I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Hantu Boleh Dibunuh

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada karkunah :

salam ustaz..blh ke makhluk halus ni(jin,syaitan,iblis,bunian dsb..) dibunuh?saya ada terbaca dalam sebuah blog baru ni..mohon penjelasan lanjut

Sayangnya, link blog yang dikatakan menceritakan tentang perkara ini tak diberikan.. Jadi, tak dapat la Ustaz Love nak baca apa isi kandungannya.. kot2 ada cerita cara nak bunuh ke, peralatan pembunuhan ke dsb.

Sejujurnya, Ustaz Love tak pernah membunuh makhluk halus ni.. alangkan makhluk halus yg zahir (spt nyamuk dan semut) pun tak termampu nak membunuhnya, apatah lagi makhluk halus versi hantu syaitan ni.. mau terkencing dulu sebelum dapat membunuhnya.. kihkih..

Tapi, persoalan di atas takde kaitan pun dengan kebolehan atau ketakbolehan Ustaz Love membunuh makhluk halus, sebaliknya, pertanyaannya jelas.. adakah makhluk halus boleh dibunuh? Saje je Ustaz Love kasi konar sana sini sikit.. baru la nampak panjang sket entry ni.. kihkih

Setakat pengetahuan Ustaz Love, makhluk2 halus ini boleh dibunuh. Sama seperti manusia, mereka juga punya hayatnya yang tersendiri (walaupun mungkin jangka hayat jin ini lebih panjang). Seperti mana manusia boleh membunuh makhluk halus ini, begitu jugalah makhluk halus itu boleh membunuh manusia.. Amacam.. takut tak?

Kisah pembunuhan jin dan pembunuhan jin oleh manusia ini diceritakan dalam satu hadis sahih tentang seorang pemuda Ansar yang membunuh seekor jin yang menyerupai ular hitam. Sebaik saja jin tu dibunuh, maka anak beranak jin tu telah datang membalas dendam dan membunuh pemuda tersebut.

Mafhum daripada hadis ini, manusia boleh membunuh jin, jin juga boleh membunuh manusia. Tapi manusia cuma boleh membunuh jin yang bukan dalam bentuk asal.. spt jin yang menyerupai ular hitam ke, anjing hitam ke, kala jengking dan binatang2 berbisa.. Sbb itu kita dianjurkan apabila bertemu dengan benda2 hitam ni untuk memberi amaran dan menghalau mereka 3 kali.. dengan syarat, kat tangan kita pun dah ada senjata la (senapang ke, parang ke, ketip kuku ke).. jangan dok bagi amaran, tiba2 kena serang..

Jika dah 3 kali halau tak nak keluar gak, maka boleh la bunuh binatang2 tu.. takpun panggil bomba ke.. kalau setakat kala jengking sekor tu, takyah la menggatal nak panggil bomba plak..

Kalau jin itu masih dalam bentuk asalnya, maka kemungkinan untuk membunuhnya adalah hampir mustahil.. sbb jin itu lain sifatnya berbanding manusia.. cuma sejauh mana ianya boleh dihapuskan dengan ayat2 al-Quran, jampi2 dsb agak sukar dibuktikan.. sbb tak dapat nak ditentukan dengan adanya mayat jin ke, kubur jin ke..

Dan manusia juga boleh disakiti atau dibunuh oleh makhluk halus ini. Kalaulah takde malaikat penjaga manusia, nescaya jin2 ni boleh mengganggu dan menyakiti manusia sewenang2nya. Contohnya melalui kaedah rasukan ke dalam badan manusia lain.. menyebabkan manusia tu hilang akal dan melakukan pembunuhan.

Manusia hanya terselamat selagi mana tidak terlibat dalam unsur2 yang berkaitan jin ini.. bukan berhenti setakat tu saja.. manusia itu juga merupakan seorang yang dekat dengan Allah (mempunyai iman dan taqwa yg tinggi.. serta banyak beramal). Tapi, kalau Allah nak uji, maka manusia beriman ini juga tak dapat lari daripada menerima ujian Allah. Seperti mana yg berlaku kepada seorang ulamak besar India yang disihir sampai badannya kurus kering (tak pasti sama ada masih hidup atau telah meninggal).

Cukuplah setakat itu.. tak perlu la kita mencari2 cara nak membunuh jin ke dsb.. sbb dunia kita dengan dunia mereka adalah berbeza.. adalah lebih baik kita mendekatkan diri dengan Allah, kerana Allah itu adalah Tuhan kepada jin dan Tuhan kepada manusia. Minta saja perlindungan daripada Allah.. insyaAllah, Allah akan melindungi kita dan keluarga kita daripada gangguan jin dan syaitan.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 Comments

Add a Comment
  1. Salam Ustaz…

    saya ingin tahu apakah ayat al quran atau surah2 yg boleh menangkis gangguan jin mahupun syaitan…. saya ingin tahu kerana saya kerap di ganggu semasa saya mahu tidur… sering kali saya berasa ditindih sambil terdengar suara yg mengilai2…

    1. Saya pon mengalami masalah yg sama dgn Mohd Asri..terutama kalau time nak tido semula selepas selesai solat tahajjud tu..Mohon caranya jugak. tq

      1. amalkan baca 3 Qul (al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas), tiup kat tapak tangan, sapukan ke seluruh tubuh.. buat 3x.. insyaAllah πŸ˜‰

    2. Salam Mohd Asri..

      amalkan baca 3 Qul (al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas), tiup kat tapak tangan, sapukan ke seluruh tubuh.. buat 3x.. insyaAllah πŸ˜‰

      1. sebelum tido sy mmg amalkan bc surah2 tu. tambah lg 1 Qul (surah al-kafiruun) + Ayat Al- Kursi dan berzikir sampai tetido..tapi kena jugak mcm tu..kalau tido awl tak kena la..tido selepas tahajjud je kena.sabo je la ustaz.tq ye

          1. insyaAllah.. kalau berjaya pun, dengan izin Allah.. kalau tak berjaya pun, sbb Allah tak izin πŸ˜‰

    1. hantu adalah sebutan bagi jin yang menzahirkan penampakan dirinya pada manusia dengan tujuan-tujuan tertentu…

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme