tidur yg menyebabkan lumpuh sementara..

        WA

        1. macamana tahu jin boleh lalu salur darah? asap2 itu adalah makanan jin? pendamping tu adalah makhluk halus yg berdamping dgn manusia? Apa nas nya? Ke ini semua beliefs turun temurun aja?

  7. Assalamualaikum ustaz hurm sy nak tanya,saya pernah kena tindih dan apabila saya kena tindih saya pasti akn nampak makhlus halus dlm keadaan sy x blh brgerk dan mata tertutp ianya dh brlku dgn sy byk kli.. plbgai jns makhluk halus yang sy lihat.. tp dlm keadaan sy x kena tindih pun sya akn trlihat mkhluk trsebt tp dlm 2x je.. ape mksud smua nie ustaz

    1. maksudnya mungkin saudari terkena gangguan jin.. ada baiknya saudari berjumpa dengan pengamal perubatan Islam untuk berubat.

      WA

  8. askum…macammana nak tutup mata kanak2 8 tahun dari dapat melihat benda2 yang menangkutkan dan membuka pintu hatinya untuk ke sekolah kembali..anak saya ini tidak mahu kesekolah kerana dia melihat benda2 yang menakutkan dan apabila tukar 2 3 buah sekolah perkara ini masih berlaku..

  9. saya juga telah beriktiar dengan cara moden dan tradisional dan jawapan yang saya terima Tuhan membuka Hijap kepada anak saya dan anak saya ada pendamping iaitu dikalangan alim ulamak dan pengamal agama dan anak saya dapat merawat yang kena gangguan…Masalah saya bagaimana cara saya untuk mengatasi perkara ini memandangkan anak saya masih kecil dan masih bersekolah..

  10. Assalamualaikum ustaz,

    Saya nak bertanya, memang betulkah ada ilmu tertentu untuk kita boleh belajar atau mendalami tentang makhluk halus/jin?

    Jika benar ada, bolehkah tunjukkan kepada saya satu kitab ulama-ulama muktabar yang membicarakan tentang ilmu khusus berkaitan makhluk halus?
    Perawat Islam recently posted..Tip Merawat Tanda-Tanda Sihir PemisahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme