I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Isteri Derhaka Suami Kurang Upaya

Salam…

Ustaz Love menerima satu komen luahan dan pertanyaan daripada Syafarizal :

Salam.

Saya mendapat kemalangan pada bulan 10 2010.

Ketika sakit saya di biarkan terbaring kelaparan oleh isteri. Malah isteri dan keluarga beliau asyik meminta wang nafkah walaupun ketika saya tenat dan tidak dapat bekerja. Saya di halau dari rumah oleh isteri kerana tiada wang. Kini sudah hampir 8 bulan saya menumpang di rumah saudara dan kawan. Pagi tadi sewaktu proses rundingcara pertama kali pun beliau masih menuntut wang.

Saya hampir setahun tidak bekerja kerana sakit dan malah jemaah doktor mengiktiraf saya sebagai hilang upaya kekal.Saya cuba mencari kerja lain tapi tiada majikan yang mahu mengambil pekerja yang masih dalam rawatan.

Saya telah mendaftarkan kes cerai di mahkamah tadi dan di jadualkan hadir untuk perbicaraan pada akhir bulan depan.

Adakah saya perlu bayar setiap tuntutan selepas melafazkan cerai nanti sedangkan saya tiada pendapatan langsung?

Adakah saya juga perlu bayar nafkah edah dan nafkah lain juga?

Apakah hak saya yang boleh saya tuntut ?

Agak menyedihkan bila membaca kisah saudara ini.. terlebih dulu tahniah diucapkan kepada saudara kerana masih lagi tidak putus asa dengan ujian yang menimpa. Semua itu adalah dugaan daripada Allah untuk menguji siapakah antara hambaNya yang paling baik amalannya. Saudara banyakkanlah bersabar dan beristighfar.. Walaupun saudara dibuang sebegitu rupa, saudara masih lagi punya saudara dan kawan yang sudi menumpangkan saudara di rumah mereka. Itu pun merupakan satu kemudahan di dalam kesusahan yang Allah sediakan buat saudara. Inilah antara gambaran maksud ayat 5 dan 6 surah al-Insyirah.. dalam setiap kesusahan pasti ada kemudahan.

Cuma, jangan dilupakan sambungan ayat selepas itu.. iaitu ayat 7 dan 8..

Oleh itu, apabila kamu telah selesai dari sesuatu kerja, maka tumpukanlah dengan sungguh-sungguh kerja yang lain pula. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaknya engkau tumpukan perhatian.

Alhamdulillah, saudara telah membuat satu keputusan.. iaitu bertindak mendaftarkan perceraian. Bukanlah bermaksud Ustaz Love menyokong sesuatu perceraian, namun jika tiada jalan untuk meneruskannya, maka perceraian merupakan jalan akhir untuk menyelesaikan masalah perkahwinan. Bermakna, saudara telah lepas satu bab.

Jadi, sementara menunggu perbicaraan bulan depan, saudara tumpukan perhatian pada mencari pekerjaan. Ustaz Love pun tak pasti setakat mana kecacatan yg saudara alami.. adakah sampai tak boleh berjalan, atau bagaimana.  Kalau masih tak dapat pekerjaan, saudara cubalah untuk berniaga.. kerana berniaga ini tak perlukan majikan.. cuma perlukan sedikit keberanian..

Saudara pergilah bertemu dengan pegawai Baitulmal untuk meminta khidmat nasihat tentang bantuan perniagaan yang boleh ditawarkan kepada saudara. InsyaAllah, mereka boleh membantu saudara menceburkan diri dalam bidang perniagaan.. sekurang2nya, nafkah untuk diri sendiri dah lepas.. dan tak perlu mengharapkan orang lain.

Pasal bab nafkah itu, saudara tak perlu risaukan sangat.. insyaAllah, anak2 saudara takkan kebuluran, kerana bekas isteri masih punya keluarga. Buat masa ni, saudara kena fokus pada mencari pekerjaan / memulakan perniagaan. Supaya saudara dapat bina balik keyakinan diri.. Bagi lelaki, keyakinan diri sangat penting.. bila dah hilang keyakinan diri, situasinya kadang2 lebih teruk daripada pempuan.. akhirnya boleh menyebabkan tekanan jiwa yang kronik.

InsyaAllah, bila dah tiba tarikh perbicaraan nanti, saudara dah bersedia untuk berhujjah depan hakim tentang kemampuan saudara untuk memberi nafkah. Hakim akan membuat keputusan berdasarkan cerita kedua2 belah pihak (lelaki dan perempuan). Tak perlu risaukan apa yg hakim tu akan putuskan.. fokuskan dulu pada situasi sekarang, iaitu mencari pendapatan sendiri.

InsyaAllah, bila dah stabil nanti, saudara boleh bayar balik jumlah nafkah yang saudara tak bayar itu kepada anak2 dan bekas isteri. Sbb memang menjadi kewajipan bekas suami untuk memberi nafkah edah (iaitu sejumlah nafkah semasa tempoh edah 3 kali suci), mut’ah (saguhati kepada bekas isteri) dsb bergantung kepada keputusan hasil perbicaraan nanti.

Ustaz Love mencadangkan agar saudara mendapatkan khidmat guaman syariah (Ustaz Love tak pasti ada tak khidmat guaman percuma untuk kes syariah.. harap Mama Zharfan dapat membantu mengesahkannya) untuk lebih jelas tentang tuntutan2 selepas perceraian spt hadhanah (hak penjagaan anak2), nafkah, mut’ah dsb. Ustaz Love tak berapa mahir bab2 perundangan syariah di mahkamah.

Apa pun juga keputusannya nanti, saudara terimalah dengan redha dan tabah. InsyaAllah, Allah akan membantu saudara untuk keluar daripada kemelut masalah ini.. syaratnya, jangan putus harap dengan Allah.. dan banyakkan ibadah sunat dan berdoa..

وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا

“Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya dia menyediakan jalan keluar baginya”

Ustaz Love doakan semoga Allah memudahkan segala urusan saudara dan memberikan yang terbaik dalam setiap pekerjaan yg saudara lakukan.. insyaAllah, amin.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 Comments

Add a Comment
  1. salam ustaz
    actually i pun kurang info psl legal aid (syariah), i try google, and ni info yg berkenaan (may be yg bertanya boleh try call no kat bwh ni):

    Sebarang pertanyaan atau permohonan bagi mendapatkan khidmat Bantuan Guaman Syarie boleh diajukan kepada Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Bangunan Daruzzakah, Lorong Haji Hussein 2, 50676 Kuala Lumpur atau hubungi talian 03-21675222 atau faks kepada 03-21675252.

    INTI PATI
    Bantuan Guaman Syarie

    Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menerusi Biro Khidmat Guaman Syarie, Majlis Peguam, Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO)dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerusi Bantuan Zakat Baitulmal menubuhkan skim bantuan zakat yang dinamakan Bantuan Guaman Syarie.

    Skim Bantuan Guaman Syarie diperkenalkan dengan objektif membantu umat Islam yang bermastautin di Wilayah Persekutuan yang menghadapi masalah membiayai yuran guaman di Mahkamah Syariah dalam kes tuntutan mal

    Golongan yang layak terdiri daripada asnaf fakir, miskin, mualaf dan fi sabilillah. Pemohon hendaklah seorang Islam, warga negara Malaysia, bermastautin di Wilayah Persekutuan, menepati had al-kifayah dan mereka juga perlu mengemukakan bukti bertulis mengenai tuntutan di Mahkamah Syariah.

    1. terima kasih mama atas bantuan maklumat tersebut.. semoga ianya menjadi panduan berguna buat sesiapa yg mengalami masalah seperti ini 😉

  2. Salam…Ustaz…

    Rasa sedih juga kisah ini… jika c isteri lah mjaga suami yg mgalami dalam keadan mcm ni pahalanya akan berlipat laki gandanya… Masa kawin dulu dah jnji nak susah dan senang bersama… Tp setelah Allah berikan sedikit ujian ini dah halau suami, sedangkan jaga suami yg sakit dan sihat juga ada apahal di sisi Allah … Dan lakukannya kerana Allah .. MAsya Allah .. Smoga hamba Allah ini dalam lingdungan Allah… amin .. Sedih la ustaz…

    1. Salam Audra..

      Manusia itu akan diuji atas keyakinannya.. suatu masa tu berjanji lautan berapi sanggup direnangi, lalu Allah uji sama ada benarkah kata2nya itu atau gimik semata2 😉

  3. blog ni bagus tapi kan susah nak baca sbb background lg terang dalam tulisan
    saya suka baca info di sini

    1. background tu lambat loading.. bila dah habis loading, insyaAllah mudah baca.. sbb background untuk tulisan tu sebenarnya berwarna putih 😉

  4. assalammualaikum ustaz …

    saya tak tahu nak mula kan cerita mcm mana … fikiran sy tengah buntu … tertekan .. mcm2 lagi ….

    sy perlukan seseorang peguam dan sy ingin bercerita dari hati ke hati….. pada sy ia lebih jelas ….

    jika ada info mana2 peguam syarie yang berada disekitar kuala lumpur ….. sy sanggup bertemu diluar waktu bertugas mereka … utk sy ceritakan suatu kisah yg pd sy amat sukar utk diterima kenyataan ..

    sy buntu … tertekan emosi dan jiwa sy atas perlakuan isteri ….. dan campur tangan keluarganya hingga masjid kami bina runtuh …..

    maaf ustaz sy tk dpt bercerita panjang disini … namun sy mahu keadilan kerana sy dianiaya …..

    sy buntu tak tahu nk minta bantuan dari siapa….. merujuk pada siapa…. sy tertekan perasaan … byk berdiam diri walau bermacam pihak isteri aniaya sy …

    jika ustaz ada info …. bantulah sy … sy perlukan seseorang …… tolonglah ……

    1. waalaikumussalam…

      mungkin saudara boleh cuba dapatkan pandangan dan nasihat daripada peguam ini :

      Nasira Aziz & Co

      PEGUAMBELA DAN PEGUAMCARA
      ADVOCATES & SOLICITORS
      35-2, Jalan Setiawangsa 11A
      Setiawangsa
      54200 Kuala Lumpur
      +60.3.4256.4986 (phone)

      beliau adalah adik ipar mama zharfan (kalau tak silap), seorang blogger juga. mungkin beliau boleh membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme