I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Bekas Isteri Tuntut Nafkah Anak Secara Aggresif

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Dude susah :

Assalamualaikum Ustaz…
Saya telah bercerai dengan bekas isteri selama 11tahun atas tiada persefahaman hidup.Hasil dari perkahwinan tersebut kami dikurniakan 2 orang anak perempuan. Seorang berumur 11tahun manakala seorang lagi berumur 16 tahun.

Kini saya telah berumah tangga selama 6 tahun bersama seorang balu yang mempunyai 2 orang anak.Manakala bekas isteri saya telah berkahwin 9 tahun yang lepas.

Selama kami bercerai saya tidak pernah lupa memberi nafkah kepada kedua-dua anak saya. Empat tahun yang lepas salah seorang anak saya telah duduk dengan saya atas sebab senang hendak ke sekolah.Saya memang suka anak-anak duduk dengan saya.

Masalah saya adalah ;semenjak setahun yang lepas saya mengalami kemorosotan dalam perniagaan menyebabkan saya tidak dapat memenuhi tuntutan nafkah yang sepatutnya saya bagi pada setiap bulan. Saya cuba menerangkan keadaan saya kepada beliau tetapi beliau tetap mendesak saya untuk mendapatkan duit bagi anak saya pada setiap bulan.Saya memberikan cadangan agar saya membela kedua-dua anak saya atas alasan mereka didepan mata, apa yang saya makan itulah mereka makan.Namun cadangan saya ditolak atas alasan saya ingin monopoli kasih sayang kedua-dua anak.

Sekarang, apabila menghantar salah seorang saya balik dari rumahnya kerana bercuti, beliau selalu menengking-nengking saya di halaman rumah.Ini memberikan kesan yang tidak baik kepada Isteri dan anak-anak tiri saya yang salah seorang darinya adalah OKU.

Bukan setakat itu sahaja malah beliau mengganggu Isteri dan anak tiri saya dengan menghantar SMS bukan-bukan.Kini sudah 2 minggu anak saya yang bersekolah dalam tingkatan 4 tidak dapat kesekolah gara-gara bekas isteri yang tidak membenarkan beliau pulang semula kerumah selepas berhari raya bersama ibunya. Bekas Isteri saya menggugut saya agar memasukan wang sebelum beliau melepaskan anak saya pulang kerumah saya.Saya buntu dalam masalah ini.Saya cuba berlembut dengan beliau, malah beliau semakin memijak kepala saya.

Apabila saya membela kedua-dua anak, beliau tidak henti menelipon saya dan anak saya bertanyakan siapa ada rumah,makan apa, mama mana,papa mana,anak anak tiri bapak kau kat mana.Setiap hari itulah soalan yang perlu di jawab oleh anak saya.Sampaikan saya kesian dengan anak saya dan menutup talian Talipon bimbit yang dibeli olehnya.
Apabila beliau gagal menghubungi saya dan anak,beliau akan mengganggu isteri dan anak tiri saya pula.

Apabila kedua dua anak di bawah jagaan beliau,tidak sabar sabar mengganggu saya untuk dapatkan nafkah bagi anak saya.Sampaikan selalu menggugut saya akan membuat laporan ke Pejabat Agama Islam.

UsTaz, Saya faham hukum berkenaan nafkah anak-anak.Tolonglah ustaz,saya dalam kebuntuan ni.Apa yang mesti saya buat.?

Waalaikumussalam…

Pertama sekali, Ustaz Love mengucapkan tahniah kepada saudara kerana berjaya menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab dan tak melupakan tanggungjawab memberi nafkah dan kasih sayang kepada anak2.

Secara jujurnya, amat jarang golongan lelaki nak bertanya pasal masalah keluarga kat blog Ustaz Love ni.. banyaknya yg tanya pasal seks la, air mani la.. kihkih.. Tapi, itu tak bermakna lelaki ini merupakan kaum yg kuat hatinya.. Adakalanya lemah juga dan tersungkur mengalirkan air mata.. perghh..

Berbalik kepada kes saudara ini, pada pandangan Ustaz Love, saudara telah berjaya melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya.. cuma kita kena memahami lumrah kehidupan.. tak selalunya cerah.. adakalanya hujan, adakalanya berjerebu.. hingga menyebabkan kesihatan terganggu dan batuk2 serta kentut2 yang tak menentu. Ketika inilah sebenarnya, baru kita dapat mengukur sama ada kita sebenarnya seorang yg tabah, ataupun seorang yg kalah.

Belajar ilmu sepanjang tahun, tanpa adanya ujian, maka kita takkan dapat mengetahui tahap prestasi pembelajaran kita.. Begitulah juga kehidupan ini, tanpa ujian hidup, kita takkan dapat mengetahui sejauh mana kekuatan kita yg sebenarnya dalam mendepani cabaran kehidupan. Sebab itu Allah s.w.t. mencabar manusia di dalam al-Quran, adakah boleh kita nak kata kita ni beriman dan yakin, sedangkan belum lagi diuji? Sebab itulah, kita tak bleh sewenang2nya mengutuk orang yg terjebak dalam kesalahan dan kesilapan, sebab kita sendiri pun belum tahu lagi bagaimana keadaannya bila dah diuji.

Yang pertama sekali, saudara kena banyakkan bersabar.. Hanya dengan kesabaran saja yang mampu menetapkan iman dan akal kita dalam mencari jalan penyelesaian.. kalau tak sabar, maka tindakan yg kita lakukan pasti akan dipandu oleh nafsu.. Masalah yang lama tak selesai, tambah plak masalah baru.. Tapi, kalau berdasarkan cerita saudara ni, nampaknya saudara memang seorang yang tabah dan sabar.. Tahniah sekali lagi..

Kemudian, barulah saudara mencari apa punca masalahnya.. Sbb bagi Ustaz Love, bukanlah masalah nafkah itu yg menjadi puncanya.. sebaliknya bekas isteri itu yg nampaknya macam nak menyusahkan saudara. Ustaz Love pun tak pasti, bagaimana penyelesaian semasa perceraian dulu (adakah mahkamah ada putuskan berapa jumlah nafkah yg perlu dibayar dsb).. Namun, jika diteliti dari sudut pemberian nafkah ini, maka yg dikira bukanlah nilai tunainya, sebaliknya nilai keperluan sehariannya (spt utk makanan, pakaian dsb).

Ustaz Love bagi contoh la.. kalau anak yg masih baby, maka nafkahnya tentu agak besar jika nak kira keperluan baby (susu, makanan baby, pampers, pakaian, nurseri dsb).. berbeza dengan anak yg dewasa, cuma nafkah makanan dan pakaian (pakaian pun bukannya selalu nak kena beli).. jadi, kalau masa baby dulu, nafkah hidup anak lebih kurang RM400 sebulan, mungkin bila anak dah besar ni, RM200 pun dah cukup (ini tak termasuk la yuran pengajian dll).

Saudara juga telah menawarkan untuk menjaga anak sendiri sementara perniagaan saudara dipulihkan, tetapi ditolak oleh sang bekas isteri.. Malahan sang bekas isteri itu juga telah melakukan gangguan terhadap isteri dan anak tiri.. Ini sudah lebeyy!! Patutnya saudara tomoikan je beliau (maaf.. sila jangan ikut nasihat ni.. Ustaz Love beremosi plak tadi.. huhu).

Saudara tak perlu pedulikan ugutannya.. Antara keistimewaan orang lelaki ini adalah lelaki mampu untuk buat tak tahu (muka selamba je) walaupun perempuan itu beria2 marah ke, menangis ke, mengamuk ke.. Jadi, buat tak tahu je dengan beliau.. teruskan rutin seperti biasa.. Jika beliau nak report ke jabatan agama ke, jabatan kastam diraja ke, jabatan wakaf dan haji dsb sekalipun, biarkan je. Itu lebih baik.. sbb saudara tak buat apa2 salah.. beliau yg bersalah sbb dok mendesak suruh masukkan duit.. sedangkan cukup je makan pakai anak2 yg saudara telah berikan.

Dalam masa terdekat ini, Ustaz Love mencadangkan agar saudara membuat temujanji dengan pegawai kaunseling di jabatan agama untuk meminta khidmat nasihat tentang isu ni.. Ustaz Love setakat boleh cuba membantu berdasarkan andaian daripada cerita saudara, sedangkan banyak lagi perkara yg perlu diteliti.. InsyaAllah, bila saudara meminta nasihat kaunseling, pegawai agama dapat membantu dengan lebih tepat tentang bagaimana caranya nak handle kes ni.. Sekurang2nya, ugutan sang bekas isteri nak report ke jabatan agama tu dah tak valid, sbb saudara terlebih dulu mengambil tindakan berjumpa dengan pegawai kaunseling di jabatan agama.

Kadang2, kita perlukan orang ketiga untuk menyelesaikan masalah berdua.. jangan cari orang ketiga yg salah (spt kawan2 ke, mamak restoran ke dsb), memang masalah susah la nak selesai.. sbb kes saudara ni bukan dalam bidang kepakaran mereka.. Lebih baik saudara tuju terus ke bahagian kaunseling keluarga jabatan agama.. insyaAllah, mereka boleh menjadi orang tengah dalam menyelesaikan masalah ini.

Jangan lambat2 nak buat tindakan.. sbb kesian kat anak saudara yg dah 2 minggu tak bersekolah tu.. dah la tertinggal pelajaran, tekanan emosi lagi.. jadi, semuanya bergantung kepada hikmah saudara dalam bertindak..

Dan akhir sekali, saudara jangan lupa solat hajat dan solat istikharah.. Semoga Allah memberikan petunjuk kepada saudara untuk memilih jalan terbaik dan menyelesaikan segala masalah saudara dan keluarga.. insyaAllah, amin..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

31 Comments

Add a Comment
  1. nampaknya kes yg jrg2 ni—-isteri terover acting….mcm bekas isteri jeles dgn kehidupan baru bekas suaminya…so dia cuba cari jln utk menyusahkan hidup bekas suaminya yg telah ada isteri baru tu….mcm2 hal…

    1. susah nak cakap.. padahal bekas isteri tu pun dah bernikah lain.. jeles pun ada kemungkinan, dendam pun ada juga kemungkinannya 😉

    2. yang kak Mama Zharfan sebutkan ini, mmg kena dengan batang hidung sya,. haha. bekas isteri kpda suami saya, selalu hntr pesanan sms pd suami sya, suruh dtg jmpa dia untuk bincang pasal ank.. tp, bila jmpa, tak ada perkara yang penting pun nak di bincangkan.. setiap kali bgi pesanan, mesti melalui no hp saya… kemudian, bahasa nya sgt beradab.. tak ada salam, ber’aku’ dan ber’kau’.. menurut kata suami sya, punca2 dia ceraikan bekas isterinya itu, atas2 sebab beginilah.. suka bermaki2, suka menghina orang.. suka buka aib orang, sekarang, dia cuba nak ganggu hidup kami dgn msg2 dia.. kali terakhir dia msg, dia suruh dtg berjumpa dia di tempat kerjanya, sbb dia dn ank mahu berpindah rumah, akibat bergaduh dgn keluarga. bila, berjumpa…. tiada apa yang berlaku di situ.. tak tahulah apa agenda sebenar bekas isteri suami sya tu.. sya diam kan saja, tak mahu masuk campur, kerana slalu bersangka baik, urusan tu berkaitan dengan ank.. tp, tak tahulah kalau bila sudah lebih dari itu, apa tindakan saya perlu ambil pun saya tak pastilah…

  2. kadang2 pelik juga dengan permintaan bekas isteri yg keterlaluan..mcm satu kes artis tu kan..hai..kalo dah smp merepek2 permintaan nya rasa dah tak wajar dah..

    1. sbb tu la kadang2 kita kena menilai secara adil kes2 melibatkan hubungan lelaki wanita ni.. jangan bias dengan jantina.. sbb kita tak tahu apa yg berlaku di sebaliknya 😉

    1. memang susah kalau bercerai dengan cara tak berapa baik.. sbb itulah, sepatutnya untuk kepentingan anak2, bekas suami isteri kena berbaik2.. bukanlah berbaik sama mcm masa masih suami isteri dulu.. cuma, paling kurang pun jangan la bergaduh.. kesian kat anak2 yg mengalami tekanan emosi.. mak dok cerita buruk ayah.. ayah dok cerita buruk mak.. anak2 tak dapat contoh yg baik

  3. Salam.

    Saya mendapat kemalangan pada bulan 10 2010.

    Ketika sakit saya di biarkan terbaring kelaparan oleh isteri. Malah isteri dan keluarga beliau asyik meminta wang nafkah walaupun ketika saya tenat dan tidak dapat bekerja. Saya di halau dari rumah oleh isteri kerana tiada wang. Kini sudah hampir 8 bulan saya menumpang di rumah saudara dan kawan. Pagi tadi sewaktu proses rundingcara pertama kali pun beliau masih menuntut wang.

    Saya hampir setahun tidak bekerja kerana sakit dan malah jemaah doktor mengiktiraf saya sebagai hilang upaya kekal.Saya cuba mencari kerja lain tapi tiada majikan yang mahu mengambil pekerja yang masih dalam rawatan.

    Saya telah mendaftarkan kes cerai di mahkamah tadi dan di jadualkan hadir untuk perbicaraan pada akhir bulan depan.

    Adakah saya perlu bayar setiap tuntutan selepas melafazkan cerai nanti sedangkan saya tiada pendapatan langsung?

    Adakah saya juga perlu bayar nafkah edah dan nafkah lain juga?

    Apakah hak saya yang boleh saya tuntut ?

    1. Salam Syafarizal..

      Ustaz Love sangat bersimpati dengan nasib yang menimpa saudara.. semoga saudara tetap sabar dan tabah menghadapi ujian Allah ini.. insyaAllah, Ustaz Love akan cuba jawab pertanyaan saudara dalam entry nanti..

      Syafakallah..

  4. assalamualaikum…saya mempunyai beberapa kemusykilan yang hendak diajukan. 1) adakah suami perlu membayar nafkah sekiranya bekas isterinya itu telah pon berkahwin lain?
    2) adakah bekas isteri ini berhak mendapat nafkah tempat tinggal sedangkan sudah mempunyai suami baru?
    3) bagaimanakan pembahagian nafkah anak bagi bekas isteri yang telah berkahwin lain?
    4) adakah suami baru beliau berhak menikmati nafkah tempat tinggal dan nafkah anak yang diberikan kepada bekas isteri tanpa mengeluarkan sesen pon?
    wassalam.

    1. 1) tak perlu.
      2) tak berhak
      3) nafkah anak masih lagi ditanggung sepenuhnya oleh bapanya (bekas suami).
      4) tak berhak.. sbb nafkah itu kepunyaan anak, bukan untuk ibu dan bapa tirinya.

      1. Assalamualaikum Ustaz.
        Sy ada pertayaan sedikit jika sy tidak memmpunyai pendapatan tetap adakah sy perlu menanggung semua keperluan anak sy sedangkan bekas isteri sy telah berkahwin lain.

  5. salam, saya telah beserai dengan bekas isteri saya yang dikahwinin selama 6 tahun dan dikurniakan 3 orang anak 1 lelaki 2 perempuan anak, Anak sulung umur 5 tahun,ke-2 2 tahun dan ketiga 6 bulan,kes hak penjagaan anak masih lagi dibincangkan di majlis sulh,dan bekas isteri telah telah dapat perintah hak jagaan sementara, masalahnya tuan bekas isteri sentiasa memberi alasan dan telah sebulan saya tidak berjumpa dengan anak anak saya dan yang terbaru dia telah berpindah ke kampong maknya di perak sedangkan saya berada di Kuala Lumpur, apakah yang harus saya lakukan,terima kasih

    1. Ustaz Love cadangkan agar saudara mengadukan perkara ini ke mahkamah syariah agar pihak bekas isteri dapat menghormati arahan yang diberikan oleh mahkamah sebelum ini.

  6. saya telah berumahtangga selama 15 tahun. saya telah bercerai pada bulan 11 tahun lepas. saya telah dikurniakan anak seramai 4 orang. yang sulung form 2, yang no dua darjah 6, yang ketiga darjah 4 and yang bongsu 6 tahun. Selepas bercerai saya terus bagi nafkah sebanyak rm 1000 dan tempat tinggal untuk anak anak. untuk pengetahuan rumah tu nyer ansuran sebanyak 1350. tetapi sekarang ni saya bagi lebih sikit lebih, sebanyak rm 1200. Bila budak masuk sekolah saya belikan pakaian and buku dan yuran.
    Baru baru ni dia nak mintak lebih nafkah sebanyak rm 1600 sebulan. PATUTKAH NAFKAH YANG SAYA BERI SEBANYAK 1200 NGAN BAYARAN RUMAH 1350?. lebih kurang separuh dr gaji saya saya berikan untuk ank ank

  7. saya diceraikan melalui sms..dan sudah pun berlalu selama setahun..
    masalah saya ialah..
    1) saya tidak melalui proses sulh
    2) saya belum membuat apa2 tuntutan nafkah kerana bekas suami dipenjarakan kerana pecah amanah tetapi telah di ikat jamin dan dibuang dari kerja..dan sekarang saya tidak tahu apakah saya layak untuk membuat tuntutan nafkah mutaah dan nafkah anak
    3) nafkah anak dia cuma bg saya 300 sebulan itupun mesti saya kene jadi pengemis dan mesti saya bergaduh baru dapat. sedangkan untuk yuran sek pun tak lepas. Maksud saya nafkah tidak cukup..
    4) Apakah yang perlu saya lakukan?

    1. puan perlu failkan tuntutan mut’ah dan nafkah di mahkamah syariah. Nanti puan dan bekas suami akan dipanggil untuk melalui proses sulh. Jika tak berjaya dalam proses sulh, kes puan akan dibicarakan di mahkamah.

  8. ustaz, sebelum mengajukan soalan perlu saya jelaskan situasi saya. saya telah berkahwin dengan seorang duda anak satu berusia 10thn (anak angkat). kami dikurniakan 4 org anak (5thn, 4thn, 3thn dan baby 7 bln). saya tak pasti berapakah jumlah nafkah yang telah ditetapkan oleh mahkamah agar suami saya lunaskan tiap2 bulan kepada bekas isteri utk anak mereka. tahun ini bekas isteri suami saya telah memasukkan anak mereka ke sekolah asrama penuh swasta dengan bayaran permulaan sebanyak RM1k ++. setiap bulan suami telah memberi nafkah anak kepada bekas isteri sebanyak RM500. bekas isteri memasukkan anak mereka ke sekolah asrama tersebut tanpa berbincang dgn suami saya terlebih dahulu. beliau cuma bersuara apabila nak minta duit untuk kemasukan ke sekolah asrama tersebut. kami ni bkn apa cuma beliau sepatutnya memikirkan bebanan bekas suaminya sebelum memasukkan anak ke sekolah swasta. anak saya baru masuk tadika tahun ini dan kami juga memerlukan duit untuk makan minum dan pakai anak yg seramai 4 org berderet ini. saya taknak mengungkit kepada suami tentang nafkah yg sepatutnya dia beri kepada anak2 kami yg 4 org ni sbb saya masih lagi boleh bersabar. kami memang sama2 bekerja dan bekas isteri beliau juga bekerja. RM500 untuk nafkah seorang anak bg saya cukup byk sedangkan anak beliau tidak perlu di hantar ke taska berbanding anak2 saya yg 4 org, semuanya saya tanggung dr makan pakainya. suami tanpa segan silu tak pernah pun memberi nafkah utk kami tapi beliau tak pernah miss dan tak pernah menolak apabila bekas isteri meminta duit lebih atas alasan untuk anak mereka yang seorang itu. mohon penjelasan ustaz. saya tak berani cakap berdepan dgn suami tentang isu ini kerana saya telah cuba sebelum ini dan membuatkan beliau melenting tapi selama 6 thn ini saya hanya bersabar dan memendam rasa. nak diluah kpd mak ayah, saya malu kerana suami adalah pilihan saya. gaji beliau 2 kali ganda lebih besar dr gaji saya. saya rasa jika nak diberi nafkah sebanyak RM1k sebulan kepada kami pun cukup selepas beliau bayarkan duit rumah dan kereta. mohon ustaz bantu dari segi nasihat apakah yg perlu saya lakukan? saya memang kalau boleh taknak berpisah kerana kesiankan anak2 tapi hal2 begini sedikit demi sedikit telah mengurangkan rasa sayang saya kepada beliau yg selalu mengerah keringat saya. saya balik kerja terus buat kerja rumah sehingga kepenatan. dan bila malam pula, saya pula ‘dikerjakan’. jika tidak, beliau akan mengeluarkan hadis ‘seorang isteri yang menolak kemahuan suami akan dilaknat hingga ke pagi’. bab2 mengeluarkan hadis ni beliau sgt pandai tp bab melunaskan tanggungjawab sebagai suami bkn shj pemberian nafkah batin tp juga byk lagi hal yg lain, beliau abaikan shj. saya hairan ke mana pergi baki gaji beliau yg lain2. utk pengetahuan ustaz, beliau kaki pancing dan kerap meninggalkan saya anak-beranak utk ke laut/hutan seminggu lamanya. selalu jugalah beliau pinjam duit saya dan tak byr2. kdg2, duit saya diambil senyap2. pernah saya ditahan wad kerana sakit dan sepulangnya dari wad saya lihat wang di dalam akaun berkurangan. saya bertanya suami kerana beliau yg pegang kad atm saya. barulah beliau mengaku. jika saya tak bertanya, ntah bila baru beliau akan beritahu saya pun xtau. ade juga pernah beliau gadaikan barang kemas saya tanpa pengetahuan saya. saya ni jarang pakai barang kemas, saya simpan je. pakai bila perlu. dan kerana beliau tahu tempat saya menyimpannya maka dgn senang hati beliau menggadaikannya dengan alasan nak bantu kawan yg memerlukan. adakah wajib kita membantu kwn yg dlm kesusahan sedangkan kita sendiri mengabaikan tanggungjawab pemberian nafkah kepada isteri dan anak2 ya ustaz? adakah wajib kita mengambil wang isteri tanpa pengetahuan untuk membantu kwn2 dalam kesusahan ya ustaz? apakah hukumnya di sini ya ustaz?

  9. Saya nak tahu bagaimana nak buat laporan tentang tuntutan nafkah anak … kerana saya telah melalui prosedur mahkamah tetapi mahkamah kata laporan saya kurang lengkap saya membuat laporan begini
    1) makan dan minum dan pakaian rm 415sbn
    2) pendidikan dan perubatan rm 345 sbln
    3) transport dan penjagaan rm 310 sbln
    4) bil air dan elektrik rm 50 sblb

  10. salam Ustaz,

    Saya ingin bertanya pendapat Ustaz, saya sudah selesai majlis sulh berkenan tuntutan nafkah anak & edah. Setelah mahkamah memerintahkan beliau untuk menbayar nafkah tersebut, si suami ingkar. Yang bertambah teruknya, beliau sudah berpindah dan saya tidak mengetahui langsung alamat terbaru beliau. Even minta dr mertua pun mereka tidak membantu (merahsiakan) kerana sy ingin melaporkan ke pejabat agama semula, soal xdpt hubungi dan jejaki beliau. Bagaimana sy ingin menuntut hak tersebut ye?
    Sila bantu sy ustaz? kesihan anak saya baru 3bulan dan memerlukan kewangan.

    Wasalam

    1. Puan boleh adukan perkara ini di mahkamah syariah. Perbuatan bekas suami puan itu boleh dikategorikan sebagai menghina arahan mahkamah. Saya sendiri kurang pasti bagaimana prosedurnya. Sebaiknya puan boleh merujuk pegawai kaunseling mahkamah untuk tindakan selanjutnya.

      WA

  11. Assalamualaikum Ustaz,
    Mohon pencerahan apakah tggjwb seorg bekas isteri terhadap anak2 yg dijaga sepenuhnya oleh bekas suami dan isteri barunya. Setelah 5 tahun bercerai bekas isteri masih suka maki2 suami saya dan saya selaku mak tiri yg menjaga anak2nya seramai 3 org. Saya juga ada 2 anak kecil kekadang runsing sebab sering dituduh tak brtggjawab dan sbgainya sdgkan anak2 duduk dgn kami cukup makan pakai pljaran. Saya sentiasa tertanya2 semua tggjwb saya dan suami yg pikul tetapi apa pula bhagian dia? Mohon pencerahan. Sekian.

    1. Abaikan saja cakap2 bekas isterinya itu. Orang meroyan memang macam tu. Apatah lagi bila melihat kebahagiaan anak dan bekas suaminya dengan isteri baru, tambah2 lagi la dia punya sifat cemburu tu.

      Asalkan puan menjaga anak2 itu sebaik mungkin, tiada apa pun yang puan perlu risaukan dengan makian beliau itu. Anggap saja ia seperti suara katak selepas hujan yang mendendangkan lagu kegemaran.

  12. Assalamualaikum Ustaz… sy ada sdikit pertanyaan… suami saya telah diperintah kan mahkamah untuk membayar nafkah anak sbnyak rm700 sbln… masalahnya anak2 sering mengadu yg bekas ibu nya tidak sepenuhnya menggunakan duit perbelanjaan untuk anak2… maksud nya banyak digunakan untuk diri sendiri… sampai ank2 nk beli gula2 pon boleh ckp ada duit tak kalau x de x payah… soalan ke dua… boleh tak suami sy tuntut hak penjagaan anak… biar kami sendri yg jaga… sy telah bersetuju dgn suami akan menjaga anak2nya…

      1. Perkara itu boleh dilaporkan pada mahkamah. Mungkin mekanisma lain boleh digunakan dalam pemberian nafkah, dan bukan semata2 menggunakan wang ringgit.

        Suami boleh buat tuntutan hak penjagaan di mahkamah. Itu lebih baik bagi menyelesaikan masalah salah faham berkaitan nafkah.

  13. Setiap pasangan yng berpisah pasti ada masalah dan cerita yang tersendiri, yang mana orang luar mungkin tidak tahu secara jelas. Justru, usah lah kita mudah mengata atau melabel bekas isteri atau bekas suami secara melulu. Kita tidak tahu penderitaan yang mereka lalui dalam membesarkan anak-anak. Para isteri sediaada perlu cuba memahami kesukaran yang di alami oleh bekas isteri dan selalu bertanya kepada suami mereka samada anak-anak di bawah jagaan bekas isteri mendapat nafkah yang mencukupi dan pembelaan sewajarnya oleh pihak suami. Bukan kah nikmat yang kita rasai sekarang ini dengan para suami di kongsi bersama anak-anak tak kira di bawah jagaan bekas isteri atau suami. Para suami pula, perlu bersifat adil dan saksama. Usahlah anggap bekas isteri sebagai musuh nombor satu dan yang paling di benci semata-mata kerana perpisahan telah berlaku. Usah lah menganggap bekas isteri hanya ingin menyusahkan hidup mereka bila bekas isteri memohon hak -hak mereka dan anak-anak. Ada sebab mereka menuntut hak mereka dan anak-anak. Mereka juga perlukan pembelaan yang adil dan perlu meneruskan kelangsungan hidup dengan baik. Bukan kah Allah suka kepada hambanya yang membuat kebaikan kepada keluarganya. Kita boleh menolong orang lain dengan rela hati . Namun, mengapa kita berkira untuk berbuat baik dan melaksanakan tanggungjawab kita kepada anak-anak dan orang yang pernah kita sayang suatu ketika dulu. Dalam kita melayari nikmat yang Allah beri bersama keluarga baru kita, usah lupa kepada pengorbanan bekas pasangan kita yang telah berkorban jiwa dan raga dalam melahirkan dan membesarkan zuriat kita. Mereka tidak minta di hina dan di caci apabila membuat tuntutan demi sebuah keadilan . Alangkah indah hidup ini andai semua boleh bertolak ansur dan memahami.

  14. Salam, sy nk bertanya bagi pihak abang sy, dia di minta oleh bekas isteri dia sebanyak seribu sebulan, mereka telah bercerai hampir setahun dan mereka dikurniakan dengan seorang anak yg berumur 2tahun,anak di jaga oleh belas isterinya dan 100% menyusu badan. Apakah bayi yang berumur 2tahun memerlukan duit sebegitu banyak? Tolong bagi opinion. Kerana sy runsing melihat abang sy yang sering tiada wang. Gaji dia hanya 2 ribu lebih, perlu membayar kereta dsb..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme