I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Bekas Kekasih Ugut Sebar Gambar Dalam Facebook

Salam…

Ustaz Love menerima satu pertanyaan daripada seseorang.. berkaitan kes ugutan :

ustaz…apa patut saya lakukan…..saya dah putus dengan seorg lelaki ni..tapi..sebab dia curang……dia tak nak lepaskan saya dan ugut nak letak gambar saya dalam fb…..saya xtaw….apa patut sya lakukan…. patut ke saya buat report polis

Ustaz Love minta maaf kepada yang bertanya sebelum ni, sebab Ustaz Love dahulukan soalan ni (mcm la best sangat jawapan Ustaz Love ni.. hehe).. sbb Ustaz Love rasa, saudari ni dalam keadaan yang sangat tertekan dan terdesak. InsyaAllah, jap lagi Ustaz Love akan jawab soalan2 lain..

Pada pandangan Ustaz Love, saudari kena segera melaporkan perkara ini kepada pihak polis. Ustaz Love tak pasti dan tak nak ambil tahu apa jenis gambar yg diugut nak diletak di facebook itu, cuma Ustaz Love rasa ianya gambar yg mengaibkan.. Kalau tak, takkan lelaki tu berani nak ugut mcm tu.

Tapi, sebelum saudari membuat laporan, pastikan saudari ada bukti2 kukuh berkaitan kes ugutan ni.. spt ada simpan sms beliau ke.. insyaAllah, ianya akan lebih memudahkan tugas pihak polis untuk bertindak.

Sekalipun mungkin lelaki itu buat ugutan main2 je, tapi saudari kena bertindak juga. Sbb kita tak tahu apa yang beliau boleh lakukan.. Sekalipun beliau tak tunaikan ugutan tu (sebar gambar kat facebook), beliau masih lagi boleh dikenakan tindakan kerana melakukan ugutan.

Selain itu, ia juga memberi mesej jelas kepada lelaki itu yang saudari memang dah tak nak kat beliau.. kalau beliau dah berani buat ugutan mcm ni dan saudari tak bertindak, tak mustahil beliau akan melakukan ugutan lain yang lebih besar.. spt ugutan bunuh ke, ugutan rogol ke, simbah dengan asid ke dsb.

Untuk maklumat lebih jelas berkaitan tindakan yg sepatutnya diambil, Ustaz Love cadangkan saudari merujuk kepada Mama Zharfan.. sbb beliau mungkin boleh bagi panduan yang lebih tepat dalam bertindak mengikut garis undang2.

Sementara itu, saudari kena dekatkan diri dengan Allah dengan banyak melakukan ibadah spt solat hajat.. Minta pada Allah semoga Allah melindungi diri dan maruah saudari daripada dicemari oleh sesiapa saja yang berniat jahat.

Selepas berlakunya kejadian seperti ini, adalah diharapkan agar saudari dan semua wanita2 di luar sana supaya berhati2 dalam setiap tindakan dan perbuatan. Jangan mudah2 memberi gambar atau membenarkan lelaki mengambil gambar yg boleh mengaibkan kita pada masa depan (apsal kita plak? Ustaz Love kan lelaki.. hehe).

Semoga Allah memberikan jalan terbaik buat saudari dalam menyelesaikan masalah ini.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

24 Comments

Add a Comment
  1. kalau kes mcm nih…better laporkan psl polis…br jek bace paper metro…ex bf dia kerat telinga awek dia…sukati mak bapak dia jek…org laki skang mmg ramai yg gila eg ustaz?

    1. baik lelaki ke, pempuan ke, sama je.. ada pempuan yg simbah asid kat lelaki, potong kemaluan suami dsb.. asasnya bukan pada jantina, tapi kekuatan mengawal perasaan yg berpunca daripada keimanan.. 😉

  2. mcm mna pulak kalau lelaki mengugut kita supaya bg gmbr yg x sepatutnya. adakh wajar kta patuhi walaupun kita cinta melebihi had dgn dia.

    1. kita dikurniakan akal untuk berfikir.. jadi, fikirlah mana yg baik.. memandu kereta melebihi had pun boleh kena saman.. makan melebihi had pun boleh membahayakan kesihatan.. apatah lagi jika disuruh memberikan gambar yg tak sepatutnya (dah tentu gambar tak senonoh).. cinta bukan menjadi tiket menghalalkan segala2nya.. kita masih lagi tertakluk pada hukum halal haram yg telah ditetapkan oleh Allah..

  3. klau repot polis…. that mean.. gambar tue akn tersebar la kan? akhirnyer sluruh kluarga tau.. dan org rmai akan taw.. tlg jawab ustz love…

    1. tak semestinya.. gambar2 tu akan jadi bukti kes polis dan tak boleh disebarkan.. tapi kalau nak tersebar juga, memang tak boleh nak buat apa la.. kena berdoa banyak2 semoga Allah menutup aib kita.

  4. Cerita sy lebih kurang sama mcm di atas. Tp bezanya ex sy tu ugut nak santau nk nak jhnamkan hdup sy. Sy xrase dy main2 sbb dy dr shah. Hmm. Hrap dpt tlong.

    1. Saudari jangan risau dengan perkara yg belum berlaku. Sebaiknya saudari buat laporan polis atas ugutannya itu dan sentiasa menjaga amal ibadah terutama solat fardhu dan banyakkan bersedekah. Semoga Allah melindungi saudari daripada segala bala dan bencana.

  5. Saya pon baru lepas kena ugut dengan bekas kekasih , sekarang nie saya tengah konfius nak buat laporan polis , tapi saya ase saya kena buat laporan polis saya takut maruah keluarga saya tercemar , n takut keselamatan diri saya , tapi saya takut jugak nak pergi balai polis ,

  6. assalammualaikum ustaz..sy nk mta ptolongn .mslh sy lbih kurg cm nie jga tpi beks temn llki sy tu nk ugut bunuh suami sy .dn mengaku2 ank ptma kmi tu adlh ank dya .dya slalu sebrkn prkra tu d fb..mcm2 ugutan yg ditujukn kpd kmi.wlupn dh 2x repot kt blai polis .namun dengn skjp ja da bt cm tu blik n llki tu da ckp nk bls dendm dngn kmi.

  7. assalamualaikum ustaz, macam mana nak tahu kalau dia ugut betul- betul ke memain? kae dia cuma nk jerat perempuan tu supaya jatuh ke perangkap dia, padahal gambar takde pun sebenarnya? kalau dia setakat ugut dan tak tunjuk gambar maknanyaa gambar tu takdelah kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme