I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Ambil Keuntungan Berkali Ganda Dari Kos Produk

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Khairul :

Soalan saya:
Adakah ia di anggap riba jika kita menjual suatu produk itu dan hasil keuntungannya adalah lebih sekali ganda dari kos produk. Contoh : kos pembuatan produk ini adalah RM50. Kita jual dengan harga RM 120. Adakah RM20 itu sudah menjadi riba?

Sekian.

Dalam perniagaan ini, konsep redha-meredhai (‘an taradhin) itu adalah asas yang utama.. Maksudnya adalah persetujuan bersama antara pembeli dan penjual.. Kalau penjual nak jual dengan harga yang 10 kali ganda daripada harga modal sekalipun, sekiranya ia dipersetujui oleh pembeli, maka hukumnya adalah harus.

Ada dalil amalan seorang Sahabat yang menjualkan tanah miliknya dengan harga 9 kali ganda daripada harga asal (harga modal).. Maka tiada masalah nak jual berapa harga sekalipun.

Namun, perlu diperhatikan juga agar keuntungan yang mahu diperolehi itu takde unsur2 penindasan, penipuan, unsur monopoli, unsur spekulasi dsb..

Penindasan itu sebagai contoh, peniaga meletakkan harga barang keperluan mengikut harga melebihi harga pasaran.. dan pembeli terpaksa membelinya dengan harga yg tinggi tersebut disebabkan ianya menjadi keperluan, dan susah nak dapat barang tu.. terpaksa berjalan jauh dsb.. maka ini jelas satu penindasan, kerana penjual seolah2 memaksa pembeli membeli dengan harga yg tinggi. Sama juga macam konsep MLM yang menjual produk dengan harga yg tinggi.. dah la jual harga tinggi, ditetapkan plak dalam sebulan, pembelian kena sampai tahap2 tertentu.. maka ini jelas penindasan yang diharamkan.

Penipuan pula seperti menipu pembeli yang kurang pengetahuan tentang harga.. spt memberitahu bahawa produk yg dijualnya itu adalah lebih murah berbanding yg dijual di pasaran.. pembeli plak membelinya sbb terpengaruh dengan kata2 jurujual.. rupa2nya produk yg dibelinya itu lagi mahal daripada harga pasaran.. maka di sini ada unsur2 penipuan dan penganiayaan.. juga kerap berlaku dalam perniagaan MLM.. diberitahu bahawa produk beliau itu adalah lebih murah, padahal harga jualannya lebih mahal daripada harga pasaran.. cuma cop syarikat je yg berlainan..

Unsur monopoli adalah lebih kepada usaha2 untuk memonopoli perniagaan dengan cara menurunkan harga lebih rendah daripada harga pasaran.. contohnya harga seketul sabun adalah RM2.. tetapi kita menjual dengan harga RM 0.20.. maka, harga yg terlalu rendah ini sudah tentu akan menyebabkan pembeli tertumpu untuk membeli dengan kita.. dan mengakibatkan perniagaan yg lain terjejas. Kalau Mydin bukak kat sesuatu kawasan, maka jangan mimpi la nak bukak kedai runcit dekat2 situ.. tambah2 skrg ni, kedai runcit pun Mydin dah monopoli (dengan label Kedai 1Malaysia). Nak bagi diskaun takde masalah, cuma jangan sampai kita meletakkan harga terlalu rendah.. sehingga menyebabkan harga pasaran tergugat.

Sama juga kesnya kalau kita mengambil upah membuat laman web contohnya.. jika harga pasaran adalah RM1k untuk website statik (takde design yg gempak2, tak melibatkan database dsb.. cuma guna html), maka kita kena menawarkan khidmat mengikut harga pasaran. Kalau nak diskaun pun, setakat RM100 – RM200 tu takde masalah.. jangan plak kita offer RM100 untuk buat website, maka ianya bakal menyebabkan harga pasaran bagi pembuatan itu jatuh menjunam.. kita mungkin tak rasa rugi.. sbb kita bekerja dari rumah.. isi masa lapang.. tetapi, bagaimana dengan syarikat yg membuat bisnes rekabentuk laman web ini? Mereka terpaksa bayar gaji pekerja, bil2, sewa dsb..

Unsur spekulasi pula contohnya, kita meletakkan harga yang tinggi untuk membuat spekulasi harga.. dengan harapan, sekiranya pembeli membuat tawar-menawar, maka kita boleh kurangkan sampai 90% dsb.. nampak mcm tak logik, tapi itulah hakikatnya.. bayangkan, sepasang baju kurung yg modalnya cuma RM25, dijual dengan harga RM250.. supaya boleh letak tag diskaun 90%.. nampak mcm pemurahnya kita ni nak bagi diskaun sampai 90%.. sedangkan sebenarnya kita dah menipu harga.. nak bagi sedap sket, tukar la nama kononnya itu cuma taktik perniagaan.

Namun, asasnya masih sama.. takde masalah nak jual harga berapa kali ganda sekalipun.. sbb tiada dalil yg menetapkan had jumlah keuntungan sesuatu perniagaan.. cuma, dalam mengejar keuntungan itu, janganlah sampai terlibat dalam perkara2 haram.. nilailah produk jualan kita itu, berapakah sepatutnya kita ambil untung.. insyaAllah, kita akan terselamat daripada perkara2 syubhah dalam perniagaan ini.

Setakat itu yang mampu Ustaz Love jelaskan.. salah silap harap betulkan dan maafkan.. πŸ˜‰

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 Comments

Add a Comment
      1. yela ustad dulu saya buat MLM pepaham la rege produk MLM mahal tp mmg la bgs produk tu. Tapi tak sume org mampu beli. jadi produk yg sy jual tu harga nye RM138 tp saya tolak kat customer RM110 saya masih ada untung lg sbb sy beli dgn harga sy RM98. niat ikhlas nak bantu. dah org tu nak sgt tapi tak mampu. pastu sy kena marah ngn upline sbb ramai org cari sy dari dorg. tercetus la perang makanye sy mogok terus tamoh niaga. kebetulan produk tu hot market yahudi. bile dapat tau terus sy stop hingga menanggung kerugian la ni. takpe la janji sy dah x terus kan lg hati pun aman. kesian gak kt kastemer2 sy tu tp sy jujur ckp ngn dorg sy x bleh nk teruskan lg. so sy tak bersalah la kan ustad?

        1. itu la masalahnya sistem MLM ni.. dah la harga barang mahal, ditetapkan plak jumlah pembelian sekian2.. baru dapat bonus sekian2.. nak beli harga murah, kena jadi ahli.. kalau tak, kena beli harga mahal.. sedangkan harga sebenar produk tu tak semahal itu pun..

          takpe la.. yg penting kita nak tolong orang.. bukan niat nak downkan market (down market? besar sangat ke market MLM tu sampai bleh masuk bab ni? kihkih)

  1. oo begitu.. maksudnye kalau nak jual ikut pasaranlah.. jgn terlampau tinggi sehingga membebankan pembeli dan jgn terlampau rendah sampai perniaagaan org lain terjejas.. terima kasih ustaz.. nak tanya lagi boleh.. kalau nk ambik untung.. berapa persent keuntungan yg ditetapkan untuk sesuatu barang..

    1. takde percent yg ditetapkan.. nak amik seratus percent pun takde masalah.. yg penting, ada kerelaan kedua pihak (penjual dan pembeli).. cuma sebaiknya, ia tak membebankan pembeli, dan tak menyukarkan penjual (sbb untung sikit sampai tak boleh rolling modal) πŸ˜‰

  2. salam ustaz..sy ade sdikit kemusykilan..sy ade beli 1 barang nie..hargenye murah dari hrge psaran..lalu sy ingin menjualnye kembali kpd org lain dgn mengikut hrge psaran skrg..hrge dlu sy beli rm90..hrge yg sy nk jual skrg mengikut pasarn rm200++..ade unsur riba ke ustaz..tq..

  3. salam ustaz, bagaimana pula dengan situasi ni,saya beli produk nilai rm50 untuk 20g. tak lama kemudian ada makcik datang rumah,dia jual produk yg sama tp haga jauh lebih renda rm4 sahaja. tp jenama berbeza , isi yg sama.sya rasa sgt tertipu sebab selama ni sy dah habis beratus untuk dptkan produk tu . mcm mana ustaz? dan penjual itu mengambil keuntungan yg sgt tinngi padahal produknya semua hanya dibeli di siam @ mana2 dalam kilo yang sgt murah dan direbrand semula . dijual dgn harga yg sgt tinggi. boleh jelaskan tak mcm mana hukum pernigaan yg mcm ni ?

    1. asasnya ada redha antara penjual dan pembeli. kalau penjual setuju nak jual dengan harga RM50, dan pembeli juga setuju nak beli dengan harga yang sama, maka tiada masalah. sepatutnya saudari perlu menyiasat dahulu sebelum membuat urusniaga. soal jika penjual itu menipu atau tidak, itu urusannya dengan Allah. Jika dia menipu, maka dia akan menjawab di akhirat nanti. Namun, urusniaga jual beli adalah sah.

      WA

  4. Assalamualaikum ustaz. saya ingin bertanya tentang bagaimana pula perniagaan yang melibatkan kreativiti. sebagai contoh, saya sebagai architect designer, dan saya ada buat kerja part time dgn melukis illustrasi untuk klien. modal hanyalah pada idea dan electricity utk menggunakan komputer di rumah. sbg cth syambil satu view utk lukisan illustrasi berharga RM600. apakah hukumnya?

    1. Hukumnya harus kerana ia suatu perniagaan berasaskan perkhidmatan yang tidak ada unsur syubhah atau yang melanggar syarak. WA

  5. Assalammualaikum…Ustaz. .pertanyaan adik saya bawa ayah saya untuk berubat di hospital kuala lumpur supaya senang adik beradik bergilir-gilir menjaga jik ayah ditahan wad. Masalahnya mak tiri kami tak persetujui niat kami dengan mengatakan kami anak derhaka. Kami adik beradik bukannya orang senang nak balik kampung sebulan sekali pun susah kalau ada kenderaan tu tak pe lah.Mak tiri sampai hati mengatakan ayah saya tak de harta tu pasal kami jarang sangat balik kampung kalau ayah ada harta pasti korang doakan ayah mati cepat kata mak tiri. Kami adik beradik terluka tapi kami bersabar je…Apakah saya dianggap anak derhaka ….

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme