I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Bekas Suami Enggan Bayar Nafkah Anak

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Puan Normi :

Salam Ustaz…..boleh tak ustaz buat entry pasal tanggungjawab seorg bapa terhadap anak2 selepas berlakunya penceraian? sbb ramai diantara bapa2 yg selepas bercerai mengabaikan anak2 dan tidak membayar nafkah utk anak2 dgn alasan bekas isteri bekerja dan mampu menangung keperluan anak2? dan apakah zalim bekas isteri itu jika dia bermatian mendapatkan hak anak2 itu ??

Dalam sesebuah perkahwinan, seorang suami itu bertanggungjawab untuk memberikan nafkah kepada isteri dan anak2. Walaupun suami isteri bekerja, ia tidaklah menjadi alasan untuk suami melepaskan diri daripada tanggungjawabnya menyediakan nafkah tersebut. Tak kira la gaji isteri lagi tinggi daripada gajinya sekalipun, tanggungjawab itu masih lagi perlu dilaksanakan.

Begitu juga bila berlaku perceraian.. suami masih lagi perlu memberikan nafkah sepanjang tempoh edah kepada isteri.. dan juga nafkah kepada anaknya.. Tapi, bab isteri ni Ustaz Love tak nak sentuh dulu.. nanti jadi panjang.. Ustaz Love nak sentuh bab nafkah anak je dulu, sesuai dengan persoalan yg dikemukakan.

Sebelum kita menilai kewajipan nafkah anak ini, kita kena ambil kira beberapa perkara.. kita kena adil dalam menilai situasi.. janganlah disebabkan seorang isteri itu diceraikan suami, maka kita kesian kat isteri je.. sbb kita pun tak tahu latar belakang perceraian tersebut.

Bagi seorang bapa yg berkemampuan, maka beliau berkewajipan memberi nafkah kepada anak2nya.. tak kira la bekas isterinya bekerja ke, tak bekerja ke.. sbb walaupun hubungannya telah putus dengan isterinya, namun dengan anaknya takkan putus sampai kiamat.. Dan bagi anak perempuan, bapanya itulah yg akan menjadi wali pernikahannya.. takde istilah bekas bapa atau bekas ibu..

Cuma dalam bab ni, kita nak pastikan sampai bila sang bapa tu kena bagi nafkah? Adakah sampai anaknya dah berjanggut atas bawah pun nak kena bagi lagi? Ataupun mcm mana? Selagi anak2 belum baligh, maka tanggungjawab nafkah itu tertanggung pada bapanya. Tetapi bagi anak yang telah baligh, ada beberapa keadaan yg perlu dilihat..

Bagi anak2 yg telah mampu berdikari (punya pekerjaan dan pendapatan sendiri), maka ketika ini bapanya telah tergugur kewajipan untuk menyediakan nafkah untuk mereka. Takkan la diorang dah kerja baik punya, orang tua plak nak bagi nafkah lagi? Patutnya diorang la yg kena bantu mak ayah plak.. ye tak?

Bagi anak perempuan, apabila dah berkahwin, maka tergugurlah kewajipan memberi nafkah tersebut. Sebab kewajipan nafkah itu telah tertanggung di atas batu jembala patik suaminya itu. Tak kira la anak perempuannya tu bekerja atau tak. Kalau suami anaknya (menantu lelaki) tu pun tak kerja, walaupun tak wajib nak bagi nafkah, tapi kesian gak la kat anak cucunya tu.. simpan harta banyak2 nak buat apa.. bukan bleh bawak masuk kubur pun..

Bagi anak2 yang mempunyai harta (walaupun anak itu belum baligh sekalipun), maka bapa itu dah tak wajib nak bagi nafkah.. Macam mana plak anak bleh ada harta sendiri? Mana la tau kan, atuknya orang kaya.. lepas tu, semua hartanya dah ditukar nama kepada cucunya (sebelum beliau meninggal).. kiranya anak itu berharta la.. yg mana dengan harta itu, penjaganya (kalau hak penjagaan dapat kat ibu) boleh gunakan untuk belanja keperluan anaknya.

Bagi suami yang tak mampu nak bayar nafkah (bukan buat2 tak mampu okeh), contohnya suaminya itu miskin ke, kais pagi makan petang, kais malam, makan sahur dsb.. maka tergugur kewajipan nafkah itu. Nak buat mcm mana, dah tak mampu.. takkan nak paksa gak bagi..

Maka, berbalik kepada persoalan di atas (cewahh), jika suami itu mampu nak bagi nafkah, tapi sengaja tak nak bagi, maka suami itu berdosa kerana mengabaikan tanggungjawabnya. Sang isteri boleh membuat tuntutan nafkah di mahkamah sekiranya tidak dapat melalui jalan perbincangan dengan bekas suami. Dan hakim akan memutuskan jumlah yg perlu dibayar berdasarkan kemampuan suami.

Ini tidak dikira zalim.. sbb sang isteri menunaikan haknya sebagai ibu kepada anaknya.. walaupun beliau sendiri mampu menyediakan perbelanjaan anaknya disebabkan beliau bekerja, namun tanggungjawab nafkah itu masih lagi menjadi tanggungjawab bapa kepada anaknya.

Pada pandangan Ustaz Love, bagi isteri2 yang telah diceraikan ini, janganlah malu2 atau segan2 untuk membuat tuntutan nafkah ini. Sbb ini hak mereka dan anak2 mereka. Jangan risau kalau lambat ke, susah ke, apa ke.. biar susah dahulu (turun naik mahkamah) daripada susah kemudian (anak2 tak dapat hak mereka).. sbb bila anak2 dah makin besar ni, makin banyak perbelanjaan nak guna. Akhirnya wanita2 menjadi tua dengan sibuk bekerja semata2 nak memenuhi perbelanjaan keluarga.. tak sempat nak fikir pasal pernikahan yg baru πŸ˜‰

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

62 Comments

Add a Comment
    1. memang susah.. sbb itu la, bagi pasangan2 yg nak bercerai, sila la bercerai dengan baik.. mcm mana nak kahwin dulu dengan cara baik, bercerai pun kena cara baik.. supaya lepas perceraian, bekas suami isteri masih lagi mampu untuk berbincang hal2 berbangkit berkenaan anak.. amik contoh Chef Wan pun ok gak πŸ˜‰

      1. Ustaz…mcm mana pula dengan kes saya nie..tuntutan nafkah telah dibuat & dipersetujui sebelom kami bercerai & sejak dari perintah dikuatkuasakan bapak diorg nie xpernah bagi nafkah dlm jumlah tuntutan yg telah beliau persetujui sebelum ini sehinggalah selepas 3 bulan perintah tersebut dikuatkuasakan saya telah diceraikan dgn talak 1 & selepas bercerai beliau masih tidak memberi sebarang nafkah kpd ank2 saya & saya telah menfailkan tuntutan nafkah yg telah tertunggak sejak May 2008-May 2013 yg msh belom selesai sbb beliau (defendan) x pernah hadir jumlahnya telah mencecah hingga puluhan ribu ringgit disamping itu juga diats nasihat peguam yg dilantik satu ubah perintah tentang cara bayaran nafkah telah diubah dr cara memasukkan kedalam akaun saya sebelum ini telah dipinda kepada pemotongan gaji melalui majikan beliau…dan sebulan yang lalu kes saya telah dibicarakan dan selepas sesi soal jawap dijalankan dgn hakim serta peguam saya, hakim terbabit telah mengarahkan perbicaraan tersebut ditangguhkan kerana beliau ingin meneliti dokumen sokongan yang saya serahkan ketika sesi perbicaraan tersebut & hakim tersebut telah menetapkan satu tempoh yang lama iaitu 2 bulan bagi menyambung semula perbiacaraan soalan saya..apakah tindakan yg akan diambil selepas perbicaraan kali kedua tersebut dijalankan nanti..adakah hakim terbabit akan memberi keputusan selepas penelitian dokumen dibuat atau sebaliknya disebabkan ketidakhadiran defendan…sekian terima kasih.

        1. insyaAllah, kebiasaannya perbicaraan mahkamah syariah akan dijalankan dan diputuskan walaupun tanpa kehadiran suami tersebut. Semuanya bergantung atas keputusan hakim nanti.

    1. memang ramai.. kadang2, perceraian yg tak berjalan dengan baik (suami isteri bercerai dan bergaduh), maka anak menjadi mangsa.. antara kesannya adalah bab nafkah ni la.. itu belum masuk bab penderaan mental apabila tak dibenarkan berjumpa dengan ibu atau bapa..

  1. mana yg mampu dan liat nak bg nafkah tu,kat dunia ni bolehlah sng lenang..tunggu je lah kat akhirat nnti….WA

    1. mungkin kat dunia lagi akan dapat balasan.. bila anak2 dah tak pedulikan masa tua.. masa tu cuma bleh mengenang kesilapan masa lalu je la.. nak ubah balik memang payah πŸ˜‰

  2. Assalamualaikum Ustaz…
    Saya telah bercerai dengan bekas isteri selama 11tahun atas tiada persefahaman hidup.Hasil dari perkahwinan tersebut kami dikurniakan 2 orang anak perempuan. Seorang berumur 11tahun manakala seorang lagi berumur 16 tahun.

    Kini saya telah berumah tangga selama 6 tahun bersama seorang balu yang mempunyai 2 orang anak.Manakala bekas isteri saya telah berkahwin 9 tahun yang lepas.

    Selama kami bercerai saya tidak pernah lupa memberi nafkah kepada kedua-dua anak saya. Empat tahun yang lepas salah seorang anak saya telah duduk dengan saya atas sebab senang hendak ke sekolah.Saya memang suka anak-anak duduk dengan saya.

    Masalah saya adalah ;semenjak setahun yang lepas saya mengalami kemorosotan dalam perniagaan menyebabkan saya tidak dapat memenuhi tuntutan nafkah yang sepatutnya saya bagi pada setiap bulan. Saya cuba menerangkan keadaan saya kepada beliau tetapi beliau tetap mendesak saya untuk mendapatkan duit bagi anak saya pada setiap bulan.Saya memberikan cadangan agar saya membela kedua-dua anak saya atas alasan mereka didepan mata, apa yang saya makan itulah mereka makan.Namun cadangan saya ditolak atas alasan saya ingin monopoli kasih sayang kedua-dua anak.

    Sekarang, apabila menghantar salah seorang saya balik dari rumahnya kerana bercuti, beliau selalu menengking-nengking saya di halaman rumah.Ini memberikan kesan yang tidak baik kepada Isteri dan anak-anak tiri saya yang salah seorang darinya adalah OKU.

    Bukan setakat itu sahaja malah beliau mengganggu Isteri dan anak tiri saya dengan menghantar SMS bukan-bukan.Kini sudah 2 minggu anak saya yang bersekolah dalam tingkatan 4 tidak dapat kesekolah gara-gara bekas isteri yang tidak membenarkan beliau pulang semula kerumah selepas berhari raya bersama ibunya. Bekas Isteri saya menggugut saya agar memasukan wang sebelum beliau melepaskan anak saya pulang kerumah saya.Saya buntu dalam masalah ini.Saya cuba berlembut dengan beliau, malah beliau semakin memijak kepala saya.

    Apabila saya membela kedua-dua anak, beliau tidak henti menelipon saya dan anak saya bertanyakan siapa ada rumah,makan apa, mama mana,papa mana,anak anak tiri bapak kau kat mana.Setiap hari itulah soalan yang perlu di jawab oleh anak saya.Sampaikan saya kesian dengan anak saya dan menutup talian Talipon bimbit yang dibeli olehnya.
    Apabila beliau gagal menghubungi saya dan anak,beliau akan mengganggu isteri dan anak tiri saya pula.

    Apabila kedua dua anak di bawah jagaan beliau,tidak sabar sabar mengganggu saya untuk dapatkan nafkah bagi anak saya.Sampaikan selalu menggugut saya akan membuat laporan ke Pejabat Agama Islam.

    UsTaz, Saya faham hukum berkenaan nafkah anak-anak.Tolonglah ustaz,saya dalam kebuntuan ni.Apa yang mesti saya buat.?

    1. nafkah ini ditentukan oleh hakim berapa jumlahnya.. bukan ambil kira satu part je.. sbb walaupun gaji sang ayah itu beribu2 lemon, tapi hutangnya pun beribu2 lemon, takkan nak bagi nafkah beribu2 lemon? Sbb itu perlu melalui proses perbicaraan.. supaya segalanya dapat diperjelaskan dan tak disorokkan πŸ˜‰

  3. salam ustaz.
    Saya ada persoalan pada scenario ini. Ada bapa tunggal ini tidak mahu membayar nafkah kepada anak2 nya kerana bekas isteri tidak membenarkan dia membawa keluar anak2.-(sekadar berjumpa di rumah pengasuh). Pada tahun pertama, memang dia bayar nafkah secara kosisten. Tetapi disebabkan sikap bekas isteri yang menghasut anak2 agar menjauhi dirinya dan tidak mengizinkan anak2 keluar/bermalam bersama;(dia tidak mengizinkan secara direct, tetapi menyuruh anak2 menolak kemahuan si bapa untuk bermalam/bercuti), dia pun rasa terkilan dan kecewa (kerana kehilangan kasih sayang anak2), maka memutuskan untuk tidak membayar nafkah kecuali bekas isteri meminta maaf padanya dan membenarkan dia keluar bersama-sama anak2. Walau bagaimanapun, dia telah berjanji pada dirinya untuk memberi bayaran selepas anaknya dewasa (keseluruhan nafkah selama tidak di bayar) dan telah menubuhkan tabung simpanan utk anak2 (tabung ini akan diberi selepas anak2 dewasa). boleh tak ustaz bagi penjelasan hukum pada keadaan diatas dan juga nasihat untuk si bapa menyelesaikan masalah ini. Si bapa tidak mahu menjadi bapa yang tidak bertanggungjawab, tetapi pada masa yang sama dia berperang dengan perasaan/kemahuan sendiri.- kalau boleh post entry. terima kasih in advance

  4. Salam ustaz..macamana pula jika suami memberi nafkah yang beribu untuk seorang anak sedangkn keperluan suami itu sendiri tidak mencukupi? Kepada siapakah suami perlu merujuk tentang jika hendak kurangkan nafkah anak itu? Ini disebabkan perjanjian yang telah dibuat semasa bercerai dan perjanjian itu juga dibuat kerana terpaksa. Boleh ustaz tolong jelaskan bagaimana cara yang baik untuk menyelesaikan masalah ini..terima kasih ustaz..

  5. kalau isteri yang mintak cerai dan suami dah mintak isteri janji kalau isteri tak mintak nafkah anak2, dia akan lepaskan..tapi bila tiba di mahkamah, mahkamah tak terima perjanjian begini, dan suami lafaz talak di mahkamah dengan berpegang pada janji isteri untuk tidak tuntut nafkah anak2. Adakah isteri menjadi munafik kalau dia tuntut jugak nafkah anak2 dikemudian hari di mahkamah?

    1. perjanjian sebegini tiada asasnya.. mahkamah pun takkan terima.. sbb yg bercerai itu adalah suami isteri, bukannya suami dengan anak2.. anak2 masih lagi menjadi tanggungjawab bapa untuk memberi nafkah walaupun sudah bercerai dengan ibu kepada anaknya.. tak kira la ibu tu kaya ke, dah janji tak tuntut ke.. tuntut atau tak bukan menjadi syarat mewajibkan nafkah πŸ˜‰

  6. assalamualaikum..ibubapa saya sudh 4tahun bercerai tetapi bapa saya slalu berkira tentg nafkah anak2..katanya dia hanya mahu mguruskn nafkah untuk persekolahn kami sahaja..dan dia mahu ibu pula yang mengurus kan nafkah untk keperluan hal yg lain2..seperti pakaian dan keperluan peribadi..saya amat tertekan dgn mslh nafkah untk anak2 ini..setiap kali saya meminta untk membelikn pkaian kmi adk2 bradk msti dia akan ckap minta dgn ibu sedangkan gaji ibu hanya 300 ke bawah sahaja.. Saya tekanan dgn keadaan begini..

    1. kena faham keadaan ibu dan bapa.. kalau mereka dah tak mampu, macam mana kita nak paksa2.. kita la yang kena mengalah dan bersabar.. sekurang2nya, bapa itu masih lagi mahu menanggung persekolahan.. itu lebih baik daripada bapa2 di luar sana yang langsung tak nak ambil tahu pasal anak selepas bercerai.. jadi, kita kena banyakkan sabar dan redha.. lihat orang lain yang lebih rendah daripada kita (spt anak yatim yang tak pernah dapat belanja daripada mak ayah, bahkan tengok muka mereka pun tak dapat).. banyakkan bersyukur dengan nikmat yang Allah beri.. sekalipun pakaian kita buruk dan tak bertukar, itu lebih baik daripada kanak2 afrika yang nak makan pun takde, apatah lagi nak berbaju baru..

      jadikan kesusahan hari ini sebagai pemangkin semangat untuk berjaya pada masa akan datang.. bila dah berjaya esok, beli la baju banyak2 dan jangan lupakan jasa ibu bapa yang dah banyak berkorban untuk kita (walaupun mereka takde duit nak belikan baju baru)..

  7. Assalamualaikum,
    Seringkali dan acapkali kita mendengar tentang nafkah yang perlu diberi kepada anak dan isteri semasa dalam edah..dan tanggungjawab si bapa dalam menjalankan peranannya untuk menyara anak-anaknya..Tetapi berbalik kepada tanggungjawab bekas isteri yang bermatian untuk mendapatkan hak penjagaan anak-anak dan dimana terletak hak si bapa? Kurang orang membincangkan tentang persoalan ini.
    Dalam perkara ini saya terpanggil untuk menanya ustaz lebih terperinci tentang tanggungjawab,hukum selepas mendapat keputusan mahkamah selepas penceraian walaupun tiada dalam perintah.
    Si ibu,
    Mendapat hak secara lisan dan menjaga anak 2 perempuan dan 1 lelaki dengan baik sehingga tiada peluang untuk bekas suami bersama anak-anak selama penceraian 5 tahun dan telah berkahwin semula dengan lelaki lain dan masih tidak memberi hak anak-anak yang sepatutnya bekas suami dapat.Pemotongan nafkah telah diterima setiap bulan melalui potongan gaji bekas suami tp taklah banyak.
    Si bapa,
    Memendam rasa sehingga kusut fikiran setiap tahun kerana tidak dapat bersama anak-anak dan berasakan haknya telah dirampas secara senyap oleh bekas isteri.(kalau terima duit extra baru dapat layanan yang baik tapi tak dapat cuma mencari salah dengan mengungkit kisah lama semasa sebelum bercerai).Berhasrat untuk membincangkan hal membekukan akaun nafkah anak-anak dengan jabatan agama dan bank bagi pengajaran untuk bekas isteri bahawa anak-anak adalah tanggunggjawab dan mempunyai hak samarata bersama.
    Penambahan derita bila si anak mula biadap dengan bapa dan perbuatannya telah melukakan hati dan sibapa bertekad tidak mahu menjadi wali dan menjauhkan diri sejauhnya.Permohonan maaf si anak akan diterima jika berjumpa sahaja bukan msg atau call.Tidak akan memaafkan perbuatan fitnah bekas isteri sehingga akhir hayat.
    – Adakah berdosa jika isteri menuntut ilmu yang tidak diketahui kebenarannya tanpa izin suami?
    – Adalah berdosa si isteri mempercayai saka untuk melindungi keluarganya tanpa pengetahuan suami dan amalan itu berterusan sehingga kini?

    Adakah anak itu boleh dianggap anak derhaka? Siapa yang bersalah dalam hal ini? Harap mendapat jawapan yang adil dan memuaskan..

  8. saya tak tahu nak luahkan kat siapa,bekas suami sy askar,kami masing2 dh ada family baru,mslahnya,dia nak ambik anak2 selama brtahun tak ambik kisah sakit pening anak,pasal nafkah dulu dia ada bagi dr rm150 sehinggalah meningkat rm250 dr 2006 smpai 2010,pas dia kawin,dia ambik balik duit rm250 tu,bila ditanya,alasan dia,sy tak layak terima duit tu,sebab saya yg minta cerai,kukuh ke alasan tu!

    1. alasan tu memang tak kukuh.. sebaiknya puan luahkan masalah ni di mahkamah syariah.. failkan permohonan tuntutan nafkah.. biar hakim yg tentukan berapa jumlah yg sesuai. kalau nak ikut kehendak bekas suami, RM1 pun kalau boleh dia tak nak bagi..

  9. Salam ustaz, sy ingin bertanyakan soalan. Sekiranya bekas isteri ini tuntut nafkah anak2 tapi dia jolikan duit itu untuk kepentingan sendiri, haruskan bekas suami tukarkan nafkah kepada bentuk barang pada anak2 beliau? Dlm bentu pakaian,susu, atau pampes sejumlah sepatutnya diberi? Bole atau tidak? Atau ada cara lain?

  10. tuntuan sudah pun selesai perintah sudah pun dapat ,namun si suami masih ingkar membayar nafkah anak .si suami tak berkerja ,dia boleh hidup mewah dan dia masih boleh menyarah hidupnya sendiri dengan hasil harta faraid iatu hak beliau.
    soalan saya Apa saya boleh buat dengan keadaan orang seperti ini

  11. Assalamualaikum,

    sy nak tanya skit… sy baru je bercerai dgn suami sy pada bulan lepas. sy mmpunyai 2 org anak..lelaki dan ppuan. skrang sy masih dlm edah. Utk pengetahuan ustaz, sy dan bekas suami tlh b.stuju dgn kbenaran melawat anak pd ari khamis, jumaat dan sabtu.. maksudnya..hari khamis bekas sumi akan dtg umh sy ambil anak dan hantar pada hari ptg sabtu. sy ada nbrapa masalah:
    1. bekas suami sy kdg2 mungkir janji, kdg2 hantar anak sy lambat atau slepas
    dari hari yg dijnjikan , walaupun sy sudah b.tolak ansur sedikit sbnyak.
    2. b.kenaan nafkah ank… stakat inj suami x mmberi nafkah anak2, mcam mna tu ustaz? skrng ramai bekas suamiyg licik , utk mngelakkan dr mmbayar nafkah, diorg mmbuat pinjaman dgn bank. kesannya banyaklah tanggungannya yerhadap hutang, jadi gaji bersih akan sdikit. itu semua blum di tolak dgn perbelanjaannya seharian?? jadi mcam mna tuu ustaz??
    3. bekas suami sy ada mmbut tuntutan terhdp sy berkenaan gelang yg dibeli selepas nikah. gelang ini b.jumlah rm7500, sy bayar rm7000 dgn duit hantran sy dan rm500 bekas suami sy telah tambah. jadi bekas suami sy ini
    tuntut rm 500,jadi mcam mna keadaan skrang?? adakah sy mesti mmberinya jumlah itu atau mcam mna??? sb sy fikir sbelum ini sbagai hadiah dr suami kpd isteri…

    1. Puan boleh kemukakan aduan di mahkamah syariah.. hakim akan membicarakan kes ini dan mengeluarkan perintah mahkamah..

      yg no 3 tu, ada baiknya puan bayar je RM500 tu kat bekas suami (dan ada perjanjian hitam putih). Kalau masuk mahkamah, mungkin nilai barang itu akan diberikan separuh kepada suami jika suami menuntut sebagai harta sepencarian (tambah2 jika puan tiada dokumen yg membuktikan puan sendiri membayar RM7k dan bekas suami pula menafikan yg puan membayarnya).

      WA

  12. ingin bertanya tentang kesahihan ” adakah benar jika seorang isteri meminta penceraian daripada suami, tidak layak meminta nafkah anak.”

  13. assalamualaikum ustaz..

    kakak saya telah bercerai dengan suaminya 5 bulan yang lalu dan sepanjang penceraian bekas suaminya tidak pernah memberi nafkah eddah dan juga nafkah anak…soalan saya

    1.sekiranya kakak saya menuntut nafkah anak di mahkamah,bolehkah kakak saya meminta supaya nafkah ini dibayar secara potongan gaji??
    2. sekiranya tidak boleh,apakah cara yang boleh dilakukan supaya bekas suami memberi nafkah anak

    terima kasih ustaz

  14. salam ustaz..
    Ibu dan ayah saya dah bercerai lebih drpd 10 tahun tapi shingga kini ayah saya masih belum langsaikan nafkah tertunggak wlaupun beliau mampu dan pihak mahkamah telah berikan surat hitam putih nafkah rm600 utk 3 org anak shingga kami berumur 18tahun. Namun beliau enggan bayar nafkah tersebut. Beliau sudah berkawin lain dan mempunyai dua anak dan abaikan kami bertiga. Apakah hukum nya? Beliau lakukan kami ibarat sudah tiada dimuka bumi ini(mati) .. Sedih dgn perangai beliau.. Kini beliau di isytihar sbgai ustaz/ayahanda/dato.. Mampu utk membayar tapi pura-II tak mampu. Kesian ibu saya penat lelah membesarkan kami 3 bradik sdangkn beliau hidup mewah dgn isteri baru dan anak2. Bila dinasihat bab akibat, beliau mnjawab “aku boleh jawab dgn Allah” . Bagaimana nanti bila saya nak kawin ustaz? Saya anak perempuan(kedua) yg perlukan wali.. Tapi beliau sudah buang kami 3 bradik drpd hidupnya. Beliau tidak mahu mnjadi wali saya. Harap Allah berikan hukuman yg setimpal kpd beliau tak kira di bumi/alam barzakh/akhirat kerana mengabaikan anak sejak kami belum akil baligh.. Allah Maha Adil dan mendengar doa org yg teraniaya. Aamiin!

    1. Jika beliau tak mahu mewalikan saudari nanti, saudari boleh memfailkan permohonan wali hakim sebab wali enggan menikahkan anaknya atas sebab yang tidak patut. Saudaru banyakkan bersabar dan teruskan berdoa semoga Allah mengubah hatinya. Buruk macam mana pun, beliau tetap ayah kepada saudari. Biarlah dia seorang yang berdosa, jangan pula saudari jadi anak derhaka.

  15. as salam ustaz,sy ingin mnanyakan satu soalan iaitu brkenaan k.ipar sy..dia sudah bercerai dan berkahwin lain,begitu juga dengan bekas suaminya..sebelum k.ipar brkahwin baru bekas suami rajin mmberi nafkah ank2 nya 2 org L&P,lepas k.ipar kahwin baru bekas suami mula jarang beri nafkah kerana mmpunyai 3org anak dengan isterinya..bekas suami perlu menanggung anak2 hasil dari k.ipar 2org dan isteri dan ank2 3 org,jadi apakah hukumnya??

    1. bapa wajib memberikan nafkah kepada anak2nya. Sebaiknya minta kakak ipar itu buat tuntutan nafkah anak di mahkamah supaya mahkamah dapat memutuskan berapa keperluan nafkah yang selayaknya dan sepatutnya dikeluarkan oleh bekas suami sesuai dengan kemampuannya.

  16. Assalamualaikum ustaz..

    Adik saya telah bercerai tahun lepas dan anak2x ada pada bekas isteri. mengikut syarat, anak2x akan bersama bapanya bermula jumaat-ahad malam setiap minggu, nafkah anak rm300 sebulan tetapi sehingga kini kami telah dihalang untuk berjumpa dgn anak2x tersebut dengan alasan bapa tidak memberi nafkah. Nafkah bukanlah sengaja tidak diberi tetapi ditahan kerana anak2x tidak diberi seperti yang dijanjikan.

    Sekarang ni hampir 3 bulan kami tidak dapat bertemu anak2x. Bila ke rumah, kami dihalau..bila call, panggilan tidak dijawap.

    Apa yang patut kami lakukan kerana kami bimbang keselamatan anak2x kerana setiap kali anak2x datang, pasti ada parut di anggota badan. anak2x juga selalu mengadu dipukul, dilempang oleh neneknya memandangkan mereka dijaga oleh neneknya.

    1. Saudara boleh adukan perkara ini di mahkamah syariah. Nanti mahkamah akan panggil bicara dan mungkin akan keluarkan keputusan yang baru.

  17. Salam…ustaz sya dan suami telah bercerai selama 2thun lbh n mmpunyai seorang ank llki..n slme kami bercerai bkas suami x pernh mmberi nafkah kpd ank nya n x pernh mngmbil tau lgsg tntg ank nya…br2 nie dia telh berkhwin lain..slpas berkhwin dia ada niat untuk mnuntut jak jagaan ank…sdangkn slme kmi bercerai skit pn die x amik tau pasl ank…adkh die akn dpt hak jgaan 2

    1. semua bergantung atas perbicaraan mahkamah nanti. Sebaiknya puan siap sedia dengan bukti dan saksi yang mampu menyokong keterangan puan nanti.

      WA

  18. Assalamualaikum ustaz, Persoalan ini telah banyak saya ajukan kepada pendakwah-pendakwah yang ternama melalui facebook namun malang sekali pertanyaan saya tidak dilayan. saya harap dr dapat memberi pandangan tentang kes saya ini. Perkahwinan pertama saya gagal kerana saya didera dari segi fizikal , mental dan emosi. saya dikurniakan 2 org cahaya mata. saya pulang tinggal bersama ibubapa di kampung. Oleh kerana kesunyian saya mencari kawan2 di laman sosial,maka saya berhubung kembali dengan teman sekolah@sedara bau2 bacang@jiran semasa di sekolah rendah. Beliau sudah berkahwin namun dikatakan pada saya dia tidak bahagia kerana pilihan org tuanya. dipendekkan cerita kami bernikah di thailand kerana org tua saya tidak merestui. terjadilah perbalahan antara 2 keluarga kami. akhirnya saya bawa anak2 saya untuk tinggal bersamanya. namun hidup x seindah yang disangka. anak2 saya yang pada mulanya dilayan baik olehnya telah dipinggirkan. malah setiap gerak geri saya di dalam rumah semasa ketiadaannya perlu saya laporkan pada degn sms. wpun saya hendak ke pergi ke tandas. saya tidak dibenarkan lepak bersama anak2 saya. makan minum saya hanya dalam bilik tidor saya. pergi ke sekolah saya perlu bersumpah dengan nama allah supaya saya tidak pandang,berckp atau bertembung dengan lelaki, saya tidak dibenarkan lansung berhubung dengan ibu bapa saya. saya juga tidak dibenarkan singgah dimana2 semasa dlm pejalanan balik dan pergi kes sekolah. setiap kali mahu pergi ke kelas atau keluar dri kelas saya harus melaporkan (sms) dan bersumpah dgn nama allah yang saya tidak berckp,pandand atau bertembung degn lelaki. begitulah jika saya di sekolah. saya merasa amat tertekan dan rasa seperti menjadi tawananya. saya juga dipukul dengan teruk sehingga kan menerima jahitan 5 jahitan dikepala. saya dipukul kerana hal-hal remeh seperti balik ke rumah ibu bapa secara senyap2, lepak bersama anak dan lain-lain. selama setahun saya bersamanya saya amat tertekan. tertekan akibat dipukul ,tertekan melihat anak2 yang tidak gembira dan amat rindukan ibu bapa saya. buat pengetahuan puan suami saya enggan daftarkan pekahwinan kami di malaysia. akhirnya saya ambil keputusan tinggalkan nya dan pulang kepada ibu bapa saya. impian saya sekarang cuma mahu berbakti kepada ibu bapa dan menikmati hidup tanpa sekatan dengan anak2 saya yang selama ini terabai disebabkan oleh dia. tujuan saya memceritakan semua ini kepada ustaz agar ustaz dapat memberi pandangan dan nasihat kepada saya. Terima kasih

  19. Salam Ustaz Love, soalan saya, bolehkah ibu saya menuntut sejumlah wang nafkah yang tidak di beri arwah bapa semasa hidupnya kepada anak-anak berjumlah 5 orang ini sehingga mencapai akil baligh? Bolehkah jumlah tuntutan ini di kira sebagai hutang arwah kepada ibu dan di bicarakan di mahkamah sebelum melaksanakan hukum faraid ke atas harta peninggalan? Untuk pengetahuuan ustaz, ibu saya tidah pernah menuntut nafkah anak-anak di mahkamah semasa mereka bercerai pada tahun 1992.

    1. Setakat pengetahuan Ustaz Love, tiada nafkah yg boleh dituntut daripada si mati. Yang ada hanyalah tuntutan sebagai hutang. Sekiranya puan mempunyai bukti yang kukuh yang membuktikan bahawa puan yang memberikan nafkah anak sepanjang tempoh perceraian sehingga saat kematian bekas suami, maka puan boleh mencuba untuk membuat tuntutan kepada pentadbir harta arwah si mati (kena siasat siapa pentadbir harta beliau sama ada amanah raya, waris yang diberikan surat kuasa mentadbir harta dsb). Tapi kelulusan atau berapa jumlah yg bakal diberikan itu tertakluk pada budi bicara pentadbir harta.

      WA

  20. Bagai mana pula tentang didikan anak2 siapa yg menaggung dosa.jika ank ank Salah didik.ibu atau bapa?

  21. kalo bagi saya la sebagai anak yang x da bapa selepas mak saya diceraikan sebelum umur saya setahun.
    bagi saya ni sebagai anak rasa tertindas dan rasa terabai..berbeza dengan keluarga saya yang lain berbapa..mendapat nafkah setiap hari dari bapa mereka..namun saya sendiri x pernah merasa ada itu semua namun ibu saya telah nikah dengan bapa tiri saya tp saya sebagai anak masih tidak merasa kan kasih sayang seorang bapa kandung..
    saya nak tanya pendapat la..
    jika c bapa itu meninggalkan c ibu n anak tanpa sdikit nafkah atupun selpas dya ada kemampuan dya x bagi nafkah juga apakah hukum yha jika perkara tersebut di abaikan oleh c bapa tersebut..
    jadi apa hak kami sebagai seorang anak yang ingin menuntut hak..

    1. hukumnya haram dan berdosa. Sekiranya anak ingin membuat tuntutan, boleh berurusan dengan mahkamah syariah. WA

  22. sy nk tya..ble ka c suami menuntut anak2 sekiranya c isteri meminta nafkah drinya?sdg si suami akn berkhwin lg n mnpyai ister yg lain?dn selma brsama c suami tdk perna mnjalkn tugasnya sbgi ayah dn berfoya2.. ble ka pihk perpuan mmbuat laporn polis??

    1. ini kes mahkamah syariah.. polis pun tak boleh nak masuk campur. Sebaiknya puan failkan tuntutan hak penjagaan dan nafkah anak di mahkamah syariah. Biar mahkamah yg buat keputusan.

  23. Assalamualaikum ustaz.. salahkah saya bila x bg bekas suami jumpa anak2 sdgkan dia x pernah bg nafkah anak2?

    1. Puan kena tanya pada diri puan, adakah tindakan puan itu bertujuan nak menyakiti hati bekas suami, ataupun nak menyakiti hati anak? Puan kena ingat, anak itu tidak akan terputus hubungan dengan ibu bapa sekalipun mereka telah bercerai. Jika beliau tidak memberi nafkah, gunakan saluran yang betul iaitu membuat tuntutan di mahkamah, dan jangan mengambil tindakan sendiri yang menyebabkan kecederaan pada emosi anak2 dan mungkin mereka akan menyalahkan puan pula suatu hari nanti.

  24. Assalam Ustaz,
    Saya telah berkahwin selama 14 tahun. namun boleh dikira hanya beberapa kali sahaja suami memberi nafkah (perbelanjaan rumah) kepada saya. selebihnya saya yang tanggung dan malas asik nak minta sedangkan perkara ini adalah wajib bagi dia untuk sediakan. kerana tidak mahu akan ada perbalahan disebabkan perkara ini, saya siapkan keperluan seisi rumah tanpa mangharapkan suami. namun saya tidak mahu suami selamanya lalai akan tanggungjawab dia sebagai seorg bapa serta suami. apa yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan HAK saya?

  25. salam ustaz

    bekas suami sy gaji sengaja membuatbkomitmen baru selepas bercerai kerana tidak mahu memberi nafkah utk anak seperti yg sewajarnya. apakah hukum die berbuat begitu?

  26. Salam ustaz , saya bergelar student , dan sudah pun mempunyai ayah tiri semenjak kecil . Segala jenis perbelanjaan di tanggung oleh ayah tiri. Sedangkan bapa kandung tk pernah ambil tahu tentang perbelanjaan makan , mahupun yuran kolej . Apa hukumnya kepada bapa kandung saya jika dia berbuat begitu?

  27. Assalam ustaz saya sudah berkahwin dan mempunyai 2 org anak yg berusia 7 tahun dan 9 tahun,,masalah nya selepas sy diceraikan bekas suami tidak pernah memberi sebarang nafkah pada ank-anak..saya pernahjuga minta pada dia tapi dia bagi alasan tak mampu..tapi dia kahwin lain mampu plak dan ada seorang anak..yang saya geram isteri bekas suami saya msuk campur dan menghina saya dan dia menghalang bekas suami untuk berhubung dgn ank2 nya,,dan tahun lepas sy sudah berkahwin baru dgn seorg ustaz Alhamdulillah allah bgi yg lebih baik dan suami skrg sgt2 baik dia plak yg tanggung ank2 saya dn bgi ksh syg yg bnyk..sy nak Tanya ustaz apa hukum nya kalau bekas suami sy enggan memberi nafkah pda ank2 kandung nya..saya tak pernah pergi ke mahkamah untuk buat tuntutan nafkah lagi..sy nk Tanya suami skrg tapi sy x nak ungkit kisah nie..sebab tue sy tnya ustaz..sy harap ustaz dpt bantu sy terima ksh ustaz

    1. si bapa wajib memberikan nafkah kepada anak. Sebagai ibu yang menjaga kebajikan anak2, puan kena buat tuntutan melalui mahkamah syariah supaya beliau melaksanakan tanggungjawabnya itu, dan menghalang isterinya daripada masuk campur menghalang hubungan bapa dan anak2.

      Soal suami puan yang sekarang ini menanggung nafkah anak puan, itu persoalan lain. Itu adalah atas ihsan beliau, tetapi tak melepaskan tanggungjawab si bapa kandung untuk memberi nafkah kepada anak2nya.

  28. assalamualaikum ustaz, sy ade pertanyaan lah,ade 1 kisah, ibu dan bapa telah bercerai, semasa bru2 bercerai, si isteri x benarkan si bapa jumpa dgn anak2, si isteri pon x ade minta ape2 nafkah di mahkamah, umpama si isteri terus putuskan hubungan antara bapa dan anak, jadi si bapa x dpt nk jumpa anak2 atau nak bagi nafkah, kalau si bapa beli brg2 utk anak2, si isteri akan suruh anak2 duduk dlm rumah tak kasi jumpa si bapa, si bapa hanya letakkan brg2 di pagar rumah saje,
    sehingga skrg sudah 17 tahun perceraian tu dan anak2 semua dah besar, dan ade yang dah berkahwin tanpa diwalikan si bapa,
    saya nak tanya ape hukum utk atas sibapa kerana x didik anak2 nya kearah yang betul, anak2 memang dibesarkan dgn cerita tentang kejahatan si bapa, walaupon si bapa tidak sejahat mana pon,
    tp sy nak tahu hukum bapa x dpt didik anak2, dan hukum anak2 benci bapa
    boleh kah anak perempuan berkahwin berwalikan hakim, sedangkan mereka tahu si bapa masih ada dan boleh dicari
    t.kasih ustaz

    1. Anak2 yg bencikan ibu bapanya tanpa alasan munasabah, maka itulah ciri anak derhaka. Bapa yang tak dapat nak mendidik dan bertanggungjawab kepada anaknya disebabkan halangan ibunya, maka ibunya itu telah melakukan dosa. Ini kerana, tiada siapa pun yang berhak melarang dan menghalang hubungan anak dan bapa, kerana itu adalah nasabnya.

      Perkahwinan berwalikan hakim, hukumnya sah. Namun, jika menipu hakim sebab tak nak kahwin berwalikan bapa sendiri, maka hukumnya berdosa.

  29. Assalamualaikum ustaz…sy nk tanya 1 soalan..jika seseorg itu sudah bercerai..masalah yg akan selalu wanita luahkn soal nafkah….dan macam mana pula kalo bekas isteri menghalang anak2 jumpa bapa kandung..walaupun bekas suami tunaikn nafkah..tetapi bekas isteri tetap halang anak berjumpa dgn bapa….bukankah itu satu nafkah ke ustaz sekiranya bekas isteri tidak menghalang anak berjumpa dgn bapa kandung sendiri..???

  30. Assalamualaikum ustaz, sy ingin minta pencerahan untuk suami sy. suami Sy sudah bercerai 6Tahun Yg lepas dan dikurniakan 5anak yg dijaga 100% bekas Isteri. kini suami saya telah berkahwin dengan sy dan dikurniakan anak seorang yang usianya baru 5 bulan. masalahnya suami sy kerja gaji x menentu dia sebagai “penarik Kereta” tiap bulan suami ada bagi nafkah kepada anak2 Yg 5 org tu bebanyak rm500 melalui bank dan kadang2 ada termiss juga Sekali dua untuk masukkan dalam bank. si bekas Isteri memanjang kata x cukup Itu Ini sy fhm tp sy cakap Kalau ada lebih Nnti suami sy akan bg lebih tp dia tidak puas hati dan mendesak… menurut cerita suami sy dia yang filekan cerai dan kini Nk buka saman baru utk dptkan nafkah anak, tuntutan sepencarianlah… dan Setiap Kali ank2 5org bercuti ddk dgn kami mereka dilayan dgn baik Sekali Nk mkn ape saja kami akan tunaikan Kalau ada rezeki lebih… boleh ustaz terangkan serba sedikit

    insan Yg ingin tahu

  31. assalamualaikim ustza,sy nak tanya..jika suami tidak menberi nafkah iddah kepada isteri semasa dlm tempoh iddah 3 bln,bolehkah isteri menuntukan/memfailkan kes ke mahkamah?

  32. Salam. Sy telah bercerai dgn isteri 2 thn. Dia minta cerai. Ank 3 org semua sy tanggung. Bekas isteri langsung x ambil tahu pasal ank. Jumpa ank pun setahun skali kut time raya. Kebanyakkan di sini sy baca ank2 dijaga ibu tapi bekas suami x bgi nafkah ank. Berebut2 nk jga n jumpa ank. Ex sy x mcm tu. Klau dia nak jumpa ank dan jaga ank lagi sy suka. Sy blh je bgi nafkah ank. Tapi sy nak bawa ank jumpa dia pun dia x nak. Perempuan jenis apa ni ye? Pelik jgk sy. Sampai skrg sy x kwin2 nk tnggung ank. Ex pun x kwin lg. Pelik ke sy ni?

  33. bekas isteri minta cerai tebus talak.anak dihalang dari berjumpa bapa.bekas ibu mentua bersekongkol dengan bekas isteri x bagi si bapa berjumpa anak.sedangkan nafkah si anak x pernah miss.mohon pencerahan.adakah bapa tiada hak keatas anak?? soal pendidikan agama anak adakah bapa terlepas selepas bekas isteri dan bekas ibu mentua x bagi jumpa anak.adakah bapa akan turut dipertanggungjawabkan di akhirat setelah hak bapa dinafikan.sampai bertahun dihalang berjumpa anak.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme