I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Bapa Geram, Nafkah Anak Diperam

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada zus :

salam ustaz.
Saya ada persoalan pada scenario ini. Ada bapa tunggal ini tidak mahu membayar nafkah kepada anak2 nya kerana bekas isteri tidak membenarkan dia membawa keluar anak2.-(sekadar berjumpa di rumah pengasuh). Pada tahun pertama, memang dia bayar nafkah secara kosisten. Tetapi disebabkan sikap bekas isteri yang menghasut anak2 agar menjauhi dirinya dan tidak mengizinkan anak2 keluar/bermalam bersama;(dia tidak mengizinkan secara direct, tetapi menyuruh anak2 menolak kemahuan si bapa untuk bermalam/bercuti), dia pun rasa terkilan dan kecewa (kerana kehilangan kasih sayang anak2), maka memutuskan untuk tidak membayar nafkah kecuali bekas isteri meminta maaf padanya dan membenarkan dia keluar bersama-sama anak2. Walau bagaimanapun, dia telah berjanji pada dirinya untuk memberi bayaran selepas anaknya dewasa (keseluruhan nafkah selama tidak di bayar) dan telah menubuhkan tabung simpanan utk anak2 (tabung ini akan diberi selepas anak2 dewasa). boleh tak ustaz bagi penjelasan hukum pada keadaan diatas dan juga nasihat untuk si bapa menyelesaikan masalah ini. Si bapa tidak mahu menjadi bapa yang tidak bertanggungjawab, tetapi pada masa yang sama dia berperang dengan perasaan/kemahuan sendiri.- kalau boleh post entry. terima kasih in advance

Nafkah anak ini adalah wajib diberikan mengikut keperluan semasa. Bukan semata2 mengikut bulanan, tahunan dsb.. Yang bulan2 kena bayar tu, memang kena bayar la.. yang kena bayar ikut keperluan semasa (spt yuran sekolah, buku2 pelajaran, bil perubatan dsb) pun kena bayar juga.

Bayangkan kalau kita bekerja, lepas tu kita dibayar gaji 20 tahun kemudian (selepas pencen). Majikan bagi alasan, dia dah buatkan tabung untuk belanja kita masa dah tua sok.. maklum la, dah tua, mana larat nak kerja lagi.. jadi dengan adanya tabung gaji tu, bolehlah menampung hidup kita masa tua nanti.. best kan idea tu?

Habis tu, masa sekarang ni kita nak makan apa? Dah gaji semuanya masuk tabung? Kalaulah boleh makan pasir berlaukkan cacing, insyaAllah takde masalah kot.. begitulah juga hakikat nafkah ini.. sekalipun ianya bukan spt wang gaji (sbb gaji ni, kena kerja baru ada gaji.. bukan tido, ujung bulan dapat gaji), tapi ia adalah wang sara hidup anak2 yang wajib dilunaskan oleh para bapa.

Kalau bapa itu rasa terlalu bijak dengan menyimpan dalam tabung dan diberikan masa anak2 dewasa nanti, Ustaz Love plak rasa sang bapa itu sungguh berfikiran singkat. Bila anak2 dah besar, nak buat apa lagi tabung2 tu? Mungkin masa tu anak2 dah tak perlukan lagi bantuan bapa sbb dah dapat biasiswa ke.. Jadi terkebil2 la mata bapa ketika itu kerana diabaikan oleh anak2.

Senario yang lagi teruk, ada kemungkinan anak2 tak sempat pun sampai ke umur dewasa, dah dijemput Allah.. jadi, tabung tu nak buat apa lagi? nak pacak jadikan batu nisan?

Maaf.. Ustaz Love agak emo sket.. sbb pada pandangan Ustaz Love, sang bapa itu terlalu mengikut perasaan. Disebabkan sakit hati dengan bekas isteri, anak2 plak yang jadi mangsa. Sedangkan sang bapa masih lagi punya jalan lain untuk menyelesaikan masalah itu, selain daripada tak bagi nafkah.

Dapatkan la perintah mahkamah untuk berjumpa dengan anak2.. pasal bekas isteri bermulut longkang itu (yg suka menceritakan keburukan bapa kepada anak2), maka pedulikan saja perbuatan beliau itu. Yakinlah, setiap perbuatan itu pasti ada balasannya. Anak2 bukan semakin lama semakin bodoh.. anak2 semakin lama semakin pandai dan boleh berfikir mana yang baik, dan mana yg buruk.

Jika sang bapa masih lagi berbuat baik kepada mereka (dengan memberikan nafkah dan kasih sayang), walaupun ditohmah oleh ibu mereka, nescaya mereka akan lebih melihat kepada bukti melalui pandangan mata mereka sendiri.. Berbeza sekiranya sang bapa itu melupakan tanggungjawabnya (tak bagi nafkah dsb dengan memberikan alasan geramkan tindakan isteri), maka ini memberi gambaran tak elok kepada anak2.. serta membuktikan bahawa kata2 ibu mereka (bahawa bapa mereka itu adalah buruk dan beruk) adalah benar belaka.

Jadi, pertelingkahan bekas suami isteri ini sebenarnya takde kaitan dengan anak2.. anak2 masih perlu ditunaikan hak2 mereka.. kalau hak anak2 diabaikan, jangan menyesal kalau suatu masa nanti, hak ibu bapa pun anak2 tak tunaikan. Bertindaklah dengan bijak.. jangan bertindak mengikut perasaan.

Untuk tindakan yang lebih tepat, adalah lebih baik sang bapa itu berjumpa dengan pegawai kaunseling keluarga di jabatan agama.. insyaAllah, mereka akan dapat memberikan nasihat dan panduan yang lebih tepat, sesuai dengan situasi sang bapa yang sebenarnya (sbb kadang2 pertanyaan di blog / e-mail ni, banyak benda yg disorokkan).

Dan sang bapa juga jangan lupa solat istikharah dan solat hajat.. semoga Allah menunjukkan jalan terbaik buat sang bapa, dan menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.. insyaAllah, amin.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Comments

Add a Comment
    1. alhamdulillah.. semoga Allah memberikan kekuatan kepada para bapa untuk menunaikan tanggungjawab terhadap anak2nya.. insyaAllah, amin

  1. setuju sgt dgn cara ustaz mengolah jawapan..

    rata2 ibubapa yg berada dlm kes ini byk mengambil pendekatan mengikut emosi.. kurang mengikut akal & iman.

    1. terima kasih kakyong.. ibu bapa pun manusia biasa.. cuma, kebijakan ibu bapa dalam menangani situasi berkaitan emosi akan mempengaruhi tindakan mereka terhadap anak2.. kalau tak bijak dan sabar, itu yg berlaku kes penderaan.. lepaskan kemarahan pada anak2.. kesian kat anak yg jadi mangsa (T – T)

  2. kalau kes macam ni kan Ustaz, boleh ke dikatakan derhaka kepada anak? sbb yatie ada terbaca tentang Khalifah Umar yg didatangi seorang bapa yg mengadu perihal anaknya…sedangkan bapanya sendiri yg lupa bertanggungjawab

    maaf Ustaz kalau salah pertanyaan

    1. Kisah ni memang masyhur.. tapi Ustaz Love pun tak pasti kesahihannya..

      Kebiasaannya istilah derhaka ini digunapakai untuk orang yg lebih bawah.. contohnya rakyat derhaka pada sultan, isteri derhaka pada suami, anak derhaka pada ibu bapa dsb. Mungkin kita boleh ambil iktibar kisah itu.. bahawa hidup ini seumpama putaran roda.. kalau kita berbuat baik kepada anak2, insyaAllah suatu masa nanti, anak2 juga akan berbuat baik kepada kita.. tapi ia bukanlah menjadi dalil atau hujjah kepada anak2 supaya mereka boleh derhaka kepada ibu bapa.. sebaliknya sebagai panduan kepada ibu bapa agar tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap anak2 πŸ˜‰

  3. saya juga mengalami nasib yg sama, bukan bercerita utk menagih simpati, sekadar berkongsi..
    bekas suami pelajar uni. Azhar di Damanhur, selepas bercerai dia menikahi prmpn lain, nafkah anak dan isteri tidak pernah di beri, bila diminta, alasannya tidak mampu krn masih belajar tajaan PAMA..
    utk berjumpa anak, sy tidak pernah menghalang cuma hati masih terkilan biarlah Allah yg sembuhkan..
    Doa ummu Khadeejah supaya suatu hari nnt dia dpt memberikan anak nafkah serta hak2 anak ini..

    1. Ustaz Love bersimpati dengan nasib yang menimpa puan.. sekalipun suami itu menerima duit belanja daripada ibu bapanya, tetapi ia tidak melepaskan tanggungjawab suami itu untuk memberi nafkah edah dan nafkah anak2.. tak kira la beliau pelajar agama ke, pelajar bukan agama ke.. tanggungjawab itu perlu dilaksanakan. Dan Ustaz Love yakin, beliau juga menyedari akan hakikat ini.. cuma mungkin beliau tak tahu mcm mana nak selesaikan..

      Puan beritahulah beliau akan tanggungjawab menyediakan nafkah anak2 itu.. kalau beliau betul2 tak mampu nak bagi nafkah, dah tentu beliau takkan berkahwin lain.. Ini kata tak mampu, tapi bernikah lain mampu plak.. kan pelik namanya tu?

      Bab berjumpa dengan anak2, janganlah puan menghalang suami berjumpa dengannya.. Anak2 tidak bersalah dalam hal ini.. janganlah kerana mengikutkan hati puan yg terkilan, anak pula terpaksa berkorban.. Tabahkanlah hati.. kerana dunia belum kiamat.. masih jauh lagi perjalanan yang puan bakal tempuhi.

      Ustaz Love doakan semoga Allah membuka jalan bagi puan dan bekas suami untuk menyelesaikan masalah ini dengan baik.. insyaAllah, amin..

Leave a Reply to yatie awang Cancel reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme