Taksub Dengan Bola Tak Perlu Sampai Macam Ni!!

Kisah Ramadhan Yang Sungguh Menyayat Hati!!

Kenangan World Cup Yang Tak Mungkin Dilupakan!!

Soal Jawab : Hukum Melancap / Onani

Salam…

Ustaz Love menerima 2 pertanyaan :

salam ustz nk tanya sikit apa hukumnya melancap….
terutama bg lelaki…dn kalau smpai thap ketagih, kemaruk melancap thap gaban …bagaimna cara2 nk mengubatinya
harap2 ustz dpt mmbuat satu entry berkenaan isu ini,,,plizzzz
…..bujang sangap…….

salam ustz sy nk tanya sikit …apa hukumnya melancap
kalau da smpai thap ketagih gila melancap
bagaimana nk mengubatinya…

harap ustaz dpt buat satu entry berkenaan isu ini..
plizzzzz

Kedua2nya daripada seseorang yang menamakan diri sebagai “bujang sangap”.. nampaknya, masalah ni dah agak teruk.. sampai ke tahap ketagih, ketagih gaban dan ketagih gila.. kalau dalam kaedah bahasa Arab ni, dinamakan ayat taukid (ayat penekanan).. hehe

Hukum melancap / onani adalah perbuatan yang haram menurut jumhur (kebanyakan) ulamak dan juga mazhab Syafie. Tak kira sama ada lelaki mahupun perempuan, perbuatan melakukan onani ini adalah suatu perbuatan yang ditegah di sisi agama.

Tapi, cukupkah dengan mengetahui hukumnya haram, maka seseorang yg dah sampai ke tahap ketagih gaban atau ketagih Kamen Rider, berubah 360^ kepada tidak melakukan onani? Sudah tentu ianya agak payah.. kerana ketagihan onani ini merupakan suatu masalah psikologi. Kalau orang yg takde masalah, tak terasa pun nak onani ni.. macam merokok gak la.. walaupun Majlis Fatwa dah lama keluarkan hukum haramnya merokok, bagi perokok2 tegar, memang susah nak ikut.. ini agak sukar difahami bagi mereka2 yg tak pernah merokok.. inilah masalah ketagihan..

Cuma, kalau nak mengubati sesuatu penyakit / masalah itu, kena cari dulu apa punca masalah tu.. Kebanyakan masalah pengonani tegar (ni istilah rekaan Ustaz Love) ini berpunca daripada kekerapan mereka melihat video2 dan laman2 web lucah.. tak kira la jabatan kerajaan ke, jabatan agama ke.. dah namanya manusia.. bila melihat video2 lucah ni, maka nafsu akan terangsang.. bila dah terangsang, takde tempat plak nak melampiaskan nafsu.. maka dalam bilik mandi la mereka bermain sabun (onani).

Ada yang lebih teruk lagi, sampai berzina dgn rakan pejabat, sumbang mahram dsb.. Ini berpunca daripada gejala menonton filem2 lucah yg kini cuma di hujung jari saja.

Jika ini punca masalah, maka jauhilah punca ini.. Kalau terasa nak bertenet, usung la laptop duduk depan mak ayah.. kalau tak, jangan dekat pun dengan laptop.. sibukkan diri dengan kerja2 lain (kalau Ustaz Love sebut suh sibukkan diri dengan ibadah, nampak mcm warak sangat plak.. walaupun itulah yg sebaiknya).. amalkan gaya hidup sihat.. bangun awal pagi, bersenam, angkat besi, berenang, berlari, jagalah makan serta kesihatan diri (ayat ni Ustaz Love amik daripada lagu ni.. ada sapa2 ingat?).. tidur awal, jangan tidur lambat.. sbb tido lambat ini boleh menyebabkan otak jadi tak berapa waras.. mata dah mengantuk, tapi tahankan jugak.. terus syaitan bagi idea suh tengok video lucah supaya mata jadi segar..

Kemudian, jangan duduk sorang2 dalam bilik.. banyakkan masa dengan keluarga ke, tebas rumput ke, cangkul tanah ke, tanam ayam ke.. bila badan sihat ni, biasanya otak akan cergas.. bila otak dah cergas, insyaAllah, pemikiran kita akan menjadi lebih positif dan lebih waras dalam membuat penilaian.. lagi baik keluarkan peluh daripada keluar mani.. sbb keluar peluh, badan sihat, sedangkan keluar mani (secara paksaan), badan jadi lemah.

Kesan jangka panjang pula, boleh menyebabkan mati pucuk (penyakit yg paling ditakuti oleh lelaki berbanding barah buah dada).. malah boleh menyebabkan penyakit tak bleh tahan kencing.. tau2 je seluar dah basah.. kan dah menyusahkan diri..

Kalau mampu, berpuasa la.. kalau tak tahan nak puasa pun, kurang2kan la makan.. sbb makan banyak ni menyebabkan badan jadi malas.. bila malas, kita dah tak cergas.. bila tak cergas, asyik duduk je depan laptop / tv, maka akan datang la idea nak tengok video lucah.. lepas tu tak tahan, datang balik penyakit nak melancap tu.

Kalau dah sampai tahap berkahwin, maka kahwinlah.. bagitau je kat mak ayah dah berdenyut2 nak kahwin.. insyaAllah mak ayah akan uruskan.. tapi jangan la suruh mak ayah tanggung belanja kahwin plak.. memang kena maki je la jawabnya.. dia nak nikah, mak ayah plak yg kena susah payah keluar duit.. kihkih

Jadi, pendek kata, kalau tak mampu nikah dan tak mampu nak puasa, sibukkan la diri dengan aktiviti2 fizikal dan banyakkan masa bersosial (bukan gejala sosial ni.. maksudnya, banyakkan bergaul.. sbb bila dah ramai, insyaAllah, terpelihara diri kita daripada keinginan nak melakukan onani ni..). Tapi pilih2 la jugak kawan nak bersosial tu.. jangan la pilih kawan2 yg sama2 kaki melancap.. memang akhirnya akan menuju ke arah tu juga.. tambah teruk lagi, sama2 tengok video lucah dan melancap plak secara berjemaah.

Dan yang paling penting sekali, kena banyakkan berdoa pada Allah terutama pada waktu2 mustajab (1/3 akhir malam contohnya).. Doa sungguh2 pada Allah selepas solat taubat.. minta Allah tetapkan hati kita atas jalan yg benar, dan menjauhkan diri kita daripada perbuatan maksiat yg pernah kita lakukan. InsyaAllah, doa kita pasti akan dikabulkan.

Ustaz Love doakan semoga Allah menyembuhkan penyakit bujang sangap dan siapa saja yg masih terlibat dengan gejala tak sihat ni.. insyaAllah, amin..

WA ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

58 Comments

Add a Comment
  1. ikut perasaan dan nafsu mmg sangap.. otak xde hala tuju lain bertambah lah sangap. bawak2 lah diri tu ambil angin di luar.. fikirkan perkara2 lain yg lebih bermanfaat. jalankan sendi dgn aktiviti yg bukan memudaratkan..

    1. sama2 la kita berdoa agar kita dan beliau diberikan kekuatan untuk kekal dalam amal kebaikan, dan dijauhkan daripada perbuatan2 maksiat dan kejahatan ;)

    1. bila dah tua nanti, lagi macam2 yg kita dengar.. inilah namanya pengetahuan melalui pengalaman.. hehe :D

  2. ustaz, melancap maksud perbuatan mengeluarkan air mani dgn sendirikan..btol ke? Tp jika isteri dalam haid dan suami nak sgt2, boleh x si isteri buat menggunakan tangan atau ape2 yg boleh meredakan “kegersangan” si suami ..dan sebaliknya..

    1. boleh.. takde masalah.. tapi sebaiknya suami berpuasa supaya nafsu yg gersang itu dapat dikurangkan.. takut2, isteri sentuh je, terus nak lajak.. akhirnya terbuat seks haram (seks semasa haid).. ataupun kalau mampu, nikah la satu lagi.. hehe :D

  3. sokong pendapat ustaz..

    kalau dah mampu, ada calon, segeralah kawen.

    kalau belum mampu, berpuasalah..

    sibukkan diri dengan mcm2 aktiviti..bila dah sibuk, memang takde masa nak fikir benda2 tu..

    jauhkan diri dari punca2 yg mendorong perbuatan tsb..

    kesian saudara kita ni…semoga dipermudahkan ketemu jodoh..

  4. Sebenarnye pun sy rase org yg kuat mlancap nih kuat nafsu laa .. kalo camtu, kene laa kawen cpat .. xpon berpuase …

    1. kadang2, ia juga berpunca daripada masalah psikologi.. walaupun dah ada isteri, tapi tabiat lama masih diulangi ;)

  5. saya seorang pelajar ipt.saya tahu perbuatan melancap itu haram tapi saya tak dapat nk kawal nafsu.setiap kali saya melancap pasti saya akan rasa menyesal dan risau akan risiko akan datang.selain itu saya juga takut Allah tidak redha dan berkati segala apa yg saya lakukan selepas ni.tambahan pula saya seorang pelajar saya takut ia akan jejas pembelajaran saya.

    saya pernah solat taubat dan berjanji takkan ulang perkara ni.tapi saya masih lg melakukannya selepas beberapa minggu melakukan solat taubat tersebut.

    jadi ustaz apa nasihat ustaz dan pandangan ustaz berkenaan ini.bagaimana saya hendak berhenti melancap dan boleh kawal nafsu saya.?

    1. solat taubat itu belum tentu lagi akan menghindarkan kita daripada melakukan perbuatan dosa.. ia adalah amalan yg lahir daripada keinginan dan azam kita untuk bertaubat, serta penyesalan kita terhadap maksiat yg dilakukan.. bila menyesal, kemudian berazam dan berjanji tidak akan melakukan perkara itu lagi, maka kita akan sentiasa mencari jalan untuk mengelakkannya. cara yang terbaik adalah dengan menyibukkan diri dengan aktiviti berjemaah dan kurangkan bersendirian kecuali bila dah betul2 mengantuk dan nak tido. Letihkan badan dengan aktiviti fizikal yang mengeluarkan peluh.. dan banyakkan melakukan puasa sunat, kerana nafsu itu selalu memuncak bila perut kenyang.. takde orang yg akan ghairah time2 lapar.. ;)

  6. salam ustaz…..saya nak tanya….sebelum mandi hadas….saya terlebih dahulu bersyampu….bertujuan nak bersihkan kepala dari kelemumur,sebab banyak kelemumur. Kemudian terus je mandi hadas dan solat. selesai solat….saya selak rambut depan cermin….dan nampak ada lagi kelemumur yang melekat di bahagian kepala. sah ke mandi hadas saya??? sedangkan saya dah cuci dengan bersungguh-sungguh?

  7. salam ustaz………sy pelajar ipta…..masalah sy ialah apabila balik je rumah dan duk sorang2 maka nafsu utk buat bende2 maksiat menjadi ghairah…..sy bukan memuaskn nafsu sampai dgn mggunakn sabun tp hanya tengok video yang terangsang saja hingga basah…..pastu rase menyesal tp masalahnye perlu mandi wajib ke….sy tahu ini adalah dose..mintk penjelasan

    1. salam insan FBL..

      tak perlu mandi wajib.. sbb terangsang yg disebabkan melihat video lucah hanya menyebabkan keluar mazi.. air mazi ini najis, tapi tidak perlu mandi untuk menyucikannya.. cukup dgn membasuh bersih2..

      punca masalah dah tahu dah (iaitu duduk sorang2 sehingga rasa nak buat maksiat dan tgk video lucah).. maka, elakkan la duduk sorang2.. duduk la dengan kucing ke, gi umah jiran ke, lepak kedai kopi ke.. bila family dah balik dah, maka baru la masuk balik dalam rumah.. selagi takde orang dalam rumah, jangan masuk rumah :D

      1. terima kasih ustaz…………tp sy bimbang sb perkare ni dh lame sy tinggal tp ekoran kecewa ngan result exam baru ni sy jd lemah dan kembali buat dose lame……….adakah Allah masih terima taubat saya……..sb perkare ni sejak akhir2 ini makin tercabar kekuatan sy utk melawan….doakn hamba ini ustaz

        1. saya jugak takut sb saya jugak diberi amanah memegang jwtn yg dihormati orag di sekeliling…….takut dose ini akan menybabkn organisasi dakwah sy tidk dberkati…………….rase bersalah kpd mak ayah jgak ade sb di rumah mrk sentiase ikut sy sbg imam pabila kami solat bersame..rase mcm x tolak je tp tidak mahu mrk berperansangka lain sy terpakse jgak…….mohon solusi jgak ustaz sb sy malu utk meluahkan kpd mane2 orang termasuk shbt yang akrab sb ni aib sy….

        2. jangan putus asa dan sentiasa bersangka baik dengan Allah.. insyaAllah, Allah akan menerima taubat hambaNya tak kira berapa banyak kesalahan dilakukannya, atau sebesar mana pun dosa yang dibuat.. kerana keampunan Allah itu lebih besar ;)

          1. terima kasih ustaz………..mudahan Allah swt menunjukan sy jalan keluar dari masalah ini………..(mohon bimbingan)

  8. Nak tnye sikit, adakah lelaki / perempuan klau wat onani dan tgok video lucah atau kdg2 trfikir benda lucah smpai kluar lendir / basah kne mandi wajib? sbb sy ada rkn yg pernh bercerita dgn sy tntang prkara ni. Minta penjelasan ustaz..

    1. Kalu lendir yg keluar itu adalah mani, maka wajib mandi jika nak solat..tak kira la dia keluar melalui jalan onani ke, tgk video ke, mimpi basah ke dsb. Kalu lendir itu air mazi, maka tak perlu mandi wajib kalu nk solat..

      1. salam..ustaz saya nk tye tp rasa malu sgt..saya perlukan kepastian sebelum saya mati..saya pernah melakukan hubungan seks dgn teman lelaki saya..dan saya telah insaf xnk buat lg,, saya perlu mndi hadas atau mndi junub?

        1. Ya, anda perlu mandi wajib. Wajib mandi wajib selepas bersetubuh, tidak kira bersetubuh secara Halal atau Haram. Harap anda dapat bertaubat, insya-Allah pintu taubat Allah sentiasa terbuka..

  9. assalamualikum ustaz, saya seorang wanita, dan saya bejinak dgn perkara di atas sejak saya darjah 6,tiada siapa pun yg tahu ustaz…semenjak 2 3 tahun ni,saya sedar dan mencari solusi untuk perkara ini kerana saya takutkan akibatnya di dnia mahupun di akhirat,tapi ustz, setiap kali saya bertaubat setiap kali itu saya gagal, terknya saya ustaz,saya malu dekat Allah ustaz,hidup saya Allah permudah, tapi saya gagal untuk melawan nafsu ustz,sya terfikir untk brkhwin ustaz,tapi,ustz adkah org yg akan terima org mcm saya….saya harap ustaz dapat membantu saya dlm mencari solusi utk berubah sesungguhnya,harap ustaz sudi membantu saya, terima kasih,wslm

    1. Saya hanya nk bg pendapat.. yg elok boleh la ambil..
      Bagi saya bg kes mcm cik adik ni.. eloklah berusaha mencari pasangan yg sesuai untuk berkahwin… bukan mencari pasangan untuk bercinta.. kerana takutkan kalau2 percintaan tersebut boleh jerumus ke lembah perzinaan… stiap lelaki dan wanita pasti ada walau sdikit perasaan “Ingin memiliki, Dan ingin dimiliki”
      So berhati2lah dalam permainan syaitan.. Carilah pasangan yg mmg niatnya juga ingin berkahwin..
      Allah telah janjikan.. Stiap yg hidup ada pasangannya.. InsyaAllah.. berusaha dan bertawakallah selalu… Wallahhualam..

  10. Assalamualaikum,

    Bagi saya hukum onani ini HARAM secara mutlak dan onani adalah dosa besar adalah kurang kuat. Qaul Ibn Abbas (Sahabat yang alim) membenarkan lelaki beronani tanpa sebarang sharat.

    Rujuk: Musannaf Abderrazzaq, Kitab at-Talaq.

    Apa komen ustaz….

    1. komen Ustaz Love adalah seperti di awal entry iaitu ianya haram menurut jumhur ulamak. ia bukanlah haram secara mutlak (sebab tiada ijmak atas keharaman mahupun keharusannya).

      1. Maksud saya disini pendapat Jumhur/Mazhab Shafie dsb perlu dinilai semula secara konfrehensif dari sudut fiqh dan sains. Allahualam…

        1. dah namanya pendapat / ijtihad.. jika saudara ada ijtihad sendiri, silakan.. sbb ijtihad tidak akan membatalkan ijtihad..

  11. ustz, sy nk tnya apa hukumnya isteri ada hubungan cinta dengan seorang usatz yg baru balik dari mesir? sy pergi krja tp isteri pergi keluar dengan ustaz tu…sy pun pelik, ustaz tu dahlh tak hensem, buruk, naik motor je dan tak berharta..tp mcmana isteri sy blhjatuh hati dengan dia…sy takut ustaz tu ada main sihir sbb isteri sy kata ustaz tu prnah calitkan minyak wangi dan minta gambar serta barang pakai isteri sy..tlg ustaz respon isu ni…sy pening kpala pikir..

  12. Assalam ustaz…
    Saya dah berkahwin dan masih merancang keluarga…
    Saya melakukan hubungan bersama isteri tanpa menggunakan kondom (sekali skala guna juga.. tapi nk beli selalu agak mahal.. hehe)
    Persoalan saya.. selepas isteri saya dah mencapai klimaks hingga beberapa kali.. giliran saya utk klimaks saya berhenti dan melakukan onani utk mencapai kemuncak tersebut.. dimana istilah yg org sering gunakan sbagai “Tarik Handbrake” maaf kalau ada kesilapan.. hehe…
    bagaimana HUKUM tersebut pula ustaz? konpius ni… ia dikira hbungan bersama isteri atau jatuh hukum haran juga? Mohon penjelasan secara detail…

    Sekian..

    P/s : Maaf kepada pembaca2 yg masih muda… saya agak terus terang dalam mengajukan soalan.. Sama2 lah kita menimba ilmu.. :)

    1. Pada pandangan Ustaz Love, ia tak termasuk dlm kategori onani.. sbb penggunaan tangan itu bukan merangsang daripada awal.. sebaliknya dirangsang oleh persetubuhan.. cuma dikeluarkan saat2 akhir nak klimaks.

      WA

  13. Salam Ustaz

    Sejak kecil lagi, saya pernah melakukan onani. Kerana saya masih kecil, saya tidak kenal bahawa ianya berdosa. Apabila saya membesar, saya masih melakukan perkara tersebut walaupun saya tahu ianya berdosa dan kemudian saya bertaubat kepada Allah s.w.t.

    Masalah nya ustaz (dan kerana ianya memalukan, saya tidak dapat menulis cerita nya di sini) saya tergoda oleh syaitan dan melampui batas saya pada suatu ketika di zaman persekolahan. Itupun saya dipaksa melakukannya oleh mahram saya.

    Kini saya sudah berumur 25 tahun dan beberapa tahun lepas telah beribadah di Madinah. Saya ada berdoa dan bertaubat dengan Allah s.w.t dan saya memaafkan mahram saya atas apa yang telah berlaku diantara kami dan sudah lama tidak melakukan lagi.

    Namun beronani itu masih bersama saya. Setiap kali saya selalu menjauhkan diri daripada pergaulan bebas and berzina. Tetapi selalu saya melepaskan tekanan dengan beronani.

    Soalan saya kepada ustaz ialah:

    1) Adakah haram niat saya untuk beronani?

    2) Bagaimanakah saya dapat melupakan dosa-dosa saya? Walaupun sudah bertaubat, apabila saya memikirkan dosa lama saya, saya berasa sedih and menyesal.

    3) Tambah-tambah lagi saya belum berkahwin dan saya malu untuk bergaul dengan wanita lain apabila teringat akan masalah lama saya. Saya rasa seperti saya akan menipu seseorang itu untuk mengahwini saya. Apakah hukumnya untuk saya berkongsi masalah saya kepada orang yang akan berkahwin dengan saya, ustaz?

    4) Bagaimanakah saya dapat berhubung balik dengan mahram saya yang mmemaksa saya melakukan semua itu, ustaz?

    Kalau ustaz dapat menjawab soalan-soalan saya ini ada tenanglah saya sebagai seorang lelaki yang jujur ustaz.

    1. 1) Niat tidak ada kaitan dengan perbuatan onani.. kerana onani itu sendiri adalah haram.

      2) Bertaubat bersungguh2 dan diikuti dengan memperbanyakkan amal kebaikan spt solat sunat, membaca al-Quran, zikir, doa, bersedekah dsb.

      3) Seseorang yg telah bertaubat perlu menyimpan dan menutup aibnya daripada pengetahuan orang lain hatta dengan bakal isterinya. Saudara mungkin boleh dapatkan bantuan orang yg amanah untuk diceritakan masalah tersebut spt kaunselor, imam masjid dsb.. insyaAllah, saudara akan tenang sikit dan dapat manfaat nasihat daripada mereka.

      4) Sekiranya dengan menyambung kembali perhubungan itu, saudara dan beliau dapat bermaafan serta melupakan kisah lalu, itu yg terbaik. Sebaliknya jika dengan berhubungan kembali itu menyebabkan saudara kembali terjebak dengan perbuatan silam, maka sebaiknya dijauhkan.

      WA

  14. as salam
    saya student uitm walau post ni dah lama, susahnya nak berhenti. bagaimana saya nk brhenti sedangkan sekeliling saya gadis2 yang menjolokan mata, iman dahla setebal kulit bawang. saya dah buntu. sangat mudah untuk syaitan mempermainkan saya.bila la dapat merasa kemanisan iman. tension plak kadang2. sampai pernah tumbk dinding buntu fikir cara nak berhenti. :(

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Ustaz Love Menulis... © 2014 Frontier Theme

Switch to our mobile site