I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Cinta 4 Segi

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada suzie :

salam ustaz…..
sy mpyai msalah brcinta dgan suami org…
pd awal prknalan sy x tau yg K sdah brkwin.hinga lah hbgan kami stgah thn bru sy dpt tau yg K sdah brkwin 2 pun dri pd kwn K… x lama lpas 2 isterinya dpt tau hbgan kami brmcn dgaan yg sy alami maki hmum sgala bgai….hingga la sy blik kg tggal di kg…slpas 2 bln isteri K dpt trima.sy brjmpa gan isterinya sgalanya ok mrstui hbgan kami.adik bradik K bleh trima sy cuma mak n ayah K jer blom sy jpa…..isteri n ank K sdah jpa family sy cerita hal yg sbnarnya n trima sy.
tpi msalah lain plak yg tbul K ada prpuan lain mkin ni lah blsannya abil hak org…..siap prpuan 2 bg duit kat K.sbb K nk buka bisnes.isteri k n sy prnah jpa prpuan 2 bincang hal ni tpi jwap dia x der ape2 sdangkan prpuan 2 call K 24jam sms syg sgala bgai.prnah prpuan 2 sruh K ceraikan isteri K……….skrg ni sy btul2 x tau per lg sy nk buat nk di lpaskan syg dah brbgai sy lakukan nk lupakan K tpi ttap x bleh.dah byak kali sy cuba cari laki lain tpi ttap x bleh jgk……….

Ini kes cinta 4 segi ni.. dah macam tin biskut rupanya..

Sebenarnya, memang susah bila bernikah dengan suami orang ni.. mana nak menahan rasa cemburu lagi, mana nak tahan perasaan akibat sikap suami lagi.. itu belum masuk kes dengan madu.. keluarga madu.. keluarga mertua.. memang kena bertelinga tebal (bukan telinga besar.. itu telinga gajah).. kalau tak, memang susah nak kekalkan kebahagiaan.

Tapi, Ustaz Love respek dengan isteri pertama beliau itu.. dah macam isteri pertama Ustaz Shauki dah.. kihkih.. sanggup beliau menahan perasaannya dan merestui hubungan suaminya dengan saudari.. bukan mudah seorang wanita nak buat macam tu.. Jadi, satu masalah dah selesai.

Namun, yg menjadi punca masalah ini bukanlah sikap bakal madu itu, sebaliknya yg menjadi punca segala keserabutan itu adalah lelaki itu sendiri (macam Ustaz Shauki gak.. kihkih). Masalah lama tak selesai, ditambah pula masalah baru. Situasi sekarang ni, apa yg berlaku, bukan setakat hubungan saudari yang tak tahu apa kesudahannya, bahkan hubungan lelaki itu dengan isterinya sendiri dah tentu agak tegang.

Pada pandangan Ustaz Love, masalah ni bukan masalah kecik2 yg boleh diselesaikan dengan sekali petik jari, atau dengan sekelip mata.. Sebab masalah ni dah berangkai2.. kita nak selesaikan part yg ni, part yg itu plak bermasalah.. mcm kebocoran gas la.. tutup yg sini, yg sana pun bocor.. kita berkejar ke sana-sini nak cuba tutup.. akhirnya.. kebabooommmm.. meletup.. dengan kita2 skali terkorban.. sungguh sadis sekali.. (T -T)

Maka, adalah lebih baik saudari mengambil keputusan berundur diri.. jangan libatkan diri dalam masalah seperti ini.. Ini belum kahwin lagi.. buatnya esok dah kahwin, si Ustaz Shauki (gelaran yg Ustaz Love bagi untuk lelaki itu) ni buat perangai nak main perempuan lain, lagi la kesian kat saudari.. bleh makan hati ayam berulam jantung pisang..

Memang susah nak membina sesuatu perhubungan.. tetapi lagi susah sebenarnya nak memutuskan sesuatu perhubungan yang telah terjalin.. sbb ia akan melibatkan perasaan dan hati.. luka di jari, boleh dibalut.. walaupun parutnya kadang2 tak hilang, tapi sakitnya itu akan sembuh.. berbanding hati yg terguris, walaupun parutnya tak nampak, tapi kesakitannya akan terbawa2 sampai ke tua (cewahh)..

Tapi, saudari kena buat keputusan muktamad.. sbb ia bakal melibatkan masa depan saudari sendiri.. semuanya terpulang pada saudari.. sama ada masih nak terikat kaki pada tiang dan tak bleh nak terus maju ke hadapan, ataupun putuskan saja tali itu.. agar saudari boleh mencipta harapan yang lain.

Jangan takut untuk mencantas dahan pokok.. kerana tunas baru pasti akan tumbuh dan bercambah menjadi dahan baru yg lebih kuat dan segar.. daripada saudari membiarkan dahan ini mereput dan membusuk, akhirnya penyakit itu bakal menjangkiti batang dan akar yg akhirnya menyebabkan kematian sebatang pokok yg berwawasan.. adoiii.. apa Ustaz Love tulis ni? kihkih..

Yang paling penting, saudari jangan lupa solat istikharah.. doakan semoga Allah tunjukkan saudari jalan terbaik yg patut dipilih, dan menetapkan hati saudari untuk kekal berada di atas jalan itu.. insyaAllah..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 Comments

Add a Comment
  1. better berundur sebelum terlambat–tpi kan…bila dh terjerat ie tersuka mesti susah nak lupa ala2 dh tak de lelaki lain kat dunia ni–sedare me terjebak dgn cinta sebegini and now memang suffer sbb lelaki tu sgt2 lepas tgn..:(

    1. kadang2, ada yg sampai dah menyerahkan jiwa dan raga.. itu yg payah tu.. dok mengekor lelaki nak suruh bertanggungjawab..

    1. bukan.. kakinya masih lagi kaki lelaki.. tapi hatinya itu, terlalu mencintai wanita. bak kata orang, pencinta wanita, tapi bukan buaya (biawak la kot?).. kihkih

    1. mungkin juga ada sesuatu tarikan yg kita sendiri tak tahu.. walaupun rusa jantan tu tak hensem (dgn tanduk yg mcm ranting), tapi ia berjaya menarik perhatian rusa betina dengan bau kasturi yg dilepaskannya.. ala2 kentut gak la.. kihkih

  2. trima kasih ustaz love…
    sudi hraikan msalah nie….alhamdulillah sjak sy blik kg
    ati n prsaan sy tnang skit wlu pun K x prnah sms or call sy…wlu pun K x sms or call sy tpi isteri K cri sy.pjuk sy spaya brsabar gan prgai K….stiap kali sy nk ptus gan K psti isteri K x bg…..apa lg sy nk buat ustaz…..klu ikutkan prsaan ni mmang la syg x sgup nk lpaskan hbgan sy gan K dkat 5 thn…..tpi hati ni dah x sgup nk truskan x sgup mkn ati brulang jantung pisang hihi 😀
    (isteri K x sperti ustaz sgkakan…..org yg btul2 kuat ksbaran jer yg bleh than dgan prgai dia)

    1. lagi baik makan hati ayam.. goreng kunyit ke, masak kicap ke.. kihkih..

      Mungkin juga isteri beliau memerlukan seseorang untuk berkongsi penderitaan (kalau kongsi kebahagiaan, boleh la terima.. kihkih).. apa pun, keputusan di tangan saudari.. semoga Allah memberikan yg terbaik buat saudari 😉

  3. adoiyai… cinta 4 segi..begini rupanya.. duk dgq 3 segi jer.. ntah2 cinta 4,5,6,7.. segi plak menyusul..harap x der la smpe thap tu.. ceni kna la pas bab polygon(mathematic) noh.. triangle,rectangle,hexagon,heptagon,octagon,nonagon….. hehehe.. ntah papa la meqepek..huhu..

    kpd saudari yag bertanya,mungkin dah berkurun dah ceta ni,bru ari ni nur tergerak nak bca,apapun saudari tabah ya..buat kutusn yang terbaik semampu saudari..ujian dunia ni x kan pernah habis walu sesaat dn itu bermakna msih ad kasih syg Allah pd kita..kasih syg Allah walu setitik air laut pun x ternilai harganya..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme