I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

SAYS.my Memperkenalkan Social Good 2.0 (Sticky Post.. Sila Scroll Ke Bawah Untuk Entry Terbaru)

Salam…

Seperti mana yang kita sedia maklum, SAYS.my merupakan salah satu komuniti sosial yang menawarkan peluang mencari duit secara online dengan mempromosikan kempen2 tertentu dan juga menjawab survey. Kalau kena caranya, memang masyuk kalau join SAYS.my dan mempromosikan kempen2 iklan. Apatah lagi bagi mereka2 yang mempunyai trafik tinggi dan follower yang ramai.

Cuma, kalau letak kat blog, ianya boleh menghilangkan status glitterati (ahli VIP) Nuffnang. Sebab SAYS.my dikira pesaing kepada Nuffnang. Ustaz Love pun dah tak kisah pasal status tu.. apa gunanya status glitterati kalau asyik dok keluar iklan MilkADeal.

Ustaz Love nak maklumkan bahawa SAYS.my baru saja melancarkan produk terbaru iaitu Social Good 2.0.. Ini bukan filem mcm Nasi Lemak 2.0 mahupun Bersih 2.0. Tapi satu kaedah menang2 antara pengiklan dan dan promoter (kita la tu).

Maklumat dan gambar ni Ustaz Love amik kat blog SAYS.my. Ustaz Love tolong terjemahkan sikit2 je..

Untuk selama 6 minggu, SAYS.my dengan penaja2 mereka akan menawarkan hadiah yang lumayan iaitu gadjet, barangan dan kupon pembelian bagi promosi yg kita lakukan.. Iaitu promosi kesedaran tentang sesuatu kempen (promosi ni tak kira klik) khidmat masyarakat.

Cara2nya :

1. Pilih hadiah yang kita nak menang.

Kemudian klik tanda dan jemput kawan2 facebook yang belum join SAYS.my untuk peluang memenangi hadiah itu. Satu pop-up window akan keluar.. Poppp!!!

Pilih kawan2 yang kita nak jemput. Ataupun boleh juga copy link promosi tu dan promo kat twitter ke, letak kat status YM ke.. kira kalau member klik, takde dapat apa2.. cuma kalau member join, maka ada tambahan syarat lagi..

– member tu ada paling kurang 25 orang dalam friendlist facebook dia

– member yg register dengan kita tu pun kongsikan kempen ni dan dapat paling kurang 3 klik daripada visitor (UV)

Bila ada orang register, kita akan nampak avatar ada tanda merah (seru) tu.. tapi tanda tu membawa maksud member yg register tu belum share apa2 kempen lagi. Maka, sila la follow-up member tu untuk share apa2 kempen Social Good dan dapatkan paling kurang 3 klik daripada visitor (UV). Barulah dikira layak untuk peluang memenangi hadiah.

Bila member tu dah diiktiraf kelayakan, maka kita dikira dah bersedia nak terima hadiah tu.. pehh… ayat tak ingat.. kihkih

2. Share Kempen Social Good.

Kongsikan Kempen Social Good yang kita rasa nak berkongsi dengan member2 kita.. Lagi banyak kongsi, lagi bagus. Setiap hari (Isnin hingga Ahad) akan ada kempen baru yang akan diletakkan di SAYS.my. Jadi, rajin2 la jenguk ke sana. Untuk lebih peluang, boleh juga kongsikan kempen2 yang lain.

3. Sila cek sama ada anda dan kawan anda menjadi pemenang

Sesiapa yang berhajat nak join, bleh klik kat sini..

Terima kasih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

Add a Comment
  1. Hi Ustaz Love,

    Terima kasih untuk blog post yang sangat mengagumkan! Kami semua di SAYS.my teruja membaca blog post ini dan kami sangat menghargai usaha dan sokongan awak terhadap SAYS.my ๐Ÿ™‚

    1. Hi Yuna..

      Terima kasih atas kerana sudi komen.. Ustaz Love memang menyokong penuh segala usaha yg pihak SAYS.my lakukan.. semoga SAYS.my akan semakin maju pada masa2 akan datang dan memberikan manfaat kepada orang lain ๐Ÿ˜‰

        1. Ustaz Love pun mcm tak percaya gak.. cek balik link, memang link ke blog says.my.. mana la tau kot2 Yuna penyanyi tu ke yg komen kat sini.. kihkih ๐Ÿ˜€

    1. bukan senang nak senang.. bukan susah nak susah.. yg penting usaha.. insyaAllah, kalau ada rezeki ada la tu ๐Ÿ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme