I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Hukum Menggunakan Masker Emas

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada cik Jiejah Gorjes melalui entry ni.. persoalan berkaitan masker emas yang semakin fofular di kalangan penggemar kosmetik kecantikan.. Ada baiknya Ustaz Love petik sikit ayat pertanyaan itu :

Jadi ustad apa kah hukum menggunakan campuran serbuk emas ke dalam produk2 skin care ini haram atau tidak? Sebab apa yg saya terbace mengenai produk2 yang mengandungi emas 24k berbentuk serum berfungsi sebagai anti penuaan. Adakah ini secara tak langsung menyerupai memakai susuk?

Ustaz Love tak pasti sangat pasal produk ni.. sbb Ustaz Love tak pernah cuba.. kalau tanya kat Ustaz Love, bleh pakai ke tak bedak sejuk, insyaAllah, dengan yakin Ustaz Love akan menjawab takde masalah.. sbb masa kecik2 dulu Ustaz Love suka pakai bedak sejuk.. sbb rasa sejuk je muka.. kihkih

Tapi menurut pandangan Ustaz Love, memakai masker emas ni takde masalah.. sama seperti memakai produk kecantikan lain.. sbb istilah anti penuaan tu sendiri tak dapat dibuktikan secara jelas.. Ustaz Love tengok orang2 sekeliling yang dok pakai produk anti penuaan (produk kosmetik lain) takde la nampak muda pun.. berkedut gak muka bila dah sampai masanya ia berkedut.. Mungkin ianya lebih bersifat melambatkan penuaan kulit (kulit boleh cepat menjadi tua dan berkedut bila terdedah dengan benda2 kimia kat persekitaran.. rasanya la kot). Juga, masker emas ini adalah berbeza dengan botox.. kerana suntikan botox ini menyebabkan penggunanya mengalami perubahan yg drastik (dagu jadi panjang, pipi jadi naik ke atas dsb). Maka suntikan botox ini merupakan satu bentuk tadlis (penipuan) dan pengubahan yang tak dibenarkan syariat.

Jika nak dikaitkan dengan susuk pula, perlu diketahui, bahan susuk itu bukan semata2 emas.. ada juga susuk perak, susuk besi, susuk pocong, susuk keramat… kihkih.. dah masuk pengaruh filem plak.. maksudnya di sini, susuk itu bukan semata2 menggunakan emas.. ada jenis2 susuk lain.. dan punca utama susuk ini diharamkan adalah kerana ia terlibat dengan penggunaan sihir (ada jampi mentera tertentu).. dan ia lebih kepada penggunaan jin, yg menjadikan wajah seseorang itu menjadi cantik.. dan bukanlah disebabkan jarum emas itu sendiri..

Kalau tak caya, cuba cucuk sendiri jarum emas tu dalam kulit.. tengok lepas tu.. makin cantik ke, makin huduh? kihkih.. Jadi, secara asasnya, susuk itu haram disebabkan ada unsur2 sihir di situ.. walaupun umur dah tua, tapi muka masih mcm anak dara.. sebaik susuk itu ditanggalkan, maka wajah berubah jadi bentuk asal yg dah tua..

Berbeza dengan masker emas ini.. ia bukanlah jenis susuk (walaupun ia menggunakan emas 24k), kerana sekalipun ia menyerap ke dalam kulit, dan menjadikan wajah licin dan bersinar (contohnya), namun ia tiada menggunakan perantaraan jin dan sihir melalui jampi mentera. Jadi tidaklah boleh dikaitkan masker emas itu dengan susuk emas.

Lagipun pemakaian masker emas ni bukan sekali seumur hidup (mcm susuk) kan? bermakna ianya sama juga mcm kosmetik lain.. kena selalu buat perawatan tersebut.

Cuma dalam bab bertujuan untuk mencantikkan wajah.. bab itu sebenarnya luas untuk dibincangkan.. sbb kalau pakai bedak sejuk dgn tujuan muka cantik dan bleh mengurat jejaka hensem, maka di situ juga nampak niat tu tak betul.. Namun, jika dipakai masker emas atau apa juga produk kosmetik untuk tujuan melicinkan kulit dan mengelak jerawat (sbb jerawat itu satu penyakit), maka ia diharuskan.

Jadi, kesimpulan yang Ustaz Love dapat buat, memakai masker emas hukumnya adalah harus bagi wanita.. tetapi haram bagi lelaki.. kerana lelaki diharamkan memakai emas (menurut maklumat yg Ustaz Love dapat, masker emas ni menyerap ke dalam kulit). Cuma perlu diperhalusi bab niat pemakaian tersebut.. Kalau pakai untuk suami, memang takde masalah.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

24 Comments

Add a Comment
      1. ustaz klaw lelaki memakai produk berasaskan emas bg tujuan untuk mengubati jerawat boleh ke.. dengar kata emas bagus untuk mngecutkan jerawat..

  1. masker emas boleh licinkan kulit ek, boleh buat nampak muda lagi…samalah macam JG, nak beli jugalah hehehe..
    mekasih ustaz, kalau tak ada kesangsian, barulah boleh pakai dengan senang hati kan? tapi belum pernah dengar pagi ada masker emas ni

    1. Ustaz Love main agak2 je dia punya kelebihan.. hehe.. kena rujuk kat dia punya pakar gak.. mana tau kot2 kalau kulit tak sesuai, bleh tambah lagi kedut πŸ˜€

  2. owwww..ada rupaya masker emas ni ya…..(nampak sgt kakjem ni duduk kat pelosok negeri….almaklumlah kakjem kan org kg.x tau bab2 ni…huhuhu)hehhehe

    1. emas bukan setakat untuk sapu je.. bahkan boleh dimakan juga.. macam produk Gamat Emas.. kihkih

    1. Nampaknya, Ustaz Love lebih mendahului daripada para wanita tentang produk kecantikan ni.. walaupun Ustaz Love seorang lelaki tulen.. kihkih πŸ˜€

  3. Saya pun pakai produk skincare yang ader kandungan emas 24k. Suami yang belikan. Tak de pulak rasa was2. Tapi lepas penerangan ustaz ni saya dah faham.., segala apa yang kita pakai mesti dengan niat yang baik. Terima kasih ustaz.

  4. akk pakai juga krim yg ada kandungan emas 24k. tak terpk plak halal haramnya. terimakasih pd yg empunya soklan dan penerangan ustaz

  5. Heheheh… Sambil audra membaca artikel usta love ni…audra tersenyum je sampei hbis baca hahah… lucu juga ustaz love ni ye hahaha… Apa pun pakailah produk2 yang hala ok…

    1. hehe.. Ustaz Love ni memang kelakar.. dah la kelakar… (malas la nak sambung ayat seterusnya).. kihkih

      1. Yang itu kosmetik berserbuk emas. Yang encik bincankan ni masker emas. Dua benda yang berbeza.

        Kosmetik berserbuk emas macam set pencuci muka yang banyak dipasaran sekarang ni.

        Tak sama dengan masker emas. Ini yang dikatakan masker emas >> https://www.youtube.com/watch?v=WlpsICWhrFA

        Mohon teliti dan fahami dulu sebelum meletakkan sesuatu hukum. Sekadar memberi pendangan.

        1. Sebab saya dah buat penelitian lah, maka saya berani memberikan pandangan. Tak kira serbuk atau kepingan emas mahupun ketul emas sekalipun, ‘ibrah dan qiasnya tetap sama spt dalam perbincangan di web ustaz zaharuddin itu. Ia bukan susuk dan bukan sesuatu yang diharamkan secara asalnya, melainkan ada ‘illah lain yang menukar hukumnya. Sama kaedahnya seperti menggunakan mekap yang biasa pun. Asalnya adalah harus, tetapi boleh menjadi haram jika dipakai untuk tujuan mempamerkan kecantikan kepada bukan mahram.

          Btw, saya sendiri kurang faham apakah asasnya yg tuan katakan sebagai haram? Kalau diperhatikan pada video UAI yg tuan berikan sebelum ini, video yang pertama jelas sekali UAI memberikan pandangan haram disebabkan dgn tujuan nak mempertontonkan kecantikan kepada bukan mahram, bermakna hukumnya adalah hukum mendatang dan bukan asal yg haram.

          Manakala dalam video kedua, jelas juga UAI menyatakan bahawa emas yang masuk ke dalam kulit spt masker dan timbul kembali warna keemasan itu, pengharamannya khusus untuk lelaki, melainkan kalau pencuci atau serbuk emas yang tidak masuk ke dalam kulit (ini pun hukum khusus untuk lelaki). Hukum untuk wanita adalah emas harus dipakai tanpa keraguan.

          Adapun susuk emas yg dilarang itu, bukan disebabkan ia diperbuat drp emas, sebaliknya ia haram disebabkan susuk. Maka, tak kira la pakai susuk perak ke, susuk besi ke, susuk berlian dsb, maka haramnya adalah disebabkan ia susuk. Sedangkan masker itu bukan susuk.

          Harap tuan lebih berhati2 dalam mencedok sumber. WA

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme