I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Sisi Negatif Duit Raya

Salam…

Walaupun 1 Syawal dah lama berlalu, namun umat Islam di Malaysia masih lagi meriah meraikan hari raya dengan mengadakan rumah terbuka dan opis terbuka.. sambil kerja, sambil makan2 kuih raya.. Lagu2 raya pun masih lagi giat berkumandang.

Bila buat rumah terbuka, yang kecik2 dah tentu akan diberikan duit raya.. Jadi, seperti yang Ustaz Love nasihatkan dalam entry terdahulu, janganlah niat bagi duit raya tu nak menunjuk2, tapi bagilah dengan niat bersedekah kerana Allah..

Bagi yang menerima pula, janganlah dinilai keikhlasan seseorang pemberi duit raya itu dengan nilai RM yg ada dalam sampul tu.. Kalau tak, jadi la mcm ni..

KUALA TERENGGANU: Gara-gara tidak berpuas hati enam cucunya hanya mendapat duit raya RM1 daripada ibunya, seorang warga emas berusia 60 tahun gagal mengawal diri apabila menyerang dua adik perempuannya dengan merosakkan harta benda serta menghamburkan kata-kata kesat berbaur ugutan dalam kejadian Jumaat lalu.

Difahamkan kejadian berlaku selepas lelaki terbabit yang berlainan bapa dengan mangsa naik berang apabila enam cucunya hanya memperoleh duit raya RM1 daripada ibunya berusia 84 tahun sebelum menuduh kononnya dua adiknya itu mengawal duit ibunya yang sudah uzur.

Kejadian berlaku pada jam 10.30 malam di rumah seorang adik berkenaan, Noleha Sulong, 42, di Kampung Pengadang Baru, di sini, menyebabkan dia dan dan adiknya, Rokiah, 37, trauma serta hidup dalam ketakutan.

Noleha berkata, dia tidak sangka abangnya itu tergamak menyerang dia dan adiknya semata-mata kerana tidak berpuas hati dengan jumlah duit raya diberikan ibu mereka.

“Hairan juga saya dengan sikap abang yang tidak pernah berpuas hati dan berprasangka buruk terhadap kami adik-beradik, padahal bukan cucunya saja mendapat RM1, tetapi anak bongsu saya dan semua cucu lain turut mendapat jumlah yang sama“.

Bila berlaku situasi mcm ni, keharusan pemberian duit raya telah bertukar menjadi haram (khusus bagi kes2 seperti di atas).. kerana ia boleh mendatangkan mudarat yg lebih besar.. Kalau tak bagi, mungkin mudarat gak, tapi takde la semudarat kalau bagi.. Masalahnya bukan budak2 tu yg tak puas hati, tapi atuk dia plak yang lebih2..

Jangan buat main2 bab harta benda ni.. bleh putus sedara.. sbb tu Islam awal2 lagi telah menetapkan bab dalam pewarisan harta.. Jangan buat2 alim sangat kononnya tak nak tuntut harta pusaka, kononnya tak laparkan harta orang (harta arwah mak ayah), tapi mulut dok mengungkit2 di belakang.. bila berjumpa, masing2 dok panas hati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
    1. ada juga mak ayah yg menggalakkan anak2 kutip duit raya banyak2.. senang mak ayah nak tolong belanjakan.. hehe 😀

    1. jaman duit raya 5 sen tu Ustaz Love tak sempat rasanya.. nampak sangat yg Ustaz Love ni lagi muda daripada kakjem.. hehe 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme