Mat Saleh Memang Suka La Idea Mengarut Macam Ni!!

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga!!

Khas Untuk Para Gamers!!

Soal Jawab : Ibu Bapa Tidur Sekali Dengan Anak Angkat

Salam…

Ustaz Love menerima komen pertanyaan daripada aqish :

salam ustaz…sy sudah berkahwin dan kini tinggal sekali dgn keluarga mertua.mereka ada mengambil anak angkat lelaki sejak kecil.Masalahnya sehingga sekarang ibu dan ayah mertua masih tidur sebilik dengan anak angkat yang kini sudah akil baligh(sekolah menengah)..sy musykil akan hal ini,Adakah saya juga perlu menutup aurat sepanjang berada di rumah…bantu lah saya ustaz,

Ini kes terlebih curah kasih sayang la ni kot? Kena ingat, makan gula lebih2 sangat pun, bleh dapat kencing manis.. terlebih beri kasih sayang, boleh membawa mudarat masa akan datang.. semuanya kena berpada2.. apatah lagi, perkara ini melibatkan adab dan akhlak yg asasnya telah diajarkan oleh Nabi s.a.w.

Kasih sayang perlu berpandu pada syariat.. Bukan main siram je.. tersilap curah kasih sayang, akhirnya nyawa pun melayang.. kekasih kena kerat telinga la, kena simbah asid la, kes buang anak la.. semua ni akibat tersalah memberi kasih sayang.

Begitu juga dalam hal kekeluargaan.. Sebab itu Nabi s.a.w. dah tunjuk mcm mana cara nak mendidik anak2 ni.. tinggal kita nak ikut ke tak nak je lagi.. Nabi s.a.w. suruh pisahkan tempat tidur anak2 (jika anak2 lelaki dan perempuan tido sebilik) apabila berumur 10 tahun.. sbb 10 tahun ni, kebanyakan anak perempuan dah start masuk alam baligh.. jadi, perubahan fizikal pun dah semakin ketara berbanding masa belum baligh..

Anak2 juga tidak boleh tido dengan ibu bapa sebilik, apatah lagi sekatil… sbb bilik itu adalah tempat aktiviti rahsia ibu bapa yg tidak boleh diketahui oleh anak2.. dan ibu bapa juga selalunya tak menjaga aurat semasa dlm bilik.. jadi, amat memalukan sekiranya anak ternampak bapa berlenggeng pakai spender je, dengan perut berbulu lagi.. ataupun nampak ibu berpakaian tido yg nipis.. Sebab masa tido, mana kita nak tahu, terselak sana sini ke, tangan merayap kat mana2 ke.. semua ini memberi contoh yg tak baik kepada anak2.

Berbalik kepada persoalan tadi, jelaslah perbuatan ibu bapa itu tido sebilik dengan anak angkat adalah perbuatan yg menyalahi syariat.. apatah lagi anak angkat itu sudah baligh.. alangkan anak kandung (yg mahram – tak bleh kawin) pun tak boleh tido sebilik dengan ibu bapa, apatah lagi anak angkat yang bukan mahram.

Sekiranya ibu bapa tahu tentang perkara ini, tetapi mereka buat2 tak tahu, maka mereka telah melakukan dosa.. Sekiranya mereka tak tahu, maka menjadi tanggungjawab saudari aqish untuk memberitahu mereka.. Kalau tak, dengan saudari2 sendiri akan mendapat dosa, iaitu dosa bersubahat. Tahu perkara tersebut menyalahi agama, tapi tak melakukan teguran.

Namun begitu, teguran kepada ibu bapa perlu dibuat dengan hikmah.. jangan main terjah je mcm menegur member atau adik2.. gunakan pendekatan yg terbaik (contohnya bercakap lembut tentang perkara ini dengan ibu, ataupun menjemput pakcik makcik ke datang kat rumah minta mereka menegur dsb.. bergantung atas kreativiti saudari yg tentunya lebih memahami situasi keluarga).

Bab menutup aurat pula, memang saudari kena menutup aurat.. sbb saudara angkat itu adalah bukan mahram dengan saudari.. maka, batas aurat dan pergaulan juga tertakluk pada hukum bukan mahram, iaitu seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Bab ni sebenarnya tanggungjawab ibu bapa untuk membataskannya.. tapi, kalau ibu bapa pun buat tak tahu, saudari cubalah sekadar kemampuan..

Akhir sekali, jangan lupa berdoa agar Allah melembutkan hati ibu bapa untuk menerima kebenaran. Ustaz Love doakan semoga Allah memberikan rahmat dan keberkatan buat saudari dan keluarga.. insyaAllah, aminn..

WA ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

28 Comments

Add a Comment
  1. anak2 me umur 2 tahun & umur 6 thn memang tido sebilik dgn me ..tapi me memang tak buat apa2 benday yg tak sopan dln anak2—mr hubby akan ajak pegi bilik lain time anak2 dh tido :) harap2 nanti me nak letak anak2 me dlm bilik lain ie diaorg tido berdua dlm bilik lain :)

    1. umur 7 tahun dah kira umur mumaiyyiz.. maka ada setahun lagi masa untuk melatih anak2 tido di bilik lain.. selepas tu, baru bleh perlahan2 bagitau anak, bahawa bilik mak ayah adalah kawasan larangan di dalam rumah.. kalau nak masuk kena mintak izin ;)

  2. sy sgt xselesa kalau org lain dtg umah smpai tdo berhari2…yela susah nak pakai tdg la apela…tp tetamu tu kan bwk rezeki…taun nih br sy mula pakai tdg pastu pkai cardigan bila org dtg…pastu ade org tegur sejuk ke dik?perghh…sabau jela…hoho

  3. kalau dengan pakcik belah suami, adakah kita perlu menutup aurat?dan bolehkan bersalam dengan mereka apabila berjumpa? kalau x salam,takot dikatakan kurang ajar.huhu..sori lari topik skit

    1. pakcik belah suami itu dinamakan pakcik sabit.. iaitu disebabkan puan berkahwin dengan suami, maka pakcik kepada suami itu menjadi mahram sementara buat puan.. dikatakan sementara adalah jika bercerai (na’uzubillah), maka pakcik itu menjadi bukan mahram dan boleh dikahwini. Maka, aurat puan dengannya juga adalah sama seperti dengan bukan mahram.. iaitu seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.

      bab bersalam ni, tengok la maslahah.. kalau tak menyambut salam itu boleh mendatangkan kemudaratan yg lebih besar (spt dipulaukan keluarga ke, kena fitnah dsb), maka harus la menyambut salam sekadarnya.. tak perlu la nak lebih2 sampai berpeluk2 cium pipi plak.. itupun jika dihulurkan tangan.. kalau tak, senyum tu lebih baik ;)

  4. Sy slalu tegur suami pasal anak tiri sy masih tidur dengan kami walaupun anak itu sudah akil baligh. Alasan anak itu datang rumah sekali sekala. Apakah alasan terbaik untuk sy berterus terang dgn suami supaya anak tiri tidak tidur bersama kami walaupun hanya untuk sehari..tolong jelaskan..terima kasih ustaz..

    1. Mungkin juga suami nak berkasih sayang dgn anaknya.. tapi anaknya tu lelaki ke pempuan? kalau pempuan, maka haram hukumnya bapa tidur sekali kerana ia bakal mengundang perkara2 yg tak diingini. Sebaiknya, jika anak itu datang, maka sediakan la tempat tidur untuk beliau di bilik yg lain (rasanya sekarang ni dah takde rumah yg cuma ada 1 bilik.. rumah flat pun paling kurang ada 2 bilik). Takde alasan untuk anak tidur sekali dengan bapa, apatah lagi sekatil dengan ibu tirinya.

      1. Salam ustaz..terima kasih sudi memberi penerangan yg jelas kerana sudah berkali2 sy memberitahu suami supaya menyuruh anak lelakinya itu tidur dibilik lain tetapi anaknya memberi alasan takut tido sorang2. Sekurang2 nya sy ada alasan yg kukuh untuk memberitahunya sekarang ini dengan jawapan yg ustaz berikan. Disebabkan terlalu sayangnya bapa kepada si anak maka hukum diketepikan..terima kasih ustaz..

        1. Salam puan lyliese..

          Takkan anak dah akil baligh masih takut tidur sorang2? Kalau mcm tu, suruh je suami dengan anak lelaki tu tido kat luar.. kihkih :D

          1. Salam ustaz..itulah hakikatnya, entah apa yg ditakutkan sy pn tak tahu. Kdg2 serba salah dibuatnya menjd mak tiri ni kerana selalu disalahertikan niat tu. Sy malu dgn anak tiri kerana dia semakin meningkat remaja tp suami tidak memahami. Alhamdullillah berkat nasihat ustaz, suami sudah boleh terima. Terima kasih bnyk2 ustaz..

          2. Salam lyliese..

            Semuanya itu dengan izin Allah.. Allah juga yg beri kefahaman kepada suami puan ;)

  5. Salam ustaz..setuju sgt2 dgn ustaz..sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang..Allah Maha Besar..

    1. Salam puan lyliese..

      Kalau ada apa2 masalah, jangan segan2 mengadu pada Allah.. sbb Allah sangat suka mendengar pengaduan dan permintaan hambaNya ;)

  6. Assalam Ustaz love….saya baru berkahwin lbh kurang 3 bulan.Suami seorang duda beranak 3.Alhamdulillah dia sgt mnyayangi saya dan bertanggungjawab orgnya.Antara saya dan suami boleh memahami cuma ada beberapa perkara terutama dalam mndidik anak2.Jika ank no.2 dan no.3 bolehlah didik dan memang mereka sygkan saya sebagai ibu baru cuma yang berumur 17 tahun sudah agak besar untuk saya menegurnya terutama dalam hal2 kebersihan,tggungjawab dan tentang masalah haid yg kurang diambil tahu tentang kebersihannya.mslhnya sekarang dia seringkali memberi alasan datang bulan bila disuruh ayahnya bersolat.Ayah jarang yg ambil tahu tentang haid tapi sy ibunya tahu tentang haid.sudah 12 hari datang haid agak pelik juga bila diberi alasan datang bulan bila disuruh bersolat.macammana sy hendak menegur anak remaja saya dgn berhemah?

  7. Assalamualaikum..

    Adik ipar lelaki saya dah form 3. tp dia masih tidur bersama ibu mertua saya yang masih sihat. Tapi ayah dia tidur berasingan di bilik lain.saya nak tahu adakah hukum haram atau tidak ustaz.Terima kasih..

    1. Waalaikumussalam Sabrina..

      hukumnya haram atas dasar pencegahan (daripada berlakunya perbuatan sumbang)..

  8. salam. ustaz, sy nak tahu hukum 2 keluarga sudah berkahwin tido sekali dalam 1 bilik hotel tapi lain2 katil. 1 keluarga ad anak, 1 keluarga lagi belum ada anak. walaupon antara mereka muhrim tapi ipar-duai yang lain bukan muhrim.

      1. Assalam ustaz, saya mempunya seorang abg ipar yang telah bercerai dan berkahwin lain dengan janda anak 3.. Masalah sekarang anak tiri yang sulong (perempuan) umur 16 tahun tidur sekali dengan abg ipar & isterinya. Apa hukumnya ustaz?

          1. ASSALAMMUALAIKUM USTAZ..SY ADE PERTANYAAN..SY BERKAHWIN DENGAN DUDA ANK 1..ANAK SUAMI SAYA PEREMPUAN BERUSIA 8 TAHUN..SY BERCADANG UNTUK MANGAMBIL ANAK ANGKAT YANG BARU LAHIR DAN AKAN MENYUSUKAN ANAK TERSEBUT..PERSOALANNYE MACAM MANA AURAT SUAMI SY DAN ANAK TIRI SAYA DENGAN ANAK ANGKAT YANG SY AKAN AMBIL NANTI?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


× seven = 42

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2014 Frontier Theme

Switch to our mobile site